22 February 2016

Seasons Flower Show @ Eco Majestic Semenyih

Hai semua. Baru-baru ni aku pegi ke Pameran Bunga kat Eco Majestic Semenyih. Biasala pantang nampak benda viral. Bang, jom pegi. Haha. Yang asben plak jenis ha jom. Ape lagi. Pegi la. Lagipun dekat je dengan rumah kitorang. Betul2 depan Taman Tasik Kesuma.

Alamat dia korang search dekat Waze,

Eco Majestic Semenyih


Masuk je dalam, waaa cantik la lokasi Eco Majestic ni. Dia macam satu kawasan perumahan. Pihak Eco Majestic buat sekali launching unit rumah baru diorang, Karisma.

Sampai-sampai je waaaaa ramai juga orang. Cari parking, haa nasib dapat dekat.


Masuk FREE.



Tapi sebelum masuk kat taman tu, kene ambil wristband dekat galeri.



Beratur dan tulis nama. Tapi kalau datang satu family, tulis je satu nama dan ambik wristband. Dah setel dan pakai. Boleh masuk taman bunga dah.

Cuaca memang agak panas tapi takpa, ada payung disediakan.
Dekat entrance ada rak payung boleh pinjam.
Pinjam je tau. Nak keluar kena pulangkan semula.


Kalau lapar, kat situ ada banyak food truck.
Boleh la makan kudap, bole picnic lagi dalam tu tau.
Duduk je kat port2 yang ada. Best. Berangin.
Nasibla hari Sabtu haritu tak berapa panas. Redup dan kejap-kejap panas.


Aku beli Chicken Cheese Burger dan Air Apple.
Kudap-kudap 3 beranak hehe


Tadaaaaaaaaaaa. Budak baru bangun tidur. Dari rumah dia tidur.
Masuk stroller tak lama lepastu terjaga dan mengamuk taknak duduk dalam stroller.
Sabooo jela dikk. Haha.


Banyak bunga. Cecantik Dia ada beberapa kawasan. 
Mula2 masuk je belok kiri ada Shanghai Street.
Depan sikit ada Jambatan Kunci.
Lepastu Paris, London dan Amsterdam


Ayah dan anak dara kesayangannya.
Tu muka protes nak mama dukung hihi.


Ada orang jual bunga gak.


Ni jambatan kunci. Kitorang tak beli pon kunci.
Kunci didalam hati aje kan bang. Haha


Tak lama lagi penuhla rasanya ribbon ni.
Ala2 kat Korea dan Penang Hill hehe.

Kemudian kami ke Paris. Haha


Mini Eiffel Tower. Masa kami kat sini tak sesak lagi.
Sini port paling populerr.


Ke London. Tu Red telephone box. Ala2 London.
Ade gambarnya tapi dalam hp ayah Adra.
Lupa nak mintak hehe.


Kemudian ke Amsterdam pulak. Tengok Windmill
Kat sini nak bergambar kena beratur sebab ramai.
Masa ni belum ramai lagi, turun je bawah, waaa penuhh


Oloh2 happynyer budak kocik tu. Kemaen suka dia yer.
Replika lembu tipu2 pon jadila ye Adra.
Lepasni ajak ayah pegi Kundasang tengok lembu.



Ada big shoes jugak.
Monopod takde, jadi bergilir la mama ayah pegang sikecik hehe



Susah nak bergambar Adra skang.
Suka pandang kelain.


Cute windmill pink. 


Hehe semua mama kene tunjuk.
Adra pandang ayah, pandang ayah.


Last, pegi Sunflower Garden.

Okey tuje. Sorry banyak gambor hehehe.

Sapa nak pegi boleh pegi.
Sampai 6hb Mac 2016

Tatatatata




8 comments:

wahida said...

wow...cantikkkk semua tempat...nak gi jugak la...tq for info dear...

Khamsi Abdullah said...

fuh..memang terbaik!

Jueliza Jamani said...

dekat jugak umah kita 5 minit jer tp aduii panaih tak tahan nau.. hahahah ehh eka duk kesuma jugak ker..

Ahmad Syakir said...

Wife aku ajak pergi sbb tgk gamba2 ko post kat fb.. Haha..

Inani Hazwani said...

Cantiknyaaa. Jeles lah. Hahaha. Hari tu nak pergi takdek orang nak bawakkan T_T

Siqah Hussin said...

Cantiknya tempat! Hope b'kesempatan nak pergi sebelum 6hb..

Yana MIB said...

cantikk..free entrance tu mmg the best! hehe kena plan ni..asal weekend je bz..haha ngada sgt :p

Akak Kembang said...

bestnya...ooo sekejap je ek...

Salam kenal dr Akak Kembang