29 December 2016

Restoran Mabiq Tanjung Lumpur,Kuantan

Assalamualaikum dan hai selamat pagi uols. Sambungan lagi entry Pahang. Ada lagi satu entry selepas ni pastu habis dah haha. Kita cerita lain pulak.

Kalau korang ke Kuantan, tak tahu nak lunch kat mana. Disyorkan ke sini, Restoran Mabiq Tanjung Lumpur. Aku pun tahu restoran ni dari Doc Faiz punya entry. Menariknya restoran ni terkenal dengan Pais Patin tempoyak dia dan paling penting, 100%  keuntungan restoran adalah untuk pembangunan dan pendidikan Mahad.

MABIQ bermaksud Maahad Bahasa Ilmu dan Al-Quran. Ia merupakan sekolah tahfiz bagi anak yatim dan fakir miskin. Moga Allah swt merahmati segala usaha yang dilakukan oleh Ustaz Jamaluddin dan pihak pengurusannya.

Jadinya kita makan kat sini sambil menderma untuk Mahad ni melalui makanan yang kita beli dan makan.

Makannya semua sedap terutamanya pais patin tempoyak tu. Nyum-nyum teringat-ingat lagi. Hehehe.

Restoran dia agak tersorok sikit, masuk di dalam perumahan lepastu ada beberapa kereta yang mungkin ingat salah jalan, mereka pusing balik. Kami pun cuak jugak haha. Tapi sebabkan dah set Waze dan nampak beberapa signboard MABIQ jadi kami teruskan sahaja perjalanan kami.

Alhamdulillah sampai jugak, masa tu baru dekat pukul 12.00 tengahari rasanya. Orang tak ramai lagi, senang pilih memilih lauk dan pilih meja. Tapi lepastu tetiba jadi ramai sampai ada yang berdiri tunggu meja.


Makan kat sini konsep layan diri. 
Mulai bulan Oktober kot tak silap, selepas kita duduk di meja,
akan ada pelayan yang datang kira dan kita boleh bayar terus di meja tanpa ke kaunter.


 Air berperisa semua RM 1.00 kecuali air kosong FREE
Nak letak ais banyak-banyak,pun boleh. 
Disediakan sekali ice box kat tepi tu dan gelas. 

Tak dan nak snap lauk pauk dia. Macam-macam ado. 
Semua sedap nampaknya. Yang aku makan haruslah sedap :)


Ni yang aku makan. Pais Patin Tempoyak dengan kerabu Mabiq.
Ambil ulam-ulaman supaya awet muda :p 
Sambal belacan.


Ni pulak dak apple punya.
Gulai lemak rebung sama perut.
Dia pun suka ulam tapi ulam pegaga untuk awet muda juga :p :p

Tidak kelihatan hidangan Adra, nasi putih + ayam goreng tapi dak kecik tu taknak makan sangat sebab dia lebih tertarik dengan pisang. Makan pisang je dia.
Jadinya makanan dia mama ayah habiskan. Macam mana lah mama ayah tak berisi haha. 

Jumlah kami makan haritu rasanya dalam RM 30.00 tak silap.
Ada juga juadah lain contohnya sambal hitam,pekasam yang siap dibungkus.

Kalau korang berniat nak pergi sini, ini alamatnya

Restoran Mabiq Tanjung Lumpur
26060 Kuantan Pahang

Untuk tempahan hubungi 

Ustaz Jamal 016 9541234
Ustazah Umee 019 9535699

Dibuka setiap hari kecuali JUMAAT TUTUP
dari pukul 11.00 pagi hingga 4.00 petang

Sekian, berjumpa lagi entry selepas ni, 
tengok gajah.






3 comments:

Inani Hazwani said...

Suka jugak makanan dekat sini. Sedap !

eima said...

nanti pi kuantan boleh cari kedai ni ... nampak menarik ....
tak pernah mkn lagi pais tu ... ikan jenis lain dibuat pais takd e ke .....

LYAfrina said...

serius bru tahu ni eka... blh try jugak..
satu lg kat kuantan y mmg femes n sedap utk lunch dekat d'pondok..betul2 belakang paparich dkt bangunan berjaya megamall & gio mall.. masakan kampung ada lebih kurang 80 lauk..dh la sedap2..murah lak...