26 August 2015

Support Breastfeeding

Hai. Pagi tadi sambil buat kerja, sambil jenguk tv. Ada iklan dari KKM mengenai penyusuan susu ibu. Pertamanya rasa happy tengok ramai yang sedar tentang kepentingan penyusuan susu ibu. Sebelum ni rasanya ada ke takda iklan tentang susu ibu di dalam media massa? Kebetulan pulak, sana sini media siarkan tentang minggu penyusuan. Lagi banyaklah info yang kita dapat.




Aku antara orang yang masih menggali ilmu penyusuan. Aku sebenarnya tengah draft entry tentang aku punya breastfeeding journey. Tapi tak siap-siap lagi entrynya. Hehehe nantilah tau. 

Sebenarnya breast feeding ni perlu ilmu. Kalau nak tahu, masa mengandung haritu, aku tak ambil kisah sangat mengenai susu ibu semua ni. Sebabnya aku ingat bila bersalin nanti susu mesti ada. Tanya dekat orang lain pun, orang akan kata begini:,

' ala nanti bila bersalin, adalah susunya tu'

' lepas bersalin terus ada susu'

 & etc

Tapi aku silap,badan orang lain-lain. Mujurlah selepas bersalin, ada sister kat hospital yang round ward dan ajar cara yang betul, lekapan yang betul untuk baby stimulate kelenjar susu dan macam-macam lagi. Kemudian sehari selepas bersalin dah balik rumah, mak bidan urut susu pulak. Alhamdulillah rezeki Adra. Saat tibanya Colostrum atau lebih dikenali dan digelar 'titisan emas' tu, rasa nak melompat suap ke mulut Adra. Itulah yang dinantikan. Susu pekat bewarna kuning yang sangat berharga itu.

Satu info jugak, awal-awal pengeluaran susu, susu tak akan melimpah ruah dengan banyak. Susu akan keluar mengikut perut anak iaitu pada awalnya hanya sebesar guli. Apabila baby makin kerap menyusu, susu semakin bertambah dari sehari ke sehari. Cuma kena sabar ye.


Info yang bagus untuk ibu baru.


Dalam pantang, kerapkan direct feeding. Baby kan lahir2 je kerap nangis. Menangis bukan lapar sahaja tau, cek diapers dia, basah ke tak. Cek perut, kembung ke tak. Peluk, dia nak dipeluk. Yelah, cuba bayangkan dalam perut kita bising, bila dah keluar, dia nak sesuaikan diri dia dengan dunia baru. Dia nak dekat dengan ibunya setelah 9 bulan dengar degupan jantung kita di dalam perut. MasyaAllah hebat sungguh kuasaMu.

Walaupun masa awal-awal tu agak stress jugakla baby nangis, orang cakap ni baby ni tak cukup susu ni. Baby ni lapar ni. Aih macam-macamlah. Tapi aku kuatkan semangat. Suami kata sabar, jangan putus asa.

Breast feeding juga perlukan sokongan especially dari suami. Aku bersyukur suami sangat membantu dan sangat menyokong aku untuk bf Adra. Dia pun gigih dan usaha snap info2 tentang penyusuan, aku pun selalu bercerita tentang info2 yang baru aku dapat. Family pun sama. Banyak bantu. Kalau nak tahu, semua orang dalam rumah mak aku tu dah pandai memanaskan susu. Hehehe. Husband semestinya. Mak ayah aku, adik2 aku pon pandai panaskan. Kadang2 onyang Adra jaga, Onyang pun pandai panaskan susu sebab kawan onyang pun cucunya minum susu frozen. Alhamdulillah.

Walaupun ada sesetengah orang dengan sinisnya berkata, kenapa perlu susah-susah lagipun kamu dahla kerja. Nanti baby tinggal dengan pengasuh macam mana bla bla bla. Tapi aku diamkan saja. Ramai Baby Sitter sekarang dah biasa handle ebm. 

Kemudian, Kawan blogger, Jen add aku dalam group #bfmembers di facebook. Banyaknya ilmu baru yang aku dapat. I love you Jen.


#bfmembers ni Closed Group dan untuk wanita sahaja. 
TQ Admin-admin gojes buat group ni. Sangat bermanfaat buat new mom 


Barulah dapat tahu macam-macam perkara. Pertamanya DEMAND and SUPPLY. EBM, pump, freemie, marmet, Let Down Refleks, NIP, (Nursing in public, Nursing cover, pump schedule, power pumping, hindmilk, foremilk, how to handle ebm and so many info about Breast feeding. Speechless. Banyak sangat yang aku perlu belajar.

Lepastu ni nak story. First time bawa Adra keluar masa tu aku tak ingat rasanya Adra 2 bulan lebih, pergi la shopping kat Palm Mall Seremban. Time tu nursing cover pun tak beli lagi wakkk. Jenuh la cari nursing room. Nonhadoo. Palm Mall tak ada nursing room ! Berlari la aku ke sudut yang jauh dan Adra dah okey sikit, masuk dalam kereta plak. Fuhh.

Sekarang, okey dah. Hehehe dah boleh agak bila Adra nak susu. Tak pun susukan dia sebelum turun kereta, bawa nursing cover dan pergi ke mall yg bf friendly. Hehehe. 



Buat masa sekarang, jika di office, aku pump susu dengan jadual sendiri.
3 sesi di office. 

10 am
1.00 pm
4.00 pm

Alhamdulillah susu masih ada untuk anakku sayang.
Aku tidak mengamalkan sebarang milk booster.
Minum air kena banyak.
Makan kena makan yang berkhasiat.

Perut selalu lapar, hehehe. 

Bagi yang tidak berpeluang untuk menyusukan anak, tak apa sayang. Usah bersedih. Tidak semua punya rezeki menyusukan. Kita saling sama support ya. Mana tahu rezeki anak seterusnya ke, kan. 

Semua yang kita punya, adalah rezeki dariNya. 

Alhamdulillah.

Sesiapa yang tengah preggy, cepat2lah gali ilmu jika berniat nak susukan baby. InshaAllah.
Yang penting, kena bersemangat tau. banyak cabarannya. Alhamdulillah Adra hampir 6 bulan. Mama dah nak dapat diploma penyusuan hihihi




25 August 2015

Adra ke Cameron Highland Part 2 @ Big Red Strawberry Farm

Assalamualaikum dan hai semua. Sambung lagi part dua kisah jalan-jalan ke Cameron Highlands. Part 1 di Lata Iskandar boleh Klik sini.

Sampai je atas, kami makan dulu dekat Medan Selera Pekan Brinchang. Sedap jugak makan sejuk2 tu. Tapi aku order juice strawberry, nampak sangat pakai kordial. Merah2 habis mulut kami. Ishhh tak sedappp.

Masa tu cuaca sangat terik tapi udaranya sangat sejuk dan nyaman. Air paip dia je macam air batu. Sapa yang ke toilet tu mesti menjerit kecil. Auch hahahahahaha :p

Aku first time ke sini. Selalu aku ke Raju Strawberry. Rupanya sini lagi best. Dessert dia bermacam-macam. Sediakan aja uwangnya ya. Kawasan big red ni dekat belakang kawasan perumahan. Aku pon tak sangka kat situ terletak tempat ni.

Jom layan gambar.


Ni kena paksa bergambar sebab asyik sangat dia nak tengok benda alah berwarna warni kat belakang mama dia tu. Hihihi. 


Mama Adra, Ibu Zara
Nak tergelak. Maklong letak spek mata kat kepala.
Eh Zara pun nak buat jugak macam maklong hahahaha.


Masuk je naik tangga, ada kolam ikan koi.
Seronok budak2 ni tengok ikan berenang-renang.


Aku nak tangkap gambar ni,
pakcik tu cepat2 alih muka dia pandang kelain.
Malu ye pokcik. Hahaha


Auchakkkkkkkkkkkkkk.
Cikuchakkkkkkkkkkkkk.

Nampak muka awak je Adra.
Sejambak disitu hehehe.



Suka sangat dia tengok bunga,
semua nak direntapnya hehehe.



Tadaaaaaaaaaaaa.
Mestilah ada gambo strawberry kan hehehe.



First time tengok strawberi, waaaa teruja betul anak mama ni ya.
Dia pegang, dia nak tarik, nak masuk molot hihihihihi



Hihihi genggam erat strawberiku ini yeahh.
Jenuh ayahnya leraikan genggaman buah stoberi tersebut.

Datang sini tak sah lah kalau tak pekena dessert dia yang bermacam-macam 
dan mestila berasaskan buah strawberi. Ada salad jugak, ada butterhead juice. 
Hijau je. Ko mampu nak minum ayor salad butterhead?
aku tak mampu, mampu tengok je muahahaha. 



Ni dessert kami.

Chocolate Fondue 
Waffle with Strawberry Jam and Ice cream
Strawberry Cheese Cake
Strawberry Milk Shake
Strawberry Tea
Strawberry Sundae.

Aku suka semua.
Hahaha fresh. 


Aumm melt. 
Sedapnyaaa. Teringat plak.
Meleleh air liur.


Sian anak mama.Dia sangat geram tengok orang makan. Hihi.
Nak terkam je. Selalu terkam cawan mama.
Nasib mama minum air masak je taw.
 Sikit lagi awak boleh makan dah tau.
Mama buat puree untuk awak nanti.
Boleh ke strawberry dibuat puree? 


jalan-jalan kat situ. Tengok macam-macam bunga adaaa.
Geram je tengok bunga-bunga tu semua.

Kat situ banyak gila lettuce.
Berjenis-jenis ada. 
Antaranya coral, red coral, butterhead.
Semua ditanam menggunakan kaedah hidroponic.

 

Amacam, geram kan tengok hijau jerrr.
Eii geram sangat.



Ni Coral lettuce.
Aku suka makan coral lettuce ni cicah ngan sambal belacan.
Sedap gila. 
Lepastu cicah ngan sambal tempoyak,pon sedap tau.


Ni red coral lettuce.



Tengok Adra, kemaen lagi dia pon geram sangat nak terkam coral lettuce tu.


Haaaa buat apa tu Adra. Tarik apa tu.
Nak cicah ngan sambal belacan ke dik? Haha


Finally dapat jugak direntapnya.
Nasib takde orang nampak hahahaha.

Lepastu sepanjang laluan nak ke cafe tu, ada pokok anggur kat atas kepala kita.
Nampak la anggur bergayut tapi tak snap plak. Nak amik tak boleh sebab ada cctv tau haha.

Tapinya, next time kalau pegi sini, kami takmau ah parking kat atas n keluar kat bukit tu.
Seriau gila kauuuuuuuuuu. Punyalah curam n sempit masa turun tu.
Aku ngan ibu Zara dah istighfar bebanyak dah ditambah dengan dak apple pun diam je time turun tu hahahaha gile ko gayat nak pengsan hokay. 

Patut ah ramai parking bawah je. Memula nak parking bawah.
Ada pekerja cakap sian bawa baby, parking atas la kaka. 
Jalan jauh la kaka. 

Ahhh aku rela jalan jauh lepasni dari turun bukit tinggi gile tu hahahahaha



Ni time kat Kea farm
Beli sayur, beli buah, beli topi yang Adra pakai tu. Hihihihi.

Mula-mula Adra pakai selepas beli tu.
Harga RM 10.00. 
Dah keluar dari kedai tu, sekali si Zara plak nak Opi, ayah. Nak Opi.
Adik ipar aku belikan kat kedai depan sikit, Rm 7.00 je
hahahaha hampeh. 

Lepas je beli topi, Zara pakai ditambah ngan spek hitam.
Sekali Adra tengok, melalak menangis Adra takut ngan Zara hahahahahaha.

Tadaaa ni ha gambornya


Hihi sian anak mama.
Kakak Zara nampak garang ke apa kamu nangis ni Adra hiihi.


Okey , habis cerita buah stobeli.
Tak lengkap rasanya kalau pegi CH tak cerita pasal setelobeli.

Tata, next pasal teh lah.









24 August 2015

Adra ke Cameron Highland Part 1 @ Lata Iskandar

Assalamualaikum dan hai semua.

Hari Sabtu haritu, kami ke Cameron Highland. Short trip kiranya ni sebab rancang subuh, pagi tu pergi ke sana hehehe. Spontan je ajak ayah Adra subuh tu, jom kita gi Cameron nak? Dak apple kata, jom. Call adik aku, hahaha siap call padahal bilik sebelah-sebelah. Dia kata jom, ha jomlah. Pukul 9 gerak dari rumah. Kami ikut Tapah je. Kalau ikut Simpang Pulai, jauh lah sebab kami dekat je dengan Tapah. Jalan memang sempit tapi dekat. Last ke Cameron masa honeymoon. Adra keluar dari perut baru kembali ke sana hehehe. Setakat ni Adra mudah dibawa berjalan, masuk kereta nenen pastu tido sampailah berhenti kat mana2. 

Naik atas, singgah kejap kat Lata Iskandar. Nyamannya kat sana. Setiap kali naik musti singgah Lata. Makan2 kejap. Aku cakap kat Adra. Adra, sini la mama ngan ayah singgah masa nak pegi honeymoon tau. Adra sengih. Ayahnya sengih. Macamlah Adra faham hahahahahaha.

Kami singgah breakfast kat Kedai pakcik yang sangat bersih dan kemas kat situ. Makan nasik lemak. Owner pun baik dan peramah. 


Tersengih si Zara. Paling excited dia nak jalan.
yang nak tergelaknya, Zara pening masa naik tu. Siap muntah.
Bu, ning. Hihihi minta ibu urut kepala. Pastu uwekkkkk. Muntohh.
Ingat Zara je, rupanya ibu dia pun pening muntah tak tahan naik bukit.



View dari kedai Pakcikmakcik bersih tu.
Bawah nampak ayo tojun. 



Cuci mata je melihat kraftangan kat sini.
Geram. Lawa2 belake.
Buah kaler oren tu, buah cerepu kalau tak silap aku.
Aku pon lupa.
Kata akak jual tu, buah tu berbuah setahun sekali.
Isinya macam manggis.
Aku tak beli, tanye jer hehehe.


Tak tahu ape motif aku snap gambar ni.
Mungkin sebab saja nak tunjuk kat korang, ni la rupa kacip Fatimah hehe.



Kalau bawa baju extra ni, kan best.
Boleh berendam kat sini.
Time ni ramai betul orang dari timur tengah.
Mancung2, lawa2 pulak tu hihihi.


Oloh-oloh masamnya anak mama ni.
Baru bangun tido. Hehehehe.
Dua insan kesayanganku.
Love u Adra dan Ayah Adra.

Okey, next kita cerita pasal Ladang Seteroberiii pulakkk.
Tapi maleh nak edit gambo. Haha





20 August 2015

Diari Mengandung Part 4 # Makanan Tambahan

Hai semua. 

Assalamualaikum. Sambung semula mengenai diari mengandung. 
Macam biasa, ini entry throwback ya. Suruh ingat sekarang , memang tak aaaaa. Hahahaha

Pertamanya, aku ada la terfikir nak makan pil2 vitamin yang lain. Tapi aku takut hahaha. Mintak cadangan dr Doc Faiz pun dia kata no, tak perlu. Makan je vitamin KK bagi. 

Vitamin KK bagi, tula Vitamin Hematinik tu. Acid Folic, Vitamin B, Iron Tablet dan Vitamin C.

Okey aku pun makan aje vitamin2 tersebut sampailah 9 bulan aku mengandung ditambah dengan makanan2 sunnah yang lain. 


Walaupun.

Walaupun.

Walaupun bau iron tablet tu, dan rasanya agak ermm ermm, susah nak cakap rasa dia.Tapi demimu anak, kugagahi juga telan.Walaupun loya haha. Tu pun antara penyebab HB maintain kot. Cara makan iron tablet pun lain. Selalu makan pagi-pagi sebelum breakfast, 
supaya zatnya menyerap di dalam badan. Cuma jangan minum atau makan yang mengandungi caffein. Nanti susah nak menyerap. 

Kalau yang ada masalah HB tu, makanlah Iberet. Takde bau tapi beso le pulak hehehe.

Mula-mula aku pregnant, aku tak minum susu pun. Dah dekat dua bulan, baru aku cuba try anmum materna perisa mango sebab aku muntah teruk masa tu. Susu pun tak boleh telan.Lagi pun tak sedap pon ikut tekak aku hahaha. Tekak orang mengandung ni, memang sangat lain. Berbeza. Hidung lagilah peka. Bau dia, tak tahannn.  

Aku minum la jugak sikit-sikit. Dah nak habis susunya aku stop. Aku tak suka bau mangga dia.Mula-mula rasa minum yogurt perisa mangga, lama2 aku tak tau nak cakap rasa apa. 

Lepastu aku try frisomum. Ingat nak beli, tapi aku request sample dulu. Try rasa, eh sedap la pulak frisomum. Macam rasa susu HL. Tak manis sangat macam yang susu sebelum. Banyak jugak dapat sample dia. Minum tu sampai habis.

Sambil-sambil tu, dak apple ada tanya, boleh minum susu kambing tak.Sebab, budak sebelah meja dekat opis dia tu, bininya mengandung jugak. Awal sebulan dari aku. Eh macam berjanji plak. Haha. Bini budak tu minum susu kambing WILDAN. Tu budak tu suggest suruh laki aku beli untuk aku.

Aku pun rasa nak try jugakla sebab susu kambing kan elok. 



Antara kebaikan susu kambing adalah seperti ini.


[ Klik gambar untuk paparan lebih jelas ]


Masa balik dua minggu lepas, dak apple dah belikan aku sekotak susu kambing Wildan tu. Semangat betul dia aku suruh minum. Aku pun bancuh, 3 sudu + air suam. Bila dah minum, sedap lah pulak sebab dia rasa lemak-lemak dan tak manis langsung. Susunya bukan kaler krim kuning macam susu lembu biasa. Susunya warna putih bersih. Halus je serbuknya. Aku macam ketagih pulak nak minum susu kambing tu. 

Lepastu bila bancuh susu tu, suam2 hangat tu masukkan kurma yang dah dicarik dalam 3 biji. Perghh sedap gila susu campur kurma. Yang preggy tu boleh la try. Makanan sunnah ni bagus kita amalkan semasa mengandung dengan niat supaya baby kita mendapat manfaatnya termasuk ibunya sekali. Cuma aku ambil susu tu sehari sekali je.

Selain daripada aku minum pati delima Gulsan. Pati delima memang aku amik sejak dari awal preggy lagi. Lagi-lagi masa muntah teruk. Aku tak boleh minum air masak sebab tekak aku pahit amat.Kena minum air masam-masam berperisa. Alhamdulillah rasi walaupun rasanya super masam. Kalau bancuh ngan air lagi masam, jadi aku teguk je sesudu besar pati tu setiap pagi. Terpisat biji mata aku. Masam tapi boleh pegi la kalau minum macam tu saja tak bancuh dengan air. 



Seperti yang sedia maklum, delima sangat bagus. kaya dengan antioksidan.Ada entry pasal delima tapi tak sebut plak aku mengandung time tu, kan nak suprise hehe. Klik SINI.

Aku ada beli saffron juga. Bapak mahal saffron tu 1 gram RM 28.00. Tu aku masukkan dua urat dalam air mineral 1.5 liter. Rasa sedikit payau tapi khasiat sangat bagus. Kadang-kadang bancuh susu kambing tu, campur kurma dan masukkan dua urat saffron dalam tu. Kemudian minum. Rasanya, sedap. 


Ni la rupanya.
Macam asam tembakau kaler merah yang kite makan kocik-kocik dulu kan.

Antara khasiatnya adalah :

Dapat mengelakkan bayi anda terkena demam kuning selepas dilahirkan

Membantu menyembuhkan demam kuning bayi yang baru dilahirkan.
Mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil
Sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema
Sakit kepala atau migrane dan asma" Muntah-muntah, penyakit buah pinggang
Gila babi atau sawan, sukar tidur malam (insomnia)
Demam. Masalah limpa, pembuka selera makan, penyakit kanser, lumpuh
Bengkak hati atau hipatitis A dan B
Memudahkan penghadaman, menghilangkan bau mulut
Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut
Menambahkan tenaga zahir dan batin
Masalah mati pucuk, sembelit
Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak
Awet muda dengan kulit cerah dan bersih
Bahan penenang bagi masalah kemurungan & runsing
Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi
Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu
Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan
Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain

Time pregnant jugak aku suka makan buah. Tapi buah oren,mangga,betik dan jambu batu. Lagi satu, aku sangat suka makan anggur. Baru tahu anggur good untuk kuantiti darah kita. Wajib ada dalam fridge hehe. Makanan yang lain-lain, aku tak ingatlah. Cuma satu jela, kita kena jaga makan. Makan yang berkhasiat. yang paling penting, 

elakkan makan asam atau jeruk,

elakkan makan makanan yang tajam,

Makan makanan yang berkhasiat untuk tumbesaran bayi di dalam janin kita. Mohonlah semoga anak yang kita kandung dalam keadaan sihat sehinggalah waktu melahirkannya. Perbanyakkan solat hajat, baca Al Quran, Surah2 pilihan seperti surah Yusof, Maryam dan jangan lupa amal ayat Kursi dan ayat Bismillah 6.

Okey, next air gula plak ye hehe..Tula, dah gemuk, kuat makan, kene minum air gula pulak. Padan muka ko eka. Hehe.