09 May 2016

Baju Raya Ehhhhhhhhhhhh

Hai.

Kome dah siap tempah baju raya ke? 

Aku dah! Kahkahkahkah. Kemaen awal tahun ni. Excited nak nengok anak mama terkedek-kedek jalan pakai baju raya. Nanti mama belikan awak handbag tau hahaha. Adoi mama pon. 

Haritu dah siap-siap booking ngan tailor, aku nak hantar baju raya sepasang sorang. Tapi Tailor cakap last antar ujung bulan ni tau eka. Aku pon jadi kelam kabut la sebab aku tak dan nak pilih/beli kain pasang lagi. Gila lama aku tak membeli kain pasang sebab aku jenis beli baju dah siap. Tapi sejak tahun ni kot aku jadi selalu tempah kat akak tu yelah maklomlah kan baju kerja aku baju kurung semua tu dah old fashioned padahal dengan erti kata lain dah tak muat. Hahaha. 

Baju ready to wear pon nak jugak beli nanti tapi untuk raya first nak sedondon ngan Adra. Aku fikir kot nanti nak beli takde saiz badan Adra, tak dapat nak sedondon. Hukhuk. 

Sekarang selalu pegi office pakai blouse ngan kain, atau blouse ngan slack, atau baju kurung n kebaya. Tunggu la nak kumpul balik baju. Takdelah ulang tayang je sampai kadang-kadang tak tahu nak pakai baju apa. Pelik la pompuan ni. :p :p :p

Haritu pi Jakel. Cakap ngan dak apple. Tahun ni kita pakai emerald green nak? Kalau ikut aku, opkosla nak pink ke purple ke kan tapi dak apple cakap taun lepas kan purple. Okey taun ni emerald green. Suruh skali staff Jakel pilih kan kain yg match ngan emerald green. Taun ni macam banyak design songket tabur. 



Simple je tapi harap dah jadi baju dia jadi lawa. :p

Semalam pi hantar baju kat akak tailor tu. Adra menangis-nangis masa nak ukat hihihi. Adoyai anak oi bukan kak Ita tu nak cederakan awak pon. Pastu ayahnya kelam kabut masuk nape anak tu. Dah dia nampak ayahnya kelam kabut nak kat ayah. Nasibla dapat ukuran semua. Setel. 

Tunggu baju siap jelah. Hehehe. Tahun ni turn raya kat Seremban. Okeylepasni kita focus nak puasa plak dan CC kat office dah buka tempahan kuih raya tauuuuuuuuu. Hahahahahahaha. Siap dah makan tester iaitu berupa kuih samprit. 

Baju raya korang warna apa taun ni?



6 comments:

mrs.aziz ummi aariz said...

akak pun baru antar kain kt tailor..bawa medina sekali kali ni sbb nk ambik ukuran badan dia..aduiii mmg seksa nk ambik ukuran budak kecik ni..

Cik Puan Eka said...

kak taibah haha samala kak. Jenuh nak ambik ukuran badan dia. DIa duk kepit2 badan dia sambil nangis hahaha.

HanNis SaNia said...

kita punya bj raya da siap 3pasang hhihi

Siqah Hussin said...

Tak fikir lagi baju raya warna apa. Tengok mana yang cantik di mata jela nanti. Hihi

Chekgu Azrine said...

akk pun kena tempah awal sbb ada 3 anak dara sis...
nasib bulan 4 awal2 hari tu dh hanta...sekali hanta 2psg sorang...

sya mimie said...

Kita recyle bju msa kawen adk je. Heee.. Tp bju zara Xde pula. Nk kna bli kain suh opahnya buatkan. Hehe. Sbb mamanya blm pro nk menjait. Hehe