06 September 2016

Kenangan Office Lama

Assalamualaikum dan hai semua.

Nampaknya memang jarang sangatla mokcik nak update ape-ape. Huwaaaa

Mood belom datang lagi la nak berbelog. Kalau waktu bekerja biasa, rasa takde mood nak menulis ditambah dengan persekitaran office yang baru.

Masih terkejar-kejar lagi waktu dan masih nak membiasakan diri di sini.

Sebenarnya nak update pasal office lama.

Dah sebulan lebih aku tukar, banyak kenangan selama 4 tahun lebih kat sana.
Unexpected secepat ni aku dapat tukar. Pastu mula-mula dapat tarikh lain untuk lapor diri. Dua minggu lepas raya. Pastu tukar lagi tarikh lain,diawalkan seminggu selepas raya.

Itulah kan rezeki Allah beri tu, memang tak pernah salah waktu, cuma cepat atau lambat je kita tak tahu.

Sebenarnya aku mohon tukar ni baru dalam 9 bulan macam tu,proses punya proses, 10 bulan dapat jawapan dah.

Tapi setiap minggu atau 2 minggu sekali misti aku ataupun dak apple akan call pihak yang berkaitan untuk tanya macam mana proses pertukaran aku tu. Gigih betul dak apple sampai naik ke Putrajaya tu untuk mendapatkan kepastian yang pasti. Pergh ayat dia takleh blah hahaha.

Yelah kena la serius.

Maunya tak serius. Rasa dah penat sangat berPJJ.

Nanti aku nak share kat korang pasal PJJ ni. Perkahwinan Jarak Jauh.PJJ yang banyak mengajar aku erti macam-macam.

Erti berdikari, erti kasih sayang dan macam-macam lagilah.

Sampai satu-satu masa tu, jumpa laki sendiri pon pergh dup dap dup dap dia tu masih ada.

Macam zaman bercinta. Adakah ini cinta. Ceh memang la cinta pun. Laki pulak khen hahahaha.

Sehari sebelum pindah, Malamnya aku dikejutkan dengan kedatangan kawan2 perempuan office aku datang umah. Bawak sebiji kek. Ya Allah gila aku terharu sangat wei.


Memang tak dapat nak hidu rancangan dorang.
Yelah nak buat siang kan bulan posa,
deme datang malam. Mula-mula sorang-sorang mesej aku.
tanya aku gi mana malam ni.
Aku cakapla takde pi mana sibuk kemas umah yang bersepah hihi
yelah kotak sana - sini

Kemudian sorang lagi call, ajak gi keluar makan.
adeh, aku lepas berbuka kenyang gila.
Nak tunggu kedatangan dak apple sampai.

Tup-tup bunyi kete kat depan umah, 
rupanya diorang datang.

Terharu aku.

Mereka la kawan susah senang aku kat sana.
Masa aku mengandung, nak makan ape, nak pegi mana,
semua diorang hantarkan, diorang bawakkan. 

Sampailah masa aku nak terberanak pon, dah sarat tu.
Siap tumpang umah opismet lagi yang kebetulan duduk sorang
sebab suaminya jauh macam aku.
Mereka risau aku sakit sorang-sorang

Dalam 3 minggu aku duduk ngan dia sampailah aku aku start 
cuti bersalin. Aku cuti bersalin awal sikit. 

Apa-apapun terima kasih korang.
Korang akan sentiasa dalam ingatan aku.


Mereka bagi aku hadiah segera jugak.
Sejambak bunga dan hadiah.
TQ hehe. 


Apesal la touching tengok gambor ni.
huhuhu.

Rindunya kat semua. Semoga kita dapat berjumpa lagi.

Terima kasih semuaaaaa.
Sayang semuaaaaa.


<3 p="">







6 comments:

HanNis SaNia said...

haha ok la tu ada jgk berupdate. mesya ni aduiii. nk taip tu punya laaah malas

Khairul Bariah said...

mmglah kalau dah bertahun di pejabat lama dengan kawan2 yg baik, kita akan rasa alahai sedihnya bila dikenang-kenangkan.

takpe lama2 eka mesti boleh suaikan diri dengan suasana pejabat baru.

Inani Hazwani said...

Seronoknyaa dapat suprise daripada kawan2. Hehe :)

eima said...

aku amik masa juga nk biasakan diri kat tmpt baru nk lupa pasal opis lama tu hehehe

ezan idma said...

moga terus sukses di tempat baru :)

Ahmad Aminuddin said...

barang y lepas jangan dikenang.