30 October 2015

Lipstick SimplySiti Summer 2015 Petals & Blossom

Hai semuaa. Yayy dah Jumaat. Setiap Jumaat je suka hehe. Minggu ni nak balik umah mertua. Sambil tu boleh jenjalan.
Semalam lunch , aku pegi Guardian. Dalam kepala set, okeh aku nak beli lens solutions je. Sebab memang dah habis langsung. Aku taknak beli benda lain. Serius ni. 

Tapi pompuan. Kejap capai tu capai ni.
Hahaaaa..

Lepastu dah ambik lens solution, teringat lak lipstick dah nak habis. Lagi2 ada sebatang tu dah jahanam dek zara. Zara tonyoh sampai patah. Haha  bertuah betui. Tapi kat Guardian takde Loreal. Aku guna Loreal. Sekali datang sales assistant tunjuk lipstick SimplySiti. Eh macam cantik. Harga RM 33.90 kot. Resit dah buang. Try calit. Eh lawa plak. Beli lah.
Ni ha. Lipstick colour Inspiration Summer 2015 Petals and Blossom.


Aku amik code PBL 04

Warna ni laku keras katanya.
Tinggal seketui je lagi.


Pagi ni dah try hohohhhh.

Okey tuje.

Babaiii kejerr kejeeer


28 October 2015

Laksa Telur Bersarang @ Kafe Setinggan Ipoh

Hai.
Semalam aku pegi kursus kat Ipoh. Balik hari je. So balik tu ape lagi, mesti la cari tempat makan. Kohkohkoh. Kat hotel dah melantak banyak, balik kursus pun aku nak makan lagi.
Kali ni kami ke Laksa Telur Bersarang kat Taman Botani Ipoh.
Actually aku dah boleh makan laksa. Alhamdulillah semalam try, aku takde rasa sakit badan ke apa. Lulus.
Kafe setinggan ni menarik sangat. Deco dia ala2 rumah lama. Memang antik betul semuanya.
Jom layan gambor.

Sorryla gmbo tak ikut turutan hehe sbb malas nak edit lagi dah. Guna tab ni ya adoii lembab betul nak cut nak paste. Grrrr


Pintu masuk. Macam rumah lama kan.
Tengok keliling suasana macam kedai makan dolu2.


Laksaaa perghh slurpp
Murah gile
Semangkuk RM 3.50 je uols. 


Ni luar Kedai


Ala lupa nak ambik gambo jarak dekat tempat basuh tangan tu. 
Antik gile.


Tengok kerusi dia.
Tinggi hihi. 


Tengok la ha licin.
Semalam officemate + driver sekali.
4 orang licin mangkok beb hahaha.
Sedap pekat likat.
Hirup panas-panas.

Ulam dia ada timun,bawang dan special dia ada ulam daun selom hiris halus.
Sedapp.


Kat sebelah kedai tu ada jual ayor yang tengah popular skang. Ayor kopi.

Aku amik latte. Sebekas RM 5.00
Sedappp.

Okey alamat Kedai ni kat sinisini

No 1, Jalan Margosa,
D/8, Seri Margosa,
Taman Seri Botani,Ipoh.

Buka hari Sabtu - Khamis

Jumaat cuti.

Ni blog dia


Kat dalam kedai tu ada sebut kedai dia takde cawangan lain. Ni je satu 

Kalau ada yang lain tu. Bukan laksa diorang. 
Tatatatatatata.


26 October 2015

Majlis Aqiqah Adra Safiyya

Assalamualaikum dan hai semua.

Alhamdulillah selesai sudah majlis aqiqah anakanda tersayang hari Sabtu baru ni.

Semua berjalan lancar. Menguruskan kenduri ni penat sebenarnya tapi bila dapat jamu tetamu makan,tetamu ramai datang tu memang penat rasa hilang. Seronok rasa tengok ramai datang. Alhamdulillah murah rezeki si kecik Adra Safiyya.

Kambing golek pun licin sampai kepala pun diorang makan hihi. Sos pun Sedap. Ada side dish potato salad + coleslaw.


Lauk pauk pun cukup siap ada berlebih lagi dan boleh bagi bungkus untuk sedara mara.

Menu haritu nasik tomato,ayam masak merah,dalca,jelatah timun nenas,papadom,nasik putih pun ada. Gulai lemak nangka, keladi masak asam,ikan goreng,sambal belacan,buah tembikai. Lauk pauk semua masak gotong royong. Mak masak dibantu adik beradik mak ngan adik bradik abah aku. Terima kasih sangat. Siap ada yg sponser macam2 hehe.

Dessert pulak aku tempah kat member2. Ada brownies kedut,cup cake,blueberry cheese tart. Bubur pulak, bubur anak lebah sedapp tempah kat sedara. Makcik2 aku pulak sponsor dadih, kuih sampan,apam,kaswi. Pastu jiran opah aku sponsor lagi kuih muih macam2 jenis. Kuih pau,karipap. Nenek masakkan pulut ngan sambal tumis. Ya allah terkejut aku kluar umah tengok banyaknya makanan. Rezeki.

Goodies pun licin takde tinggal satu pun hihi. Dalam goodies aku taruk Yassin,telur dan muffin coklat + vanilla.



Yassin ni aku order kat Kiz Wedding di facebook. 


Majlis mula pukul 9.30 pagi. Marhaban start pukul 9.30 pagi. Adra ok pagi tu. Pukul 8.30 Adra dah siap2 mandi n pakai baju. Susukan dia. Biasany pagi pukul 9 tu time dia tido. So, susukan dan marhaban start. Dia tido. Hihi terus masukkan kat dalam buai berendoi


Marhaban habis dalam pukul 11.30 pagi. Terus ada bacaan doa dan jamuan makan pon bermula.

Gambar lawa2 ni kawan kami berdua. Amin yang snap. Amin bagi service free.!! Alhamdulillah murah rezeki ko Min. Lagi2 nak menimang orang baru. Hehe . Cantik2 gambo. Soft copy je tak ambik lagi. Amin ni photog kami kahwin masa kt sebelah aku.


Hihi sukanya dia. 
Baju ni simple je. Trudy and teddy.
Mula2 aku nak baju lain.
Sekali ayahnyer kata beli baju yang boleh dipakai selepas ni. Beli ropol2 kang susah nak pakai berjalan2 hehe betul gak.
Buai berendoi ni member2 gak.
Zahra Bridal punya.
Thanks kak Yana.
Harga kasih sayang gitu. Hehe

Anak kesayangan ayah.
Memang geng berdua ni.
Muka pon serupa. Padan sangat haha.
My little family.
Terima kasih Allah swt atas kurniaanMu.
Moga berpanjangan kebahagiaan ini.


Okey tu je. Nanti kita sembang lagi okay. Tatatata.

Terima kasih untuk semua yang menjayakan majlis aqiqah ni. Hanya Allah swt yang mampu membalasnya.







19 October 2015

Plastic Pink

Hai semua. Selamat petang.

Petang ni sembang pasal breastfeeding. Wah topik macam mak2 sangat kan.

Aku takde makan milkbooster, ada try tapi tak berkesan. Penyudahnya tak makan dah. Haiyooo.

Mind set itu penting.

Ada aku baca, Jika makan apa2 pun milk booster tapi tak jaga jadual pam, tetap tak jalan. Pam perlu lagi2 bagi ibu bekerjaya.

Minum air kena cukup. Lagi2 air suam.

Aku pun kadang2 tak minum banyak air. Memang mendapatla sikit je hasilnya tapi alhamdulillah banyak stock dapat buat dan cukup untuk Adra.


My milk. Looks so yummy right? Hehe

Biasanya stock susu tu aku simpan dalam plastic storage. Jimat ruang kat dalam fridge. Selalu guna brand autumz 12 oz. Sekotak 25 pcs boleh dapat harga RM10.00 je. Pastu aku ada satu satu perangai.

Perangai suka beli plastic storage yang unik dan cantik hihi. Rasa semangat nak pump.

Ni koleksi terbaru aku hehe.


Semangat tengok positive word kat setiap oz level tu.

Good Job!
Well done!

Hehehe.

Nanti lpas ni kita share beg susu Gabag plak.
Terbaek.

Sapa nak beli boleh search kat fb

BREASTFEEDING BABY ROXX


Sis Aliaa

Aiskrim Kelapa Sangkaya Creamery

Assalamualaikum dan hai semua.

Sibuk sikit dua tiga hari ni menguruskan persiapan kenduri aqiqah Adra. Ingat nak hired sorang photog tapi over budget pulak. Takpala. Kita snap pakai hp je la ye. Hehe.

So minggu lepas ke Nilai 3 kejap cari bag untuk isi goodies. Nilai 3 tak jauh dari rumah kami. So senang ke sana je. Beli woven bag saiz comel tu. Murah. Sepeket 2.00 tak silap. Dalam ada 10 pcs jadinya sehelai 20 sen. Setel.

Lepastu kami ke Bangi Sentral. Aku jadi personal shopper untuk kengkawan aku. Hihiii. Deme kirim botol sempena tommee tippee fiesta kat butik baby tu. Yela murah kot botol yg 9 oz tu harganya rm 19.90 je.

Pastu ke ioi city mall pulak. Lama tak kesini. Last pergi masa ngandung Adra tu pon tak habis tawaf sebab tak larat nak jalan hahahahahaha sebab terasa berat masa tu.

Alang2 jenjalan situ, kali ni nak try aiskrim sangkaya. Aiskrim kelapa tu. Ni pun ha dari ngandung tringin. Hehehehe dah nak masuk 8 bulan baru merasa haha. Nak kata air liur adra meleleh. Memang baby suka main air liur. Banyak dah cawangan Sangkaya ni. Memang sedap.

Tak manis sangat, lemak berkrim, rasa kelapa dia umpphh unik. Siap ada isi kelapa lagi kat dalam tempurung tu.

Dak apple pun suka. So ada can la repeat lagi aiskrim kelapa ni :p


Sangkaya Creamery IOI Mall Putrajaya
 Kedai ni kat LG. Dekat depan big apple donut.


Aku ambik yang ni.

RM 10.50

Yang signature aiskrim.
4 scoop ice cream + topping.

Yang ni aku campur 2 scoop aiskrim kelapa + aiskrim teh tarik Thai. Sedapp tapi next time nak aiskrim kelapa semuaaa lagi sedap.

Topping dia ada kelapa kering, kacang tanah (fav aku), nestum, jagung manis (fav jugak) dan kacang merah.

Untuk perfect combination, jagung + kacang tanah kisar tu terbaekkk.

Nyum nyum teringat lagi ni haha..

Korang mesti penah rasa kan?

Tringat lak ayah kawan aku, mniaga aiskrim tradisional aiskrim kelapa. Sedapp sangat,



13 October 2015

Persediaan Majlis Aqiqah

Assalamualaikum dan hai.

Mood blogging kelaut dah rasanya sejak dah tak boleh update kat office. Paham2 jerla kalau update guna hp,tab macam mana. Agak lemmmm gak kekadang. Kalau guna keyboard. Laju je tangan nak taip ye tak. Haha.

Kena ada mood yang okey dan betul2 ada hati nak menulis. Kalau update pun banyak cerita pasal anak. Modal nak cerita.

Serius rasa macam. Anak? Pergh dulu update tah hapa2 skang ni pasal anak je beb. Pasal diri sendiri. Pasal dak apple. Memang jarang.

I love you Adra. Muahh.

Okeylah berbalik pada cerita aqiqah. Adra dah 7 bulan baru berkesempatan nak buat. Alhamdulillah ada rezeki lebih. Semua untukmu.

Dulu sibuk buat persiapan kahwin. La ni kenduri aqiqah anak pulak. Rasa kejap sangat masa berlalu. Kan.

First skali.

1. Tarikh.

Tarikh ni la paling susah nak confirm. Dan berita gembira. Aku takpayah main netball sebab tarikh karnival sukan tu sama ngan aqiqah Adra. Yayyyy. Yelah. Dahla aku pon bukan terer main pon. Tadi last training. Lutut kanan aku sakit. Main takda tara mana pon. Haha.

Akhirnya dapat tarikh. Lepas dapat tarikh.

2. Cari kambing.

Kambing seekor. Alhamdulillah selesai dicari. Kambing bakor.

3. Marhaban

Selesai jugak. Punyala jenuh cari nombor hp ketua marhaban. Alhamdulillah dapat booking. Risau juga kot ade yg booking kan.

4. Jemputan

Baru la boleh jemput orang. Tapi belum keseluruhan. Aku bagitahu parents dan family aku. Family husband. Husband yang akan bagitahu. Ada juga buat kad. Kad simple je. Cari template kat internet dan edit sikit. Setel.


Hehe pink jugokkk dia nak.



5. Hidangan lauk-pauk

Ada dah bincang ngan family. Maybe nasik tomato + nasi putih. Ayam masak merah maktam aku yg best, lauk2 lain lagi. Kuih muih sikit.

6. Goodies

Ni goodies aku dah order buku Yassin. Aku order di Kiz Wedding. Satu buku RM 0.70. Cantik-cantik. Ada jugak yang lagi murah . RM 0.50 tapi aku pm,wasap dah seminggu tak balas2. Hmm ada la dua tiga tak berbalas. Takpala. Dapat yang Kiz Wedding ni pon okay. Cepat je respon. Bukan kita nak cepat sangat. Kita pun faham orang meniaga kan.

Yang lain. Aku tengah fikir nak bagi apa dalam beg goodies tu. Any ideas?

7. Buai berendoi.

Ni dalam dilema. Haha adra dah beso. Nak ke pon dalam buai. Nasibla butik pengantin buai berendoi tu kawan aku. Dia bagi diskaun gegila punya. Tengok bajet dulu.

Okey setakat ni itu jelah dolu. Yang lain belom lagi. Nanti aku share lagi ya.

Bye.


06 October 2015

Pak Daud dan Serum Jambang

Hai.

Lama ya tak cerita tentang Pak Daud dan Makcik Tipah. Deme dah ade anak sorang dah skang. Hoho. Hehe.

Kisahnya.

Sekarang kan trend jambang ala2 wak doyok ataupun jambang halus ataupun sideburns yg cantik rapi kemas tu.


Ya. Memang handsome kan. Hehe

Pak Daud juga gila pomade. Rambut pompadour. Siap sikat sintetik. Pomade tu pulak bau dia rasa nak makan. Haha.


Pergh macho baq hanggg.
Pak daud nak jadi gini kot.
Pergh lagi skali.

Tu juga merupakan kegilaan lelaki masa kini selain daripada #vapeon!! Nasibla pak daud tak merokok. Kalau tak mesti sibuk nak tukar flavor etc. Tu pun tah2 ada cuba. Mesti ada tu.

Berbalik kepada cerita serum jambang tersebut. Pak daud pon beli la dua tiga jenis serum. Makcik tipah ingat orang pompuan je siap berserum bagai. Tapi orang lelaki pon.

Tapi makcik tipah selalu tegur. Sejak guna serum jambang tersebut. Takda pon jambang yg tumbuh. Yang ada hanyalah jerawat je yang tumbuh di sekitar kawasan yg disapu serum. Haha.

Jerawat ya bukan jambang.

Pak Daud tak puas hati. Dia pakai jenama lain. Pon sama. Bukan jambang yang tumbuh tapi makpak jerawat yang tumbuh.

Lagi sekali Makcik tipah ketawa berdekah2. Yela ingat jambang. Tapi jambangwat a.k.a jerawat.

Tapi pak daud ni jenis nak cuba. Dia pakai lagi. Makcik Tipah bising. Apala beli mahal tapi jerawat. Tu tandanya kulit awak tu tak sesuai la pak daud. Dah la stop pakai tu.

Pak Daud diam je sambil senyum senget.

Makcik tipah geram. Satu hari Makcik tipah sorokkan serum tersebut di bawah bantal. Dengan harapan takpayah la pakai lagi. Tak sanggup tengok jerawat berceratuk di mukanya.

Sekali pak daud lepas mandi. Sengih2 dah sapu serum sebab bau serum tu kuat gak. Makcik tipah terkejut.

Eh mana awak jumpa ni. Kan saya dah sorok.

Pak daud cakap. Elehh nak sorok plak. Hahahaha.

Adoi. Terus berhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu Makcik tipah.

Ateeeeeee..
Bagaimana partner kome.

Cerita Aidiladha

Hai semua. Susahnya nak update sekarang. Malas pon ye jugakla hehe. Lagi2 kat office aku ni dah tak bole bukak blogspot. Nak update guna tab pon kekadang malas. Penyudahnya update guna hp je.

Dah basi dah cerita raya haji. Baru nak update :p

Tapi entah kenapa agak kurang meriah tahun ni. Kome rasa camne? Ke aku je rasa begitu.

Hari raya Aidiladha haritu aku balik ke Nogori 9 umah mak mertua.
Aku kerja Rabu tu cuma balik awal sikit sebab nak ke Nogoghi kan.

Sampai kat Seremban pukul 10 lebih. Mak mertua baru siap buat rendang. Abang ipar aku pulak baru siap buat lemang. Ayah mertua ku dah lelap dulu. Tak sihat mungkin panas dengan jerebu kuatnya.

Pagi raya. Makan juadah raye le hehe. Pak mertua aku pandai masak. Ayah buat sup kerbau. Rendang mak mertua aku plak torbaek makan ngan nasik paneh. Ngan lomang lagila thorbaek.


Hai saya Adra. First time beraya Aidiladha ni hehe. Dak uchuk mama ayah ni dah banyak akalnya ni


Ni je gambo raya kami hehehe.
Nak bergambo ngan dak kocik ni skang kene cepat. Tak diam dah dia. Mulut membebel je. Seronok tengok keletah dia. 

Pagi tu, Ada jiran datang beraya. Makan-makan kemudian kami lepak jap. Pastu kami ke rumah kak ipar pulak.

Petang tu dah menung. Nak kemana nih. Terus ayah adra ajak pegi jalan. Yayyy sonoknya adra. Eh mama dia hahahaha.


So petang tu kami ke Palm Mall. Tak boleh jalan ke taman. Jerebu. Masuk mall takde jerebu kan. Hihi 

Ingat raye2 ni takdela ramai. Rupanya ramai ye beraya kat Palm Mall hahaha
Makan-makan, jalan2 and shopping sikit utk ayah,mama and Adra jugokla hehehe.

Adra memang suka dibawa berjalan. Nasibla suka. Kalau nak susu, mama akan keluarkan apron ajaib. Nursing cover. Hihi tapi weols panggil apron. 

Tu nanti kita cerita dilain entry ya.

Okey tujela update . Sok kalau rajin aku update. Eh korang. Aku dah jadi pemain bola jaring. Haha excited bagitahu korang tapi serius wei last main masa darjah 5, lupa habis. Tak tau apa kerja Gk GD GA. Jadi WA WD jerla. Kaki pon gerak lagi haha.

Babaiiiii

05 October 2015

Adra dah Makan

Hai semua. Ni cerita pasal anak pula. Adra dah nak masuk 7 bulan.
Adra dah makan dah. Seronok sangat tengok dia makan. Suap bubur nasi pon kemaen suka sampai habis semangkuk.

Aku pelbagaikan bubur nasi tu.

Bubur nasi kosong tu diblend. Kemudian aku campur dengan puree.

Puree yang aku buat selalunya puree pear. Adra suka. Pastu up sikit puree carrot,keledek @ sweet potato, kentang, brocoly.

Buat 4 day rules jugak. Tapi setakat ni Adra okey je makan puree2 tu.

Kadang bubur nasi blend halus kemudian taruk dua-tiga sudu puree carrot. Laju dia makan.

Setiap kali makan, berperang. Dia sibuk nak pegang sudu jugokkkk.


Tengok tu. Nak suap jugakk dia. 
Ayah tolong pegang tangan. Mama suap.
Kalau taknak ditepisnya. Ternganga mak tengok anak menepis sudu haha rasa macam culture shock sebab kena tepis. Mak2 baru blajo. Haha.
Sebelum ni tengok Makcik 2 aku bagi anak deme makan. Tu la tau skit cara bagi makan baby. Sulamkan dengar air masak. Aku introduced juga air masak. 


Ready untuk di stim. Nasibla hadiah kahwin aritu ada periuk nasi brand Tefal. Aku stim guna periuk tu. Mudah. 

Blend dan simpan dalam freezer. Macam handle ebm gak cuma bubur nasi kena buat hari-hari. Banyak yang aku perlu belajar. 

Kalau kat group home made solid food tu macam2 resepi utk baby ada. Tunggu baby beso sikit kita buat yg menarik.

Lepasni nak try buat rice cereal sendiri ngan serbuk bilis.

Harap mak rajinnn. Tapi kena rajin untuk masakkan makanan untuk anak tersayang. Korang mehla share solid food baby korang.

Jumpa lagi!