29 February 2016

Resepi Ketam Telur Masin

Hai. Sedang elok la pulak aku nak update resepi masak memasak tengahari ni kan hehehe. Boleh jadi idea untuk uols yang nak masak tengahari ni.

Tetiba teringin plak ketam telur masin. Bila makan kat luo tahla macam tak kena tekak aku + macam-macam versi aku tengok. Aku tringin yang bersalut2 dan rasa kuning telor dia tu bersalut-salut kat ketam. Aku memang suka ketam, pendek kata seafood bercengkerang semua aku suka hehehe.

Google punya google. Okeylah boleh buat ni. Cek bahan-bahan alamak daun kari yillek. Nasib baik jiran blakang iols, aci India ada lebih daun kari. Thanks aci. Hehe.

So, ini bahan-bahan dia. Mudah je rupanya. 




Resepi Ketam Telur Masin @ Salted Egg Crab

3 Ekor Ketam
3 Biji Telur Masin
1 Labu Bawang Besar
6 Ulas Bawang Putih
5 Tangkai Cili Padi
1 Tangkai Daun Kari
5 Sudu Susu Cair
3 Sudu Mentega
Lada Sulah dan serbuk PASTI SEDAP secukup rasa
Daun bawang untuk hiasan.

Cara-Cara

Bersihkan ketam, kerat dua. Lumurkan ketam dengan tepung jagung, lada sulah dan garam. Goreng jangan garing sangat. 

Rebus telur masin. Asingkan kuning dan putihnya. Lecek telur kuning 3 biji dan lecek 1 biji putih telur masin. Ketepikan.

Panaskan kuali. Masukkan minyak sikit dan mentega. Tumis bawang putih dan bawang merah sampai naik bau. Dah garing, masukkan cili padi dan daun kari. Dah naik bau. Masukkan telur kuning dan telur putih tu. Kacau. 
Masukkan susu cair secukupnya. Masukkan serbuk pasti sedap dan adjust ikut kesesuaian.
Garam tak letak sebab dah masin kan original daripada telur masin.

Dah sebati semua, masukkan ketam goreng tadi.
Gaul bagi rata.
Angkat dan taburkan daun bawang. Siap.



Tadaaaaaa. Siap dah.

Sedap uols. Rasa nak buat lagi je hihihihi.

Memang terasa telur masin kaler kuning tu bersalut.
Duk ratah je semalam pastu makan ngan nasik putih panas-panas.

Meletoppp..

Selamat mencuba semuaaa. 

Kome suka tak ketam? 



5 comments:

HanNis SaNia said...

SEDAPNYE.. Teringin dah ni tengok senang.

Nabila Syifa said...

hari ni i oll masak nasik goreng je u all...by the way..sedap nampak ketam tuu

LYAfrina said...

sedapnya... nk cuba buat la... kbtulan ada ketam kt rumah

sya mimie said...

Suka ketam. Tp x pnh mkn ketam msak gini..

farida tarmize said...

Sedapny tengok. Tapi tak minat betul nak makan ketam sebab payah nauuu