12 February 2016

Aiskrim Choki-Choki

Hai hai. Sejak dah boleh update blog kat opis ni, lega hati hehe. Time rehat panjang macam hari Jumaat ni, duduk opis boleh update blog. Ni pun duk lepak je kat opis tak kemana-mana. Boleh tido jap, boleh makan dan boleh sambung update.

Korang ada join group MASAK APA HARI NI (MAHN) kat Facebook? Mengundang betul masuk group tu tau. Sebab BEST hahaha. Banyak resepi menarik siap langkah demi langkah.

Aku asyik print screen je resepi. Penuh memori henpon kitewww. Tapi buatnya belom lagi haha. Memandangkan cuaca yang agak panas sekarang, nampak resepi aiskrim choki-choki. Wahhh nampak best. Bahan pon mudah je. Makanya aku pun projek la buat eskrem malaysia berperisa choki-choki ni.

Bahan mudah didapati dan senanggggg.

Aiskrim Choki-Choki


*zara punya tangan, saje je kannnnnnn

Bahan-Bahan

4 Peket Choki-Choki
1 Tin Susu Pekat 
1 Jug Air Panas
Plastik Aiskrim 

Cara-Cara

Masukkan susu pekat di dalam 1 jug air panas, kacau. 
Rasa. Macam aku buat ni, kurang manis. 
Takde tambah gula sebab ni pun dah manis hehehe.

Ketepikan.

Sementara itu, picitkan choki-choki ke dalam plastik aiskrim.
Kemudian masukkan air susu yang dibancuhkan tadi ke dalam plastik aiskrim.
Ikat kemas. Siap, bekukan.

*Tips dari mak aku. Untuk dapatkan tesktur aiskrim yang gebu,
gunakan air panas. Barulah dia gebu dan lembut.
Tapi masakkkk la nak ngikatnya sebab panas. Hahaha.
Mak aku biasa buat, laju je. Aku tak gheti.


Tadaaaa. Siap.

Yang ni mak aku ikatkan hihihi sebab mak aku ikat ketat dan kemas.
AKu ikat lembik macam masuk angin je hahaha. 
Masa kami kecik-kecik. Mak niaga aiskrim malaysia ni kat umah tapi takdela perisa choki-choki ni. Tapi dulu mak buat aiskrim bandung, aiskrim limau, aiskrim kacang hijau dan paling sedap aiskrim kacang merah dan aiskrim santan kacang tanah. Sedapp uolsss.

Dulu sebatang eskrem ni RM 0.10 sen je.

Korang, apa perisa aiskrim kegemaran korang?





8 comments:

safurara said...

ohhh akk ingatkan susu fresh milk. rupanya susu tin je. coki2 ada, nt nk buat ah. haha

Cik Puan Eka said...

ha kak pora susu tin je tp lpasni nk try buat ngan fresh milk + nutella. hehehe

eima said...

MENARIK ..SEDAP NI LAMA DAH TAK MKN ESKREM CAM NI

mrs.aziz ummi aariz said...

mak akak dulu pun niaga aiskrim malaysia ni..dulu 10 sen je kan..skrg tk tau berapa...nk wat gak la senang je resipi dia...tp kena tunggu semua org dlm umah ni sihat dulu la..skrg ni satu umah batuk selsema...

HanNis SaNia said...

wah wah wah... sedap x eqa? Lps ni boleh try jgk .tp tunggu lepas pantang ice 1 thn. ni baru 4 bln huk huk

Aqil Rasid said...

Macam best je nak try la nanti dekat rumah :)

padin no said...

hahaha mak aku suka guna air milo atau nescafe yang tak abis
buat aiskrim nih... layan jugakkkk :D

kak gojes said...

nak uat juga la