16 June 2016

Adra Jumpa Dentist

Assalamualaikum dan hai. Hari isnin hari tu ada check up Adra 1 tahun 3 bulan kat klinik. Alhamdulillah semua okey tapi tulah berat Adra dah masuk line kuning. Berat dia 7.4kg jer. Bulan depan kene repeat datang lagi.

Nak kata Adra tak makan, makan. Tapi aktif sangat kot sampai lemak pon tak melekat haha. Kata nurse, kalau umur macam dia, sekurang-kurangnya berat 8kg ke atas. Nampaknya Adra mewarisi jejak sepupu dia, Zara yang sama gak berat takuk tu. Tapi skarang dah masuk 2 tahun lebih, berat dah cantik.

Mungkin Adra lebih mewarisi genetik ayahnya yang kurus tinggi (tu dulu la sekarang dah gemok sikit).

Dah tumis bubur guna unsalted butter,Adra tak suka sangat bubur tumis. Unsalted butter, minyak kelapa kan bagus untuk naik berat, dan anak kita juga perlu fat. Tapi tulah, tak berapa suka pulak dia. Dia paaaaling suka bubur sayur letak ayam carik-carik. Laju je makan. Biskut pon makan. Pasrah jela anak. Semoga berat awak naik cantik lepasni. Makan banyak-banyak ya.

Lepas tu, jumpa dentist plak.



Banyak info aku dapat. Antaranya:-

1. Apabila anak dah mula tumbuh gigi, kita kena bersihkan gigi dia. Kalau tak guna berus, boleh guna napkin dan air suam untuk lap-lap gigi anak.

2. Ajar anak pegang berus gigi. Tanpa menggunakan ubat gigi sebab ubat gigi ada fluorida kan. Ubat gigi baby pulak boleh digunakan selepas 2 tahun keatas dan tanpa menelan ubat gigi tu. Jadinya ajar jela pegang, acah-acah je kan. Macam aku, aku selalu gosok gigi depan Adra. Pastu dia pon nak jugak gosok hihi. Nanti mama belikan awak berus gigi opkos pink kaler muahahaha. 

3. Macam biasa, jangan bagi anak makanan manis. Kawal pemakanan anak supaya tidak berlaku karies gigi. No chocolate, candy ke apa. Cheat day sesekali bleh ah, tu pon sikit je okey. Haha.

4. Antara kepentingan gigi ni macam biasalah untuk memudahkan proses makan secara normal, kunyah-kunyah kan. Dan juga untuk bertutur dengan jelas tanpa pelat.

5. Pentingnya gigi susu ni adalah gigi susu ni macam jadi induk atau penanda untuk pertumbuhan gigi kekal. Macam template lah bahasa mudahnya untuk gigi kekal tumbuh di posisi yang betul nanti. Jadi, jangan biar gigi susu tu rosak hitam-hitam atau reput, tapi biar gigi tu luruh / goyang sendiri apabila tiba waktunya. Takdelah gigi tu tumbuh tidak sekata.  

Aku pon oooooooooooooo jela masa dengar hehehe. Kalau ada dentist ke nurse gigi ke kat sini, meh la bagi info lagi hehehe.

Oh, aku ada tanya doktor, apakah antara sebab baby lambat tumbuh gigi. Doktor cakap ada sesetengah bayi tu seawal 5-6 bulan dah tumbuh gigi. Tapi ada sesetengah bayi yang badannya agak kecil, maka gigi tumbuh lambat juga. Saja je aku tanya sebab Adra kan lambat tumbuh gigi, 1 tahun 2 bulan. Agaknya badan Adra kecik, gigi lambat hihi. Tapi sekarang dah nak masuk 4 batang. Dua atas, dua bawah dan nampak macam nak tumbuh lagi tu.

Itu jelah sedikit sebanyak yang aku dapat masa check up tempoh hari. Tq doktor atas penerangan anda. Jelas dan saya faham hehe.

Sekian, terima kasih.

#hariniterasasangathausdanlaparaduicepatlahpukul430 hahahahaha





7 comments:

wanihasmi said...

Eka, dlu Raees lahir2 je ada gigi sebatang.. tp bila dah besar 5 bln baru perasan gigi tu ilang.. Now ad 6 batang gigi kita beli yg jenis silicone utk bersihkan gigi.. Tapi Raees tak nak, nampak je silicone tu terus nangis.. hahaha

Inani Hazwani said...

Takpe lepas ni macam macam mama bagi makan supaya berat tu naik sikit. Hehe. Amboi kak panang hashtag tuuuu :D

nini said...

As for me....bagus gg lambat tumbuh....best sikit nak bf..hahaha

HanNis SaNia said...

hi kakak adra. hihi da 1 thn lbh. dari dia newborn dok follow kan??? hihi dah tumbuh gigi da dia. demam tak eqa si tecik ni aritu ms tmbuh gigi??

Khairul Bariah said...

Akak minggu depan bawak anak klinik checkup 1y3m. Gigi mmg byk dah tp tu lah bila nak digosok cukup bercinta. Tak mahu dia kita kerjakan mulut dia tu. Tutup memanjang.

LYAfrina said...

dlu fsya ada problem berat bdn x cun..smpai skarang pon, kiranya x sesuai dgn usia dia.. lps tu jmpa doc, katanya x perlu risau selagi ank kt berselra mkn n aktif..mmg ada bdk jns berat bdn ssh naik..lg2 kalo dh aktif kan..

satu lg y lya pnh amal utk fsya msa baby dlu, guna minyak jagung... sbb dlu pnh cari info utk naik berat badan, salah satunya pgunaan myk jagung.. blh cuba utk adra jgk

Yaya Azura said...

anak akak pun kurang berat badan dan berperang bila nk gosok gigi..hhuhu..sibuk dia nak gosok sendiri