14 July 2016

Raya 2016

Assalamualaikum dan hai semua. Selamat hari raya. Baru je raya, harini dah raya ke 9 dah rupanya. Jadinya marilah kita buat entry beraya. Oh ya, aku dah mula start keje baru. Masih dalam training lagi. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Setelah beberapa hari tunggu urusan setel di Putrajaya, Sekarang dah dapat penempatan tetap. 

Berbalik pada kisah raya. Tahun ni giliran Seremban. Kami gerak balik Seremban pada hari Ahad. Masa tu Adra nampak tak sihat. Demam. Penyudahnya memang dia kene demam,batuk,selesema. Sian anak mama. Jadi raya ni memang agak kurengla sebab anak tak berapa sihat. Siap kena neb lagi sehari sebelum raya. 

Adra pon macam takde mood je nak lama-lama. Memang kurangla kami berjalan-jalan raya ni. Cuma kemestian pagi raya ke Port Dickson beraya dengan atok husband dan sedara mara. 

Jom cekidaut gambo. Malas nak transfer boleh? hahah sikit je jadilah kan. 


Pagi raya kemestian bersalaman dengan atok dan uwan.
Adra terus pegi salam atok dan uwan sebabbbbbbbbbbbbb tak sabo nak keluar rumah.
Anak dara ni kijenyer bukan boleh dengar cakap nak jalan.
Allegic macam mama haha. 


Adra ngan Hannah. Setakat ni, Hannah antara sepupu Adra belah ayah yang umur lebih kurang.
Muka pon lebih kurang. Suka dia main ngan kakak Hannah.


Nak keluar sangat kan.
Jadi, kita snap gambo dia satu. 
Hihi tq kak ieta. Cantik baju Adra.


Tema kami tahun ni Emerald green. Semua dari jakel. 
Eh ni bukan sponsored post tau haha.


Baru umah pertama, dia dah lentok. Yelah orang tak berapa sihat.
Nasib baikla dia boleh main lagi. Dan kutip duit raya hahahaha.


Ni antara biskut fav aku. 
Berapa bijik tah aku telan. Sedappp.
Macam kuih bangkit cheese.


Okey tu je cerita raya aku tahun ni.
Kang aku free, kita cerita pasal lain pulak.

Untuk semua pembaca dan stalker
 (kalau ada haha) :p

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

DARI KAMI SEKELUARGA














4 comments:

wahida said...

cantiknya baju raya adra!

Khairul Bariah said...

alahai cantiknya baju raya adra.
hijau macam anak akak jugak.
tp baju budak perempuan ni boleh pesen2 tu yg geram tu.

selamat hari raya eka. maaf zahir batin
akak dtg sini nak stalk adra jer, boleh? hihi

Inani Hazwani said...

Omeinya adra tu. Selamat Hari Raya kak :)

sya mimie said...

Cantiknya adra berbaju ala peplum. Comei je.. :)