09 May 2016

Resepi Popia Goreng Bersira Mudah

Hai semua. Harini nak share resepi Popia Goreng Bersira. Haritu pegi pasar malam, dak apple beli popia goreng pedas tu. Balik rumah, dia tak lalu nak makan sebab terlalu keras. Dia gigit-gigit tapi memang ye keras sangat. Macam dah goreng banyak kali. Hmmm

Kata kat dia nantilah kita buat sendiri. 

Kebetulan ada plak lalu resepi kat facebook. Makanya kita cuba la buat. First time dalam hidupku membikin popia. Haha. Berdebar rasa macam mana lah rasanya ni. 

Okey jom cekidaut resepi.

Resepi Popia Goreng Bersira

1 Bungkus Kulit Popia. Saiz Besar tu
1 Batang Carrot - hiris halus
1/2 Kobis. Aku guna kobis manis - hiris halus
10 Ulas bawang putih
Sepeket udang kering
3 Sudu Perencah Pasti Sedap
Garam secukup rasa
5 Biji telur didadar - Hiris Halus
2 Sudu Tepung Gandum bancuh ngan air untuk gam

Mula-mula sekali, potong dadu bawang putih dan udang kering. 
Tumis dengan sedikit minyak. Dah garing masukkan carrot dan kubis. Masukkan garam dan perencah Pasti Sedap. Dah layu, angkat dan toskan bagi kering.

Lepastu dah boleh gulung. Gorengkan. 

Untuk Sambal Sira tu pulak, ni resepinya.

1 genggam cili kering direndam dan dikisar
3 ulas bawang putih - Kisar sekali ngan cili
3 sudu gula
3 sudu sos cili
Garam secukup rasa.

Tumis cili yang dikisar dengan bawang putih sampai garing. Masukkan gula dan sos. Bila dah masukkan gula dan sos , dia jadi pekat sebab gula dah caramelised. Takpa kacau je. Masukkan garam. Dah masak tutup api. Biar sejuk dan gaul ngan popia. Siap. 


Camni la rupanya bila dah layu dan ditoskan. 


Telur Dadar yang dihiris. Ni untuk masukkan sekali dalam inti popia.


First time gulung popia ni. Leceh gak ye. Hehe senget benget pon takpa la.
Banyak inti aku masukkan ha baru puas makan.
Letak kulit popia. 
Letak telur dadar, letak inti, 
gulung dan gamkan dengan tepung gandum yang dibancuh.

Gorengkan dia.


Dah goreng. Waaa nampak sedap je ni.
:p


Buat cili untuk sira. 


Terjunkan popia dah goreng tadi.
Siap.
Fuhh sedap rupanya. Hahaha.
Kebetulan sabtu hari tu kan hujan lebat.
Kemaen sedap lagi makan ngan teh o panas.
Boleh buat niaga kat Bazar Ramadhan la camni.
Kahkahkahkahkah.

Selamat mencuba uols. 





5 comments:

mrs.aziz ummi aariz said...

oh sambal tu kena bg sejuk dulu eh baru gaul dgn popia..akak suka popia sambal mcm ni..tp kdg2 terbeli yg popia tu lembik tk sedap..knp eh jd lembik mcm tu..akak suka popia yg rangup2...

Siqah Hussin said...

Kadang2 terkena juga kita dengan peniaga ni. Jual makanan yang dah lama. Baik buat sendiri je kan awak. Walaupun kadang2 kemalasan melanda. Hihi. Siqah dah save resepi ni. Tq sharing :)

Chekgu Azrine said...

ya Allah dik...akk tengah pose ni tgk entry adik ni...vavavava...hahahahaaaa

Inani Hazwani said...

Yeeeha ! Dapnya kak oi. Takzabaaar nak buat :D

sya mimie said...

Blh try. Ddy zara suka yng bersira. Eka.. Bubuh tepung jgung tuk gam dia.:)