25 May 2016

Memasak Adalah Terapi

Assalamualaikum dan hai uols.

Kenyang rasa harini dah makan memacam.

Harini cite pasal masak memasak pulak.

Biasanya weekend memang aku masak je kat umah kalau tak keluar.

Hari Ahad je pegi pasar minggu.

Apakah rahsia saya dapat membeli ikan,udang,ayam dan sotong dengan hanya membawa RM 5?

Rahsianya saya bawak suami saya. 

Gitew hahahaha.

So, hari tu aku beli ayam. Dekat gerai ayam, ada bontot ayam @ tongkeng ayam. Sekilo RM 8.00 tapi beli setengah kilo RM 4.00. Tu pon lenguh gakla balik umah memprosesnya. :p

Kemudian, dak apple nampak plak pucuk paku. Dia tak cakap nak. Tapi dia akan cakap eh tu ada pucuk paku. Masak sambal sedap tu. 

Aku pon, eh masak sambal? selalu tumis la tak pun buat kerabu ke gulai lemak ke, rebus ke makan ngan kuah pecal. 

Dia kata mak dia masak sambal. Ooo okey.

Maka, terjadilah masakan-masakan ini :,


Ayam masak bali. Nampak macam masak sambal lak tapi rasanya serius lain.
Mungkin aku perlu lebihkan kicap. Rasanya osem sangat.
Dak apple cakap sedapppp.
Rasa macam rendang tapi tak. 
Bau serai dan daun kari sedap.

Resepi daripada blog Pak Cik Mat Gebu



Bont @ tongkeng ayam
Kene siang untuk buang salur kuning dia tu. 
Pastu aku gaul je ngan rempah serbaguna Norainis.
Sedap. Cicah sos takpun cicah ngan kuah ayam masak bali tu. Dap dap


Pucuk paku tumis ngan cili,bawang putih,bawang merah dan ikan bilis.
Tumbuk semua, tumis. 

Makan dengan nasik panas, tambah 3 kali.

Hahahahahahahaha

Bye, jumpa next entry. Pasal makan lagi. 


4 comments:

Ezan Idma said...

sedapnyaaa eka. Memang terapi kalau dpt masak lepas tu org yang makan berselera kannn

eima said...

ai dah mls memasak tp terapi bila tgk ankmkn berselera klu mama dia memasak ... keh keh

Fieda Redzuan said...

sedapnya!! hoho harap lepas ni kite lebih rajin memasak

Inani Hazwani said...

Ayam masak bali tu memang sodaaap.