10 March 2016

Happy Birthday Adra

Assalamualaikum dan hai.

Alhamdulillah Adra genap setahun. 

Rasa macam baru je lagi melahirkan si kecik tu.

Terasa-rasa bagaimana rasa dah nak terkeluar sangat tu.

Untuk pengalaman yang pertama, tidak tahu bagaimana rasanya rasa mahu melahirkan itu. Rasa seperti mahu buang air besar tapi versi yang berbeza. Entahlah, rasa yang sangat-sangat lain. Hehe.

Pada awalnya, selalu berkata bahawa ayahnya mahu menyaksikan kelahiran dia. Tapi nampaknya tidak merasa. Baru-baru ini, aku bertanya pada ayahnya. 

'Agak-agak kenapa ya Allah swt tak beri keizinan kepada awak untuk lihat saya melahirkan?' 

Aku ingin tahu. Hahaha mama Adra ni.

Lalu dia menjawab.

'Sebenarnya, rasa nak sangat tengok, tapi saya rasa tak sampai hati. Saya kesian. Saya takut kalau-kalau awak digunting, ditoreh berdarah. Saya kesian, saya tak sampai hati.... '

Begitu jawapan dia.

Makanya fahamlah aku bahawasanya ayah Adra belum sedia. Maka sebab itu Allah swt tak izinkan dia untuk berada bersama-sama aku. Mana lah tahu kot pengsan je menggigil ke. Susah plak nurse nak tenangkan. Hihi.

Aku katakan pada ayahnya. Tak mengapa, anak no 2 nanti siapkan mental dan fizikal. Hahahaha.

Nak baca pengalaman bersalin, Klik SINI.

Jom kita tengok gegambau yang aku belum share kat sini. Gambar ni masa selepas beberapa jam kelahiran. Dah siap masuk ward semula subuh tu.



Fresh from oven. 
Nyenyak tido ye. Hehehe.
Ingat dalam perut lagi kot. 


Kerutan dahi tu sampai skang suka sangat kerut dahi.


Hehehe baik je bedung. Lepastu tak sampai 5 minit tercabut semua.


Gerammmm mama ngan dak kecik ni.


Ni menyelit gak. Hidangan lunch aku. 
Spital skang pandai dah. Hidang lauk ikan bilis ngan lado hitam ha.


Adra dan Onyang Badar. Ni nenek sebelah mak aku. Hehe.
Teruja onyang datang walopon sakit lutut.
Ni cicit ke 3 onyang.


Ni pulak Onyang Nab. Ni Opah sebelah ayah aku.
Onyang Nab kebetulan check up kat hospital, maka terjumpa sekali.
Lambai-lambai Onyang nampak cicitnya. 
Ni pulak cicit ke 4 onyang.

Untuk anakku Adra Safiyya.

Selamat ulangtahun yang pertama.
Moga membesar menjadi anak yang solehah ya sayang.

Mama ayah sayang awak.
Cinta hati mama ayah. 









4 comments:

HanNis SaNia said...

WOwww Weeee !!! Adra turns 1 da ye???? OMJ cepat masa berlalu kan????? Alhamdulillah. Semoga Adra mmbesar dengan sihat ye?

HanNis SaNia said...

Woww Wweeeeee Adra turns one da ye?? Alhamdulillah semoga adra membesar dengan sihat. Cepatnya masa berlalu

Yaya Azura said...

eh.dah setahun?
cepatnye.
happy birthday Adra. semoga menjadi anak solehah.

mrs.aziz ummi aariz said...

happy birthday adra...