02 June 2016

Tester Kuih Raya & Songket Raya 2016

Assalamualaikum dan hai.

Tadi opismet aku bawak tester kuih raya. Banyak gak 8 jenis. Kenyang makan tester jelah harini dan semalam hahaha.


Ha pilih nak yang mana~

Sebenarnya ada jugak yang aku dah order. Semprit, kerepek-kerepek macam pisang, kerepek ubi @ opak ubi pedas. Untuk mak aku, mak mertua, nenek dan opah. 

CC begurau ngan aku haritu. Ni kalau eka pindah ni, order macam mana? Haha. Dont worry la cc, saya datang amik kuih-kuih yang saya order :p

Aku dalam proses nak pindah office ni. Harap semuanya berjalan lancar. Jika benar-benar jadi kenyataan, ia memang rezeki Ramadhan tahun ni. :)

Eh jap, nak meluah perasaan jap. Ni, ape cita songket aku ni. Tak dapat-dapat lagi. Ye tahu pre order.Katanya awal bulan Jun dapat. Nampak tak, tak penyabar aku ni haha. 
Haritu order dan bayar full payment masa awal Mei. 


Camnilah songket aku order tu. 
Opkosla pink kaler. 4 meter RM 75.00 termasuk postage

Aku bukan ape, risau tailor tak nak amik dah. Tapi takpa gak kalau dia tak dapat jahit untuk raya. Kain pasang selepas raya untuk baju bawak pi opis pon ada 3 pasang ni. Makcik aku bagi sepasang, opis bagi sepasang untuk pakaian batik berjemaah untuk hari Khamis. 

Tahun ni rasanya tema raya kebanyakannya tradisional dengan kebaya labuh @ kebarung, songket tabur yang kain kosong ade bunga-bunga tu, kurung saloma tangan kembang-kembang. Ha rasanya lah. Jadinya nanti beli siap je untuk raya yang ke 2,3,4,5,6,7 hahahahahahaha.

Babai. 





7 comments:

wahida said...

cantiknya songket tu...nnt kalau dah siap tayang la kat blog...nak tengok..

Hanis Azla said...

As-Salam Eka,

Wah.. dah siap2 order kuih raya.. songket tu pun cantik.. harap2 sempat dapat dan dapat tempah untuk pakai raya tahun ni.. in shaa ALLAH..

Inani Hazwani said...

Kak, lepas akak pos gambar tu hari tu dengan Nani sekali terjebak nak beli hoi. Hahahahahahha. Penangan sungguh :p Tapi beli dengan kawan ibu lah dah hantar jahit pun :D

Othman Zan said...

Nampaknya belum ada tester yang hadir di meja OZ lagi. Buat sendiri je lah biskut raya..

mrs.aziz ummi aariz ummi medina said...

dh dpt pindah ke eka..akak tahun ni kain batik sarawak utk pakai raya k2 nnt..

Husna Rahman said...

nice sgt colour songket tu..lembut memukau aihh

nini said...

Sy sukaa tart nenas tuuu