18 March 2016

Menang Lucky Draw

Hai semua. Salam Jumaat. Rehat lama harini ape lagi berblogwalking lah citenye. Lunch pon belum ha. Ramai kengkawan takde. Duduk opis mereput jerla. Hehe.

2 minggu lepas, dak apple join satu lucky draw ni. Banyaklah hadiah dia. Ada cadar, ada set Al Quran, ada carpet, ada jubah. Dia aim carpet la kononnya.

Sekali classmate dak apple mentioned aku kat fb, katanya dak apple menang jubah! La, dah announce ke rupanya. Tengok2 haha betul la shuben iols menang jubah. Tapi opkosla dapat kat aku. Takkan dak apple nak pakai. Memang viral la nanti. 

Maunya pulak terkujat orang hahahaha jadi jubah abam sado.

Harini aku try pakai. Okey not bad kain dia. Jubah Raysha by Lia Nana. Haritu balik keje, terus pegi claim hadiah kat butik dia, senang boleh try. Aku amik saiz M. Memang terletak jela tak beso tak kecik. Siap ada poket. Dan paling penting breastfeeding friendly. wudhuk friendly. Loose je cutting dia.

Memula ingat nak suruh pos je sebab malas nak pegi butik. Haha. Dak apple lak ajak pegi butik. Kang suruh post tak muat lak kot measurement dia lain. Risau pulak kot terbeso terkecik dan nyaris nak amik saiz L,  L sangat beso. Lega rasa hati aku sebab aku bajet aku ni berisi saiz L hahahah. Tapi masih M tu sedap rasa hati. Kuikuikui sila menyampah dan sediakan baldi. Vomit!

Mirror selfie la jap kan nak tengok. Hehe


Dah lama tak acah-acah mirrow selfie. 
Kalau dulu, masa preggy Adra.
Setiap kali hari Jumaat je aku akan duduk depan cermin ni dan selfie.
Simpan gambo mengandung dari 4 weeks sampailah sebelum aku cuti 37 weeks.

Hihihihihi.

Okey aku nak makan dulu. Kang aku try godek nak taruk entry apa lagi ni.

Babai.




4 comments:

Siqah Hussin said...

Dari mana jubah tue? Nampak cantik design :)

Hanida Moss said...

hai untunglah seben menang jubah :p
minggu ni mmg tak ramai kat opis. mereput rasa hihi

Yaya Azura said...

bertuahnya menang.
cantik warna emerald green..
kalau akak lah..bajet m size, sekali L! huahua

Inani Hazwani said...

Untung untung. Heheh