25 November 2016

Tepuk Amai-Amai

Assalamualaikum dan hai.

Kali ini post pasal cerita sedih pulak. Haih boleh pulak mak touching.

Selalunya di dalam kereta atau dirumah, aku dengan Adra selalu menyanyi. Lagu tepuk amai-amailah, air pasang dalam lah. Ia mengingatkan aku sewaktu kecil, aku selalu menyanyi bersama emak aku di atas motor bersama adik aku. Kadangkala abah aku turut sama menyanyi. Kalini giliran aku pulak menyanyi bersama Adra.

Malam tadinya, sewaktu aku bernyanyi bersama-sama Adra:

Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu,
Tepuk Adra pandai malam upah susu,
Susu lemak manis santan kelapa muda,
Adra jangan nangis mama nak pergi, kerjaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Ulang-ulang sampai tukar part
Adra jangan nangis ayah nak pergi, kerjaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Entah kenapa malam tadi, aku rasa sayu. Sedang aku tepuk bernyanyi dengan riak muka Adra yang riang sambil goyang badan, aku tak dapat nak teruskan lagunya, aku teruskan sampai habis sehinggalah aku menangis teresak, sambil Adra memandang dengan penuh tanda tanya.

Aku katakan padanya,Adra dah besar nanti jangan lupa mama ya, Adra ingat tau, mama selalu nyanyi lagu ni dengan Adra. Aku peluk dia, Aku pegang muka dia, Sambil merenung, dia menangis sekali dengan aku yang memang dah tak tertahan sedang menangis.  

Ah, sedang menulis entry ini juga aku masih menangis. 

Tersedu-sedu aku. Dia perhati.

Lalu kuulang lagi bernyanyi, tapi Adra menangis lagi. 

Nyanyian terberhenti setakat itu. Tak mampu hendak menyanyi lagi. 

Sebenarnya aku tiba-tiba terkenang, cepat benar dia besar. Semalamnya aku terbaca nota karangan Dr Zubaidi mengenai pembukaan tadika di statusnya. 

Nota nombor 4. Bernyanyi bersama mereka. Dalam perjalanan yang jauh bersama keluarga kita boleh nyanyi bersama-sama,sama ada lagu kanak-kanak, lagu nasyid, atau lagu patriotik. Mereka pasti mengenangkan pengalaman ini apabila mereka dewasa.

Dalam pada kita mengharungi kehidupan ini, segalanya aku rasa berlalu begitu pantas. Anak makin membesar, makin bisa menjadi teman kita sehari-hari. Walaupun mereka masih tidak mampu menutur kata seperti dewasa, tapi mereka mampu memahami hati kita.

Wahai anakku, mama sangat sayang kamu.
Membesarlah kamu menjadi anak yang baik sayang. 
Semoga kamu sentiasa dilindungi olehNya. Mama memang begini, hati macam tisu. :p
Nasib baiklah dak apple tiada malam tadi, kalau tak malu pulak aku rasa nak nangis haha. 

Anak pertama, yang istimewa kerana cinta kali pertama sewaktu dia bertamu di dalam rahim mama.


Darling mama ayah


*entry nangis petang jemahat. :)






4 comments:

Kakzakie Purvit said...

Sayu macamana pun masih boleh dipeluk-peluk bila balik dari kerja.
Eka tunggu nanti bila anak nak masuk asarma lagi tak boleh tahan dik.
Masa makan pun tak tertelan rasa, kakak dan alami semua ini.
Dan kakak akak yg dah ada anak kahwin laaagi sedih sebab selepas beberapa hari menikah dah terus ikut pasangan.Jumpa dlm talian atau sebulan sekali bersua muka.

Tapi itulah lumrah/putaran hidup.

Cik Puan Eka said...

kak zakie. Itulah. Baru sekarang merasa nikmat peluk dia lepas balik kerja setelah setahun berjauhan. Baru faham jugak bagaimana perasaan mak-mak melepaskan kita untuk berjauhan. :(

atiehilmi dot com said...

sape potong bawang nih weyh ??????????

FarahGlanzDotCom said...

Comeyy adra.. good girl..tak meragam pun masa potong rambut yer..:p