21 April 2016

Family Goals


Perghh. :p :o

Apa perasaan korang bila orang tanya.

'ko makan perancang apa?'

Apakah peliks bila aku cakap tak makan apa2 lagi.

Anak dah setahun tak makan apa-apa?

Ya, tak.

Okey macamni. Mula-mula selepas sehari bersalin doc ada tanya, nak merancang jenis apa? Yelah baru lepas sehari bersalin, sakit lagi tak terfikir.

Aku pon tak tahu nak cakap perancang apa hahaha. Aku cakap jela tak tahu lagi doc. Natural kot. Spontan je. Terkekek doctor tu gelak.

Masa check up baby 1 bulan, barulah misi menerangkan tentang beberapa jenis @ kaedah merancang keluarga @ menjarakkan kehamilan.  Masa tu barulah tahu. Sebelum ni malu kot nak cerita tentang ni. Yelah lagipun tak tahu kan. Cuma tau la sikit-sikit sebab ada dalam kalangan family, kawan-kawan yang makan pil Yasmin / Noriday, jenis cucuk implan dan iucd. Tahu gitu-gitu jelah sebagai info.

Tapi disebabkan period teratur. Aku takdelah makan pil @ cucuk @ iucd. Apabila natural planning ni. Kerjasama antara dua pihak sangat penting. 

Bila orang cakap, Adra dah sesuai ada adik. Adra dah besar. Hahahahaha aku mampu gelak jelah. Bagi aku, aku serahkan semuanya pada ketentuan Allah swt dan Allah swt tahu bila waktu yang sesuai. Kalau diizinkan, aku nak bf Adra sampai 2 tahun. NI pun duk terfikir macam manalah nak wean off nanti. Arghh malas nak fikir. Sedih. 

Aku suka anak ramai. Dak apple pun. Adik beradik aku je sikit. 3. Dak apple 8. Mak aku 12. Ayah aku 6. 

Yang dah kahwin tu, cecite sikit. Apa yang korang guna untuk family planning? 

Info juga untuk yang bakal berkahwin dan bakal jadi ibu. 

Tataaaaaa







8 comments:

Fieda Redzuan said...

tak guna jugak. kikiki. cakap kat nurse, laki sy takde kat sini so macam tak guna sy guna semua tu. :D

Lynda Che Lah said...

so far,
akak seorg yang disiplin..
so kita amik ubat..
senang..malas nak fikir..haha

Cik Puan Eka said...

fieda kahkahkah. Nurse awak balas apa kalau awak cakap cmtu

Cik Puan Eka said...

kak lynda. hehehe disiplin takpa. kot yg culas. eksidenn hahahaha

tengku afza engku yusof said...

alhmdllah, k.ja pn x amek ape2.. just rancang sndiri sbb period xpernah dtg after beranak anak 1st.. cukup2 bf anak 2 taun 1 bulan, alhmdllh, terus wean off dan prgnant... smg eka jg berjaya ikot ape yg dirancang..

Cik Puan Eka said...

Lama betul ye kak ja tak period. Ika walopon bf tp period on time tak pnah tak dtg.

Siqah Hussin said...

sesungguhnya tak pernah merancang. mungkin Allah tahu yang terbaik untuk kami. masih belum ada rezeki..

Khairul Bariah said...

akak tak makan apa2 pil dan tak pernah merancang
ingat dah ada anak 2 (sepasang), okey lah kot
tetiba ada yg ketiga, dan yg keempat
beza 3 dgn 4 lapan tahun hehe