17 December 2016

Maha 2016 Catat Pengunjung 3.7 Juta !


Assalamualaikum dan selamat petang semua. Ada sesiapa pergi MAHA 2016 di MAEPS Serdang pada 1 Disember - 11 Disember baru-baru ni? Mesti ramai yang pergi kan termasuklah sayaaaaa. Hari pertama buka lepas kerja je terus terjah MAHA 2016. Walaupun hujan petang tu tapi tak mematahkan semangat untuk pergi. Tak hairanlah semasa penutupan tercatat pengunjung sebanyak 3.7 juta! Whoahh melebihi sasaran kata Menteri Pertanian,Industri dan Asas Tani,Datuk Seri Ahmad Shabery Chik. Setiap hari berulang alik kerja, lalu kat MAEPS. Setiap hari tu jugaklah jalan sangat-sangat jem. Tinjau-tinjau memang nampak ramai sangat orang dari highway. Dari situ dah tahu dah mesti ramai gila pengunjung MAHA 2016 tahun ni.


MAHA ataupun Malaysian Agriculture,Horticulture & Agrotourism diadakan setiap 2 tahun sekali. Sewaktu saya masih bekerja di Jabatan lama,MAHA ni memang wajib pergi sebab jabatan lama turut terlibat dalam pameran ini. Hehe. Pameran berasakan pertanian memang menarik sebab macam-macam ada ditambah dengan penglibatan pelbagai agensi di bawah MOA (Kementerian Pertanian Malaysia),usahawan-usahawan dan pelbagai lagi pihak membuatkan acara ini menjadi lebih meriah. 

Pelbagai hasil pertanian yang unik pun turut dipamerkan di MAHA 2016
 
Ni bagi sesiapa tak pernah tengok Kelubi. Selalu makan jeruk dia je hehe.


Ni pula pisang seribu. First time tengok! Kalau takde MAHA 2016, memang tak dapat tengok depan-depan.



Tahun ini temanya adalah Our Food Our Future. Terbaca di akhbar haritu,mereka mencari makanan terbaik di seluruh Malaysia untuk dipersembahkan di Empayar Makanan MAHA 2016


 
Saya tak melepaskan peluang ke Hall D untuk mencuba pelbagai makanan yang menarik. Ada nasi lemak Empire,Mee rebus,Kacang Pool Haji JB,Gerai Aziz Satar,Gerai Cendol Kg Jiboi,Satay tulang,ABC Frado,Udang Sanggul,Pais Ikan Patin,Nasi Ayam Garam dan macam-macam lagi aduhai kecur liur kalau teringat ni hehe. 

Sempat cuba satay tulang,kacang pool Haji,udang sanggul. 

Memang sedap kacang pool haji ni. Kalau pergi JB mesti singgah. Tak sangka pulak masa MAHA 2016 dibawa terus ke sini.


 

Pengunjung di dalam Dewan Empayar Makanan.


Fuhh ramainyaaaa pengunjung MAHA 2016. Maeps Serdang sangattt besar


Yang ni castle Of fruit. Memang heaven masuk sini. Macam-macam buah ada.



Sempat beli Sabah Pomelo yang sangat manis berjus. Dijual juga buah dan sayur hanya RM 5.00 sebakul.


 
Selain daripada Pameran Pertanian, ada tarikan terbaru contohnya Kampung MakCun,Kg Durian Runtuh yang menampilkan Maskot Upin Ipin Sebagai tarikan. Tak ketinggalan NafasCube yang menarik tu. 


 
MAHA 2016 dah melabuhkan tirainya pada 11 Disember 2016. Jumpa lagi 2 tahun akan datang MAHA 2018. Moga lagi lebih 3.7 Juta!!!




No comments: