23 July 2015

Selamat Hari Raya!

Assalamualaikum dan hai semuaaa. Harini dah 7 Syawal. Kejap je masa berlalu kan. Tahun ni alhamdulillah beraya bertiga dengan our little princess. Teruja. Sebab nak bawa Adra jalan2 dan kutip duit raya wihuu hahaha. Ayah adra paling excited. Malam2 sebelum tido. Pastikan sampul raya letak setempat. Nanti simpan bank!

Tahun ni giliran beraya kat rumah family aku di Perak. Malam raya gerak pegi kampung nenek aku. Tidur kat sana. Tidur jenis lambak. Berderet je semuanya. Best. Kitorang ade anak kecik so special sikit ah dapat space yang beso dekat ruang tamu muahaha.

Bangun pepagi siapkan suami dan anak dulu. Lepastu terus ke dapur siapkan hidangan rayo. Adoiyai baju raya pun pukul 10 baru pakai hahah. Bising dah dak apple bile nak tukar baju ni, nak bergambo bagai. Baru je pakai. Tetamu dah mai beraya. Sibukk dah sejak jadi mak mak nih. :p

So. Inilah gambo raya kami.


Purple theme
Malam raya baru cari baju. 
Padahal Bangi Sentral tu ha melambak baju, tak terpegi.
Haihhh 
Raya bertiga tahun ni. Agak2 tahun depan raya berempat tak? 
kahkah. 


Happy girl~ Weeeee..
Hihihi. Rindu lak tengok gambar anak mama ni.



Mama, Adra, sepupu n makcik.

Tu napenyer muka terkejut tu baby hihi.


Born in Perak yooo.

Nak dijadikan cerita, hari raya kedua pegi la raya umah adik ayah aku.
Suaminya, Adra panggil Tok Chik Man.

Dia tanya, baby minum susu apa. Peha kemaen beso lagi.
Aku pun cakapla, susu badan je tokchik.
Dia kata uihhh bagusla. Baby boy kuat nyusu, biar beso lagi.

Aku dan semua pun, eh BOY?

Adoyai Tokchik. Girl la. Hahahahahaha.
Dia dah gelak. Acikman ingat lelaki. Sebab muka lelaki.
Kebetulan Adra tak pakai headband. Dia dah bukak. 
Kuikuikuikuikui. Dah nak masuk 5 bulan, baru sedor ke Adra ni girl.

Hahahahaha
Tapi muka Adra memang nampak baby boy.
Muka ayah die. 

Lepasni cite pasal kuih ghayo lah yo.
Den dah masuk kojo nieee





16 July 2015

Raya Raya Raya

Assalamualaikum semua.

Tatkala orang tengah sibok melemang merendang melontong mengetupat bagai, aku ni ha kat opis lagi. Memang aku saje tak nak cuti awal. Sebab nak cuti lepas raya. Lagipun cuti tahun makin menyusut sebab unpaid leave haritu. Mengikut pekeliling, cuti tahun memang kena tolak. Sebulan dua hari kene tolak. Total 4 hari kene tolak. Ngeeeeeeeeeeee.

So, tadi husband hantar. Harini half day.

Adra tinggal kek umah nenek. Tak sabor rasanya nak beraya esok bawa Adra. Hehehe.

Tahun ni kami bertema purple. Baju Adra dah beli, baju ayah dah beli. Baju mama tak dapek laie ni camno? Hahaha jap lagi pegi cari baju raya.

Dikesempatan ini eka mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca belog eka, termasuklah sweet stalker semua. Hai. Lambai tangan sikit. Lambai laaa. :p

Kira kosong-kosong.

Ni, meh dengar lagu ni. Antara lagu raya baru yang menarik dan sedap.



Ni ha Waris punya lirik win.


Bongka La Poit Buang Ghoba,  Nijam Dogheh Poei Mandi,  Baju Melayu Dah Gosok Ko?  Apo Ekau Buek Malam Tadi,  Wan Dah Tanyo, Bilo Nak Ko Sojid?  Kutbah Dah Mulo, Nak Solat Ghayo,  Polak Den Tunggu Ekau Tak Bongka Juo,  Angek Lak Ati, Kang Den Lak Kau Bonci,  Ghondang Itik, Sodap Bona,  Itik Eh Boli Kek Juasseh,  Dogheh Bongka, Dogheh Bongka,  Ghayo Ghumah Mato air,  Kisah Di Pagi Ghayo, Bermacam Tawo, Bermacam Hibo,  Lomang Ketupek Tosodio, Apo Ekau Tunggu Laei, MAKAN!





14 July 2015

Start Kerja!

Haih. Nampak tak tajuk entry tu siap ada tanda seru. Tegas nampaknya ayat tersebut.

Semalam.

Bermula lah tugasan aku. Nyesal tau dak apply cuti tak tengok tarikh. Kalau lah aku tau, aku ambik je unpaid leave setahun. Dak apple tak habis2 bising kenapa tak tengok tarikh masa apply. Hahahaha. Adui bang. Sorry.

Alhamdulillah Adra okey. Pandai pulak guna botol semalam. Jenuh beli macam-macam puting, comotomo bagai. Alih2 dia nak yang fiffy punya.

Buat masa sekarang Adra dijaga oleh mak dan adik aku. Aku pun berulang lagi ni sebab alang2 dah nak raya ni. Gigih mengepam buat stok untuk anak tercinta. Adra masih fully bf.

Yang kelakar, Adra senantiasa nak pegang baju ayah. Nak main baju ayah. Sedih bila adik whatsapp kitorang yang tengah kroje ni tengok Adra peluk baju ayah. Memang Adra pun rapat dengan ayahnya. Manja ayah. Dengar suara ayah je dah berpaling muka tu ha. Tangan dah mintak angkat. Tu pasal muka sebijik ayah kot. Hahaha.

Aku sebenarnya agak terasa sikitlah dengan pertanyaan-pertanyaan yang bertanya bila nak tukar, bila nak tu, bila nak ni. Kenapa berulang, kenapa itu, kenapa ini. Tak suka. Bukanlah tak boleh bertanya, aku okey je bagi yang bertanya biasa-biasa. Tapi kadang2  ada macam over sangat bertanya tu.

Pertama, kenapa aku tak suka?

Kerana aku yang rasa, kome tak rasa. Hanya yang pernah rasa sahaja faham.

Kedua, kami mampu merancang. Allah swt yang menentukan. Noktah.

Ketiga, orang ingat kita suka-suka nak tinggal anak ke ? Inilah dilema ibu bekerja. Nak tak nak. Kena.

Tapi itulah, aku hanya mampu berdoa agar semuanya dalam lindungan Allah SWT.
Berhenti bertanya itu dan ini, kadang-kadang mengguris hati sampai semua nak ditanya.



Anak mama ni. Dah 4 bulan lebih dah.
Kejap je rasa. Time 4 bulan ni, sronok main dah.
gelak mengekek.

Rasa nak terbang je balik rumah. Hahaha.
Tak sabo tunggu 4.30 petang.







13 July 2015

Moeder For Mom And Child Care Health

Hai semua.

Pernah dengar tentang MOEDER ?


Moeder adalah salah satu produk makanan tambahan yang dapat membantu ibu-ibu atau bakal ibu diluar sana untuk menjaga kesihatan mereka serta cahaya mata yang dikasihi.

Moeder ni juga kalau nak tahu, salah satu perasangsang susu @ Milk booster dan membantu ibu-ibu yang mengalami masalah kekurangan susu badan, letih,lesu,sakit badan, kulit kendur selepas bersalin, payudara kendur dan masalah kulit. 

Antara kebaikan Moeder buat ibu dn anak adalah seperti berikut:,

KHASIAT UNTUK IBU HAMIL

  • Mencerahkan kulit
  • Mengatasi masalah rabun malam
  • Meningkatkan daya tubuh dan stamina serta tenaga semasa hamil.
  • Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan darah rendah ketika hamil
  • Mengatasi masalah depresi (stress)
  • Menguatkan sistem penghadaman dan daya tahan terhadap keracunan makanan
  • Mengelakkan sembelit bagi ibu hamil
  • Mengurangkan kesan selulit pada perut
  • Mencegah osteoporosis
  • Mencegah sakit pinggang dan tulang belakang ketika hamil
  • Menguatkan kandungan bagi ibu hamil
  • Memberi tenaga lebih ketika proses bersalin
  • Mengatasi masalah mual
  • Mencegah kegemukan selepas bersalin
  • Rasa vanilla yang enak tanpa menyebabkan rasa loya
KHASIAT UNTUK KANDUNGAN ATAU BAYI

  • Mengurangkan risiko demam kuning
  • Meningkatkan daya tahan tubuh
  • Melebatkan rambut
  • Memutih dan melicinkan kulit bayi
  • Membantu mencegah asma dan lelah
  • Membantu pembentukan otak,saraf dan plasma darah
  • Membantu kecergasan otak bayi
  • Membantu sistem pencernaan bayi menyusu badan ibu yang mengamalkan Moeder.
KHASIAT BUAT IBU SELEPAS BERSALIN @ MENYUSUKAN BAYI

  • Membanyak dab memekatkan produksi susu
  • Mencegah kegemukan
  • Mencerah dan melembabkan kulit
  • Membantu menghilangkan selulit ketika hamil
  • Membantu merawat luka dalaman semasa bersalin dengan cepat
  • Memberi tenaga ketika berpuasa tetapi menyusukan bayi
  • Mengurangkan stress
  • Mengatasi rabun
KANDUNGAN MOEDER

Susu Kambing, ekstrak tomato, habbatus sauda,madu,ekstrak anggur,lutein, bird nest,kurma,manna,bilberry,aloe vera,lobak merah,brokoli,omega 3,betik,stevia,vanilla flavour dan non diary creamer.

CARA MINUM

Bancuh menggunakan air suam (200ml) + 1 scoop Moeder.

1 scoop siang dan 1 scoop malam sebelum tidur. Elakkan minum caffeine.

HARGA

RM 159 SM / RM 169 SS termasuk postage

UNTUK ORDER BOLEH HUBUNGI

017-334 0343
018-2976697
016-4460677

ATAU UNTUK MAKLUMAT LANJUT BOLEH KE FB MOEDER. KLIK SINI

P/s : Eka dah try Moeder. Memang sedap dan berkesan untuk ibu menyusukan. 






10 July 2015

Bidadari Syurga

Assalamualaikum.

Beberapa hari lepas. Hari Rabu selepas berbuka. Emak dak apple call menyampaikan berita sedih yang meruntun hati dan jiwa semua termasuklah aku yang bergelar ibu.

Anak adik biras aku. Baby girl. Usia dua bulan 17 hari, pergi mengadap ilahi dengan sebab yang tidak diketahui. Muka berubah biru sewaktu ibunya ambil dari jagaan pengasuh.

Allah. Allah. Allah.

Maka bergegas kami anak beranak bersiap untuk menziarahi bidadari syurga tersebut di Hospital Az Zahrah Bangi.

Sesampai di sana. Sayu.

Aku berpeluang melihat bidadari syurga. Pertama kali dan terakhir kali.

Sejuk. Biru mukanya. Tapi cantik. Lembut wajahnya. Sempurna ciptaanNya.

Allah. Aku cium dahinya. Wangi.

Ya Allah. Kenapa begini jadinya sayang. Sampai sini sahaja waktumu di dunia sayang.

Aku terbayang anakku Adra Safiyya. Aku kelu. Aku sedih. Aku hiba. Berlinang air mata aku. Betapa berat dugaan yg Allah swt berikan pada mereka. Lagi2 di bulan yang mulia ini.

Ibu mertua serta kak ipar ku turut sama. Kami menangis hiba sewaktu melihat ibu saudara bidadari syurga melapiknya dengan telekung untuk dibawa pulang.

Ditambah dengan esakan ibunya memeluk ayahnya dengan hiba. Mereka tenang. Tapi berat mata memandang. Berat lagi bahu yang memikul.

Al Fatihah untukmu Bidadari Syurga, Aliya. Bergembiralah bermain di taman syurga. Bertuahnya ibu ayahmu. Ada yang menanti di sana. Moga kalian bersatu nanti.

InshaAllah.

P/s: Minggu depan. Aku memulakan tugasanku. Beratnya hati untuk meninggalkan Adra untuk bekerja. 4 bulan dia tidak berenggang denganku. Allah berikan aku kekuatan. Moga Allah lindungi anakku.


02 July 2015

Jalan-Jalan

Assalamualaikum dah hampir dua minggu kita berpuasa kan. Kejap je. Persiapan raya belum siap lagi sebenonyer. Cuma aku adelah tempah biskut dan kek untuk raya nanti. Nak buat rase macam malas. Hehe. Tahun ni giliran beraya di rumah family aku. Perak yo. Tahun ni cam tak sangka sambut bertiga dengan baby. Tahun lepas pon bertiga tapi baby dalam perut. Tahun ni bole kutip duit raya kan Adra hahaha.

Dua hari lepas. Kami ke Jln TAR. Saje nak tengok kemeriahan Jalan TAR. Tiap tahun mesti peg . Tapi kali ni tak masuk pun kat bazar belakang tu. Bawa anak kecik. Kesian dia bersesak kan. Jadinya ke Sogo je kejap. Nasibla tak ramai sebab hari bekerja kan. Kalau weekend pepahamlaa.

Tunggu dak apple balik office. Siap2..


Mama dah ade teman la kalau nak selfie hihihi. 

Zuppp sampai sana. Adra macam biasa. Suka berjalan. Merengek nak susu je. Sampai depan Sogo tengok ramai bersadai berbuka kat depan tangga Sogo . Hah pelagi. Kami pun dah bawa air siap2. Join sekaki berbuka berjemaah. Nasib tak bawak tikor je. Kalau tak berkelah kat situ hahaha. Abam2 juai ayor guna tong kaler oren pon berbaris depan Sogo tu. Senang nak beli.

Dah siap solat semua. Naik atas food court jap. Isi perut dolu.


Amboi manje ayah ni.
Tengokla mata dia kalau tengok makanan. Lek lu adik. Tunggu lagi dua bulan kite makan puree ye. Hehe

Mujur tak ramai pon orang. Sempat sambar dua helai baju untuk Adra. Sehelai untuk Zara. Murah je. Beli baju branded pun kecik lagi baby. Berjimat hehe. Beli yg biasa2 sudah. Lepastu tengok jam dah 9.10 pm. Sogo dah buat pengumuman yg deme akan tutup Sogo pukui 9.30pm. Mak ai awei betoi. Selalu lambat. Aku tengok kelam kabot Mak2 pak2 pilih baju sarung cepat2 kat anak.

Nampaknya baju aku idak la berbeli lagi. Esok2 jelah. Baju ayahnya dah beli. Tinggal nak berbaju melayu je lagi. Nnti kita cari lain kali.

Balik tu ayah Adra bawa gi RSMY pekena naan cheese. Fav mama kalau nak makan naan cheese. Masa preggy selalu makan situ.


Sedapppp. Tapi macam kocik jee sekarang. 

Sekian. Tu je nak kabo. Kome udah membeli ke? Bersederhanalah kita tahun ni. Dgn gst. Dgn pelbagai lagi kenaikan barang maka berhemah lah kita ye tuan puan.