19 December 2016

Jalan-jalan ke Cherating

Assalamualaikum dan hai.Baiklah seperti yang dijanjikan di entry sebelum ni, aku nak cerita mengenai percutian annivesary ke Cherating. Fikir punya fikir mana lah kita nak pergi bercuti ni, sekali dak apple cakap kita pegi Cherating. Survey punya survey, The Legend hotel full, Impiana tutup sebab renovation. Yang available kat Residence Inn. Cuma jauh sikitlah dari laut. Tapi takpe, masih best hehe.

Mula-mula pergi tu risau jugaklah hujan ke tak kat sana ni. Tapi sampai sana, memang hujan renyai kejap. Lepastu cerah, tak lama lepastu renyai semula. Sempatlah ayah dan Adra mandi pool. Sampai dah menggeletar dak kecik tu.

Baik, malas cakap banyak, tengok gambar jelah ye hehe

Dimulakan dengan ini. Kitorang gerak awal, Dalam pukul 8.30 pagi. Sampai kat RNR Temerloh dalam pukul 11 kot. Lupa dah. Terus je lunch. Dah biasa makan baung dan cik patin tempoyak. Aku tukar makan ikan kerai gulai lemak.


Waduh waduh sedap betul ikan kerai ni. 
Rasa macam ikan terubui atau ikan putih je.
Aku memang penggemar ikan sungai. Habis segala kepala dia aku sedut.
Sedappp. Isi dia lembut je. Dak apple makan sikit je sebab dia tak reti sangat makan ikan bertulang.
Adra makan isi ikan, sibuk nak fish nak fish. 


Ini anak dara kan, pantang sangat nampak gelongsor ni.
Berpeluh iols mengejar dia. :p

Setelah menempuhi beberapa jam perjalanan, Taraaaaaaaaaa.

Alhamdulillah selamat sampai di Residence Inn Cherating.
Masa sampai cuaca okey lagi. 


Adra dah tak sabar nak terjun dalam pool.
Takpe kita check in dulu ye nak


View dari atas bilik. 


Ni dalam bilik.
Bilik dia besar,cantik.
Kitorang booking guna Traveloka
Harga dia dalam RM 220.00 ++ tak silap.
Tapi guna traveloka dapat dalam RM 180.00++

Tengah-tengah lepak, hujan turun. Lebat gila.
Aduhai frust pulak rasa adra tak dapat mandi kolam.
Sementara tu tunggu la kejap hujan berenti. 
Lagipun baru pukul 3 hihihi. Ayah Adra tido dulu. 


Adra tengok tv. Lepastu mama pun lapar. Ape lagi. Room Services.


Aku order nasi Goreng Cina ni.
Sedap dimakan waktu hujan. Hihihi.
Rasa sedap gak. Tak pedas. Jadi anak dara tu boleh join makan sekali. 

Dalam pukul 5, hujan dah reda. Apelagi laju je dua beranak tu bersiap.
Adra dah asyik nak kepintu aje kejenye ajak keluar. 


Tengokla anak dara tu nganga kemain luas lagi sebab seronok dapat berendam.
Mama je malas nak berendam hehe.
Naik je bilik, hujan renyai semula. Laparrrrrrrrrrrrr kot. hehe.

Siap-siap semua, pukul 6 terus keluar cari makan malam.
Google punya google dan hasil cadangan kawan fb.
Kami ke WAIB.
WARUNG AWANG IKAN BAKAR

Dari hotel kami dalam 3 minit je. Dekat sangat. 
Mereka kata warung ni pemes dengan ikan bakar.
Frust pulak tak order ikan bakar. Pegi buat sweet sour ikan tu. 
Haih. 


Sebelum makanan sampai. 
Lapar kot sebab hujan kan, baru lepas mandi pulak tu. 


Kami order ni.

Ketam Bercili-Sedap.Paling sedap dan ketam dia fresh.
Adra paling banyak makan ketam

Lala Sambal-Lala liat sikit.

Sotong Tepung-Sedap sangat. Kena dengan tekak

Kerang Bakar- Sedapp. Sambal dia sedap. Sebab tu orang cakap makan ikan bakar. Kena gu dengan sambal tu jadi sedap.

Kailan ikan masin- Kurang sedap. Kuah banyak. Tertumpah kuahnya 

Tidak kelihatan - Ikan siakap sweet sour.

Service ok. Cepat. Sebab kami datang awal hihihih.
Kalau lambat, penuhhh.

Total makan RM 74.00++

Dah makan, balik hotel. 
Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Sejuk kan. Hehe.

Next enty kita cerita pasal pusat konservasi penyu, satar pak aziz dan juga Teluk Cempedak sebab destinasi kami seterusnya di Kuantan. 

Jumpa nanti. Babai.





3 comments:

♥♥ Cik Nur ♥♥ said...

Sodapnya patin tompoyak...

Inani Hazwani said...

Malam malam tengok makanan sedap sedap macam ni terus rasa lapar. Hahah! Syoknya bercuti :D

LYAfrina said...

dh dekat sgt dgn lya ni..