03 February 2016

Adra Demam Campak

Hai semua.

Sebenarnya semalam aku baru masuk kerja setelah EL dari hari Jumaat lepas. Hari Khamis tengah kerja, mak aku call bagitahu Adra demam. Badan Adra panas. Aku pon bergegas la balik rumah. Memang panas badannya. Malam pun still panas. Esoknya bawa ke Klinik. La, nak tumbuh gigi rupanya anak mama ni. Padanlah demam. Makan bubur pun tak nak. 

Nampakla gusi dia merah. Yang peliknya tu bukan gig bawah yang tengah tu tapi bahagian molar.

Hari Sabtu balik Seremban, malamnya makan-makan bersama family mertua. Adra asyik merengek. Biasanya dia suka berjalan. Suka main-main. Ni sepupu-sepupu belah ayahnya sakat dan main ngan dia pon dia buat derk je pastu nangis. Balik tu dia terus tidor.

Subuh Ahad, tengok muka dia naik macam ruam-ruam merah. Ah sudah. Apebenda ni. Ruam ke. Allergic ke. Pagi tu terus naik lagi kat hidung, pipi dan badan dia. Bila tanya-tanya, ni macam demam campak. 


Habis muka naik merah-merah.
Padanlah dia asyik merengek.
Tak selesa, gatal merenyam.

Tengahari tu on the way balik, singgah klinik jap untuk make sure ni campak bukan allergic.

Masuk je bilik doctor. Adra tegur Doctor, dalam bahasa dia. Hahaha pastu bila doc pegang, nangis hahaha. Aku bukakan baju. Doc terus cakap, ni demam campak ni. 

Doc bagi calamine lotion tu, ubat gatal. Dan-dan pulak keluar bilik rawatan, hujan selebatnya. Demam campak ni orang tua kata tak boleh kena hujan. 

Malam tu, lapikkan daun bambu. Petua untuk kurangkan rasa gatal. Kemudian campak tu keluar kat seluruh badan dan kaki.


Buat main pulak dia dengan daun bambu tu.
Time ni dia dah okey sikit.
Mungkin campak tu dah keluar. Dia rasa lega.
Selagi tak kluar, selagi tula dia merengek.

Alhamdulillah hari ni dah takde dah bintik merah tu.
Lega hati mama. 

Sekian. Nanti sambung. 






3 comments:

CikLa Shahril said...

Get well soon adra...

Fieda Redzuan said...

semoga cepat sembuh adra :)

eima said...

semoga cepat sembuh ... gatal la tu tu yg meragam je tu