21 May 2015

Housewife

Assalamualaikum dan hai semua.

Kali ni aku nak cerita pasal housewife. Tabik la sapa yang memang fulltime housewife ni. Kerja tak pernah habis! Aku yang baru beberapa bulan menjawat jawatan ni pun kekadang rasa nak tumpo kate orang Perak miahahaha. Walaupun aku jadi housewife sementara tapi aku seronok gile.

Bangun awal subuh. Siapkan sarapan dak apple nak pegi keje,kain baju pinggan mangkuk,anak,mop kemas lipat baju masak lunch blablablabla kekadang terlelap kepenatan hahaha. Tapi puas bila somi n anak didepan mataku.

Kalau dah masuk keje nanti pasti aku akan merindui semua ini. Mesti. Pasti.

Ouhh taknak cite pasal keje lagi. Tengah cuti kannnnnnnn. Manfaatkan cuti sebaik baiknya.

Cerita pasal anak pulak. Adra dah dua bulan lebih. Berat 5kg. Dah pandai menyembang. Dah pandai gelak. Seronok agah dia. Dan pandai posing . Like mother like daughter la kan hahahaha.

Bila dah hidup bertiga ni, agak kelam kabut gak memula tu. Sebelum ni kan duduk umah mak aku, mak mertua aku. Jadi, ada la orang tengokkan bila kita buat kerja. Ni duduk umah sendiri, sendiri tengokla. Mula2 dulu biasalah kan, Adra nak tengok muka mak dia ni 24/7. Kalau hilang je mesti nangis. Kalau nak buat kerja kena tayang muka kat dia. Tu yang rasa nak print gambar muka letak kat dinding tu. Haha.

Tapi aku selalu cakap kat dia. Mama nak masak jap tau. Mandi jap tau. Solat jap tau. Bla bla bla.  Dia diam senyum. Letak dalam rocker, depan tv. Dia diamlah main sambil aku buat kerja.

Selagi dia tak nangis kekuat,selagi tu aku tak angkat. Kalau setakat merengek hek hek hek tu aku biar dan panggil nama dia. Dia diam. Jenguk jap. Legaaa.


Hai. Nama saya Adra.
Hobi saye tido dan saya suka minum susu. Hihi.

Bila Adra dah membeso ni mukanya nampak kearah ayah dia.
Asal jumpa orang je mesti orang cakap muka piji ni. Muka piji ni.

Muka baby kan berubah-ubah. 

Okeylah next time kita update lagi. 
Sapa sini housewife? 




12 May 2015

Coklat Inti Pop Pop

Assalamualaikum...

Hai. Chakkkk. Kejap update kejap tak aku ni. Time senang lenang boleh la update. Kalau tak. Aku blogwalking je.

Tadi aku beli coklat cadbury baru. Tu pun ada seorang makcik sedang tercari-cari coklat inti pop pop yang dikirim anaknya. Aku penah tengok iklan cadbury ni tu yang aku rasa ini coklatnya. Produk baru.



Haaa betul la ni. Hehe.

Aku pun terjebak membeli sama. Haha. Aku sebenarnya bukan suka sangat makan benda manis ni. Tapi sejak mengandung jadi sweet tooth sangat. Asyik makan dessert je. Dua kali la minum air gula. Tapi takde kencing manis pon. Berat je naik sampai membebel nurse. Hihi nanti cerita kat entry lain.

Coklat yg ada popping candy tu sedap. Meletup dalam mulut. Korang ingat tak gula-gula yang kita kecik2 dulu tu. Yang bila masuk dalam mulut kemam pop pop pop pop berbuih dalam molot. Ha camtula rasenye.

Yang peanut toffee cookie tu sedap juga. Nyum.

Cer korang try. Yang dah try tu korang suka yang mana?




07 May 2015

Diari Mengandung Part 2 #mabukloya

Hai semua. Haritu dah share pasal Upt positif. Nak baca meh klik SINI. Entry ni aku taip masa baru mengandung dulu,tapi aku simpan peram dan niatnya memang nak update selepas selamat semuanya. Alhamdulillah. 

Sambung semula cerita pasal mabuk. Bukan mabuk yang mabuk tu ye. Hihi. Ni mabuk orang ngandung.

Aku start alahan masa kandungan dah masuk 6 weeks.

Aku ingat lagi pagi tu nak bersahur, hari Isnin 14 Julai.

Aku terjaga dari tidur sebab aku rasa perut aku bergelora. Aku rasa macam nak muntah. Mual. Tengok jam pukul 5 pagi. Aku cepat-cepat pegi toilet, nah amekawww. Muntah asid yang masam gile dengan pahitnya tu. 

Rasa nak nanges. Laki jauh. Apalah nasibku. Drama subuh buta tu haha. Nasib aku tak update kat FB yang aku muntah ke loya ke. Kalau tak loya orang membacanya haha.

Aku try makan nasik. Goreng telur. Aku rasa macam tak selera. Tak habis pun jamah masa tu. Bila aku nak mandi, aku memang guna shower gel almond body shop. Sebab aku rasa sangatt wangi bau almond tu.

Bila aku hidu nak sapu, aku rasa macam mual. Terus aku muntah lagi masa mandi tu. Waaaaa bau sabun pun dah tak boleh ye.

Maka bermulalah morning sickness, evening sickness + night sickness aku. Bila muntah tu,keluar dekat hidung sekali. Auhhhhh memang pedih yer. Tapi kata doctor bagus kalau ade alahan ni. Maknanya kita ada tindak balas dengan orang dalam tu. Nak tahu lagi boleh Klik Sini

Aku dah dapat detect aku alah pada bau apa. Yelah, setiap orang mengandung lain alahannya kan.

Pertamanya :

1. Aku alah bau shower gel sendiri

2. Aku tak boleh bau shampoo. Muntah terbelahak aku kalau shampoo rambut

3. Aku tak boleh bau sabun basuh kain + downy perfume. Pening satu hari

4.Aku tak boleh bau dapur. Lalu dapur aku tutup hidung.

5. Aku tak boleh bau peti ais. Bukak peti ais aku akan tutup hidung jugak.

6. Aku tak boleh basuh pinggan. Sebab aku mual tercium bau sabun basuh pinggan. Wahhh goyang kaki sungguh la yaa . Haha. Nasib baik dak apple bantu basuh pinggan masa awal2 tu. Huu

7. Aku tak boleh bau nasik + makan nasik semuanyaaa pun lah apa2 tentang nasi. Hampir 2 bulan aku tak sentuh nasik tapi aku gantikan kuewtiow, mee, bihun goreng jeee. Berat memang turun masa minggu2 awal.

8. Sampai satu tahap, aku tengok rancangan masak memasak pun aku muntah. Muahahaha

9. Aku suka bau laki aku balik keje. Achem achem tu muahaha. Selalu orang ngandung tak suka bau suami tapi aku suka.

10. Aku alah dengan bawang besar. Aku tak boleh telan bawang langsung. Apatah lagi bau menumis bawang. Dulu aku suka bawang. Memang fav.  Semua masakan aku taruk bawang. Kalau boleh, kek pun aku nak taruk bawang hahahahahaha. Tula orang kata kan,yang disukai sebelum mengandung akan jadi tak suka.

11. Bau perfume aku sendiri aku tak boleh hidu. Aku pakai perfume dan body spray laki aku hahaha. Lantak situ bau lelaki pun. Nasib tak de bau jantan sangat. Akhirnya aku pakai perfume baru.

12. Muntah pagi, petang, malam. Sampai keluar ikut idung muntahnya. Sabooo jela aku.

13. Kan aku jauh dengan suami, bila tiba rasa sangat weak tu. Aku menangis teresak-esak. Rasa macam aku perlukan laki aku time tu tapi dia jauh. Sebab tu bila seminggu jumpa tu, aku rasa lega sangat. Laki aku layan aku macam princess dah rasa. Terharu sangat. Harapnya bila aku ngandung lagi nanti, anak nombor 2,3,4,5 ke. Amboi banyaknyaaa hahaha. Laki layan jugak seperti tu yer abanggg.

14. Allah swt bagi dugaan dekat aku, mengandung sulung berjauhan dengan yang tersayang. Betul-betul menguji aku. Aku harap anak yang aku kandung ini kuat seperti aku. Aku percaya ada hikmahnya dan aku percaya Allah swt tak akan bagi aku dugaan ini kalau Allah swt tahu aku tak mampu hadapinya. Cuma yang boleh aku cakap, bukan senang berbadan dua berjauhan dengan yang tersayang. Semua kena buat sendiri.

15. Tapi muntah-muntah tu, start masuk 13 ke 14 weeks, muntah pun berakhir. Cuma mual-mual tu ada lagi selain daripada bau-bau pun aku alah sikit lagi.

16. Doakan keselamatan dan kesihatan aku dan anak aku ya. Tak sabar rasanya aku nak menatap wajah si buah cinta ni. Ikut aku ke ayahnya hehehehehe..

17. Tapi selepas mabuk hilang,dah boleh masak. Memang aku gila memasak jelah kejenyer. Kat instagram penuh la gambo makanan je. Hihi

Ada lagi alahannya tapi aku pun hampir lupa nak taip. Tapi apa-apa pun aku bersyukur Allah swt bagi aku peluang untuk menjadi seorang ibu. Memang indah sukar digambar dengan kata-kata. Teringat mak aku.

Cuma, setiap orang mengandung ni lain pembawakannya. Sekarang aku dah dapat rasa pergerakan si buah cinta ni. Precious moment.

Lepasni cite pasal lain pulak ye hehehehehehe..

Next, buat buku merah.


05 May 2015

Selepas..........

Assalamualaikum.

Diam tak diam. Dah dekat dua bulan bersalin. Alhamdulillah makin sihat. Dan makin kurus. Kot? Eh? Hahahaha.

Sebenarnya aku ada la target sendiri nak dapatkan berat badan yang ideal dan BMI yang cantik. Dengan ketinggian aku,berat yang sesuai sekitar 55kg-65kg. Kurus sangat kang cengkong plak rupa kan. Sedang2 cukuplah.

Masa mengandung biasalah kan berat. Dah bawa berat untuk dua orang hihi. Aku plak selepas baik mabuk teruk tu,selera makan menjadi-jadi. Asyik mengunyah je kejenya. Dalam peti penuh la. Dengan roti,biskut,buah-buahan. Jenuh juga apaknya nak melayan tekak omaknya haha.

Aku penah cakap kan berat aku sampai 84kg sampailah masa bersalin. Walaupun nampak macam takdelah berat sangat tapi aku dapat rasa keberatan itu. Kalau duduk bawah,nak bangun tu jenuhla dak apple tarik. Kadang2 abah aku pun tolong bangunkan aku haha kalau ingat memang kelakar. Kalau jumpa orang,eh berisinya. Adoi mengandung kan. Memang la besa . Aku pula jenis pantang. Ha ah pantang nampak semua nak makan. Haha. Lantak lah gemok pon hahahha.

Mak ayah aku pun. Dak apple apetah lagi. Nak makan ape je cakap. Tapi jangan mengarut sangatla nk makan tu. Pastikan yang boleh dicari dan dibeli. Hihi :p

Kawan2 opis pula memang suka melayan mak buyong ni. Oh my.. Rindunyaaa aku dengan gelaran mak buyong,mamayong etc tu. Rinduuu. Tunggu anak nombo dua yaaaaa aduuuuu hahahahaha. Apa yang aku teringin nak makan, diorang bawa. Diorang sekali melayan aku makan.

Rinduuuuu.

Masa dalam pantang,aku makan pil phytonatal dari NR (Nona Roguy) . Aku start makan pil tu masa hari ke 10. Alhamdulillah Adra takde kuning,jadi aku berani lah makan. Bila makan pil tu. Memang mengulang ke tandas jela. Memang very lawas. Susu pun meriah.
Risau juga kalau Adra tak tahan sebab aku bf Adra.

Sebelum bersalin memang aku ade google dan tanya2 orang tentang pil ni. Kata orang kalau nak lawas,nak turun berat badan memang bagus.

Aku makan memang bestla. Asyik prott prott jela. Kadang2 Adra pon prot prot juga hihihihi.

Ni nanti timbang,berapa la berat aku nanti ni. Aritu dah lost 10kg.

Tempek gambar pertama selepas bersalin ni.


Hai. Mama dukung Adra.
Adra makin semangat. 

Dari sehari ke sehari nak update tapi tak sempat je. 

Bye bye nanti sembang lagi .

P/s : Korang bersalin juga produk apa?
Best tak? 




Si Durian Udang Merah

Hai. Eh rajin lak update hehe. Harini first time bawa Adra pegi kenduri. Ikutkan aku malas nak keluar. Tapi mengenangkan dak apple beria mengajak dari awal lagi, aku ok jer lah. Lagipun aku kenal kawan-kawan dia tu. Satu kawan dari skolah rendah,satu lagi masa buat dip. Adra okey dibawa kenduri. Tido nyenyak hihihhhhhhhhh. Bunyi kompang pon dia tak sedar. Kawan2 ayah ea cuit pipi pon dia tak sedar. Ngeliat sikit terus sambung tido hahaha aduhai anak.

Balik dari situ aku ajak dak apple cari durian. Aku teringin gila durian. Masa mengandung aku takut nak makan. Mak pun tak bagi. Panas katanya. Tak elok untuk preggy. Jadi aku tahan sampailah dah bersalin ni.

Sampai ke Jalan Pantai Ampangan mencar . Jumpalah van jual. Tengok kat situ ada dia tulis atas kotak 'GERENTI SODAP' ohoii gerenti sedap kome. Ada durian tembaga,durian udang merah. Lepastu  ada lagi satu jenis tu apa tah. Tapi yang tembaga tu bapak besor. Rega mesti mahal. Almaklomlah belum musim lagi kan. Tapi teringin. Hehe.

Dak apple turun beli. Tanya2 sekilo durian udang merah tu RM 38.00 hengget. Aku nak sebiji jer. Sebiji 800gram harganya RM 25.00.

Aku suruh dak apple bagitahu pakcik tu,belah siap2. Balik rumah senang nak makan. Kopek je. Tak kan nak suruh dak apple belah. Dia makan durian pon TAK. Inikan nak kupas. Bau doyan pon dia pening hihihi. Omputeh celop sangat ni bang.

Penyudahnya masuk dalam bonet,satu kete bau sebab dah suruh pakcik tu belah siap-siap kan. Hahahahahaha. Membebel somiku. Dapat perfume kereta baru. Kihkih.

Balik umah,buka. Perghhh kekuningan isimu.

Nyum nyum. 
Sedap,manis,isi tebal,lemak berkrim.
Isi dalam ada 5 ulas.
Satu ulas 5 hengget. Sedapnyaaa.

Nak lagi boleh tak?
Kenyit mata kat dak apple hahahaha.

Tq hubby. :)

P/s: Korang,suka durian tak? 



02 May 2015

Cuti Jaga Anak

Hai semua. Rindunyaaaaa dekat readers semua. Maaf ya. Jarang update sekarang. 

Adra dah dekat dua bulan. Patutnya aku masuk koje bulan depan. 
Tapi setelah berbincang dan berfikir,
aku sambung cuti lagi. Cuti Jaga Anak.

Rasa macam nak resigned jer haha.
Tapi aku masih sayangkan kerja aku.

Time cuti ni memang nak manfaatkan betul2 cuti jaga anak ni.
Seronok rupanya bila dapat tengok anak membesar dopan mato ni.


Adra dan sepupunya sebelah ayah.
Yang lelaki tu Hariz namo ea.
Muka pon lebih kurang Adra je hihi.
Adra ni kalo tak pakai pink,tak pakai headband,orang ingat baby boy nih haha.

Rindunya nak berbelog tapi kekangan masa. Inshaallah lepasni aku aktif semula. Sekarang masih terkejar2 lagi ni. Time Adra tido time tu lah aku nak mengemas,nak masak,basuh kain.
Nasibla aku masih pusing2 kejap umah mak aku,kejap umah mertua. Adalah yang tengokkan sikecik ni. Hihi.

Okeylah. Malam sangat dah ni.
Good night semuaaaaa.
Esok banyak kenduri kahwen kena pegi ni. Daaaaaa..