04 February 2016

Diari Mengandung Part 4 #MGTT #Airgula

Hai semuaaaaaaaaaa.
Ini entry throwback tau.

Ingatkan ada dalam draft pasal minum ayo gula. Tapi non hado. Gigih buka diari untuk ingat kembali sebab saja la nak share ngan uols semua dan juga untuk kenangan dan rujukan pada masa-masa akan datang jika diizinkan mengandung lagi.

Okey. MGTT adalah (modified glucose tolerance test). Tujuannya adalah untuk mengenalpasti kadar gula / glukosa untuk memastikan ibu-ibu tidak mengalami diabetes semasa mengandung. Ibu mengandung akan diberi tarikh sebelum ujian dilakukan. Siap sedia la puasa start pukul 10.00 malam sampailah paginya. Aku lemah betul bab-bab puasa masa mengandung ni haha. Lapor.

Masa aku mengandung. Dua kali aku kena minum. Pertama masa kandungan dalam 4-5 bulan adoi aku lupa. Kemudian lagi sekali masa kandungan 7 bulan. Masa tu setiap kali datang klinik je aku kena bebel dengan nurse sebab berat naik, naik dan naik. Dan naik. :p 

Okey prosedurnya darah akan diambil dua kali. Sebelum minum air gula, dan selepas minum air gula. 

Mula-mula puasa pada jam 10.00 malam. Sebab ujian darah akan diambil sebelum dan selepas minum air gula. Aku agak strict sikit memang aku tak minum apa-apa pun walaupun air masak. Sebab takut resultnya berubah. Boleh gitu? Hehe. 

Esoknya pagi-pagi pukul 7.30 pagi, aku dah terpacak kat klinik dah. Dapatla nombor giliran paling awal. No 1. Tapi biasalah tunggu nurse siap-siapkan peralatan semua. 

Sesi 1 : Darah akan diambil untuk kali pertama. Selepas darah diambil, maka minumlah air gula ituuuuu. Selepas minum,nurse akan bagi masa pukul berapa sekian-sekian untuk datang kembali ke klinik untuk ambil darah lagi untuk sesi ke 2. Gap masa ialah 2 jam. 



Sesi 2 : Lagi sekali, darah akan diambil. Bertabah la mak-mak ngandung. Memang lebam le tangan asyik ambik darah hehe. 

Pengalaman aku semasa meminum air gula ni, ianya tidaklah seteruk yang aku sangka. Sebelum ni dimomokan yang air gula tu rasanya sangat teruk -_- tapi sebenarnya tak. 

Rasanya seperti air gula. Air gula yang tidak terlalu pekat. Ala-ala macamtu. Kat Klinik aku check up ni air gulanya tidak ada perisa. Plain. Ada sesetengah terutamanya klinik swasta, air gula ada perisa oren dan blackcurrant. Ouhhh sedap uols minum ada perisa. 

Alhamdulillah aku berjaya habiskan air gula tersebut dengan jayanya. Takde muntah tapi lapar jela haha. Tula kejenye, lapar dan lapar je.

Balik je dari klinik, menggigil dah rasanya badan ni lapar. Singgah kedai fav pekena mee rebus dan roti canai. 


Ni semua aku yang makan. Manalah berat tak naik :0


Tips yang aku dapat dari kawan-kawan.

1. MIND SET. Positif selalu. Minum tu jangan fikir alamak muntah la aku lepasni. Eyekk tak sedap. Korang jangan fikir. Fikir yang baik-baik. Fikir aku nak habiskan air ni. Aku nak dapatkan result yang baik. 

2. Minum perlahan-lahan. Aku rasa dalam 4-5 kali teguk kot. Haha. Sambil tu kaki silang, on9 facebook. Minum sikit-sikit. Bayangkan aje air kegemaran korang. Hehe.

3. Minum semasa air tengah suam. Air apa-apa pun kalau suam-suam tu, senang nak minum kan. Lega tekak. 

Alhamdulillah resultnya baik. Takda diabetes. Risau juga kan. Tapi takde. 

Okey. Lepasni kita cerita yang lain pulak ya. Nanti jap kita tengok-tengok apa lagi yang belum update. Hehe.

Korang cer cerita sikit pengalaman minum air gula.






6 comments:

Kakzakie Purvit said...

Time kakak dulu tak ada MGGT ini semua Eka
Sekarang dah macam satu kemestian sebab makanan kat tempat kita tengok ajelah semua sedap belaka. Itu yg kena control tu. Kakak tengok gambar yg Eka tepek tu pun dah rasa teringin. Bayangkanlah... :)

Liyana said...

lama x jenguk sini :)
2nd pregnancy ya... take care naa :)

Cik Puan Eka said...

Kak zakie hehehe tula. Dulu2 takda. skang ni macam2 penyakit duk ada. Mee rebus ni meme sedap kak hehe

Cik Puan Eka said...

kak liyana. Eh belum la hehe ni entry throwback hehe

J.Syazwana said...

sama lah kita. ingat seram sangat minum air gula tu. rupanya ok je. hahaha. success.

shaFazie said...

teringat time minum air gula,muka cool je tapi nak telan air tu hadoiii ...

azie suka tips yg eka bagi tu..hihi