27 June 2016

Pindah

Assalamualaikum dan hai.

Pertama, nak share berita gembira. Alhamdulillah aku dapat tukar office baru. Dimana segala urusan akan bertukar menjadi lebih mudah dan kos dapat dijimatkan demi kerukunan rumah tangga. Wehh apa ayat skema sangat ni hahaha. 

Ni tengah mencari taska @ pengasuh untuk Adra. Ada yang dekat dengan opis ayahnya. Lagi senang. 

Semoga semuanya berjalan lancar. Ada dah short list cuma belum melawat kawasan lagi. Semoga semuanya dipermudahkan. 



Pertama kali baca surat pertukaran.
Ni Mek Yati la snap ni hahaha.
Kakak-kakak opis sama-sama teruja.
:)

Teruja dan dalam pada masa yang sama ada juga rasa sedih.
Lama juga berkhidmat di sini.
First time berkhidmat dalam gov servant di sini.
Mana boleh kulupa semuanya. 

Semoga semua berjalan lancar.
Aku nervous sebenarnya. 
Dimanakah akan aku diletakkan nanti.
Bagaimanakah environment di sana nanti.
Nak lunch dengan sapa. 
Patut ke aku suruh dak apple datang lunch ngan aku kahkahkahkah.

Macam-macam bermain di fikiran. 

Tapi tak apalah. Moga baik-baik je semua.
Nasibla memang ada kawan kat jabatan baru tu. 
Harapla diorang tak busy dan boleh ajar aku.

Tu je.

Heyyy lagi 4 hari je kerja. Tak sesabau nak cuti raya ni. 

:p

:p

Opis pun dah suram, biskut raya kerepek raya pon dah sampai ni. 






11 comments:

Jamil Hashim said...

singgah 22 ramadhan

https://belogs.blogspot.my/

Inani Hazwani said...

Selamat bertukar kak !

Khairul Bariah said...

tahniah eka dah dapat tukar. Lagi dekat dgn rumah ke?
jadi penjawat awam macam tu lah...boleh tukar2 tempat kerja. seronok lah adra lepas ni kan.

akak dulu pun macam tu jugak, dari ibu negara ke negeri. dari negeri sekarang di daerah. semuanya demi anak-anak yg nak membesar, biarlah di depan mata emak mereka.

eima said...

dulu aku pun cam tu eka ...pk mcm2 .... risau xleh biasakan diri tmpt baru ... lps setahun ni br aku br boleh sesuaikan diri dgn semua org ... kah kah .... br nk boleh berckp tanpa ade rs malu

Ezy Loy said...

tahniah eka dpt tukar!
saye ni dh 10x mtk tukar xdpt2 lg.. huhu..
xpe.. sabo je.. hehe

Azian Elias said...

salam..

selamat bekerja di tempat baru..
gud luck.

wahida said...

insyaAllah yang baik2 saja di tempat baru ni ye..teruskan berdoa..kadang2 kita mmg perlu berhijrah demi kebaikan semua..

all the best di tempat baru ye eka...

Lynda Che Lah said...

Alhamdulillah..
Tahniah dpt tukar..
Finally..

shaFazie said...

tahniah mama adra..

Fha Hzh said...

EKA Dpt tukar kat mane tu? hehehe

sya mimie said...

Rezeki ank dpt tukar juga akhirnya.. :)