30 November 2015

Review Maybelline | White Superfresh Liquid Powder Foundation

Hai. Selamat pagi semua. Sihat tak harini. Hari isnin mesti kena senyum lebih, make up cantik-cantik, masuk office pun happy. Hehe..

Korang kalau make up, pakai foundation jenis apa? 

Kalau aku, aku pakai foundation Maybelline | Clear Smooth BB White dari tahun 2012. Memang suka yang tu sebab dia light je dan senang nak remove. 

Tapi ni rasa macam nak beralih arah pulak. Best sangat pakai ni. Memperkenalkan...

Tadaaaaaaaaa....


White Fresh Super Fresh Foundation Liquid Powder
White fresh super foundation adalah the 1st liquid powder to foundation.

Patutlah bila apply rasa macam pakai bedak! 
Hehe.

Yang bestnya foundation ni, ia akan menjadikan kulit kita rasa segar sepanjang hari kerana ia dapat mengawal minyak dan mempunyai SPF 50 untuk perlindungan kulit kita.

Biasa kita pakai foundation, tak sampai tengahari dah rasa melekit dan berminyak. Tapi dengan ni, takde rasa melekit. Kalau tak, dekat hidung dah berminyak hihi.

Lagi-lagi kalau kita berpeluh, cuaca terlalu panas. Memang cair la make up kita kan.


Aku pilih B4 - Sand Beige

White Super fresh ni bukan sekadar alas bedak je tau tapi ianya dapat

1. Mencerahkan

2. Kesegaran sepanjang hari

3. Cepat menyerap

4. Hydrating

5. Mempunyai perlindungan UV SPF 50

6. Terasa flawless hehehehehe


Excited nak try.
 Nak tengok tekstur dia.

Sangat ringan, tak melekit, tak berminyak.


Bila sapu, tengok putih terus hihihi.
Licin je. 
Full coverage

Macam aku, lepas pakai liquid powder ni,
Pakai bedak. Sapu sikit pon dah okey.
Tipis je pakai.


Dan siap. Jom masuk office. Hehehe.

Memang  recommended lah liquid powder ni bagi yang suka make up light2.

Eka bagi 5 bintang gitu..

Bagi yang berminat boleh dapatkan di mana2 kaunter Maybelline, Watson, Guardian dengan harga cuma RM 29.90 sahaja tau.

Boleh beli on9 juga di Guardian dan yang best sekali, 
Ada Less 15% !!!

Cepat cepat beli. Hehehe

Ingat Maybelline,

Ingat,

#makeitfresh

#maybellinemalaysia

Website Maybelline



Thank you.

24 November 2015

Cincin

Haiiiii.

Selamat petang uols.

Cek kat draft. Banyak entry tak siap. Yang hado tajuk je pun. Tajuk pun bagus jugak. Ada la idea nak tulis.

Masa dalam pantang Adra, maksu aku ade bagi gift. Gift berupa sebentuk cincin.

Amboi anak. Kecik2 dah dapat barang mas, mama kamu ni nasibla tak suka barang mas. Hahaha.

Tapi masa tu Adra kecik lagi, takdela aku pakaikan waima sekarang dia dah beso sikit pun aku takut nak pakaikan sebab dia dah pandai mengutip!

Bahayoooo. Dahla anak buah suami aku yg kembar tu, tertelan coin sampai operate last week.

Tapi haritu saje nak test balik cincin tu.

Muat. Nampak comel dijari tembammu tapi nak dapatkan gambo satu ni huh, taktau brapa banyak kali tekan hahahahaha yela adra dah tak diam.

Agak2 nanti dia dah paham ni adalah cincin. Baru pakaikan semula, kalau tak mesti dia ingat ni makanan. Ngap. Haaaaaaaaaaaaaaa.

Ok bai,

P/s : ada reader blog kata, entry aku dah pendek2. Erkkk. Memang pun kan? Sorry ya. Nanti aku tulis pepanjang lagi,

Btw tq maksu bagi Adra cincin ni. Semoga selamat bersalin.

20 November 2015

Review Posh Cooler Backpack GABAG

Hai semua.

Lama dah nak update pasal cooler bag yang satu ni. Hehehe tertunda je.

Bagus bagi sesiapa yang sedang mencari cooler bag yang cantik. Bukan cantik je tapi tahan lama, ruang yang besor dan berbaloi membelinya.

Korang boleh tengok cooler bag dari GABAG. Pelbagai design, tahan lebih 16 jam. Serius tak tipu.

Lawa-lawa kan cooler bag gabag ni. Sebelum ni ingatkan beg buh susu corak ala2je da  petak macam box. Tapi design gabag ni moden n cute2 giles. Gerrammm. Pastu ada dua part, atas boleh letak pam, motor pam, plastic storage ke.pastu bawah boleh letak susu n ice pack. So senang angkut takyah bebanyak bag. Gabag ni actually from Indonesia.

Sekarang ni cooler bag dah macam2 rupa dan pelbagai. Seiring dengan peredaran masa. Cooler bag dah bercorak dan pelbagai rekabentuk yang cantik. Dah rupa handbag. Kadang2 orang ingat beg mekap hihihih.

Mula2 duk berkenan kat gabag ayana n pink bow. Dah book awal2 dah ni dengan Aliaa owner Breastfeeding Baby Roxx nak yang pink bow. Dah bayor half. Lepastu tetibe nampak org update pasal Posh Gabag. Dia backpack. Macam okey je ni, sebab aku kekadang naik kete, naik scooter, naik train, naik bas. Rasa macam lebih memerlukan backpack. 


Tadaa.
My Posh Gabag.
Sabar menanti si Posh ni hehe.
Didatangkan dengan plastic bag.
Cute sgt.
tapi plastic pink tu beli lain tau. Bukan free. 
Saje tertempek lak dia kt situ hehe.


Ni ha rupanya bila dah bukak.
Memang beso lah beg dia.
Ni macam2 boleh sumbat ni. Hikhik.
Ada dua part. Boleh bukak dua2 part tu. 


Macamni. 
Yang bawah tu aku simpan susu + ice pack 
Aku biasa memang simpan susu dalam plastic storage,
kemudian aku leperkan. Bole dapat masuk dalam 20 pack tau.

Yang bahagian atas tu pulak aku simpan motor pump,
pump. Plastic storage,sticker,pen,beg makeup pun kusumbat skali haha.

Ni keadaan ruang atas.
memang sesuai la nak simpan kelengkapan kita.


Yang ni ruang bawah pulak,
memang nampak ketebalannya daripada cooler bag yang biasa.
 Sebab tu tahan sampai 16 jam.
biasa aku pegi kursus pagi. Balik petang tu ice pack still keras n sejuk.


Excited menerai uols hehehe.
Bole disandang belakang.


Bole juga dijinjit seperti ini ye uols.

okay sesapa yang berminat bolehla membelinya di

BREASTFEEDING BABY ROXX

Search kt fb. Mahap tak dapat nak back link sebab guna application bloggerdroid ni takleh letak backlink. Huhu..

bole contact Aliaa. Memang best Aliaa ni.
fast responses. Tanya la apa pun.

Terbaik...

Thank you.

Breast Pump Spectra 9+

Hai semua.
Alhamdulillah Adra dah 8 bulan lebih dan masih minum susu aku.
Alhamdulillah rezeki untuk Adra.

Kalau dekat office, aku memang ada jadual pump sendiri. 3x bermula dengan,

Sesi 1 - 10.00 pagi
Sesi 2 - 01.00 tengah hari
Sesi 3 - 4.00 petang

Port pump biasa kat surau. Kadang2 kalau busy, aku pump kat work station sahaja. Cover dengan nursing cover takpun dengan tudung. Tudung labuh sikit, setel.

Terima kasih officeku bagi kelonggaran untuk pump dan memahami.

Aku guna pump single brand snowbear adik aku bagi. Pump ni mampu milik. Seperti yg aku pernah kata. Aku kan lambat menggali ilmu penyusuan. Disebabkan adik aku bagi pump ni, jadi aku tak spend duit langsung untuk beli pump dan tak tahu pun pump apa yang okey dan yang bagus dan yang sesuai.

Tapi bila susu pun dah mantain. Aku mula rasa aku memerlukan pump yang double supaya aku boleh jimatkan masa mengepam. Takyah cucuk bateri. Nak pegi kursus takyah cari plug etc, ringan, part kecik2 takyah basuh banyak2, mampu milik,tahan lama dll.

Lama juga aku survey. Pump apa yang aku perlu beli.

Medela free style
Lacte duet
Malish Ilaria
Rumble tuff
Spectra M1
Spectra 9+
Autumnz passionpassion
Avent

Tengok, google, baca pehtu pening nak beli. Nak menabung lagi ni. Untung2 nanti kalau ada rezeki mengandung anak no 2, boleh guna untuk anak no 2. Kan. Kira melabur beli pump hihih.

Setelah ditolak tambah bahagi kira semua duit tabung, aku membulatkan keputusan untuk beli breast Pump Spectra 9+.

Bole dibeli secara ansuran tapi mcam biasa la selepas habis bayar baru dapat barang.


Aku amik basic pakej. Harga Rm 660.00 free postage. Dapat 2 connector from wide to standard bottle + 5 milk storage bottle apple tree.

Pump ni rechargeable. So, dah cas. Senang aku nak bawa pi office dan pump di mana sahaja tempat sesuai hehe.

Jom tengok macam mana nak guna.


Parts dia sikit je. Only 3 parts kena basuh.

Shield
valve
bottle


Lepastu connect dengan backflow protector dan tubing.
dua part ni tak payah basuh.

Settle.

On pump.


Massage dolu.

Kemudian tukar expression mode.
Senang kan.


Antara ciri2 pump ni adalah:

1. Double pump. Boleh guna jadi single pump jugok.

2. Ringan. Berat 900g jer.

3.  Ada massage mode. Urut2 dulu bagi melancarkan urat2 miss B

4. Ada 10 suction level. Boleh tekan ikut kita suka nak level brape.

5. Ada timer display. So bole tengok brapa minit kita pump.

6. Ada back flow protection. Takde la susu masuk kat tube! Jahanam motor pump kang.

7. Ultra quiet. Tak bising sangat. Kira pendiam sikitlah. Tapi ade je bunyi, cuma less vibration dan sengap sikit bunyinyer.

8. Part nak basuh tu sikit je. So senanglah aku nak basuh aksesori pump ni hehehe.

9. Best dan menjimatkan masa. Kalau pakai single, aku amik masa dalam 45 minit tau. Yelah bergilir2. Tapi pakai double. 15 minit dah siap.

10. Ape lagi ye. Nanti la cari lagi hahaha.
Pagi tadi sampai. Dah cuci semua aku pun try. Hehe.

Apa2 pun, terima kasih buat pump snowbear yang cute mute tu. Tetiba aku rasa sedih sangat. Tengok pump tu. 8 bulan aku guna. Dah beribu oz aku pump dan dia bekerja keras untuk aku selama 8 bulan lebih ni. Touching bila aku basuh, sterile dan sedia untuk disimpan. Menitis gak air mata mak ni.

Apa2 pun aku harap perjalanan penyusuan ini dipermudahkan untukku. Kalau ada apa2 nak tanya, boleh emel aku di 

ekaseven@ymail.com

Mana yang aku tahu dan boleh share tu, aku share ye.

Terima kasih.

Ohh lupa nak share. Aku beli pump ni dekat seller paling best. Love you Aliaa. Hihi. Meh meh cuci mata kat 

BREASTFEEDING BABY ROXX

Search dekat FB tau. Macam2 ada. Nak breast pump, plastic milk storage, cooler bag etc. Actually cooler bag Gabag pun aku beli kat Aliaa jugak. Tu pun entry terperam. Nanti update hehe.

Korang, yang bf tu. Guna pump apa. Meh share.

19 November 2015

Dinner Office Apaknya

Hai semuaaa.

Sorrylah kekadang je update.

Entah.

Tak ada mood hehe sebab susah nak taip hahaha. Guna hp or tab memang akan ambik masa.

Beberapa minggu lepas, opis ayah Adra buat dinner. Tahun lepas family day kat Melaka Wonderland. Tahun ni turn dinner plak.

Dinner buat kat Kelab Tasik Putrajaya. Tema rock n roll. Tapinya kitorang takde rock pun hahahah. Nak sangat lah apak adra tu nak bergaye2 rock. Haha. Apak Adra kata, pakai jelah apa ada mama. Makan je kenyang2. Tapi aku takde idea lah. Pakai jeans jelah macam biasa. Ade jacket denim kat umah mak aku. Tak teringat nak pakai. Haha.

Adra ada dress denim. Pakai je la anak oi apa ada. Hehe.


Dalam kete kuat wefie anak beranak.
Hihih.


Comel tak sayee.
Hehe. Suka pakaikan Adra legging dengan dress.
Tu headband dia tu nampak tak beza gambo atas dan bawah. 
Yang headband ribbon ni, dia tarik sampai tercabut. Tu tuko ngan headband bunga 3 kuntum tapi ganas betul anak haiii. Tercabut sekuntum dah haha.

Dulu kecik2 nak la berjenis2 headband. Taruk apa pun diam je.
La ni memang nanhadoooo.



Menu boleh tahanlah.

Ada Mushroom soup + garlic bread
Assorted salad
Spaghetti
Fried prawn
Grilled chicken
Baked potato
Sausage
Char kuew tiow
Nasi goreng
Satay
Kambing bakor
rojak buah
ais kacang
aiskrim
cake
buah

dah tuje aku ingat. Gambo takde hahaha. Tu pun jenuh mak snap tau.
Sejak ada anak ni stiap kali pegang henpon je, anak pun nak rentap henpon.
haha.

Ada live band. Menarik gak. Vokalis kumpulan ape tah.
Heavy Machine kot.

Layan jugak walaupun tempat weols duduk tu panas pulopp tapi nampak tepi tasik.
Adra pun dah menguak. Tuko baju kat situ haha.

okey tujelah nak cerita pon. Ada gak la modal nak update khennn.

Tatatata. Tengah cari modal nak update lagi.
Takde gambo tak best kan? 

13 November 2015

Aiskrim Pops Malaya

Hai.

Haritu tengok majalah 3 yang pasal eskrem tu. Haih telan air liur tengok. Nasibla Sangkaya dah rasa dan sedapp. Lepastu berjenis2 aiskrim aku tengok. Grrrr. Mengundang betul.

Eskrem yang aku tringin nak cuba adalah pops malaya.

Buah original katanya. 100 % natiral. Macam best.

Haritu ke Bangi Sentral. Aku ke Zawara butik dulu sebab dia pun vendor untuk pops malaya. Sekali tong ais krim je ada. Licin.

Frust. Haih macam mengidam ngandong plak frust tak dapat. Kohkoh..

Pastu aku gi Jadora. Ada yayyyyyy.

Tapi tak banyak flavour dah.

Aku ambik ni je.

Coconut shake ngn Vanilla Honeydew.

Tapi yg coconut shake tu tekak aku tak sedap haha.

Dak apple punya honeydew tu sedap. Huwaaaa.

Cer tengok tangan sapa yang excited nak eskrim ni. Sampai maknya tak makan sangat sebab dia tepis bila aku nak masuk mulut gahahaha.

Tangan adra yang lebih genggam nihhhh.



Emmmm sedapnyaaaa uolsss


Nanti kita cuba yang lain plak.

Dak apple tanya brapa sebatang nih.

Rm 4.00 bang

Terus dia tercekik.

Hahahahahaha sekian.

Kome, penah rasa?

Kome suka yang mana?


04 November 2015

Ngidam Buah Tarap

Entry edisi Throw back.

Assalamualaikum semua.

Sejak adik aku dah ngidam ni. Teringat plak kisah aku ngidam haritu. Yelah haritu aku tak pernah pun update pasal preggy kan hehe.

Ni yang aku ingat la ya. Versi tak ingat tu biarlah. Nanti ingat.

Aku ngidam buah tarap!!!

Hahahh

Nak tergelak. Masa Adra lahir. Ayah adra cuit2 adra. Ni la budaknya ya yang nak buah tarap tu. Haha.

Tak bole blaaa la apak Adra ni.

Tah macam mana aku bole mengidam buah tarap tah. Tetiba je terlintas kek hati. Tula ajaibnya orang ngandong ni.

Buah tarap tu adalah sejenis buah yang seakan cempedak tapi susah nak dpat beb. Kalu kat Sabah ke Sarawak ke banyak. Lagi2 kalau musimnya.

So sementara tak dapat makan lagi tu. Hari2 aku tengok Instagram #buahtarap

Rasa macam teringin sangat. Apela rasanya. Sambil usap perut. Sob sob sobb. Masa tu 3 bulan rasanya.

Husband tanya sana sini. Minta tolong kawan opis dia. Ada akak tu husband dia orang Sabah. Tq Kak Ila!! Lebiyyyuu.

Masa raya ke 7 tak silap. Kak Ila baru sampai umah dia dari Beaufort Sabah. Kak ila call dak apple. Suruh amik buah tarap dah sampai. Dalam hati gumbiraaa baq hanggg. Tak tau nak kataaa haihhh.

Kami terjahla umah kak ila kat Beranang. Ke Semenyih. Eh sama kot. :p

Kak ila siap dah kupaskan buah tersebut. Aku pon makan. Uihh sedap. Rasa macam cempedak. Tapi macam durian belanda pun ada dalam dia. Aku rasa Adra mesti melompat2 dalam tummy selepas makan tarap. Kahkahkah.

Pastu siap dapat buah yang belom masak lagi. Jenuh balut bungkus kata kak ila takut tak lepas naik flight sebab berbau kan. Tula kak ila siap kupaskan tu backup kalau tak lepas naik flight buah tu.

Selepas dah makan. Ouhh lega. Alhamdulillah. Takdela tringat dah. Camtu ye rupanya orang ngidam. Tak dapat terbayang2.

Hehe teringat plak video pendek liyana jasmay ngidam tv flat screen hahahaha.

Lagi yang pelik2 aku rasa takda. Ke tak ingat. Maklomlah uratku dah banyak putus dan aku pelupa. Sangat!! Nanti tanya dak apple. Apa lagi aku ngidam.

Ada gak aku ngidam ikan kelah. *_^
Dapat masa aku dah 9 bulan. Hehe.

Korang. Apa yang korang mngidam masa ngandung? Ada yang peliks???
Share meh share.




Ni lah buah tarap tersebut.Kocik je buah eh.


Ni rupa isi dalamnya.

Tq blog House Of Annie
http://www.houseofannie.com/buah-tarap/

pinjam gambar.

:)



Ni masa pregnant 4-5 bulan tak silap aku. 
Perut aku comel2 je.
Start besar masa 8 bulan. 
7 bulan masih kecik dan kalau dari belakang pun orang tak perasan aku ngandung hehehe. 


My Dear Ware House Sale Beranang, Selangor

Assalamualaikum dan hai semuàaaaaaaaaaa..

Minggu lepas kitorang pegi Beranang. Ada jualan gudang My Dear. Sejak jadi makpak ni pantanglah ado sale2 gini. Barang untuk anak lagi banyak dari makpak haha. Untunglah adik Adra nanti. Bole pakai Adra punya. Tapi belum la beradiknya lagi. Zara je tak lama lagi dapat adik, hihihi . Ibu zara pregnant 7 weeks. Alhamdulillah.

Okey berbalik ke ware house my dear tu, aku tahu dari fb. Mentioned je ayahnya Adra. Ayah adra tu kalau barang2 baby ni laju je jom dia, nampakla perubahan seorang ayah nih. Ayahnya pun rajin membeli. Kadang2 ayahnya beli kasut untuk Adra, bajulah. Hihihi pandai pulak membeli. Ingat tak tahu. Ingat hemak2 je excited nak beli kan.

So, Sabtu haritu kami pergi ke Beranang. Tak jauh pun dari rumah kami. Waze je kompem sampai. 30 minit ikut jln belakang. Tujuan asalnya kami nak usha walker. Pastu carseat. Carseat yang ado ni macam dah tak sesuai untuk Adra. Sebab dia jenis yang infant car seat. Adra taknak duduk dalam tu sangat. Aduuu.

Dapat dah walker. Adra duduk dalam ni laju gila dia drive. Adra pun dah pandai 'ngemas' dah skang. Segala ceruk rumah dijelajahnya. Tapi takdela lama pun dia duduk. Setakat aku nak buat kerja. Dudukla kejap. Stroller pink yellow my dear ni sale dapat rm 80.00 je.

Sesambil tu weols jadi personal shopper jugak. Penuhla keta. Ada kirim basikal etc. Kena beli mpv ni kalau bercita2 nak jadi personal shopper tegar. Kahkahkahkah.

Okey layan gambaq jelah ya.

Mak2 pak2 boleh lah usya. Harga memang murah. Murah dari online store my dear gak tau.

Nak cari carseat, stroller, buai, playgym, basikal, pool, etc semua ada. Kelabu mata makpak. Haha. Mohon bertabah lah ya. Dont worry. Swap card pon bole kalau tak cukup cash hihihhhhh












Walker tu la kitorang ambik.

Rm 80.00

Okey tuje. Hehe. 

Babaiii . Jumpa next entry.