07 January 2016

Kenduri Kendara


Assalamualaikum dan hai semua. Entry kedua aku tahun ni. Tahun ni azamnya kononlah kan aku nak update sehari sekali la paling koman. Hahaha harap tercapai.

Awal2 tahun dah membuka cerita pasal kenduri. Baru2 ni sepupu aku melangsungkan perkahwinan eceh skema je ayat kan hehe dgn pilihan hatinya. Tahniah Syahira dan Firdaus. Kami doakan moga kalian hingga ke jannah dan cepat2 dapat baby. 

Majlis dibuat kat rumah nenek aku di Perak. Pada mulanya belah lelaki merisik tapi bila dicadangkan supaya alangkah baiknya jika terus langsung. So, plan untuk nikah kahwin terus. Alhamdulillah semua berjalan dgn lancar.

Lauk pauk semua ala kampong style dan takde katering tapi kami masak sendiri. Gotong royong keluarga dan jiran2 kampung kami. Thanks semua.


Ni hari Jumaat, majlis menyiang. Ada makan2 sikit dan ada masak2 untuk malam sebab ada kenduri sikit. Lauk malam tu power sebab ada sambal petai tempoyak. Dak apple terkena sebab dia kan omputeh celop haha tak makan tempoyak. Dia kaut lauk tu lpas tu rasa2 nak kunyah tinggggggg ada rasa tempoyak haha.

Ada lauk special ni. Umbut kelapa. Kalau kat belah2 sini kenduri mesti ada. Buat gulai lemak, cicah sambal belacan lembik. Aumm tapi hati2 sebab angin. Gara2 ni juga anakku kembong. Makan ckit je buat rasa. Ha mendapatlaaa tapi sedap yakmattt uols.


Korang penah makan? Adakah ia menggiurkan? Slurppp.

Sabtunya kenduri besar. Tetamu datang seawal jam 11.00 pagi. Kami semua masing2 ada tugas. Aku ditugaskan untuk membantu makde aku utk buat lauk pauk makan beradap. Pestaim aku buat bunga dari buah limau. Wow rasa macam tak caye hahaha.


Gambar atas : lauk pauk antaranya ayam masak merah, gulai umbut, kari daging,  acar nenas biji sawi, ulam timun sambal belacan, ikan patin tempoyak ( lauk cover sebab ada lauk yg habis awal) dan ayam masak kicap ( pon lauk cover gak hehe)

Gambar bawah kiri : ha tu nampak tak bunga buah oren tu? Tu aku la buat tu. Ghase tak caye je tau aku bole buat haha. Kemudian cedok2 buah tembikai buat bulatbulat.

Gambar bawah kanan : tu pula dessert iaitu bubur anak lebah. Masa adra aqiqah pun aku order bubur ni jugak dekat org yg sama. Dua tong flusk tu aku order, licin takde sisa sampai aku dapat rasa semangkuk jerr. 


Tahniah pengantin. U look so beautiful my dear cousin. 


Wefie hehehehe dah beso2 sepupu2 aku. 


Nenek aku hehehe. Adra skang bergambo tangan mesti naik. Macam nak buat peace kot tapi tak gheti. Tidal kelihatan adalah somiku dak apple kerana sibok basuh pinggan hahahaha. Penanggah yg busy.


Antara hantaran yg unik. Buah durian! Tapi nampak real kan? Rajin sungguhla yg buat ni. Ni dari belah lelaki. Dalamnya asa gula2.

Okey tuje serba sedikit corat coret kenduri sepupuku. Biar sederhana tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar dan kami semua happy. 



2 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Rare nk tgk kenduri org gotong royong mcm ni
Meriah sungguh
Ai lapaq nasi kenduri
Berthn x pi kenduri org😭😭😭😭

Inani Hazwani said...

Aaaa sedapnya kak. Bubur tu pun sedapnya. Hihihi. Tahniah pengantin :)