13 January 2016

10 Months #adrasafiyya

Assalamualaikum dan hai.

Alamak tak dapek juga la nak update sehari sekali hahaha busy la pulak dua tiga hari ni.

Haritu Adra genap 10 bulan. Lagi 2 bulan dah nak genap setahun.

Rasa macam kejap sangat masa berlalu kan. Rasa macam baru update bersalin walaupun aku tak update waktu preggy. Kalau kome nak tau. Banyak entry ngandung dalam draft haha tak nyempat nak edit and update. Nanti la kot. Berjemaah tulis kalau ngandong lagi haha. Tapi tak tau la bila. Hanya Allah swt yg tentukan. ;)

Berbalik pada Adrakusayang. Dah merangkak laju, tengah melasak, dah memanjat. Sibuk nak berdiri.  Ada satu kali. Aku tengah cuti time tu. Aku tengok dia dah takda atas katil. Dia dah kat bawah niarap pastu nampak aku dia nangis. Berderau darah aku. Bila dia jatuh entah. Okay lepastu takde la katil lagi ye anak hehe. 

Setakat ni aku enjoy tgok perkembangan dia. Satu satu dia buat. Jangan bandingkan anak kita dan anak orang lain. Setiap anak perkembangan berbeza ada cepat ada lambat. Adra satu je lambat. Lambat tumbuh gigi. Nampak dah tunggul tapi idok le die kluor lagi.

Takpa pelan2.

Ada juga yg kata, Adra ni napa susut. Napa tak tembam etc. Ya dulu memang dia tembam tapi sejak dia dah melasak ni dia jadi susut nak meringankan badan.

Yela, terbakor lelemak dia sebab dia memang tak diam sekarang. 

Hehe takpala kecik ke beso ke asalkan anak sihat. Ikut baka makpak dia la kan. Kurus tinggi tapi mak dia kurang kurus tinggi. Hahahahhhhh


Hai saya Adra. Saya nak sikat rambut tapi tapi tai tak gheti pon haaaaaaa. Tapi tau pulak itu sikat. Mesti dia perati apak dia bersiap pakai pomade berbau harumanis then bersikat utk menampakkan rambut bergulung di depan. Tu anak ikut.


Last week teman ayah pegi kelas. Kekadang kelas ujung minggu. Malas la duduk rumah. Dpat gak jenjalan kan hehe. 

Lagi 2 bulan birthday dia. Kejapnya kamu membesar wahai anak. Mama sayang kamuuu. Ayah sayang kamuuu. Semua sayang kamu. Moga jadi anak yang solehah. 

P/s: nak fikir idea celebrate birthday girl ni. Makan2 sama family. Bestnya :)

4 comments:

Inani Hazwani said...

Wahh dah nak dekat setahun dah Adra :D

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Time flies khen
La time depa suka explore mcm2
Byk la bengkak jatuh sana sini😅😅😅

eima said...

suka sgt ye die angkat kening cam tu ...sampai berkerut dahi comey !!

Eimma said...

lama tak lepak sini. kak eka dah ada baby dah. huhu.. moga Adra membesar dengan sihat :)