04 April 2016

Sepetang di Port Dickson

Hai.

Oleh kerana aku pon tak brapa nak bercakap harini disebabkan ulcer, makanya harini nak berblogging je. Oral aid lah penyelamat dikala sakit ni. Bengkak bibir. Weekend baru ni aku balik umah in law. Lama tak balik, lagipun minggu lepas in law takde, pi Singapore. So minggu ni baru balik sana.

Sampai-sampai je, alamak mil takde plak. Abang ipor aku bawak pi Petrosains. Fil pulak pergi mancing. Pandang muke ayah adra, adra pandang ayah, mama pandang adra. Jom, mandi laut. Wihuuu hahaha. Maka ke Port Dickson la kita. Tak jauh pun dari Seremban kan. Ayah Adra siap dah bawak baju, Adra punya baju pon. Aku je bijak sangat tak bawak baju seluar. Haha padan muka aku. Menung je tengok deme dua beranak mandi. 

Haish, lupa. 

Port fav tentunya kat Blue Lagoon. Last pegi sana masa pregnant Adra 4 ke 5 bulan tak hingat. Hoho. Klik Sini. Masa tu dak apple ada cakap, nanti nak bawak baby kita mandi kat sini. Tula menunaikan hajat dihatinya nak bawak anak kesayangan pi mandi laut. 

Sampai-sampai hari agak panas lagi. Takpela. Kita minum dolu. Agak tamak jugakla aku order air sampai 2 sebab panas. Haus.


Sedapnyaaa ayo nyor ni ha. Takpayah ais-ais. 
Minum begini je lagi banyak khasiatnya hehehe.
Dah setahun tak minum. Balas dendam aaa.


Kihkihkih muka masam nak turun. Nampak laut.
Yesaited betul la dak kecik ni. 
Asyik tunjuk tunjuk dan sebut waaaaaaa. 
Dah redup barulah kita main air. Yayyy.


Hihihi suka betul dia. Sengih kerang dia tu.
Gigi takde lagi, nampak gusi jela hehe.
Seronok betul dua beranak ni mandi.
Padan muka mama tak bawak baju salin.
Sluar aku memang basahla sampai ke lutut haha.
Nasib pakai jeans. Tak nampak sangat warna dark.
Jeles betul tengok berdua ni main pasir main air.
Grrrr

video

Siap merangkak dalam laut lagi kamu ye hehehe
Eh korang nampak ke video aku upload ni?
Sebab aku boleh upload je tapi tak boleh nak play.
Kene blocked hahahaha


Mama comel sangat tu sebab kene tempek dengan bunny hahaha. 
Biarlah nampak dagu jer. 
Seronok mandi kat sini. Kalau air cetek tu memang best bawak budak-budak.
Jangankan budak-budak je suka, bapak budak mak budak pon suka.
:p


Okey senja pon dah nak berlabuh. 
Jom kita balik.
Manja betul dengan ayah.
Mama dipandang sepi hiuhiuhiu


Hampir senja. 7.02 pm

Mama tak puas hati lagi sebenarnya ni tak dapat mandi laut.
Kahkahkah. 
Akal nak ajak ayah Adra pegi mandi laut lagi.
Tapi nak Pulau Perhentian. Hahahaha

Babaiiiii







4 comments:

Mar Mansor said...

seronok mandi manda

yaya cendana said...

salam...ishh..sakit nya ulcer..kalau yaya guna oral aid. letak kerap kt tmpt sakit tuh..cepat sembuh tau..

sambil2 tu jom jenguk & join contest dari yaya ni..

Contest : 'Jemputan ke Majlis Pertunangan Yaya dan Anis'

http://www.yayacendana.com/2016/04/contest-jemputan-ke-majlis-pertunangan.html

tq ^_^

Siqah Hussin said...

bestnya duduk tepi pantai boleh tengok sunset lagi :)
tak boleh play video awak, plugin not supported..

LYAfrina said...

musim pns ni.. maybe sbb tu ada ulser..kna minum byk air..

waaa,,syoknya adra mandi laut