27 January 2016

26 January 2016

Spaghetti Hujung Minggu

Hai.

Nampaknya hasrat untuk menghupdate blog sehari sekali tu agak kurang berjaya memandangkan aku ada penyakit M yakni Malas atau bahasa banjarnya disebut Kulir. Haha.

Tahla sebab title mak ni baru aku rasa macam aku super busy la nak hadap phone. Kena berebut ngan anak dulu kalau kat umah. Jenis tengah nak suap dan makan barang. Jenuhla berbasah kena airliur anaknda yang wangi. Kalau kat opis plak selalu busy3 dan lupa.

Janji update ye dakk.

Haritu sedang mencari barang dapur dan topap diapers anak. Tetibe je dak apple ke rak spaghetti. Dia dari minggu lepas dah cakap spaghetti. Teringin kot tapi bukan ngidamla kan. Haha. Rajin pulak dia kedapur. Tetiba nak tolong potong, tolong kacau. Ha tolongla lagi senang.

Okeylah buatlah. Aku pun tak tau sangat sebab aku jarang makan kalau tringin pon makan kat kedai jela.

Beli la bahan2. Sos dia,cendawan butang,meatball dan lain2.

Balik umah gugel. So buatlah sesimple mungkin.

Resepi spaghetti mudah cecampak. Tak tau la nak klasifikasikan spaghetti ni jenis apa. Mungkin bolognese sebab aku bantai bubuh meatball. Haha. Tapi aku tak bubuh pun minced beef.

Simple je.

Aku bagi nama Spaghetti Senang.

Tekak melayu.

Bahan-bahan.

Spagehtti
Sebiji bawang beso
Dua tiga ulas bawang putih
Tomato
Cili kisar
Sos spaghetti prego
Cendawan butang
Frankfurter daging
Meatball

Hiasan
Grated parmesan cheese
Brocoli stim

Mula2 tumis bawang merah dan putih serta tomato yang dicincang sampai garing. 

Masuk cili kisar. Tekak melayu hehe. Masuk sos prego tu. Kacau bagi garing.
Letak meatball,frankfurter daging. Cendawan butang. Bubuh garam skit semua secukup rasa. Kot pekat letak air skit. Kacau2 siap.

Hias sikit taruk brocoli stim.Tabur keju parmesan.

Ngap.


Menjadikla kiranya kot hahaha.

Aku kureng skit bende2 ni sebab aku tekak mee goreng :p

21 January 2016

Happy Birthday Zara Syazwina

Hari ini merupakan ulang tahun ke 2 anak buah aku, ZaraSyazwina.



Sebelum Adra hadir, dengan dialah aku mencurah kasih sayang. Seronok rasanya ada anak buah. Manja sama aku dan juga paklongnya.

Bila Adra lahir, ada bibir cemburu dari dia. Iyalah, Adra lahir sewaktu umurnya baru 1 tahun 3 bulan. Kalau selalu dialah jadi tumpuan tapi bila ada sikecik. Tumpuan beralih seketika.

Tapi kasih sayangnya pada dia tidak berubah. Masih inginkan perhatian dari aku maklongnya dan juga paklongnya. Jika kami balik kerumah, di dalam bilik. Pasti ada yang mengetuk pintu. Hendak bermain sama Adra walaupun Adra dalam proses hendak tidur.

Sambil pintu diketuk. Suaranya kedengaran.

'Mayong pakyong ukak intu nak mashuk'

Hehehe lantasnya aku menyuruh pakyongnya buka pintu.

Kini dia sudah makin besar. Makin cerdik. Makin comel. Jadi bff Adra Safiyya.

Moga kamu membesar menjadi anak yang solehah ya.

Kami semua sayang kamu.


18 January 2016

Kerepek Ngarku @ Arrow Head

Hai semua.

Musim buah ngarku atau omputehnya Arrow head datang lagi. Buah ni diimport dari China dan hanya ada setahun sekali je. Mungkin buah ni adalah sejenis ubi. Nak kata sengkuang tentulah bukan sebab dia tak berair tapi macam ubi. Kalau sengkuang dah tentu tak bolehla buat kerepek. 

Aku dah lama teringin. Ceh teringin mengalahkan orang mengidam. Setelah beberapa ketika memerhati dan meneliti haritu aku bernekad nak buat. Hihi

Nampak la buah ni kat econsave. Sekilo berharga RM 4.80. Jadinya aku pon beli la sekilo.


Sekilo pon banyak gak dapat. Buahnya ala comel comel. 

Balik rumah try buat sikit. Yela percubaan haha. Dalam 3-4 biji. Uihh sedap.
Esoknya pepagi gigihla aku ngan adik aku mengupasnya.


Tips mengupas. Pastikan jangan buang toncet ataupun tangkai buah itu kerana ada fungsinya. Masa nak sagat. Pegang tangkai tu dan proses menyagat menjadi senang. Kalau takde tangkai tu time nak sagat riso tersagat jejari yg runching itu. Hehe. Time aku buat tu ada sebiji dua takda tangkai. Memang bole sagat tapi slow2 riso terkena jari.

Dah siap kupas. Aku basuh. Aku tak rendam pon. 

Kemudian proses nak goreng. Aku aritu sagat dulu dan kumpul dalam satu bekas.

Masa minyak dah panaskan aku masukkan garam.

Kemudian masukkan buah ngarku yg dah disagat tu sekeping2 ke dalam kuali bagi mengelakkan setiap helaian ngarku tu melekat.

Aku eksperimen gak. Apa jadi kalau masukkan je banyak2. Ohhh tidak. Jadi melekat2 dan tak garing. 

So tukar balik buat satu satu. 

Memang memerlukan kesabaran yg tinggi utk membuatnya ahaha. Patutla org jual mahal. Sedapp ghopenyer.


Tadaaa jadi dah. Goreng jangan terlalu lama nanti hangit tak sedap.

Rasanya unik. Ada rasa kerepek ubi + kerepek kentang + kerepek pisang.

Sedapp. Nanti nak try lagi buat hehehe.

Korang penah rasa?


13 January 2016

10 Months #adrasafiyya

Assalamualaikum dan hai.

Alamak tak dapek juga la nak update sehari sekali hahaha busy la pulak dua tiga hari ni.

Haritu Adra genap 10 bulan. Lagi 2 bulan dah nak genap setahun.

Rasa macam kejap sangat masa berlalu kan. Rasa macam baru update bersalin walaupun aku tak update waktu preggy. Kalau kome nak tau. Banyak entry ngandung dalam draft haha tak nyempat nak edit and update. Nanti la kot. Berjemaah tulis kalau ngandong lagi haha. Tapi tak tau la bila. Hanya Allah swt yg tentukan. ;)

Berbalik pada Adrakusayang. Dah merangkak laju, tengah melasak, dah memanjat. Sibuk nak berdiri.  Ada satu kali. Aku tengah cuti time tu. Aku tengok dia dah takda atas katil. Dia dah kat bawah niarap pastu nampak aku dia nangis. Berderau darah aku. Bila dia jatuh entah. Okay lepastu takde la katil lagi ye anak hehe. 

Setakat ni aku enjoy tgok perkembangan dia. Satu satu dia buat. Jangan bandingkan anak kita dan anak orang lain. Setiap anak perkembangan berbeza ada cepat ada lambat. Adra satu je lambat. Lambat tumbuh gigi. Nampak dah tunggul tapi idok le die kluor lagi.

Takpa pelan2.

Ada juga yg kata, Adra ni napa susut. Napa tak tembam etc. Ya dulu memang dia tembam tapi sejak dia dah melasak ni dia jadi susut nak meringankan badan.

Yela, terbakor lelemak dia sebab dia memang tak diam sekarang. 

Hehe takpala kecik ke beso ke asalkan anak sihat. Ikut baka makpak dia la kan. Kurus tinggi tapi mak dia kurang kurus tinggi. Hahahahhhhh


Hai saya Adra. Saya nak sikat rambut tapi tapi tai tak gheti pon haaaaaaa. Tapi tau pulak itu sikat. Mesti dia perati apak dia bersiap pakai pomade berbau harumanis then bersikat utk menampakkan rambut bergulung di depan. Tu anak ikut.


Last week teman ayah pegi kelas. Kekadang kelas ujung minggu. Malas la duduk rumah. Dpat gak jenjalan kan hehe. 

Lagi 2 bulan birthday dia. Kejapnya kamu membesar wahai anak. Mama sayang kamuuu. Ayah sayang kamuuu. Semua sayang kamu. Moga jadi anak yang solehah. 

P/s: nak fikir idea celebrate birthday girl ni. Makan2 sama family. Bestnya :)

11 January 2016

Suatu Petang Nan Indah

Petang Sabtu nan indah. Di sebuah taman tasik. Begitu ramai manusia. 

Beriadah bersama keluarga.

Disana kelihatan sebuah keluarga menaiki motosikal comel yang disewa. Mereka tersenyum ketawa bahagia membawa anak-anak kecil mereka.

Disitu terdapat juga ramai keluarga. Ramai anak kecil bermain. Seronok.

Kami jugaaaaa seronok hihihi first time bawa Adra kat taman sini. Ada kereta sewa. Ala kereta kecik tu. Bapak control. 


Hihi eksyen je ye adik. Kemain dia pusing2 kan stereng tu. Kereta ni sewa. 20 minit sewa RM10.00. Yg kelakar. Baru 10 minit main tetibe kete jadi slow. Rupanya bateri weak. Owner ganti bateri. Dapat lagi 10 minit. Puasla sikecik tu meronda hihi.

Sambil-sambil tu main belon. Semangkuk buih dan kayu tu RM 5.00 boleh refill buih sesenduk hingga 3 senduk dengan harga dari RM2.00 hingga RM5.00.

Teruja si Adra. Mamanye jugak hihihi. 


Hihi muke dia nampak beno teruja tu Adra. 



Ni mama yg nampak teruja. Yela dah tua2 baru ada giant bubble gini hahaha. 

Next time boleh datang lagi ke sini.

Lokasi: TTC, Bandar Baru Bangi. 


07 January 2016

Pulau Pinang | Part 2

Haii halluuu.

Okey sambung part 2 di Pulau Pinang.
Dah pongpangpongpang turun bukit Bendera dalam pukul 3 lebih. Call la hotel kata check in lewat sikit. 

Aku pon waze la hotel. Hotel yg aku booking Hotel Bayview. Bila search aku trus click yg atas sekali. Bayview Beach Resort. Maka pepahamla kan jalan nak ke Batu Feringgi tu jem amat eii tensen dak apple haha. Masa tu hotel call lagi nak makesure kami check in. Sambil tu lalu sepanjang jalan tu bnyak la kedai kan. dak apple cakap nak beli pelampung itik utk Adra la nak berendam n mandi pantai la haha. 

Sampai sana dekat kul 6. Tu dia dh sampai Bayview Beach Resort Batu Feringgi. Aku pun ghase tak sabo nak landing sebab penat kan dgn panasnya. Sian kat Adra. Gitula travel ngn anak kecik. Pastu kat lobby nak check in. Receptionist kata ic aku not found. Ehhh apahal pulekkk. 

Aku cakapla tadi hotel ada call tanya saya check in pukul brapa. Eceh aku mestila rase cam eh takkan salah hotel kot. Dah emel bagai.

Receptionist minta nak tengok no phone yg call aku tu. Aku pon bagi. Bila dia tengok, dia kata.

' puan salah hotel ni. Bayview kat Penang ada dua. Satu Batu Feringghi satu Georgetown. Yg Puan booking ni Bayview Hotel Georgetown'

Terngiang2 ye bila dia cakap.

Hahaha

Muka husband aku macam nak marah tapi aku cakapla slow2 sorry ye sayang tak perasan. Takpa nama pon jalan2 kan. Say sorry banyak kali hahaha adui tak leh blah la bole silap plak khennnn. Salah aku tak alert. Membebel gakla shuben kat dalam kete tapi dia redha jela kan sebab tak sangka kan hihi.

So pusing balik ke Geogetown. Pasghahhhh. Hotel pon call lagi n kitorang cakapla silap hotel hahaha. Diorang kata takpa diorang tunggu. 

Sampaila hotel. Check in. Fuhhhhhh lega.
Pastu cite la ngn bell boy. Dia cakap memang selalu org salah hotel hahaha. So aku takdela malu sgt sebab time sampai tu pon ade orang sama cam aku dah sampai Batu Feringghi redah jem n salah hotel :p


Tak sabo nak merehatkan badan nih. 


Eh macam magic lak ade budak kecik atas katil. Penat dah anak aku nih hehehe sorry sayang. Next time tak salah lagi hehe.


Bilik besar, puas hati. Hotel ni Dekat je ngan Penang Road, Pasar Chowrasta, jeruk pak ali semua tu.


Aku request Baby Cot. Senang sikecik ni berguling. Baby cot ni free je. Time check in request siap2.

Malam tu pegi Gurney Drive. Hujan plak. Dah makan2 semua balik hotel n zzzzzzzzzzzzzz.

Esok pagi breakfast ok sedap2.

Tenghari check out. Nak pi makan nasik kandaq.


My Adra yang happy dan seronokk sgt dibawa berjalan. Love you. Bye hotel. 
Next time check in lagi.

So, kami pi Jelutong. Deen Nasi Kandar.


Panjang gakla beratur. Tapi dak apple yg beratur. Kami duduk kat meja siap2. Bosan gak nunggu. Rasanya not bad la. Lagi sedap Kudu Nasi Kandar kt Jln Tar hihih.

Kemudian kami ke Penang Street Art. 


Dapat gak jumpa budak berdua nel beskal ni. Jenuh la beratoq nak bergambaq kat sini.

Menarik la kat sini. Happening sgt. Boleh sewa beskal. Beca. Tapi yg tak syioknya wall art tu terletak jauh2 gakla antara satu sama lain n ko tak sangka kat ceruk or tepi kedai. Tapi jangan risau,mereka bekalkan map. So tengokla pamplet ada map tu sampai lunyai haha. Kami ada sewa double bicycle tapi kejap je naik sebab mula sampai redup skali dah serpund naik beskal tetibe panas lak. Cancel. Pulang balik beskal.


Ni je yg sempat aku snap.


Souvenir untuk family, kengkawan bole beli kat sini. Cute aku sukaa hehe.


Gambo fav aku payung ni hehehe sebab rasa macam cantik plak. Ni kat ada satu kedai kat Lebuh Acheh kot aku pon lupa.


Klasik sangat kedai2 kat sini. Suka plak aku snap snap gambo.


Ni kedai barang antik. Memang semua antik.


Ni aku tak pasti apa brother ni main tapi memang sedapla dia main. Music dia lain sangat. Snap je la hehe.


Dak apple n anak kesayangannya. Dak kecik tu sampai basah baju minum air mineral cup. Haus gamaknya.


Dan mama pon beli ice ball perisa rebina ni sedap la plak paneh2 pekena hehehehe.

Balik situ terus ke Chowrasta beli jeruk dan terus balik Perak. Maka berakhirlah percotian singkat kami di Penang. Walopon tak sempat jelajah semua tapi next time kami mai lagi nohhh. 

Penang best.

Kenduri Kendara


Assalamualaikum dan hai semua. Entry kedua aku tahun ni. Tahun ni azamnya kononlah kan aku nak update sehari sekali la paling koman. Hahaha harap tercapai.

Awal2 tahun dah membuka cerita pasal kenduri. Baru2 ni sepupu aku melangsungkan perkahwinan eceh skema je ayat kan hehe dgn pilihan hatinya. Tahniah Syahira dan Firdaus. Kami doakan moga kalian hingga ke jannah dan cepat2 dapat baby. 

Majlis dibuat kat rumah nenek aku di Perak. Pada mulanya belah lelaki merisik tapi bila dicadangkan supaya alangkah baiknya jika terus langsung. So, plan untuk nikah kahwin terus. Alhamdulillah semua berjalan dgn lancar.

Lauk pauk semua ala kampong style dan takde katering tapi kami masak sendiri. Gotong royong keluarga dan jiran2 kampung kami. Thanks semua.


Ni hari Jumaat, majlis menyiang. Ada makan2 sikit dan ada masak2 untuk malam sebab ada kenduri sikit. Lauk malam tu power sebab ada sambal petai tempoyak. Dak apple terkena sebab dia kan omputeh celop haha tak makan tempoyak. Dia kaut lauk tu lpas tu rasa2 nak kunyah tinggggggg ada rasa tempoyak haha.

Ada lauk special ni. Umbut kelapa. Kalau kat belah2 sini kenduri mesti ada. Buat gulai lemak, cicah sambal belacan lembik. Aumm tapi hati2 sebab angin. Gara2 ni juga anakku kembong. Makan ckit je buat rasa. Ha mendapatlaaa tapi sedap yakmattt uols.


Korang penah makan? Adakah ia menggiurkan? Slurppp.

Sabtunya kenduri besar. Tetamu datang seawal jam 11.00 pagi. Kami semua masing2 ada tugas. Aku ditugaskan untuk membantu makde aku utk buat lauk pauk makan beradap. Pestaim aku buat bunga dari buah limau. Wow rasa macam tak caye hahaha.


Gambar atas : lauk pauk antaranya ayam masak merah, gulai umbut, kari daging,  acar nenas biji sawi, ulam timun sambal belacan, ikan patin tempoyak ( lauk cover sebab ada lauk yg habis awal) dan ayam masak kicap ( pon lauk cover gak hehe)

Gambar bawah kiri : ha tu nampak tak bunga buah oren tu? Tu aku la buat tu. Ghase tak caye je tau aku bole buat haha. Kemudian cedok2 buah tembikai buat bulatbulat.

Gambar bawah kanan : tu pula dessert iaitu bubur anak lebah. Masa adra aqiqah pun aku order bubur ni jugak dekat org yg sama. Dua tong flusk tu aku order, licin takde sisa sampai aku dapat rasa semangkuk jerr. 


Tahniah pengantin. U look so beautiful my dear cousin. 


Wefie hehehehe dah beso2 sepupu2 aku. 


Nenek aku hehehe. Adra skang bergambo tangan mesti naik. Macam nak buat peace kot tapi tak gheti. Tidal kelihatan adalah somiku dak apple kerana sibok basuh pinggan hahahaha. Penanggah yg busy.


Antara hantaran yg unik. Buah durian! Tapi nampak real kan? Rajin sungguhla yg buat ni. Ni dari belah lelaki. Dalamnya asa gula2.

Okey tuje serba sedikit corat coret kenduri sepupuku. Biar sederhana tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar dan kami semua happy. 



04 January 2016

Jus Qhaleefa Terbaik Untuk Dalaman Wanita

Hai semua.

Harini kita nak share satu benda.

Korang sekarang ada makan apa-apa produk tak untuk dalaman wanita?

Kalau belum dan masih mencari, mari kita nak kenalkan satu produk terbaik untuk dalaman wanita.
Memperkenalkan Jus Qhaleefa.



 Jus minuman botani yang diperbuat daripada pelbagai bahan-bahan terbaik yang diketahui sangat bagus untuk dalaman wanita dan sesuai untuk semua peringkat umur dan ehem ehem bagi yang dah berkahwin hehehe, ia dapat menghangatkan lagi hubungan suami isteri. Hihi.

 Antara khasiat Jus Qhaleefa ini adalah :

 👍 Dalam jus ini mengandung eksrak PINANG MUDA yang berhasil memberikan fast result untuk mengetatkan saluran  vagina

👍Jus ini juga berhasilkan menghangatkan hubungan intim suami isteri

 👍Bagi yang mengalami masalah keputihan juga sangatlah bagus kerana adanya ekstrak KUNYIT sebagai antiseptik  untuk membunug fungus dan bakteria yang menyebabkan keputihan.

Selain itu, Jus Qhaleefa juga mengandungi :-

👍Ekstrak DELIMA dan MANGGIS yang berfungsi sebagai antioksidan bagi mengelakkan kulit menggelebeh, menghilangkan jerawat dan mengelakkan payudara kendur

👍Disebatikan juga dengan khasiat apricot dan acai berry yang merupakan anti kanser dan yang utama, adunan kesemua bahan ini dilengkapi dengan khasiat HABBATUSSAUDA @ Jintan Hitam. Habbatusauda ini merupakan makanan sunnah dan digelar ubat segala penyakit.
      
Untuk bau badan, jika toksin berkurangan makan bau badan akan mula hilang.

Yang bestnya Jus Qhaleefa ni, berhasil juga untuk menurunkan berat badan. Hihi ni yang kita suka nak dengar ni hehehe.
Antara bahan yang terkandung sebagai agen pembuang lemak adalah:

🌿 Teh hijau. Sangat bagus untuk mengeluarkan toksin yang dah bermaharajalela di dalam tubuh                      kita.Melancarkanperedaran darah dan mempercepatkan proses penurunan berat badan

 👍Garcinia Cambogia yang bertindak sebagai pembakar lemak.

👍Lengkap. Ada Fat Burner ( Garcinia Cambogia) dan ada perlawanan toksin ( Green Tea)



Best kan? Hehehe banyak khasiat dalam satu botol. Kalau tengok ingrediant dia pun macam-macam ada. Tengok ni.
Bagi pembeli jus Qhaleefa ni, mereka juga sertakan sekali petua lama mengikut masalah yang dihidapi dan boleh diamalkan sekali bersama jus ini. Haishh best ni. Mana nak dapatkan, siap bagi petua sekali bila beli jus. Petua tu termasuklah senaman harian dan amalan herba harian. 
Sekarang ni, ada promosi tau! Harga biasa Jus Qhaleefa ni sebotol berharga RM 69.90

Harga Promosi sekarang,
 
Sebotol hanya RM 60.00 sahaja.
Dua botol RM 110.00
Tiga botol RM 150.00
 
Boleh visit Page FB Jus Qhaleefa:-
 
qhaleefa - malaysia
u princess - qhaleefa
 
Instagram Jus Qhaleefa
qhaleefastory_hq
 
Untuk order boleh whatsapp

Thanks.