26 January 2016

Spaghetti Hujung Minggu

Hai.

Nampaknya hasrat untuk menghupdate blog sehari sekali tu agak kurang berjaya memandangkan aku ada penyakit M yakni Malas atau bahasa banjarnya disebut Kulir. Haha.

Tahla sebab title mak ni baru aku rasa macam aku super busy la nak hadap phone. Kena berebut ngan anak dulu kalau kat umah. Jenis tengah nak suap dan makan barang. Jenuhla berbasah kena airliur anaknda yang wangi. Kalau kat opis plak selalu busy3 dan lupa.

Janji update ye dakk.

Haritu sedang mencari barang dapur dan topap diapers anak. Tetibe je dak apple ke rak spaghetti. Dia dari minggu lepas dah cakap spaghetti. Teringin kot tapi bukan ngidamla kan. Haha. Rajin pulak dia kedapur. Tetiba nak tolong potong, tolong kacau. Ha tolongla lagi senang.

Okeylah buatlah. Aku pun tak tau sangat sebab aku jarang makan kalau tringin pon makan kat kedai jela.

Beli la bahan2. Sos dia,cendawan butang,meatball dan lain2.

Balik umah gugel. So buatlah sesimple mungkin.

Resepi spaghetti mudah cecampak. Tak tau la nak klasifikasikan spaghetti ni jenis apa. Mungkin bolognese sebab aku bantai bubuh meatball. Haha. Tapi aku tak bubuh pun minced beef.

Simple je.

Aku bagi nama Spaghetti Senang.

Tekak melayu.

Bahan-bahan.

Spagehtti
Sebiji bawang beso
Dua tiga ulas bawang putih
Tomato
Cili kisar
Sos spaghetti prego
Cendawan butang
Frankfurter daging
Meatball

Hiasan
Grated parmesan cheese
Brocoli stim

Mula2 tumis bawang merah dan putih serta tomato yang dicincang sampai garing. 

Masuk cili kisar. Tekak melayu hehe. Masuk sos prego tu. Kacau bagi garing.
Letak meatball,frankfurter daging. Cendawan butang. Bubuh garam skit semua secukup rasa. Kot pekat letak air skit. Kacau2 siap.

Hias sikit taruk brocoli stim.Tabur keju parmesan.

Ngap.


Menjadikla kiranya kot hahaha.

Aku kureng skit bende2 ni sebab aku tekak mee goreng :p

3 comments:

Inani Hazwani said...

Sedapnyaa :)

Fieda Redzuan said...

haha kalau buh cili kisar tu konfem tekak melayu la :p

eima said...

aku pun buat resepi gitu je ... senang je ....