11 April 2016

Adra Kejang @ Sawan Tarik

Assalamualaikum semua.

Selamat pagi Isnin. Pagi ni hujan. Lebat pulak tu. Sejuk rasa.

Aku nak ceritakan pengalaman yang pertama berlaku dalam hidup aku apabila anak aku Adra, kejang @ sawan pada hari Rabu hari tu tanpa demam! Benda ni buat aku lebih hati-hati. Takut berulang lagi.

Ya, baru aku tahu kejang @ sawan ni boleh berlaku tanpa demam. Berjaga-jaga lah kita mak-mak dan apak-apak.

Pada petang Rabu, sedang aku di opis, aku dapat panggilan dari adik aku. Dia menangis. 

'Kaklong, mak ada call ko ke bagitahu apa-apa? '

Aku yang mula rasa tak sedap hati terus je cakap, '

'tak ada. Kenapa? sapa aku.

'Anak ko long, Adra kejang tadi. Dia tengah duduk main, tetiba pandang bawah terus kejang. Aku bawak dia dalam bilik air basahkan muka dia, basahkan badan dia. Tapi dia tak sedar. Bibir dia biru. Wafi suruh basuh dengan air beras, aku tepuk-tepuk dia, baru dia sedar. Pagi tadi dia cirit-birit. Merengek je. Minum air banyak tapi banyak jugak air keluar masa cirit. Ni abah bawa pegi hospital.

Aku rasa macam tersentak kejap. Aku hanya mampu cakap, anak aku kenapa? Aku balik skarang. Nak dail nombor dak apple pun aku rasa lupa. Aku pegang hp tapi aku blur. 

Takde fikir ape dah. Aku mintak izin dekat CC nak balik. Capai beg, capai beg pam. Zupp aku balik. Dak apple pun balik. On the way tu adik lelaki aku asyik call je. Adra nangis ni katanya. Tapi jangan risau. Adra okey dah. Tunggu blood test ni. 

Lega sikit hati tapi gundah gulana dia tu hanya Tuhan yang tahu.

Dapat pulak gambar ni dari pakcik aku kat whatsapp group. Lagi meruntun hati. Tapi mereka nak bagi aku bertenang. Hati-hati balik. Jangan terkejar-kejar.


Adra didukung paksu


Adra okey katanya, nangis ni ha marah masa nak ambik darah. 
Sedih rasa hati ni dengar.

Baru nak sampai umah, Adra dah boleh balik.
Result blood test semua okey. 
Doc bagi air garam, ubat demam jika dia demam.

Kesimpulannya Adra dehydrated
 sebab cirit-birit dan itulah punca dia kena sawan tarik.

Sampai je umah, dia terus nangis nampak aku.
Ayahnya tak sampai lagi.

Ape lagi, aku peluk dia. Dia pun macam penat, letih.
Rupanya lepas kena sawan tarik ni, badan dia penat.
Aku urut-urut dia. Susukan dia. 

Alhamdulillah malam tu dah okey dan aktif balik.
Cuma cherry berry dia tu ada lagi.
Bagi minum air garam, minum air masak. 

Air garam lah bercinta nak bagi sebab dia dah pandai rasa.
Air masak takde masalah sebab fav dia air masak isi dalam botol kartun dia tu.

Alhamdulillah sekarang semuanya dah kembali normal.
Semoga Allah swt melindungi anak aku.
Terima kasih buat keluarga aku yang cepat buat tindakan pantas.
Dahla time tu mak aku tak ada kat umah. 
Ada adik perempuan aku dan ayah aku je.
Nasibla adik perempuan aku baru je tengok budak kena sawan kat klinik.
Tu yang dia bertenang bawak pegi basahkan badan Adra.
Terima kasih buat doctor dan nurse yang merawat Adra. 

Terima kasih buat kawan-kawan yang bertanyakan khabar.
Aku harap semoga ini jadi yang pertama dan yang terakhir.
Sebelum ni dia demam pun tak penah kena sawan tarik ni.

Tapi itulah, kalau dah nak kena. Takde sapa boleh halang.
Ditambah dengan cuaca yang tak menentu sekarang ni.
Risau.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ini aku google.

Blog Nina Mirza. Tq Sis

APA ITU DEMAM SAWAN TARIK?
Demam yang berlaku apabila suhu melebihi 38c
Ianya berlaku pada hari pertama atau kedua demam
Umur antara 6bulan ke 6tahun berkemungkinan boleh mengalaminya.

PUNCA
Antara punca dan sebab musabab baby boleh kena demam sawan tarik. Ada banyak style bergantung pada individu. Antaranya
– demam suhu tinggi (ada kes demam tak tinggi juga boleh terjadi)
– ada jangkitan dibahagian atas saluran pernafasan atau telinga (otitis media)
– pernah terjatuh dan cedera dalaman terutama bahagian kepala. Mungkin berlakunya pendarahan dalaman.
– cirit birit berterusan sehingga baby dehydration ( kekurangan air, garam galian dalam tubuh badan)
– cuaca persekitaran yang panas melampau. Contohnya ruang bilik yang panas walaupun ada kipas tapi tiada udara keluar masuk – tingkap.
– kekurangan oksigen. Contohnya baby berada dalam kereta pada waktu yang lama walaupun air-cond on.
– kekurangan gula dalam badan. Baby tak mau makan, tak mau minum.
– menangis tanpa henti hingga kebiruan. 
– tercekik sesuatu dalam mulut
– genetik. Ada antara family yang punya sejarah pernah kena sawan tarik. 

TANDA
Antara tanda dan simptom baby kena demam sawan tarik. 
Ini adalah tanda dan kemungkinan salah satu simptom pun boleh diklafikasikan sebagai sawan tarik.
– kekejangan anggota badan samada kaki, tangan atau kedua-duanya atau juga sebelah anggota.
– mata putih ke atas atau pandangan satu arah tanpa sedar. 
– mulut kebiruan permukaan dan lebih parah jika kuku tangan dan kaki juga kebiruan.
– mulut mengeluarkan air liur
– ketap gigi, gigit lidah tanpa sedar
– badan mengigil
– badan/ tangan/ kaki sejuk
– kaki dan tangan mungkin bergongcang tanpa rangsangan
– mungkin terjatuh dengan sendirinya
– tidak dapat mengawal air kencing
– ketara baby tak sedarkan diri. Tertidur dan tidak sedar diri seketika. No respond bila nama dipanggil. Apabila terjaga, juga masih binggung seketika. Kemudian aktif semula
– meracau-racau

TINDAKAN
Tindakan yang perlu diambil
– bertenang jangan panik!
– bawa baby ke tempat yang luas. Jangan kerumun. Baby perlukan oksigen dan ruang udara yang secukupnya. 
– segera bukakan baju dan seluar atau longgar butang baju.
– segera mengiring kan baby. Sebaiknya ke sebelah Kiri.
– jirus baby dengan air paip (suhu normal) bermula dari kaki ke kepala. Atau tap-tap dengan towel basah.
– jangan goncangkan baby atau tepuk kuat-kuat. Cukup sekadar usapan dan panggilan namanya.
– jika dalam mulut baby ada apa-apa (makanan atau air liur) keluarkan. Jangan biarkan baby telan air liurnya. Kemungkinan mengakibatkan baby tercekik, tersedak, jangkitan paru-paru atau asthma) 
– segera bawa baby ke hospital atau klinik berhampiran
– selepas baby sedar, kemungkinan baby sangat mengantuk sebab penat. Biarkan baby tido seketika tapi kerap kejut untuk baby memberi respond. Takut baby terkena lagi semasa  tido. 


RAWATAN
– Setelah baby sedar, segera bawa baby ke klinik berhampiran atau terus ke emergency hospital
– pihak hospital akan periksa kondisi baby dan memberi rawatan sewajarnya
– mungkin baby akan tinggal dihospital untuk rawatan susulan dan andai ini merupakan kes pertama baby.
– ibubapa perlu persiapkan diri dengan pengetahuan tentang demam sawan tarik ini untuk penjagaan kemudian hari. 
** sentiasa pantau suhu baby
** pastikan baby punya ruang udara yang cukup.
** pastikan ubat-ubatan yang diberi pada baby mengikut dos
** periksa klinik berhampiran tempat tinggal samada mereka ada sediakan ubat untuk berhentikan sawan segera. Tak semua klinik ada. (Kalau tak de, akan melambatkan lagi sebab kena pula rujuk dan bawa baby ke hospital.) 
** latih ahli keluarga yang lain cara-cara dan tindakan yang perlu diambil bila kejadian berulang.



INFO LAIN YANG IBUBAPA PERLU TAHU

Soalan wajib yang pihak hospital perlu tahu semasa baby menerima rawatan
So, ibubapa siap sedai alert akan beberapa situasi semasa kejadian.
Bila terjadi – masa/suasana/tempat kejadian
Adakah baby demam semasa kejadian, dah berapa hari dan ada sakit lain (selsema, batuk atau sebagainya)
Berapa suhu baby semasa kejadian
Baby sedang buat apa
Berapa lama jangkamasa baby kena sawan tarik. Kurang 3minit  / lebih 5minit atau lebih lama lagi
Bagaimana keadaan sawan tarik yang baby alami. (kejang tangan atau kaki, biru atau sebagainya) – rujuk TANDA di atas
Berapa jangkamasa yang baby perlukan untuk sedar diri selepas atau sebelum rawatan
Apa rawatan atau tindakan yang telah diambil
Keadaan baby selepas sedar diri. (mengantuk /  terus aktif / binggung atau tidak bermaya langsung)


JANGAN Jangan Jangan
– masukkan benda asing (sudu / jari atau apa-apa sahaja) ke dalam mulut baby semasa baby terkena sawan tarik 
– tinggalkan baby bersendirian
– gongcangkan baby untuk sedarkan
– teruskan masukkan ubat demam kat mulut baby semasa baby belum sedar. (selepas baby sedar, baru beri ubat demam)
– JANGAN PANIK! tapi Nina lah yang panik semasa pertama kali baby Eilhan kena…..

Bolehkah ianya berulang?
YA! 30% demam sawan tarik ini boleh berulang. Ini kerana otak dan badan  baby dah sensitif  dan amat peka pada suhu dan juga keperluan oksigen ke otak.

Adakah ianya akan mengakibatkan kecacatan otak?
TIDAK!  — – – – KECUALI – – – —–
apabila sawan tarik ini berlaku melebihi 15minit. Sebab itu, harus ke Hospital sesegera utnuk rawatan selanjutnya

Adakah ia boleh mengakibatkan epilepsy?
Hanya segelintir kanak-kanak yang mendapat sawan demam berulang-ulang dan berpanjangan berkemungkinan mendapat epilepsy. 
Sentiasa rujuk pada pakar.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Semoga info ini memberi manfaat kepada semua. 





9 comments:

MizzTina said...

alhamdulillah adra baik² je.. anak kwn akak pun penah kena mcm tu, tgh elok main, tetibe kejang kaki..tp dia truk ckit, kena thn kt wad sbb sawan dia jap² dtg..

Yana MIB said...

aduii takutnyaaa...hr tu zafran demam ada yg ckp budak laki senang kna tarik...bertmbh risauuu...ok pasni kna alert klu ank cirit birit...tq info tiqah...semoga Allah lindungi ank2 kita

eima said...

fuh nasib tak de ape2 .. nasib baik adik buat tindakan yang cepat cam tu ....

klu adra tak minum air garam hospital tu beli PD shaklee ... asa die sedap .. khasiat sama mcm iv drip hospital dan 100 plus cuma tak de gas .. rasa oren .. inshaaAllah boleh bantu

mrs.aziz ummi aariz said...

1st time tau sawan tarik/kejang ni disebabkan cirit birit...ingatkan demam...ok lps ni kena lebih alert la...sbb byk gak penyebab kpd sawan tarik ni...thanks for the info...

Lynda Che Lah said...

baik-baik saja utk adra..
cuaca terlalu panas..
mmg kita kena byk berjaga-jaga..
take care syg

qaseh dalia said...

i feel u , nak nangis rasa baca .. semalam rayyan nangis tetiba mcm kena rasuk pun dah nak nangis gila2 .. moga adra sihat2 selalu dan tak berulang lagi sawan tarik ni

Jueliza Jamani said...

Allah kalo demam better lap2 kan badan dia.. jangan bg panas even dah makan ubat tau.. lapkan badan dia..biarkan dia pkai pampers sudah.. Hope tak ada apa2 kat baby yer

LYAfrina said...

alhamdulillah..x serius utk adra..
tp klo kna sawan tarik kt budak2 mmg kna cpt2 bwk hosp..tkut oksigen krg dlm otak.. tu y bimbang...

Suriaamanda said...

ya allah...nbasib baik takde apa2 berlaku...akak pun baru tau ni sawan tarik boleh berlaku tanpa demam..