29 February 2016

Kiss ke? :p

Hai.

Jadi mama, bila anak cium tu rasa macam best sangat. Seronok. Bila cakap Adra meh cium mama. Meh aummm mama.

Dia pun terus aummmmmmmmmmmmmmmmm.

~aummmm

Aumm tu cium dalam bahasa dia.

Nak pegi keje aum. Pipi ayah tu sampai basah kena aumm hahaha.



Aummm mama. Aumm mama. 


Ni aumm ke makan pipi mama? ahahahah

Love you Adra.



Resepi Ketam Telur Masin

Hai. Sedang elok la pulak aku nak update resepi masak memasak tengahari ni kan hehehe. Boleh jadi idea untuk uols yang nak masak tengahari ni.

Tetiba teringin plak ketam telur masin. Bila makan kat luo tahla macam tak kena tekak aku + macam-macam versi aku tengok. Aku tringin yang bersalut2 dan rasa kuning telor dia tu bersalut-salut kat ketam. Aku memang suka ketam, pendek kata seafood bercengkerang semua aku suka hehehe.

Google punya google. Okeylah boleh buat ni. Cek bahan-bahan alamak daun kari yillek. Nasib baik jiran blakang iols, aci India ada lebih daun kari. Thanks aci. Hehe.

So, ini bahan-bahan dia. Mudah je rupanya. 




Resepi Ketam Telur Masin @ Salted Egg Crab

3 Ekor Ketam
3 Biji Telur Masin
1 Labu Bawang Besar
6 Ulas Bawang Putih
5 Tangkai Cili Padi
1 Tangkai Daun Kari
5 Sudu Susu Cair
3 Sudu Mentega
Lada Sulah dan serbuk PASTI SEDAP secukup rasa
Daun bawang untuk hiasan.

Cara-Cara

Bersihkan ketam, kerat dua. Lumurkan ketam dengan tepung jagung, lada sulah dan garam. Goreng jangan garing sangat. 

Rebus telur masin. Asingkan kuning dan putihnya. Lecek telur kuning 3 biji dan lecek 1 biji putih telur masin. Ketepikan.

Panaskan kuali. Masukkan minyak sikit dan mentega. Tumis bawang putih dan bawang merah sampai naik bau. Dah garing, masukkan cili padi dan daun kari. Dah naik bau. Masukkan telur kuning dan telur putih tu. Kacau. 
Masukkan susu cair secukupnya. Masukkan serbuk pasti sedap dan adjust ikut kesesuaian.
Garam tak letak sebab dah masin kan original daripada telur masin.

Dah sebati semua, masukkan ketam goreng tadi.
Gaul bagi rata.
Angkat dan taburkan daun bawang. Siap.



Tadaaaaaa. Siap dah.

Sedap uols. Rasa nak buat lagi je hihihihi.

Memang terasa telur masin kaler kuning tu bersalut.
Duk ratah je semalam pastu makan ngan nasik putih panas-panas.

Meletoppp..

Selamat mencuba semuaaa. 

Kome suka tak ketam? 



26 February 2016

Kursus & Movie Time #deadpool

Hai semuaaaaaaaaa.

Harini baru masuk office setelah 3 hari kerosos. Kali ni kursus komunikasi. Seronok. Macam-macam ilmu dapat pasal komunikasi. 

Betapa pentingnya komunikasi untuk diaplikasikan dalam kerja seharian kita. 

Kelas sampai malam. Tapi hari kedua, kelas malam takde. Transfer kelas malam kepada kelas petang. So malam takde kelas. Makanya kami pon ingat nak keluar jap dari Institut hihihi. 


Macam biasa, kalau pegi kursus mesti ada Dayang. Dayang ni antara kawan yang aku kenal sejak mula berkhidmat.Jadinya selalu la jumpa. Boleh ngam ngan dak kecik ni. Dia coomel hehe. Pastu macam biasala jumpa kawan-kawan baru dari pelbagai jabatan. Kepala pun ngam ting tong hahaha. Jommmm geng. 

Petang tu set set nak pegi tengok movie. Best ni. Lama kot tak tengok wayang ngan dak apple hahaha. Yela last masa lepas kawen cite Papadom 2 yang Liyana Jasmay ngan Afdlin Shauki tu. Lepas tu nonhado nak tengok + Adra kecik lagi. Hihi.



Lari jap pegi Aeon. Tengok Deadpool wihuuu.
Sebelum masuk panggung, pegi shopping jap. 
Sonok dapat ahli geng baru. Jommm shopping. 


Kelakar kot cita ni. Aku memula tak tau pon kewujudan Deadpool ni. 
Ingat nak tengok Ola Bola tapi full. Tinggal seat depan je lenguh kepala.
Jadi diorang pilih Deadpool. Mula-mula adegan tembak-tembak.
Tapi kelakar hahahaha. Semua ayat dia double meaning.
Lepastu barula ada drama sweet-sweet.
Sambil ada tembak lawan-lawan.
Tapi happy ending. I loike. 
Kipidap Wade Wilson & Vanessa.


Hari last, kami jadi boria.
Beli baju n pants sama. Hahahahaha



Cantik tak? Hahahahahaha perasan
Dah macam boria. Bridesmaids pon bole kot kahkahkah.

Seronok dapat kenal hampa semua.
Satu kepala. Nak beli baju sama, jommm.
Nak beli sluaq sama, jommm.
Pakai esok sama, jommm. Hahahaha

Jumpa lagi next time.

Korang dah tengok deadpool? 
Last tengok wayang cita apa?


22 February 2016

Seasons Flower Show @ Eco Majestic Semenyih

Hai semua. Baru-baru ni aku pegi ke Pameran Bunga kat Eco Majestic Semenyih. Biasala pantang nampak benda viral. Bang, jom pegi. Haha. Yang asben plak jenis ha jom. Ape lagi. Pegi la. Lagipun dekat je dengan rumah kitorang. Betul2 depan Taman Tasik Kesuma.

Alamat dia korang search dekat Waze,

Eco Majestic Semenyih


Masuk je dalam, waaa cantik la lokasi Eco Majestic ni. Dia macam satu kawasan perumahan. Pihak Eco Majestic buat sekali launching unit rumah baru diorang, Karisma.

Sampai-sampai je waaaaa ramai juga orang. Cari parking, haa nasib dapat dekat.


Masuk FREE.



Tapi sebelum masuk kat taman tu, kene ambil wristband dekat galeri.



Beratur dan tulis nama. Tapi kalau datang satu family, tulis je satu nama dan ambik wristband. Dah setel dan pakai. Boleh masuk taman bunga dah.

Cuaca memang agak panas tapi takpa, ada payung disediakan.
Dekat entrance ada rak payung boleh pinjam.
Pinjam je tau. Nak keluar kena pulangkan semula.


Kalau lapar, kat situ ada banyak food truck.
Boleh la makan kudap, bole picnic lagi dalam tu tau.
Duduk je kat port2 yang ada. Best. Berangin.
Nasibla hari Sabtu haritu tak berapa panas. Redup dan kejap-kejap panas.


Aku beli Chicken Cheese Burger dan Air Apple.
Kudap-kudap 3 beranak hehe


Tadaaaaaaaaaaa. Budak baru bangun tidur. Dari rumah dia tidur.
Masuk stroller tak lama lepastu terjaga dan mengamuk taknak duduk dalam stroller.
Sabooo jela dikk. Haha.


Banyak bunga. Cecantik Dia ada beberapa kawasan. 
Mula2 masuk je belok kiri ada Shanghai Street.
Depan sikit ada Jambatan Kunci.
Lepastu Paris, London dan Amsterdam


Ayah dan anak dara kesayangannya.
Tu muka protes nak mama dukung hihi.


Ada orang jual bunga gak.


Ni jambatan kunci. Kitorang tak beli pon kunci.
Kunci didalam hati aje kan bang. Haha


Tak lama lagi penuhla rasanya ribbon ni.
Ala2 kat Korea dan Penang Hill hehe.

Kemudian kami ke Paris. Haha


Mini Eiffel Tower. Masa kami kat sini tak sesak lagi.
Sini port paling populerr.


Ke London. Tu Red telephone box. Ala2 London.
Ade gambarnya tapi dalam hp ayah Adra.
Lupa nak mintak hehe.


Kemudian ke Amsterdam pulak. Tengok Windmill
Kat sini nak bergambar kena beratur sebab ramai.
Masa ni belum ramai lagi, turun je bawah, waaa penuhh


Oloh2 happynyer budak kocik tu. Kemaen suka dia yer.
Replika lembu tipu2 pon jadila ye Adra.
Lepasni ajak ayah pegi Kundasang tengok lembu.



Ada big shoes jugak.
Monopod takde, jadi bergilir la mama ayah pegang sikecik hehe



Susah nak bergambar Adra skang.
Suka pandang kelain.


Cute windmill pink. 


Hehe semua mama kene tunjuk.
Adra pandang ayah, pandang ayah.


Last, pegi Sunflower Garden.

Okey tuje. Sorry banyak gambor hehehe.

Sapa nak pegi boleh pegi.
Sampai 6hb Mac 2016

Tatatatata




21 February 2016

17 February 2016

F - FOLLOW / TURN ON NOTIFICATIONS FACEBOOK

Hai.

Aku percaya, ramai antara kita masuk pelbagai jenis group di FB.

Aku percaya, antara kome pernah nampak kat merata-rata post, komen F.

Kome marah tak?

Kome suka tak?

#jangankecamsaya katanya :p

Terlalu banyak sampai tak nampak komen yang penting.

Begini, facebook ada mencipta butang untuk kita follow tanpa perlu taip F F F F F F 

Caranya:-

Pegi dekat post tersebut.

Pandang di sebelah kanan, atas.

Anda nampak lambang 
segitiga terbalik tu. 



Klik TURN ON NOTIFICATIONS





Siap.
kalau nak turn off semula pun boleh

Sama-samalah kita. 
Sharing is Caring










hihihihihihihihihihihihi


Rock Melon

Haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

Semalam balik keje singgah pasar malam. Topap barang dapur. Lagi jimat sebenarnya pegi paso malam haha. Berhati-hati pegi pasa malam. Takut asyik keluar duit je dari wallet. Semua nak beli. Kohkohkoh.

Lepastu ternampak la orang jual rock melon. Satu lori kooo.


Rock melon ni lagi sedap dari honeydew.
Kupas dan simpan dalam peti ais. 
Sejuk-sejuk makan. Memang best.

Dia bagi tester. Manis meleting. Warna dia pun oren.
Selalu beli warna oren kusam. Ni oren dia kemaen cantik lagi.

Fav kami sekeluarga ni especially dak apple.

Aku beli 2 biji @ RM 10.00


Sedapnyaaaaa. Licin dah hahahahaha.

Korang suka tak rock melon ni?




16 February 2016

Baju Menyusu Mumsluv Terbaik!

Assalamualaikum dan hai semua.

Bagi mak-mak menyusu, mesti anda semua perlukan baju menyusu kan? Termasuklah Eka juga. Sejak dah jadi mak-mak menyusu ni, memang setiap kali nak beli baju ke nak beli dress ke mesti siasat dulu. Ecehhh hehe. Siasatla sama ada breast feeding friendly tak, dress ada zip depan tak, blouse ada zip atau butang tak kat depan. Bukan je perlukan yg bf friendly malahan wudhuk friendly juga. :)

Pentingnya baju yang kita pakai ni jenis nursing friendly sebab kita boleh susukan anak dengan aurat yang tertutup dan memudahkan juga untuk beri anak minum susu. Bayangkan kalau tengah berjalan, tetiba anak nak menyusu. Boleh lari kejap ke Nursing Room atau guna Nursing cover, baju pulak dah memang senang untuk menyusukan, kan lagi senang.

Cari punya cari eh berkenan pulak tengok baju-baju menyusu kat Mumsluv ni.
Serius wei cecantik semuanya.

Sapa cakap mak menyusu tak boleh nak berfesyen? Itu semua dusta belaka. Haha. Mak-mak menyusu skang pon macam mak-mak normal yang lain. Nak baju design yang cantik, berkualiti, jenis kain sedap, paling penting senang nak menyusukan anak.

Sekali imbas pun orang tak perasan ni baju menyusu.
Material pun memang selesa sebab daripada heavy chiffon yang berkualiti. Jenis tak ikut cutting,memang loose cut.

Dan paling penting, takpayah iron susah-susah.Minimal iron je siap zup zap dah boleh keluar pegi jalan ke pegi kenduri kahwin ke hehe.




Fuhh menggoda semua design terbaru.
Juling kejap.



Nursing dress. 
Cantik. Warna dia pun cantik siap ada lace kat tangan.
Sopan dan paling penting bukan nursing friendly je tapi wudhuk friendly tau.


Cantik kan corak bunga ni.
Dress ni antara design terbaru Mumsluv keluarkan. 



Nursing Blouse.
Eka suka pakai blouse.
Memang cadang nak beli blouse lagi ni.
Hehe senang nak berjalan kemana-mana guna nursing blouse.
Dugaan. Dugaan tengok blouse menarik ni.


Nursing Kurung dia omg lawanyaaaa.
Tergoda kot.
Sekali imbas macam kurung biasa je tapi rupanya nursing friendly.
Dahla cepat sangat out of stock.
Lepasni kena bertapa depan pc kalau MUMSLUV bagi date nak post baju baru.
Hihihihi.


Menarik kan korang. Bila adanya baju-baju menyusu macam ni, sekaligus dapat menarik minat ibu-ibu menyusu untuk meneruskan lagi penyusuan untuk bayi sehinggalah mereka 2 tahun. Macam eka pun, bulan depan genap setahun dah perjuangan menyusu ni. 

Menyusu badan nampak mudah tapi hati kena kental. Kita perlukan sokongan supaya kita lebih bersemangat lagi. Lagi-lagi ibu bekerjaya, ibu yang EPMOM ( Eclusive Pumping Mom) yang memerlukan kekerapan mengepam. Bila adanya kelengkapan penyusuan seperti alatan pump, cooler bag, plastic and bottle storage termasuklah baju menyusu, hormon oxcytocin iaitu hormon gembira ibu menyusu menjadi semakin meningkat. Haaa nampak macam pelik kan hehe.

Jangan tak percaya, hormon yang membuatkan ibu gembira akan membuatkan susu yang keluar juga menjadi lancar. Hihihi. Sapa mak menyusu mesti tahu benda ni haha. Dapat baju lawa, hati gembira. Pump pun banyak hasil. Mind set is the key in breastfeeding.

Mak-mak menyusu mehla cuci-cuci mata kat Mumsluv ni. Terbaekk.



Instagram: mumsluv
Facebook: mumsluvexclusive
Website: www.mumsluv.com

Happy shopping uols.

Ha ni ada info lagi.
Bestnyee.

Pada 26-28 Februari ni ada di KLCC sale sampai 60%!
Bulat-bulat biji mata iols okeyy.
Grrr hehe

Siap ada lucky draw lagi tuuu.
Wowwwwww hadiah tv flat screen


Jommmmm kita pegi bangggg. :p



12 February 2016

Aiskrim Choki-Choki

Hai hai. Sejak dah boleh update blog kat opis ni, lega hati hehe. Time rehat panjang macam hari Jumaat ni, duduk opis boleh update blog. Ni pun duk lepak je kat opis tak kemana-mana. Boleh tido jap, boleh makan dan boleh sambung update.

Korang ada join group MASAK APA HARI NI (MAHN) kat Facebook? Mengundang betul masuk group tu tau. Sebab BEST hahaha. Banyak resepi menarik siap langkah demi langkah.

Aku asyik print screen je resepi. Penuh memori henpon kitewww. Tapi buatnya belom lagi haha. Memandangkan cuaca yang agak panas sekarang, nampak resepi aiskrim choki-choki. Wahhh nampak best. Bahan pon mudah je. Makanya aku pun projek la buat eskrem malaysia berperisa choki-choki ni.

Bahan mudah didapati dan senanggggg.

Aiskrim Choki-Choki


*zara punya tangan, saje je kannnnnnn

Bahan-Bahan

4 Peket Choki-Choki
1 Tin Susu Pekat 
1 Jug Air Panas
Plastik Aiskrim 

Cara-Cara

Masukkan susu pekat di dalam 1 jug air panas, kacau. 
Rasa. Macam aku buat ni, kurang manis. 
Takde tambah gula sebab ni pun dah manis hehehe.

Ketepikan.

Sementara itu, picitkan choki-choki ke dalam plastik aiskrim.
Kemudian masukkan air susu yang dibancuhkan tadi ke dalam plastik aiskrim.
Ikat kemas. Siap, bekukan.

*Tips dari mak aku. Untuk dapatkan tesktur aiskrim yang gebu,
gunakan air panas. Barulah dia gebu dan lembut.
Tapi masakkkk la nak ngikatnya sebab panas. Hahaha.
Mak aku biasa buat, laju je. Aku tak gheti.


Tadaaaa. Siap.

Yang ni mak aku ikatkan hihihi sebab mak aku ikat ketat dan kemas.
AKu ikat lembik macam masuk angin je hahaha. 
Masa kami kecik-kecik. Mak niaga aiskrim malaysia ni kat umah tapi takdela perisa choki-choki ni. Tapi dulu mak buat aiskrim bandung, aiskrim limau, aiskrim kacang hijau dan paling sedap aiskrim kacang merah dan aiskrim santan kacang tanah. Sedapp uolsss.

Dulu sebatang eskrem ni RM 0.10 sen je.

Korang, apa perisa aiskrim kegemaran korang?





11 February 2016

Air Sarbat @ Ais Tingkap Chowrasta

Hai hai semuaaa.

Harini aku baru start keje. Semalam cuti lagi. Syiokk 5 hari cuti bile masuk keje alaaa malasnya rasa nak sambung cuti lagi muahaha.

AKu baru je balik Penang. Hari Isnin dan Selasa ke Penang menghadiri perkahwinan anak adik angkat mak aku.

Kitorang duduk kat homestay dalam Markas Polis Marin Batu Uban tu. Lagipun kenduri pun dalam tu, so senanglah. Homestay tu pun adik angkat mak aku yang uruskan.

Mula-mula pegi tu, dalam perjalanan adra asyik merengek je pastu meleleh air liur. Waduh-waduh bengkak gusi lagi rupanya. Lama betul ya tunggul gigi tu nak keluar. Sian anak mama. Memang berkilo-kilo air liur meleleh. Sapu oral aid baru la nak susu. Kalau tak susu taknak, makan pun sikit je. 

Petang tu pegi jalan jap kat Times Square Penang. 


Posing dengan bumblebee wihuuu.

Ngan optimus prime pon ado tapi malas nak transfer hahahaha.
Time ni dak kecik okey plak kejap. Pastu sambung lagi nangis n merengek.

Esoknya pegi kenduri, Alhamdulillah Adra dah okey time ni.
Seronok tengok dia senyum ketawa.


Anak mama. Muahhhh.
Dah 11 bulan. Next month dah setahun.
Kejap betul masa berlalu.

Tajuk air sarbat tapi belom cerita lagi kan haha.

Okeylah. Sebelum balik singgah chowrasta jap.
Kat Lebuh Tamil tu nampak la ada orang meniaga. Kedai-kedai kecik.
Tapi belum ramai yang buka sebab baru pukul 4 masa tu.
Aku dah lama teringin air sarbat @ ais tingkap ni.
Dari preggy haha. Baru la dapat rasa.

Fuhh sedapp. Melegakan.

Air Sarbat ni Air sirap Ros yang dicampur dengan pelbagai herba.
Rasanya unik. Buatnya pun ada sukatan gelas kecik.
Yang aku nampak ada selasih, air gula, air kelapa, isi kelapa.
Rasa pandan pun ada. Pastu dia akan sembur air apa tah kat dalam cawan.
Guna spray. Itulah yang dinamakan ais tingkap.

Rupanya gerai ni dah beroperasi lebih 80 tahun uols.
Kagum jap. Dulu ada 25 herba tapi sekarang dah kurang sikit.

Ada cucur udang tapi aku tak sempat nak rasa huwaaa.
Next time pasti kusinggah lagi ke sini.



Cuba lihat tangan siapa paling eksaited nak minum air sarbat ni.
Berebut tauu. Hahaha. DIa pun nak rasa. Bagi la sedut sikit. Aduh nak lagi. 
Sorok bagi sepupu aku kat belakang. Hahaha

Korang penah minum air sarbat ni tak?