01 June 2016

Kerana Spider Itu...

Assalamualaikum dan hai semua.

Aku rasa semua mak pak macam ni. Asyik terngiang-ngiang je lagu yang diorang selalu dengar. Masa Adra kecik. Aku ada install lagu-lagu kat aps Fisher Price kat tab aku. Banyak lagu syiok-siok. Row-row your boat, animal fair, hickory dickory dock, dan macam-macam lagi. Termasuklah lagu Alif Ba Ta, Honey bunch sugar plum etc. 

Lepastu dah beso skit, melayan Didi & Friends jugak sampai semualah mak pak hafal. Hahahaha. BINGO, Semut berkawad, lompat si katak lompat, macam-macamlah. Sekarang ni je jarang dah. Lagi-lagi skang nak tengok Didi kene langgan Astro First. Bayor ye kome :P :P :P

Pastu kadang aku suka pasang nursery rhymes kat youtube. Kadang bila aku start je nyanyi 'your my honey bunch sugar plum pumpy umpy pumpkin' je, Adra terus amik phone aku  dan cakap ni ni. Hahahaha.

Aku tak suka sangat bagi dia gajet tapi sesekali tu boleh la. Macam dah bosan sangat dalam kete, dia dah merengek sebab perjalanan jauh, ha aku nyanyi la sekali la ngan dak apple. Aku ada sediakan buku, dengan pen sebab dia suka conteng-conteng. Buku-buku pon kalu dia dah bosan memang dicampaknya. 

Haritu aku bukak Baby Joy Joy nursery rhymes kat youtube. Lagu Itsy Bitsy Spider. Lagu spider kat baby joy joy ni paling best aku rasa berbanding versi-versi lain. Tengah-tengah lagu tu, tetiba Adra nangis. Aku macam eh kenapa Adra nangis. Pastu habis lagu dia diam. Pastu malam tu aku saje je test lagi, pasang semula lagu sama. Pon dia nangis siap cebik cebik. Aku pon syak, mesti sebab lagu ni. Aku repeat lagi sekali, rupanya Adra nangis sebab spider tu jatuh tak dapat nak climb water spout tu. Hahahahahahahahahaha dah la spider tu siap lap lap air mata dia. Maunya tak nangis anak aku. Pujuk-pujuk dia, ha ni dah dapat panjat dah ha, janganla nangis hehehehe.


Ni la spider yg buat Adra nangis. Cebik-cebik dia

Penyedih ropenyer Adra ni. 

Anak korang suka dengar lagu apa? Cer share.

Tata.



4 comments:

orked violet @ SYA said...

baby sya 6 bulan.

so far specific song xde lagi.

cuma die suka orang yang high pitch. sya soft sikit. so kalau sya acah-acah die cool jek. tp ayah die kalau cakap 1 building boleh gegar. yang tu die excited. hehehe

udez huda said...

haha comel nye nangis sbb spider! huda pun suke lagu didi&friends, best hehe.. skrg dok nyanyi yg semut berkawad satu satu hoora hoorey :)

Inani Hazwani said...

Hahahahhaha. Comel lah Adra ni tengok kartun sampai nangis. Hehehe. Kaaan lirik Didi & Friends tu Nani pun dah boleh hafal sebab anak buah kerjanya nak tengok cerita tu aje memanjang. Tabahlah :D

Daddy Ziyyad said...

Saya kalau nyanyi lagu Upin & Ipin pun asyik salah lirik, kahkahkah..
Selalunya yg terror dan gemar menghiburkan anak anak saya dgn nursery rhymes ni, ialah wife saya. Banyak gila lagu dia hafal.