07 June 2016

Puasa

Assalamualaikum dan hai. 
Harini baru masuk opis sebab semalam cuti yihuu. 

Alhamdulillah dapat menghabiskan puasa dengan jayanya walupun rasa haus yang teramat sangat. 

Mula-mula tu rasa macam alamak dapat ke aku menghabiskan puasa ni sebab haus sesangat. Lapar tu takde, tapi haus. 

Subuh semalam aku bangun pukul 3.45 am. Masa tu mak tengah siang udang, adik tengah basuh pinggan. Tugas aku cuma masak je hehe. Masak sambal udang, telur dadar,buncis tumis. Sedap plak rasanya. Takpe kot puji diri sendiri haha. Eh taklah, tengok dak apple, sume bertambah makan. Sedap la kot :p :p :p

Sambil-sambil tu aku minum nestum, makan kurma. Gusar jugakla hati ni sebab macam manalah puasa nanti sambil bf sikecik ni.

Tapi Alhamdulillah semuanya okey. Semalam berbuka beramai-ramai kat umah nenek aku. Best. Dan baru kutahu bagaimana berbuka dengan anak kecik. Ya Allah sibuk betul dia pon nak berbuka. Hahaha. Tunggang langgang pinggan aku letak bihun kosong dalam pinggan plastik. Dia pegi tuang air dalam mangkuk hahaha. Adoila anak.

Nah belanja satu gambar Adri eh Adra hahaha. Sibuk nak solat pakai kopiah atok.


Sanggup ke nak marah apabila dia senyum kerang macam gambar atas, kiri?

Tak kot.

:)







14 comments:

Kakzakie Purvit said...

Itu yg tambah meriah kalau berbuka ada anak kecik Eka
Kakak suka. Kenapa tak ambik gambar Adra tuang air dlm beehonn.. tambah sedap nak bagi beehoon manis tu hihi..

Selamat berpuasa dik:)

Mia Kassim said...

Salam singgah ...

Selamat berpuasa 😊

ezan idma said...

ahaha comel jeee. Pandainyaa eka masak. kalau kita semua serah kat mak hahaha sebab jenis nak mak jugak masak takut tak kena pulak kat tekak mak kalau kita masak :P

Nooriah Abdullah said...

Selamat berpuasa Eka
Walaupun dh hari ke2 kan
Biasa lah anak kecik mmg gitu minta perhatian lah tu

Khairul Bariah said...

hihi..tunggang langgang ye eka
dulu2 masa anak2 semua kecik2, akak berbuka jer dulu, makannya kemudian sekali.

selamat berpuasa eka.

Inani Hazwani said...

Adra pun nak berbuka puasa jugak macam orang lain. Comel aje dia senyum gituu :)

eyjalukman said...

alooo comelnyee dy senyum cheeky gitu. nak marah pun tak sanggup. heheh salam ramadhan :)

Nazlee Ismail PCL said...

alahai comelnya dia senyum gitu buat hati sejuk x jadi nak marah.., dulu masa anak pcl (hanis)kecik lagi masa berbuka kita org sediakan ais kiub buat dia memain sambil makan..xde la ngacau sangat :) kenangan tu.. ok. Salam Ramadhan. Selamat menjalani ibadah puasa.

wahida said...

bukan selalu nak kena kacau ngan budak kecik time berbuka..tahun depan dia dah besar, dah lain pulak perangai dia...so, kita layankan je la...hehe...
mcm tu lah anak i si jr tu..kemain ligat duduk atas meja masa org tgh berbuka...hahaha...sabo je la...

eima said...

biarkan je dia kacau .. bg pinggan bg sudu bg semua kat dia .. biar dia buat sepah pun .. nanti kemas je balik ... mcm anak2 akak dulu gitu la... bila dah besar sikit dia paham la dia

JAMIL HASHIM said...

salam ramadhan.

jm singgah dan follower

https://belogs.blogspot.my/

wanihasmi said...

eka, sama la.. anak kita pn suka sibuk time nk b'buka..
tp bila tgk anak rasa kesian.. anak pun nak makan sama gak kan.. hehe
follow eka =)

nini said...

Uiiii x sanggup nak marahhh....kiut sgttt

LYAfrina said...

alahai..tomeynya diaa..

salam ramadhan eka...