20 June 2016

Nugget Ayam Home Made Untuk Adra

Edited : Berita baik untuk yang berminat nak beli food processor ni, ada free gift kalau sebut Belog Cik Eka. Baca sampai habis hehehe.

Assalamualaikum dan hai. 

Harini nak share kat korang resepi untuk bayi. Seperti yang sedia maklum, anak-anak umur bawah 2 tahun, tak sesuai lagi diberi garam dan gula. Maka, nugget ayam ni memang tak letak sebarang perisa. Sesuai untuk yang berumur 1 tahun ke atas, dah pass ayam, carrot,bawang holland dan mix herbs. Walaupun resepi ni takde garam, tapi sedapp. 

Senang je nak buatnya. Air tangan ibu untuk anak kan best hehe. Lagipun kena pelbagaikan menu untuk Adra ni bagi dia lebih suka makan. First time buat finger food ni. Lepasni nak cuba yang lain pulak. 

Okey, sebenarnya aku nak cuba Food Processor Autumz yang aku beli haritu. Lama dah dapat masa Adra 8 bulan. Punya lama baru nak try. Sedih nengok terperuk aje food processor. Aku main kutu masa tu. Harga RM 200 kot. Ahaaaaaa aku lupaaaa tolonggggg. 

Jom, cek resepi. 

Nugget Ayam Home Made
---------------------------------

3 keping dada ayam
1 batang carrot
1 biji bawang holland
sedikit mix herbs
sedikit tepung jagung

Okey kat bawah ni cara-cara membuatnya.


Bahan utama hehehe. Kita test benda baru hehehe. 
Senang je rupanya guna benda alah ni.


Ni dada ayam yang aku guna. 3 keping. 


1 biji bawang holland
1 batang carrot
Sedikit mix herbs


Mula-mula potong kecik-kecik daging ayam tu.
Kemudian masukkan kedalam food processor.



Pastu putar. Cara putarnya. Pusingkan button purple tu ke kiri.

Okey Food Processor ni boleh steam sekali tau. 
Kalau nak steam, hanya pusingkan button tu ke kanan. 
Mudahnyaaaaaa


NI rupa yang dah siap dikisar.


Pastu potong kecik-kecik bawang dan carrot.


Kisar gak bagi halus ke ada chunky2 ke.
Siap. Masukkan dalam ayam tadi.


Gaul-gaul rata. Sebati dah macamni.


Masukkan pulak mixed herbs ni. 
Tak yah banyak sangat sebab kang lain plak ghasenyer.
Dah siap tu, adunan macam lembik2 lagi.
Aku masukkan tepung jagung skit bagi bole bentuk camtu. 


Tadaa. Siap. Hehehe pastu aku siap frozenkan yang ni. 
Nak makan nanti, celup telur dan celup tepung gandum. 
Goreng.


Ni yang dah goreng. 
Sedappppp. Aku rasa sedap je walopon takda garam haha.
Tengok Adra makan banyak gak hehehe.

Lepasni nak try chicken ball, kuih keria plak.

Okey, bagi sesapa yang nak dapatkan food processor macam ni,
atau barangan kelengkapan bayi kita, boleh ke page ni.

BabyBoo Malaysia

Facebook : Babyboo Malaysia


Whatsapp : 0132248536

PROMOSI
____________

Berita baik, bagi yang nak beli Food Processor ni, 
Masa whatsapp tu bagitahu dari Belog Cik Eka dan anda akan dapat 

Free Food Storage 4 oz Autumz ! Bestnya !



Sekian, terima kasih dan selamat mencuba.



6 comments:

Khairul Bariah said...

Selalu bagi begedil kentang ayam kat anak. Yg ni boleh cuba nanti.
Kalau ada gajet ni, bonuslah ye eka...lg senang keje emaknya.

tengku afza engku yusof said...

mohon share ye sis adra.. terliur plop mak buyung ni nak makan.. hehe

LYAfrina said...

menarik ni...nk kna bli jgk la...
buat sdri lg terjamin kbersihan n kesihatan..

eima said...

MCM YG KAT KEDAI JE KAN .. NANTI ADE BABY NK TRY GAK LA .. BEST NYE

Inani Hazwani said...

Lama dah niat nak buat nugget sendiri macam ni tapi selalu takdek masa. Haahah ! Nak sikit nugget Adra :p

Siqah Hussin said...

Rajinnya buat nugget sendiri. Menarik dan sedap nampaknya!