31 May 2016

Menjelang Puasa

Assalamualaikum dan hai.

Lagi 5 hari je kita nak menyambut puasa. 

Tahun lepas, seronoknya aku still unpaid leave masa puasa. Best betui hahaha. Duduk rumah jadi full time house wife. Tunggu husband balik berbuka kalau takde kelas, ada anak menemani. Pastu kadang berbuka kat luar, kadang balik umah MIL, weekend balik umah mak ayah aku.

Masak lauk2 fav husband aku untuk berbuka n bersahur. Bersahur biasanya memang aku masak lauk baru. Kadang dengan lala masak sambal pon jadik hahaha bagi semangat sikit husband bersahur. Kalau tak mengantuk je aku tengok dia bersahur.

Time nak berbuka plak tekak ni macam-macam teringin. Buatla puding-puding, buah melaka, donut. Sambil-sambil berbalas pinggan ngan jiran depan umah. 
Kalau malas pon, beli sajerk la hehe. 

Untuk tahun ni, first puasa kat umah mak aku. Kitorang apply cuti siap-siap nak sambut puasa. Biasanya first puasa tu teruja dia lain sikit kan. Nak berkumpul ramai-ramai. Penat dia pon lain sikit. Tahun ni still berpuasa sambil breastfeeding. Nak pam lagi. Harap aku kuat dan tak jadi menggigil macam tahun lepas. Yela tahun lepas badan tak berapa kuat lagi. 

Minggu kedua puasa nanti inshaAllah balik umah mertua pulak. 

Nanti kita share jadual mengepam di bulan puasa bagi ibu-ibu yang mengepam. 

Okey tu je.

Selamat menjalani ibadan berpuasa dan selamat menyambut Ramadhan semua.







2 comments:

Inani Hazwani said...

Kannn tak lama dah nak puasa. Nani pun first day puasa tahun ni dapat berbuka dekat Pahang :)

Yaya Azura said...

eka, nak pam susu bulan puasa ni, lepas berbuka kena banyak minum air..sahur paling kurang 3 gelas, dulu akak air manis tak sentuh, nanti dah minum air manis, air putih dah tak boleh terima dah..perut dah penuh air..hihi..