11 February 2016

Air Sarbat @ Ais Tingkap Chowrasta

Hai hai semuaaa.

Harini aku baru start keje. Semalam cuti lagi. Syiokk 5 hari cuti bile masuk keje alaaa malasnya rasa nak sambung cuti lagi muahaha.

AKu baru je balik Penang. Hari Isnin dan Selasa ke Penang menghadiri perkahwinan anak adik angkat mak aku.

Kitorang duduk kat homestay dalam Markas Polis Marin Batu Uban tu. Lagipun kenduri pun dalam tu, so senanglah. Homestay tu pun adik angkat mak aku yang uruskan.

Mula-mula pegi tu, dalam perjalanan adra asyik merengek je pastu meleleh air liur. Waduh-waduh bengkak gusi lagi rupanya. Lama betul ya tunggul gigi tu nak keluar. Sian anak mama. Memang berkilo-kilo air liur meleleh. Sapu oral aid baru la nak susu. Kalau tak susu taknak, makan pun sikit je. 

Petang tu pegi jalan jap kat Times Square Penang. 


Posing dengan bumblebee wihuuu.

Ngan optimus prime pon ado tapi malas nak transfer hahahaha.
Time ni dak kecik okey plak kejap. Pastu sambung lagi nangis n merengek.

Esoknya pegi kenduri, Alhamdulillah Adra dah okey time ni.
Seronok tengok dia senyum ketawa.


Anak mama. Muahhhh.
Dah 11 bulan. Next month dah setahun.
Kejap betul masa berlalu.

Tajuk air sarbat tapi belom cerita lagi kan haha.

Okeylah. Sebelum balik singgah chowrasta jap.
Kat Lebuh Tamil tu nampak la ada orang meniaga. Kedai-kedai kecik.
Tapi belum ramai yang buka sebab baru pukul 4 masa tu.
Aku dah lama teringin air sarbat @ ais tingkap ni.
Dari preggy haha. Baru la dapat rasa.

Fuhh sedapp. Melegakan.

Air Sarbat ni Air sirap Ros yang dicampur dengan pelbagai herba.
Rasanya unik. Buatnya pun ada sukatan gelas kecik.
Yang aku nampak ada selasih, air gula, air kelapa, isi kelapa.
Rasa pandan pun ada. Pastu dia akan sembur air apa tah kat dalam cawan.
Guna spray. Itulah yang dinamakan ais tingkap.

Rupanya gerai ni dah beroperasi lebih 80 tahun uols.
Kagum jap. Dulu ada 25 herba tapi sekarang dah kurang sikit.

Ada cucur udang tapi aku tak sempat nak rasa huwaaa.
Next time pasti kusinggah lagi ke sini.



Cuba lihat tangan siapa paling eksaited nak minum air sarbat ni.
Berebut tauu. Hahaha. DIa pun nak rasa. Bagi la sedut sikit. Aduh nak lagi. 
Sorok bagi sepupu aku kat belakang. Hahaha

Korang penah minum air sarbat ni tak?



3 comments:

HanNis SaNia said...

eqa start bila minum ais?

Cik Puan Eka said...

tak ingat bila misya haha. tapi eka sllu tak mnum banyak pun. Asal rasa hehehe

Nooriah Abdullah said...

salam singgah sini
dah lama tk dngr perkataan sarbat tu hehe