30 December 2016

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah

Assalamualaikum dan hai semua. Baiklah ini entry last di Pahang. Destinasi last sebelum balik ke rumah. Pusat Konservasi Gajah ini terletak di Kuala Gandah, Kira-kira 15 kilometer dari Pekan Lanchang. Dak apple pernah pegi sini dengan budak kelas dia 2 tahun lepas. Aku dan Adra pertama kali pergi.

Gerak dari Kuantan selepas lunch tu, sampai kat sana Pukul 4.05 minit. Aduhai lagi berapa minit je dah nak tutup. Rupanya tutup pukul 4.30 petang. Kelam kabut la kami. Nak masuk ke Kuala Gandah tu boleh tahan jauh jugakla. Jalan pusing-pusing lepastu barulah nampak Pusat Konservasi tu.

Waktu operasi pusat konservasi gajah seperti berikut :

HARIMASA
Isnin – Ahad
8.00 pagi - 1.00 tengahari
2.30 petang - 4.30 petang​​
Jumaat
8.00 pagi - 12.30 tengahari
2.30 petang - 4.30 petang​


Untuk info lanjut, klik SINI-Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah

Cuti umum pun sama je tau waktu operasi dia.Masuk FREE. Masuk je terus ke kaunter, dia akan bagi kita satu borang untuk isi dan sticker untuk masuk ke dalam. 

Kalau datang awal macam-macam aktiviti ada. Boleh tengok gajah mandi, ada pertunjukan gajah,bagi gajah makan. Tempat gajah tu lepak betul-betul tepi sungai. Masuk je nampak sungai. Senang la mereka nak mandikan gajah. 


Happy sangat nak jumpa gajah ye Adra.
Cepat-cepat kami masuk sebab takut tak sempat tengok gajah.
Masa tu orang lain keluar, kami je kelam kabut baru nak masuk :p


Nampak je pasal gajah ni terus stop nak tengok.
Dia reti sebut gajah lepastu kadang-kadang sebut yipen. 


Tadaaaaaaaaaaaaaaaa. Ni lah salah seekor gajah yang ada kat sana.
Siap berjoget-joget lagi dia masa ni. 
Cute je. 
Walaupun kami sampai lambat, tapi petang tu ada sesi terakhir bagi gajah makan. Yayy
Terima kasih abang gajah bagi peluang kat kami-kami yang datang lambat ni merasa.
Jauh kami datang nak tengok gajah tau.


Semua dapat 4-5 ruas tebu secara percuma. 
Kalau tak, dak apple kata kena bayar untuk beli tebu tu.  
Adra nak juga bagi makan walaupun takut-takut hikhik


Ni tempat show gajah. Kat sini tiada aktiviti tunggangan gajah tau untuk hiburan. 
Terbaik !
Dapat tengok dan snap jelah tempatnya untuk share ngan korang semua.

Maka, tamat disitu aje cerita di Pusat Konservasi Gajah.
Huhu tulah. lambat lagi. Next time nak datang awal. 
Heee


Okey Adra, moh balik. Nanti kita datang lagi.
Bawak adik adra pulak tengok gajah.

Ehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

:p









3 comments:

Inani Hazwani said...

Seronok eh dapat tengok gajah. Hehe. Tempat ni dekat dangan rumah Nani tapi tak pernah pergi. Hahah. Selalunya kalau yang dekat tempat sendiri ni perasaan nak pergi tu tak berapa nak ada. Hahaha

Ros Ibrahim said...

Ada juga plan nak bawak anak2 tengok gajah kat sini. Salam perkenalan ye :) -- RosIbrahim.com

LYAfrina said...

sukalah adra leh tgk gajah bam bam depan mata.. hehe