18 January 2016

Kerepek Ngarku @ Arrow Head

Hai semua.

Musim buah ngarku atau omputehnya Arrow head datang lagi. Buah ni diimport dari China dan hanya ada setahun sekali je. Mungkin buah ni adalah sejenis ubi. Nak kata sengkuang tentulah bukan sebab dia tak berair tapi macam ubi. Kalau sengkuang dah tentu tak bolehla buat kerepek. 

Aku dah lama teringin. Ceh teringin mengalahkan orang mengidam. Setelah beberapa ketika memerhati dan meneliti haritu aku bernekad nak buat. Hihi

Nampak la buah ni kat econsave. Sekilo berharga RM 4.80. Jadinya aku pon beli la sekilo.


Sekilo pon banyak gak dapat. Buahnya ala comel comel. 

Balik rumah try buat sikit. Yela percubaan haha. Dalam 3-4 biji. Uihh sedap.
Esoknya pepagi gigihla aku ngan adik aku mengupasnya.


Tips mengupas. Pastikan jangan buang toncet ataupun tangkai buah itu kerana ada fungsinya. Masa nak sagat. Pegang tangkai tu dan proses menyagat menjadi senang. Kalau takde tangkai tu time nak sagat riso tersagat jejari yg runching itu. Hehe. Time aku buat tu ada sebiji dua takda tangkai. Memang bole sagat tapi slow2 riso terkena jari.

Dah siap kupas. Aku basuh. Aku tak rendam pon. 

Kemudian proses nak goreng. Aku aritu sagat dulu dan kumpul dalam satu bekas.

Masa minyak dah panaskan aku masukkan garam.

Kemudian masukkan buah ngarku yg dah disagat tu sekeping2 ke dalam kuali bagi mengelakkan setiap helaian ngarku tu melekat.

Aku eksperimen gak. Apa jadi kalau masukkan je banyak2. Ohhh tidak. Jadi melekat2 dan tak garing. 

So tukar balik buat satu satu. 

Memang memerlukan kesabaran yg tinggi utk membuatnya ahaha. Patutla org jual mahal. Sedapp ghopenyer.


Tadaaa jadi dah. Goreng jangan terlalu lama nanti hangit tak sedap.

Rasanya unik. Ada rasa kerepek ubi + kerepek kentang + kerepek pisang.

Sedapp. Nanti nak try lagi buat hehehe.

Korang penah rasa?


8 comments:

Sally Samsaiman said...

Sally pernah makan je...buat tak pernah lagi..hahahaha

Kakzakie Purvit said...

Kakak sekali beli 2kg dan buat kerepek juga
Tapi bila dah disagat dan jadi kerepek cuma sebalang aje.
Makan hadap anak-beranak tahu-tahu tinggal sikit.
Baki kakak cuba makan malam dah lemau pulak tak tahu kenapa walau balang tutup rapat..

Cik Puan Eka said...

Hahaha sally try la nanti senang je nak buek

Cik Puan Eka said...

Pelik juga tu kak. Ke ada yg berkeping2 dia termasuk skali? Ke ada tgn lembab masa ambil keepek tu? Sy buat jumaat. Pg tadi ada baki skit still rangup kak

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Rajin nyer
Buat kudapan tgk tv mmg laju hbs ni😁

Inani Hazwani said...

Sedapnyaaa :D

Farahain ZFA said...

hai , ain datang singgah sini dan follow awak
salam perkenalan :)

Sharinginfoz said...

Malas le pula nak buat