23 March 2016

Kena Ketumbit

Hai.

Harini baru iols masuk keje. Semalam cuti sebab Dak Adra kena ketumbit pulak. Aduh. Mana datangnye pun tak tahu. Haritu ada perasan macam ada bintat kat kelopak mata dia. Tapi halus je macam kena gigit nyamuk. Aku ingat kena gigit nyamuk. Tapi ayah Adra cakap bukan ni. Tak kan tak surut-surut. Lepastu minggu lepas, bila dia tido,baru nampak macam bengkak pulak.


Risau pulak tengoknya ni. Tapi dia okey je aktif macam biasa.
Takde pulak gosok-gosok mata ke apa. 
Hari Ahad tu  tumbuh pulak kat bawah mata kiri. 
Ape lagi, Isnin bawa pegi Klinik. 



Panjat sana sini. Ayah busy pulak. Mama je pegi bawak.

Aku pun google la ketumbit ni.

Aku copy dari blog ni, thank you ArwenDanish


Punca dan Gejala Ketumbit 

Ketumbit boleh dibahagikan kepada 2 jenis. 
Yang pertama akibat jangkitan kuman pada pangkal bulu mata. 
Jenis kedua ialah keradangan disebabkan penyumbatan pada kelenjar yang menghasilkan minyak untuk menentukan bulu mata kalis air atau kalazion. 

Adakah ketumbit itu berbahaya, terutama jika saiznya besar? 

Tidak. Ia tidak menjejaskan penglihatan seseorang, tetapi boleh menyebabkan kesakitan disebabkan berlaku bengkak pada satu kawasan kecil yang sensitif di kelopak mata. Kadangkala seseorang boleh mendapat lebih daripada satu ketumbit pada satu masa, tetapi usah risau kerana ia tidak berbahaya. 

Selain benjolan merah pada kelopak mata, 
antara gejala lain yang mengiringi ketumbit ialah : 

* Mata berair 
* Mata terasa gatal, terutama jika ada habuk
 * Mata menjadi sensitif terhadap cahaya 
* Kelopak mata menjadi merah dan bengkak Biasanya ketumbit mengambil masa 3 hari sebelum ia pecah dan kering. 

Bagaimanapun dalam kebanyakan kes, ketumbit akan sembuh dalam tempoh seminggu. 

Ketumbit jenis kedua yang disebabkan penyumbatan kelenjar minyak (kalazion) pula 'tumbuh' lebih perlahan dan jika ia terlalu besar, ia mungkin boleh mengganggu penglihatan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Begitu rupanya. 

Doc cakap ketumbit ni memang amik masa yang lama nak tumbuh.
Kadang 2-3 bulan pun boleh jadi.
Patutla haritu nampak secoet je.

Doc tak bagi antibiotik sebab tak merah dan dan tak terlalu besar bengkaknya.

Doc suruh cuci kat bahagian kelopak mata tu.
Celup kain kat dalam air suam, 
lepastu tuam kat bahagian kena ketumbit tu.
Cuci skit sebab ada kelenjar-kelenjar yang tersumbat.

 Adra banyak gak tahi mata, dahla susah nak bagi mama cuci.
Melalak menangis tak bagi hahaha. 


Korang penah kena ketumbit?
p/s : Anak blogger Kak Eima pon kena ketumbit gak rupanya. 
Eh macam musim. 



4 comments:

eima said...

my boy skrg ni mata tgh keumbit ..jenis besar dan bengkak pun besar ... hehehe

Hanida Moss said...

Alahai adra comel. bertambah comel kena ketumbit hehehe :*

Cik Puan Eka said...

kak eima aik musim ketumbit ke skang ni haaha

Cik Puan Eka said...

hanida. dia ngintai mama kot tu ketumbit hahahaha