06 April 2016

Pipi Merah

Hai semua.

Korang dah lunch ke. Harini aku lunch ngan opismet, adoi memang tak terlalu rasanya nak makan sebab ulcer ni. Tapi rasa kurang la berbanding Isnin dan Selasa. Oral aid pon dah nak abih dah aku letak.

Musim panas ni kan. Kena lebih minum air.

Musim panas ni kalau kita orang dewasa ni panas sikit tu memang boleh je tahan lagi. Tapi paling kesian bebudak la especially baby. Tahun lepas bulan 3-4 aku masih dalam pantang, mak ai memang panas la citenye. Memang anak beranak kena ruam panas @ heat rash tu memang mengteip-ngetip. Letak tepung ubi, calamine lotion. Ditambah lak orang dalam umah minum air ais siap keleting-keleting bunyinya ais tu eii geram je rasa tapi buat pekak je la. Haha pastu mintak dak apple minum depan aku, aku nak tengok je pun jadila. Haha

Tapi tu tahun lepas, tahun ni lagi panas dek fenomena el nino ni.

Padang belakang opis aku dari hijau skang dah coklat dah.

Pagi-pagi tengah bersiap pegi keje pon berlaku perpeluhan. Sampai opis naik tangga plak tingkat 3, memang sampai atas je berpeluh la hahaha. Takpela senaman tu.

Haritu Adra kena merah-merah kat pipi. Mungkin cuaca terlalu panas. Sampai pipi dia jadi merah-merah macam omputeh kena sejuk.


Merah-merah pipimu anak.
Tapi dia tak nangis tak garu ke apa.

Elok je main. KItorang yang duk risau nape lak macam kena penampau pipi kamu ni Adra. Aku wasap mak aku. Mak aku cakap dia tak tahan panas tu.
Dah bukak baju, seluar tinggal diapers je baru la merah tu beransur hilang.
Macam heat rush jugak kata Doc Faiz.



Tediaaa aih. Panas-panas ni memang ni je dress up dalam umah.
hahahaha. 

Kadang-kadang sampai leher dia pon naik merah. 
Sian tengok. Kena pasang air cooler tu kekuat skit barula lega.

Sambil tu dia main, dia melukis conteng-conteng 
Nasibla dinding umah lepasni jadi pelukis macam mama kecik-kecik dulu.
Masih ada lagi almari yang mama conteng-conteng dolu. Hahaha.


Okey, sekian sahaja coretan hari ini.

Anak uols ada yang tak tahan panas begini? 




5 comments:

Diana Rashid said...

mujur dia tak menagis panas ye?/kalau setengah budak, siap mengamuk dah..heheh..ulcer ke?/makan aiskrim la ..

wahida said...

ish...sian adra...maksudnya kulit dia mmg jenis tak tahan panas tu sis...
kalau kat rumah togelkan dia mcm tu je pun takpe...pastu tidur malam pun pakaikan baju yang nipis2 je...

musim panas ni mmg mudah dapat penyakit..huhu...

Inani Hazwani said...

Musim panas ni kadang2 berpeluh lepas tu naik ruam kecik2 tu kan.

sa'adah by atiehilmi said...

a. rashes ni dik kalau anak berpeluh lagi la dia tak selesa.. lagi2 musim panas nih ha.. adik ade try krim HERBAL BLEND ? ramai dah customer kakak pakai, feddback memang positif.. in shaa Allah.. boleh contact akak kalau adik berminat nak cuba..

LYAfrina said...

maybe ruam biasa kot..sbb adara putih melepak tu naik kemerahan..hehe