20 June 2016

Berbuka Puasa 13 Ramadhan

Assalamualaikum dan hai.

Diam tak diam, harini dha hari ke 15 Ramadhan, lagi separuh aje kita nak raya dah. AKu jenis tak suka kira hari keberapa keberapa sebab nanti kang rasa lambat je waktu berjalan. Tengok-tengok dah 15 hari puasa dah.

Hari Sabtu haritu berbuka kat umah nenek aku. Meriah.

Bentang tikar, susun makanan secara memanjang, ha duduk reramai. Seronok sangat.

Menu fav pulak tu. Tapi ni yang aku ingat la. Ada lagi rasanya. Patin tempoyak, sambal bilis. Lagi, lupa. Kehkehkeh.


Roti jala dengan kuah doyan, agar-agar pandan.
Memang sedapla roti jala ni.
Kang nak beli kuah doyan kat Bazar Ramadhan. 
Ceh, dan dan :p


 Mee goreng,cempedak goreng, cucur udang. Fuhhh.
Mee goreng tu ucu aku buat. Walaupun simple tapi sedap gila,pedas. 

Adui teringat-teringat lagi ni. :p

Time berbuka la nenek aku paling sibuk.

'Tu, laki kamu tu dah ada ke pinggan mangkuknya?' , 
'Tu pak teh tu ada ke cawan dah?' ,
'Tu Danial ngan Akim tu cer dekat sikit, jauh beno' . 

Hahaha. Nenek, nenek.

Sangat concern dengan semua ahli-ahli rumah. 


3 orang ni bukan menu berbuka ye hahaha.
Adra, Ain. Ain ni pangkat makcik Adra n Zara.
Zara dah besar kan. Hehe.
Entah skateboard sapa ada kat umah nenek aku.
Dorang naik bertiga meronda satu umah.

Ehem tu jela nak cite harini.
Esok-esok aku up lagi. 

p/s: Tengah kemas-kemas barang kat opis. Dapat pindah yahuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!



7 comments:

wahida said...

roti jala ngan kuah duyan tu adoi la....bikin gugat iman okkkkk...

Siqah Hussin said...

Cempedak goreng! Sedapnya..

Khairul Bariah said...

Amboi hidangan semua gedabak2 bekasnya. Mesti ramai tu.
Biasa kalau dah ramai2 gini, org tua lah yg sibok itu ini. Yg muda relax2 aje kan hihi. Akak pun gitu.

Inani Hazwani said...

Dugaan betul blogwalking tengah malam ni,ssedap sedap semuanya tu :)

Dkna Abza said...

best dapat berbuka puasa dengan keluarga kan..

wanihasmi said...

Selamat mengomeh puan Eka :D

Nabila Syifa said...

huhu kami awal puasa ritu pon berbuka umah mak n mak mertua