08 March 2016

Pecal Lele Mbak Aan, Teh Botol & Rabbit Ride

Hai, sambung balik cerita hari Sabtu. Biasanya weekend kitorang memang selalu jalan-jalan kalau tak balik ke umah mak aku atau umah mak mertua.

So hari tu ayah Adra teringin nak makan pecel lele. Aku kurang suka ikan lele @ ikan keli ni. Tapi ayah Adra kata, ada ayam penyet jugak kat situ. Okeylah kita try.

Kitorang pegi la Restoran Lakulanjaya dekat dengan Stesen Bas Kajang. Restoran ini dikenali jugak dengan nama Mbak Aan & Dila.

Not bad jugak restoran ni. Makanan sedap, harga pon berpatutan. Untuk set ayam penyet aku tu RM 6.50 je. pelayan okey, restoran okey.  Sambal dia sedappp. Pedas-pedas manja tapi sekali makan, ko nak makan lagi ha gituu.

Orang memang ramai. Kalau lunch tu penuh. Kene cop meja hehe.



Sedap uols. Kena la ngan sambal dia tu. Simple je camni ha. Tapi ayam rangup dan digoreng panas-panas.Pastu apa tah yang atas macam serbuk tu, rangupp sangat. Lupa la nak add on tempeh. Macam mana aku bole lupa nak add tempeh. Nampak meja depan order alamak ruginya dahla nampak garing dan halus. Takpa lepasni akan ku ajak ayah Adra datang lagi hehehe.

Ayah Adra makan Pecel Lele. Pun sedap. Lele dia garing dan panas-panas. 

Aku tambah jugak Roti Bakar Coklat Cheese. Roti tu disapu dengan kaya + peanut butter. Atas dia letak cheese parut dan coklat rice. Asalnya nak order pisang bakar coklat cheese tapi pisang takde. Not bad la rotinya. Rasa roti bako hehe.

Air plak order air Bandung Soda Gembira & Teh Botol. Air Alpukat takde la pulak. Ngidammm hehehe.  Sebut pasal Teh Botol Sosro ni, seriyesli aku mengidam dari ngandung Adra hehe tapi biasalah tak semua dapat masa tu. Ni memang aku cuba, sedapp.


Minum ni taruk ais. Tak manis sangat pun.

Bila minum begitu je, rasa air cincau pun ada.
Kalau ada jual, mesti aku nak beli laaaa. Sedap.



Wefie la kejap ngan anak dara ni.
Sibuk main tak berenti ye kamu ni.

Lepastu kitorang pegi IOI Putrajaya pulak.
Cari barang. Round-round nampak pulak la mak pak ngan anak naik haiwan bergerak.

Alamak mana diorang naik ni. Nak naik jugakk.
Mama yg lebih hahaha. 

Bila ada anak, otomatik kita pon akan jadi keanak-anakan jugak hahahah.
Pastu nampak la kiosk dia.

ZOOMOOV namanya.

Bleh pilih segala jenis binatang kat situ. 
Ada arnab, gajah, zirafah, kuda, panda,harimau dan macam-macam lagi.
Jangan risau, anak yang bawah 5 tahun, mak @ ayah boleh naik teman anak.
Boleh tampung berat sehingga 120 kg. 


Harga pulak

1 token 5 minit - RM 10.00

Kalau nak lama sikit amikla

3 token 15 minit - RM 20.00



Best wei naik benda ni hahaha.
Rugi lak amik sekejap.
Adra pon enjoy je naik sampai taknak turun kauuu.
Ronda area situ, Hihi ayah tukang record.


Hehehe token dah habis, dia takmau turun.
Takpala suruh ayah snap satu gambo dan lain kali kita pi lagi yee Adra.

Okey tuje ceritanya.

Tengah selongkar album handphone jap memikir nak update apa lepasni.

Tataaaaaaaaaaaa



12 comments:

Yana MIB said...

xpnh lg mkn² area hentian kajang tu..boleh la try pasni..biasa weekend asyik blur xtau nk mkn kt mana..nk masak x berapa rajin pulak..haha thanks eka bgtau psl restoren tu :)

mrs.aziz ummi aariz said...

nnt bawa adra dtg 26hb ni..nk ketemukan adra ngan medina...geram je tgk adra tu...hehe...

LYAfrina said...

Adra tomeyyyy!!!!

lya plok mmg suka sgt2 ikan keli.. sedap...

Inani Hazwani said...

Teh botol tu tak berpa kena dengan tekak Nani. Hahaha. Aduhh sedapnya :)

sya mimie said...

Sedapnya nasi aym penyet tu..
Amboii adra.. Kmain seronok lg ye. Mama pun syok dpt naik tu ye. Hee

Azhafizah Md Nor said...

orang nismilan haruslah suka ikan keli ika...hehe..kita makan ayam je la kan kalau tak makan ikan keli.

Cik Puan Eka said...

kak yana try la hehee rasa nak repeat lagi. Sempoi je tp sedappp

Cik Puan Eka said...

kak thaibah yayyyy dapat jumpa akhirnya hehehe

Cik Puan Eka said...

kak lya hehehe mekaseh. mama pon comel kan ahaha

Cik Puan Eka said...

nani hahaha sbb jasmine kot kan? tp akak suke mnum time takde ais. sedap lak

Cik Puan Eka said...

mimi hahahha mama yg lebihnya ni nak main gakkk

Cik Puan Eka said...

fiza hahahaha botul2. org nogoghi mmg suko ikan keli ngan sembilang kan