07 January 2016

Pulau Pinang | Part 2

Haii halluuu.

Okey sambung part 2 di Pulau Pinang.
Dah pongpangpongpang turun bukit Bendera dalam pukul 3 lebih. Call la hotel kata check in lewat sikit. 

Aku pon waze la hotel. Hotel yg aku booking Hotel Bayview. Bila search aku trus click yg atas sekali. Bayview Beach Resort. Maka pepahamla kan jalan nak ke Batu Feringgi tu jem amat eii tensen dak apple haha. Masa tu hotel call lagi nak makesure kami check in. Sambil tu lalu sepanjang jalan tu bnyak la kedai kan. dak apple cakap nak beli pelampung itik utk Adra la nak berendam n mandi pantai la haha. 

Sampai sana dekat kul 6. Tu dia dh sampai Bayview Beach Resort Batu Feringgi. Aku pun ghase tak sabo nak landing sebab penat kan dgn panasnya. Sian kat Adra. Gitula travel ngn anak kecik. Pastu kat lobby nak check in. Receptionist kata ic aku not found. Ehhh apahal pulekkk. 

Aku cakapla tadi hotel ada call tanya saya check in pukul brapa. Eceh aku mestila rase cam eh takkan salah hotel kot. Dah emel bagai.

Receptionist minta nak tengok no phone yg call aku tu. Aku pon bagi. Bila dia tengok, dia kata.

' puan salah hotel ni. Bayview kat Penang ada dua. Satu Batu Feringghi satu Georgetown. Yg Puan booking ni Bayview Hotel Georgetown'

Terngiang2 ye bila dia cakap.

Hahaha

Muka husband aku macam nak marah tapi aku cakapla slow2 sorry ye sayang tak perasan. Takpa nama pon jalan2 kan. Say sorry banyak kali hahaha adui tak leh blah la bole silap plak khennnn. Salah aku tak alert. Membebel gakla shuben kat dalam kete tapi dia redha jela kan sebab tak sangka kan hihi.

So pusing balik ke Geogetown. Pasghahhhh. Hotel pon call lagi n kitorang cakapla silap hotel hahaha. Diorang kata takpa diorang tunggu. 

Sampaila hotel. Check in. Fuhhhhhh lega.
Pastu cite la ngn bell boy. Dia cakap memang selalu org salah hotel hahaha. So aku takdela malu sgt sebab time sampai tu pon ade orang sama cam aku dah sampai Batu Feringghi redah jem n salah hotel :p


Tak sabo nak merehatkan badan nih. 


Eh macam magic lak ade budak kecik atas katil. Penat dah anak aku nih hehehe sorry sayang. Next time tak salah lagi hehe.


Bilik besar, puas hati. Hotel ni Dekat je ngan Penang Road, Pasar Chowrasta, jeruk pak ali semua tu.


Aku request Baby Cot. Senang sikecik ni berguling. Baby cot ni free je. Time check in request siap2.

Malam tu pegi Gurney Drive. Hujan plak. Dah makan2 semua balik hotel n zzzzzzzzzzzzzz.

Esok pagi breakfast ok sedap2.

Tenghari check out. Nak pi makan nasik kandaq.


My Adra yang happy dan seronokk sgt dibawa berjalan. Love you. Bye hotel. 
Next time check in lagi.

So, kami pi Jelutong. Deen Nasi Kandar.


Panjang gakla beratur. Tapi dak apple yg beratur. Kami duduk kat meja siap2. Bosan gak nunggu. Rasanya not bad la. Lagi sedap Kudu Nasi Kandar kt Jln Tar hihih.

Kemudian kami ke Penang Street Art. 


Dapat gak jumpa budak berdua nel beskal ni. Jenuh la beratoq nak bergambaq kat sini.

Menarik la kat sini. Happening sgt. Boleh sewa beskal. Beca. Tapi yg tak syioknya wall art tu terletak jauh2 gakla antara satu sama lain n ko tak sangka kat ceruk or tepi kedai. Tapi jangan risau,mereka bekalkan map. So tengokla pamplet ada map tu sampai lunyai haha. Kami ada sewa double bicycle tapi kejap je naik sebab mula sampai redup skali dah serpund naik beskal tetibe panas lak. Cancel. Pulang balik beskal.


Ni je yg sempat aku snap.


Souvenir untuk family, kengkawan bole beli kat sini. Cute aku sukaa hehe.


Gambo fav aku payung ni hehehe sebab rasa macam cantik plak. Ni kat ada satu kedai kat Lebuh Acheh kot aku pon lupa.


Klasik sangat kedai2 kat sini. Suka plak aku snap snap gambo.


Ni kedai barang antik. Memang semua antik.


Ni aku tak pasti apa brother ni main tapi memang sedapla dia main. Music dia lain sangat. Snap je la hehe.


Dak apple n anak kesayangannya. Dak kecik tu sampai basah baju minum air mineral cup. Haus gamaknya.


Dan mama pon beli ice ball perisa rebina ni sedap la plak paneh2 pekena hehehehe.

Balik situ terus ke Chowrasta beli jeruk dan terus balik Perak. Maka berakhirlah percotian singkat kami di Penang. Walopon tak sempat jelajah semua tapi next time kami mai lagi nohhh. 

Penang best.

3 comments:

Norma NML said...

Akak pegi Raya Haji last year...mural tu dah byk yg rosak...vandalisme punya psl..

idzwa kamaruddin said...

best nyer penang!~

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Pernah dok hotel yg u salah checkin tu know hikhik
Syok main ayaq laut
Hotel not bad la situew😁