31 March 2016

Jom Lunch

Hai.

Harini lunch tak keluar kemana-mana. Semalam dah keluar, siap pegi beli eyebrow bagai. Ngaderrr.

Harini busy sikit, turun pukul 1 kat cafe bawah. Alamak, lauk dah licin ha. Tinggal bawal sambal, ikan masak cuka. Alaaaaaa.

Tapi takpela, aku order mee kari dengan air honey lime. Sedap la pulak minum air madu limau panas-panas ni.

Musim panas ni, rasa macam nak ais je tapi tak boleh selalu. Kang adelah sakit tekak lah, batuk lah ulser lah. Macam-macam sebab aku pon dah mendapat seketul ulser ni. Heh.

Taruk gambar baru bermaya sikit nak baca kan hehe. Malas nak taruk watermark. :p



Fuhh sedapnya dapat menyedut ayor ni.
Masam-masam sikit. Lagi sedap. 


Makan plak mee kari. Licin aku selesaikan.
Mee kari bahan wajib ada adalah tauge dan daun bawang.
Aku mintak adik cafe letak extra sayur huahuahua bertabah jela dik. 

Skang dah mengadap pc sambil buat kerja. 
Tetiberrr ngantok pulakkkkkkkkkkkk.

Arghh.

Korang makan apa lunch tadi?


28 March 2016

Gigi Takde Lagi

Hai.

Senyum sikit, nampak gigi. Heheheh. Setiap bayi, perkembangan adalah berbeza. Ada cepat ada lambat. Kena faham itu.

Tadi baca info dari Dr Zubaidi tentang pertumbuhan gigi. Sebab ada yang tanya, kenapa anaknya dah setahun lebih masih belum tumbuh gigi.

Eh sama pulak.

Anak aku Adra belum tumbuh gigi lagi walaupun sebatang.Aritu ada sekali demam, meleleh air liur. INgat nak tumbuh gigi. Gusi merah je tapi belum.


'LAAAAAAAAAAAAAAA ANAK KO BELUM TUMBUH GIGI LAGI??? 
ANAK POLAN POLAN TU DAH PENUH GIGINYA TAU!

'EH SEBATANG PON BELOM ADAAAA?

'KENAPA LAMBAT SANGAT TUMBUH GIGI NI ADRA?

'SENYUM SIKIT ADRA,NAK TENGOK GIGI.


Tadaaaaaaaaaaaaa.Gigi saya. Hahahaha


Ya, aku tak suka orang banding-bandingkan. Haha aku rasa semua mak ayah pon begitu kot. Lagipun perkembangan baby ni berbeza-beza. Kalau ikutkan, kalau anak umur 18 bulan barulah kena pegi jumpa Doktor Gigi untuk X tray. Sumber : Dr Zubaidi





Aku enjoy je tengok perkembangan anak aku, perkembangan anak-anak kawan aku yang lebih kurang sebaya. Ambil sesuatu benda tu dengan sesuatu yang positif. Yang negatifnya orang-orang lain. Kadang sedih jugakla orang membanding ni, memang tak nak ambik pusing pon , anggap macam oo gurau kot tapi kadang-kadang terasa geram juga hahahahaha.

Ada yang beratnya ideal, ada yang beratnya tak berat sangat, macam anak aku, ada yang bambam, ada yang cepat berjalan, ada yang cepat bercakap dan macam-macam lagi. Pasal berat tu lagila. Anak aku ni jenis baka ayah dia. Kurus tinggi. Aku pon kurus tinggi gak. Sekarang jela tak brapa kurus. Kihkihkih. Tu pon jenuh orang kata,

'EH KECIKNYAAAAAAAAA ANAK KO NI YE, TAK SUKA MAKAN KE?

Hahaha soklan ni, memang mengundang betul. Anak aku makanlah, suka makan lagi tau.
Suka sangat mengunyah. Beli biskut,roti. Sedap dia makan. Dah memang begitu, dulu masa bayi, memang bambamlah. Peha je selambak. Dah pandai melasak. Nak main je.
Memang susahla berat nak naik kan. Orang cakap 'meringan badan' nak berjalan.

Setakat ni perkembangan dia okey, normal. Aktif,lasak, suka explore macam kengkawan sebaya dia. Pandai dengar arahan. Suruh tunjuk. Nak apa, nak mama ke nak ayah ke. Paling syiok nampak mainan ke, belon ke. Mulut dia, bising sambil tunjuk. Hahaha kopakla ayahnya nak beli je hahaha. Paling syiok, kalau nangis. 

Kalau nangis Adra sebut, Ayaaaaaaaaaaaaaahhh Ayaaaaaaaaaaaaaaaaahhhh.

Mak ai, mama dia tak sebut pun, ayah yang keluar dari mulutnya masa nangis hahahahahaha

Anak-anak pembaca kesayangan saye semua, anak uols tumbuh gigi usia berapa? 









Review MaMom Milkbooster

Hai.

Haritu aku ada update pasal Mamom Milkbooster kan. Klik sini untuk baca.

Sejujurnya aku memang kurang suka makan milkbooster sebab tak semua sama hasilnya. Ada yang makan, tapi jadi milk killer. Ada yang makan, memang betul-betul jadi penambah susu. Jadi aku amat hati-hati bab ni. 

Tapi, selepas aku cuba MaMom Milkbooster ni, aku suka. 

Pertama, sebab memang nampak hasil tuaian aku meningkat.

Pada permulaan selepas bersalin, memang hasil banyak. Sebab demand tinggi. Adra kuat menyusu. Bila makin besar dalam usia Adra 8 bulan lebih, demand mula kurang, memang sangat LOW YIELD. Berbulan tau! Sekali pam 2 oz. 3 kali pam, dapatla 6 oz. 

Memang sedih je time tu. Ye, aku paham dalam penyusuan ada turun naiknya. Susu yang keluar berkait rapat juga dengan MIND SET. MIND SET adalah Key Utama dalam penyusuan susu ibu. Bila aku stress tu, mempengaruhi hasil susu aku. Dak apple la paling banyak bagi semangat selain daripada group bfmembers. Husband memang main peranan la dalam hal sokongan ni.

Dia selalu cakap, mama pam la lagi susu. Kata susu dah kurang kan. 

Pam,pam, pam tanpa jemu,

Ubah menu makanan, makan yang bersup,berkuah. Kemudian dapat plak cuba Mamom Milkbooster ni. 

5 hari aku cuba. Sekali pam dapat 4-5 oz! Waaaaaaaaaaaa aku suka, Alhamdulillah.



Bestnya Mamom Milkbooster ni.
Sedap. Nak makan pon senang.
Kunyah-kunyah je. Setiap pagi tu sebelum breakfast, kunyah-kunyah 2 biji.

Rasa sedap.

Kandungan tablet ni antaranya ada susu kambing, halba, habbatussauda, kurma,halia,
spirulina,


Lagi sedapla nak kunyah-kunyah hehehe. 


Alhamdulillah bersyukur susu kembali pulih. 
DIsaat aku buntu nak makan apela nak kembalikan hasil susu ni.
Akhirnya terjumpa MaMom Milkbooster ni.


Sapa yang nak cuba, boleh cuba.

Mind set mesti positif tau. 
Minum air suam banyak-banyak, consume MaMom ni secara konsisten. 
InshaAllah ada rezeki kita

jom follow instagram ni:

@mamom_tambahsusuibu
@mamom_tambahsusuibu
@mamom_tambahsusuibu
.

ataupun boleh je order direct terus 
Whatsapp 019 372 1966

#mamom
#mamommilkbooster
#mamomappreciateMOMS
#Mamomsupportbreastfeeding











Voucher Zalora Yayyy!

Hai semua.

Selamat pagi semuaaaaaaaaa.

Kena ceria sikit lah pagi ni hehehe.

Haritu aku dapat baucer Zalora bernilai RM 100.00.

Mula-mula pening gak la ape aku nak beli ni. Biasanya memang gitu kan. Bila takde duit, takde baucer, macam-macam rasa nak beli. Bila duit ada, baucer ada, alahai nak beli apa pun buntu.

Ceh, ayat. 

Lepastu berhari-hari gakla duk buka web Zalora tu. Aku memang suka shopping kat Zalora ni. Service cepat, barang pon berkualiti. Kadang2 malas nak beli kasut kat mall, Zalora kan ade. Hehehe. 

Dah telek-telek, aku amik 2 barang. Wallet ngan Tote Bag. Lebih dari nilai baucer tp aku tambah sikitlah dah dapat 2 barangg.

Amik ni 1, kebetulan zip wallet aku dah rosak.



Zip Pebbled Wallet

 Okey la wallet ni cute comel je.
Takdela besar sangat. Ni kira nak mendidik aku dalam diam,
supaya jangan terlalu simpan segala toknenek resit dalam wallet sampai wallet kembung dan akhirnya zip rosak. Hehehe.




Tie Top Tote

Lagi satu ambik ni. Yang ni dah sold out kat Zalora.
Kalau korang berkenan ada lagi warna Black n Grey.
Aku sekarang takde dah bag yg cute comel.
Semuanyer tote bag sebab senang.
Nak sumbat segala mala barang pon senang.
Pampers anak, mainan anak, sapu tangan anak. 
Dengan dak apple letak kunci kereta dia, powerbank dia, handphone dia.
 Haha.

Servis kat Zalora ni, aku bagi 

Korang, selalu beli apa kat Zalora?
Share sikit.





25 March 2016

Tudung & Naelofar Hijab

Hai. Bersiaran kembali. Ade la modal nak update kan haha.

Korang suka pakai tudung ape sekarang?

Aku dulu suka pakai shawl @ pashmina. Pashmina kat pasar malam ke, pasar sehari ke, harga Rm 5.00 ke RM 15.00 ke asal cantik je aku beli. Macam2 corak ada. Tapi sekarang jangan pashmina, shawl pon aku dah tak reti nak lilit. Malam tadi duk munggah tudung, aku sendiri rasa pelik. Macam manalah aku boleh belit tudung ni dulu. Gitu ha. 

Haha.

Bawal biasa pulak memang aku dah lama tak pakai. Muka aku macam gile bulat nampaknya. 

Sejak mengandung haritu, aku cukup malas nak pakai shawl pashmina bagai. Yelah, masa tu mabuk teruk dahla mak mengandung selalu panas dan berpeluh. Makanya aku pakai bawal lipat dua. Masa tu aku pakai bawal biasa yang rega Rm 5 hingga Rm 10.00 tu. Ha kenggeru. Lepastu bawal AJ. 

Camni ha.


Bawal kenggeru ngan Bawal AJ.
Lipat dua dan pakai macam shawl. Selesa.

Gambo ni ada dalam pc ni. Masuk jela ye hehe.
Kenangan mengandong. Bambam mama Adra masa ni. 

Lepastu bila dah ada anak, Anak mesti suka tarik tudung kita kan. Hehe.
Lagi-lagi kalau pandai main air liur. Memang lagi la.
 Tarik tudung mama jadi saputangan lap lap haha

Dah tu terbekenan plak dengan Instant shawl Naelofar Hijab. 
Harga pun not bad. Tapi macam cantik.
Tak tahu apa pun jenis-jenis dia. Haha tengok la kat insta. 
Usha-usha 

Jadinya aku beli la Naelofar Hijab (NH) satu. 
Lady Angelina kaler Black. 
Black lah senang masuk ngan semua baju kan. 
Haha sarung takyah gosok pon takpa.

Best la pulak. Senang. Tak panas, labuh yang penting.
Boleh adjust.

Start dari situla aku sukanya duk tengok NH.
Masa tu keluar pulak Chic Loop
Beli la Chic Loop pulak. 

Dah terbekenan chic loop.
Satu sebab kain dia takyah gosok sangat,tu aku suka.
Hahaha maklomla nak bersiap kena cepat.
Anak lagi, shuben lagi. 
Kain tak panas, tebal dan opkosla labuh.



Aku masuk random je ni.
Ada Lady Angelina,Chic Loop, Chic Rapunzel Loop. 
Tapi Chic Rapunzel tu kain dia chiffon tak sama macam Chic Loop.
Leceh sikit sebab ada macam reropol.
Kawan aku cakap macam benang tertarik. Hahaha.




Tadi, aku topap lagi 2 chic loop.
Best. Hihihi. Dapat sea green ngan sweet plum.
Nak cherry red tak dapat.

Kalau NH ni, aku suka beli kat Naelofarhijab_pastelfleur
Senang, servis dia pon laju je. 
Aku kan malas nak pegi butik dia, online je senang.
Tup-tup sampai kat opis.
Kat umah takleh la, kang shuben bising uolsssssssss. Haha

Pastu aku macam berminat plak dengan Bokitta.
Hahaha. #Matilanakkkkkbokittalagimahal
Lady Boss aku kat office penggila Bokitta.
Pastu skang boss aku minat plak Duckscarves.
Cantik wei. Soft je.
#Matilagisekalinakkkkkkmahaljuga

Ni aku cuba Bokitta boss aku hehehe.


Cantik tak? Muntohhhh hahaha.

Tunggu la nanti, nak jugak la selai dua.
Ehemmm. Dak apple i tau u baca blog i. 
Nanti bole la bagi hadiah ya hahahaha

Okey, tuje. 
Korang, suka beli tudung kat mana?
Share sikit.





24 March 2016

Perfume DEWAMOR

Hai semua......

Selamat pagi youls. 

Haritu ada tengok tv3, rasanya MHI kot ke Buletin Utama. Ada seorang OKU, dia lancarkan perfume dia sendiri. DEWAMOR namanya. Dia kata kalau nak sample, pergi je ke Website dia.


Aku pon ape lagi, register la nak try gak baunyer wangi ke tidokkk.
Free pulak tu, sapa takmau.

Hehehe

Tadi sampai dah sample


Dah sampai.



Bau dia, pada hidung aku la. Hidung kome tak taula hihi.
Bau dia agak kuat gak.

Bau bunga. Memang semerbak harum. 
Bau macam fruity sikit tapi bila dah spray bau bunga tu menyerlah.

Kome ibaratkan la bunga yang sedang mengembang mekar, Gitewww.
Not bad. Kipidap 

Kalau aku, aku suka bau yang macam vanilla, musk sikit hehe. 
Aku suka bau soft. Tak suka bau buah, penin. 

Perfume aku skang masih lagi The Body Shop, White Musk Smokey Rose.

Nanti kita tanya shuben, wangi ke tidok iols pakai.
Beli perfume, kene tanya idong dia jugak. Haha


Tata, jom request sample.






23 March 2016

Kena Ketumbit

Hai.

Harini baru iols masuk keje. Semalam cuti sebab Dak Adra kena ketumbit pulak. Aduh. Mana datangnye pun tak tahu. Haritu ada perasan macam ada bintat kat kelopak mata dia. Tapi halus je macam kena gigit nyamuk. Aku ingat kena gigit nyamuk. Tapi ayah Adra cakap bukan ni. Tak kan tak surut-surut. Lepastu minggu lepas, bila dia tido,baru nampak macam bengkak pulak.


Risau pulak tengoknya ni. Tapi dia okey je aktif macam biasa.
Takde pulak gosok-gosok mata ke apa. 
Hari Ahad tu  tumbuh pulak kat bawah mata kiri. 
Ape lagi, Isnin bawa pegi Klinik. 



Panjat sana sini. Ayah busy pulak. Mama je pegi bawak.

Aku pun google la ketumbit ni.

Aku copy dari blog ni, thank you ArwenDanish


Punca dan Gejala Ketumbit 

Ketumbit boleh dibahagikan kepada 2 jenis. 
Yang pertama akibat jangkitan kuman pada pangkal bulu mata. 
Jenis kedua ialah keradangan disebabkan penyumbatan pada kelenjar yang menghasilkan minyak untuk menentukan bulu mata kalis air atau kalazion. 

Adakah ketumbit itu berbahaya, terutama jika saiznya besar? 

Tidak. Ia tidak menjejaskan penglihatan seseorang, tetapi boleh menyebabkan kesakitan disebabkan berlaku bengkak pada satu kawasan kecil yang sensitif di kelopak mata. Kadangkala seseorang boleh mendapat lebih daripada satu ketumbit pada satu masa, tetapi usah risau kerana ia tidak berbahaya. 

Selain benjolan merah pada kelopak mata, 
antara gejala lain yang mengiringi ketumbit ialah : 

* Mata berair 
* Mata terasa gatal, terutama jika ada habuk
 * Mata menjadi sensitif terhadap cahaya 
* Kelopak mata menjadi merah dan bengkak Biasanya ketumbit mengambil masa 3 hari sebelum ia pecah dan kering. 

Bagaimanapun dalam kebanyakan kes, ketumbit akan sembuh dalam tempoh seminggu. 

Ketumbit jenis kedua yang disebabkan penyumbatan kelenjar minyak (kalazion) pula 'tumbuh' lebih perlahan dan jika ia terlalu besar, ia mungkin boleh mengganggu penglihatan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Begitu rupanya. 

Doc cakap ketumbit ni memang amik masa yang lama nak tumbuh.
Kadang 2-3 bulan pun boleh jadi.
Patutla haritu nampak secoet je.

Doc tak bagi antibiotik sebab tak merah dan dan tak terlalu besar bengkaknya.

Doc suruh cuci kat bahagian kelopak mata tu.
Celup kain kat dalam air suam, 
lepastu tuam kat bahagian kena ketumbit tu.
Cuci skit sebab ada kelenjar-kelenjar yang tersumbat.

 Adra banyak gak tahi mata, dahla susah nak bagi mama cuci.
Melalak menangis tak bagi hahaha. 


Korang penah kena ketumbit?
p/s : Anak blogger Kak Eima pon kena ketumbit gak rupanya. 
Eh macam musim. 



22 March 2016

Punggah!

Hai.

Ini Adra.

Adra suka main handbag mama.

Adra suka keluarkan barang2 dalam handbag mama. 

Mama kata Adra budak bijak sebab suka sepah dan punggah. 

Mama cakap explore la lagi. Hehe

Ayah saya selalu kemas. Lepas ayah kemas, saya punggah lagi.

Mama kemas, saya punggah. Ayah kemas saya punggah. 


Selepas punggah, Adra senyum. Dan sebut aaaaayahh aaaayahh.

Hahahaha.

Takpela anak, punggah je. Kang mama kemas. 


18 March 2016

Menang Lucky Draw

Hai semua. Salam Jumaat. Rehat lama harini ape lagi berblogwalking lah citenye. Lunch pon belum ha. Ramai kengkawan takde. Duduk opis mereput jerla. Hehe.

2 minggu lepas, dak apple join satu lucky draw ni. Banyaklah hadiah dia. Ada cadar, ada set Al Quran, ada carpet, ada jubah. Dia aim carpet la kononnya.

Sekali classmate dak apple mentioned aku kat fb, katanya dak apple menang jubah! La, dah announce ke rupanya. Tengok2 haha betul la shuben iols menang jubah. Tapi opkosla dapat kat aku. Takkan dak apple nak pakai. Memang viral la nanti. 

Maunya pulak terkujat orang hahahaha jadi jubah abam sado.

Harini aku try pakai. Okey not bad kain dia. Jubah Raysha by Lia Nana. Haritu balik keje, terus pegi claim hadiah kat butik dia, senang boleh try. Aku amik saiz M. Memang terletak jela tak beso tak kecik. Siap ada poket. Dan paling penting breastfeeding friendly. wudhuk friendly. Loose je cutting dia.

Memula ingat nak suruh pos je sebab malas nak pegi butik. Haha. Dak apple lak ajak pegi butik. Kang suruh post tak muat lak kot measurement dia lain. Risau pulak kot terbeso terkecik dan nyaris nak amik saiz L,  L sangat beso. Lega rasa hati aku sebab aku bajet aku ni berisi saiz L hahahah. Tapi masih M tu sedap rasa hati. Kuikuikui sila menyampah dan sediakan baldi. Vomit!

Mirror selfie la jap kan nak tengok. Hehe


Dah lama tak acah-acah mirrow selfie. 
Kalau dulu, masa preggy Adra.
Setiap kali hari Jumaat je aku akan duduk depan cermin ni dan selfie.
Simpan gambo mengandung dari 4 weeks sampailah sebelum aku cuti 37 weeks.

Hihihihihi.

Okey aku nak makan dulu. Kang aku try godek nak taruk entry apa lagi ni.

Babai.




17 March 2016

Pertama Kali Jumpa?


Nampak bende alah ni kat facebook haritu.

Kalau nak diikutkan, tempat pertama kali bertemunya weols kat 

LRT PLAZA RAKYAT

Hahaha.

Kira-kira 8 tahun yang lalu.

Kitorang kalu dalam kereta tu, lalu lalang sekitar Kl tu mesti kadang-kadang ngusik.

Boleh ye jalan kaki bapak jauh pegi Times Square dan 
makan kat The Chicken Rice Shop kt dalam TS gak.

Jauh jugakla hahaha.

Adoyai kalau ingat memang mengekek kitorang gelak.

Tak tahu ape motip sembang-sembang sambil jalan tetiba eh sampai Times Square dah. 
Selalu gak double date ngan bff. Hehe.

Kadang-kadang cakap ngan Adra, Adra tula tempat ayah selalu ambik mama. 

Bluekkkkkkkk.

Lepasni nak mengimbau tempat-tempat lama dulu lah.


Korang plak kat mana?





15 March 2016

Make Up!

Hai.

Kalau ada anak perempuan, mesti suka perhati kita mekap kan.

Adra ni tak tahulaaahh nape excited sangat kalau nampak beg mekap aku. Banyak benda boleh dimain agaknya. Dikoreknya bedak aku, dicampaknya lipstick sampai patah haha. Blusher hancur jadi serbuk kena baling ke dinding dan macam-macam lagi. 

Selalu kalau nak keluar, time mekap tu cepat je dia datang dan rampas beg mekap aku tu.
Sambil tu tengok-tengok mama. Rupanya dia perhati je mama.

Pakai bedak. Pakai blusher.

Big Smileys








Tenyeh dik tenyeh hahahaha.

Pastu ayah pun tukang gelak jer.

Time macam ni seronok main ngan dia. 
Tapi kasar jugak anak dara ni.
Selalu tarik telinga dan cubit-cubit pipi orang hehehe.

Tunggu la beso skit nanti, mama mekapkan kamu Adra ahahahahaha.




14 March 2016

Majlis Hari Lahir Adra

Hai.

Hari Sabtu haritu buat Majlis Hari Lahir Adra. Buat makan-makan sikit, ada family, orang surau, dan panggil bebudak sekali. Lokasi kat umah onyang Adra.



2 minggu lepas pegi DIY cari la belon, gantung-gantung.
Hias sikit hehe.

Simple je dah siap. Kat DIY murah sikit.
Masa ni berperang ngan Adra tah nape moody lak dia tak nak ngan orang.
Mama kena ngadap dia je hehe. 


Kek Didi hehe kartun fav Adra.
Tempah dekat akak yang buat kek kahwin aku dulu.
Kemas, cantik dan sedapppp


Bluberry Cheese tart ni pun tempah jugak kat kawan aku.
Pon sedap.

Menu lain, ada buat laksa, mee goreng, ada kuih-muih, agar-agar. 


Hehehe suke dia dapat potong kek.
Nampak tak Zara menyelit tu. 

Crown tu pon Zara punya haritu, Adra pinjam.
Bukan nak sangat pakai. Untuk bergambo je pakai hihihi.

Okey tu aje.

Terima kasih yang bagi hadiah kat Adra hehe.

Terima kasih pada semua yang menjayakan majlis termasuk yang hadir, 
yang banyak membantu. 

Love uolssss.

Tataaaaaaaaaaaaaa








11 March 2016

Baju Kurung Moden Terkini dari ZALORA

Hai semua. 

Baru-baru ni Zalora ada update pasal Baju Kurung Moden. Memang seriusla cantik sangat.

Sekarang ni kalau kita tengok, banyak trend fesyen Muslimah dalam pasaran kan. Tak kira butik offline atau online, semuanya menarik dari segi design dan material. Paling membanggakan fesyen Muslimah ni sampai ke peringkat Antarabangsa. Memang bersungguh-sungguh sangat usaha pereka-pereka fesyen Muslimah ni. 

Kalau kat Malaysia ni, trend fesyen Muslimah rasanya dah sebati dalam kalangan pembeli. Cuma dulu tak banyak pilihan yang ada kan. Sekarang ni lebih banyak pilihan dan seiring dengan trend semasa. Lebih moden, lebih style tapi masih sopan.


Cantik tak yang merah tu? Cun kan


Baju yang paling popular dah tentunya baju kurung, baju kebaya, jubah, dress, kaftan. Baju kurung rasanya masih mendapat tempat dan menggungguli carta sebab baju kurung sangat-sangatlah cantik. Walaupun ianya baju tradisonal, apabila ia mendapat suntikan moden, memang cantik dan nampak ekslusif. 

Peplum memang selalu mendapat permintaan sampai sekarang kan.


Setiap negara ada jenis pakaian tersendiri, sama juga macam kita di Malaysia. Walaupun kita berbilang kaum, tapi rata-rata mesti ada satu koleksi baju kurung dalam wardrobe. Suka tengok tak kira kaum, tetap pakai baju kurung sama macam orang Melayu kita. Sangat terbaik. 

Kenapa agaknya baju kurung sangat popular dalam kalangan kita rakyat Malaysia ni? 



Antara faktornya dah tentulah sangat SELESA digayakan kemana sahaja tak kira ke pejabat,  majlis keraian, majlis formal atau tidak formal. Kalau materialnya daripada cotton lagilah selesa. Nampak ekstra ayu dan mempunyai ciri kemelayuan.




Moden tapi masih mengekalkan ciri-ciri kemelayuan.


Paling menarik, di Zalora dah ada Baju Kurung by Tunku Tun Aminah.

Memang menangis la tengok design sangatlah cantikkk uols.


Jadi, apa tunggu lagi. Raya dah nak dekat hehehe.
Boleh la cuci-cuci mata kat Koleksi Baju Kurung Moden Terkini

Memang Terbaik.

Jangan lupa ya. 
Happy shopping uols









10 March 2016

Happy Birthday Adra

Assalamualaikum dan hai.

Alhamdulillah Adra genap setahun. 

Rasa macam baru je lagi melahirkan si kecik tu.

Terasa-rasa bagaimana rasa dah nak terkeluar sangat tu.

Untuk pengalaman yang pertama, tidak tahu bagaimana rasanya rasa mahu melahirkan itu. Rasa seperti mahu buang air besar tapi versi yang berbeza. Entahlah, rasa yang sangat-sangat lain. Hehe.

Pada awalnya, selalu berkata bahawa ayahnya mahu menyaksikan kelahiran dia. Tapi nampaknya tidak merasa. Baru-baru ini, aku bertanya pada ayahnya. 

'Agak-agak kenapa ya Allah swt tak beri keizinan kepada awak untuk lihat saya melahirkan?' 

Aku ingin tahu. Hahaha mama Adra ni.

Lalu dia menjawab.

'Sebenarnya, rasa nak sangat tengok, tapi saya rasa tak sampai hati. Saya kesian. Saya takut kalau-kalau awak digunting, ditoreh berdarah. Saya kesian, saya tak sampai hati.... '

Begitu jawapan dia.

Makanya fahamlah aku bahawasanya ayah Adra belum sedia. Maka sebab itu Allah swt tak izinkan dia untuk berada bersama-sama aku. Mana lah tahu kot pengsan je menggigil ke. Susah plak nurse nak tenangkan. Hihi.

Aku katakan pada ayahnya. Tak mengapa, anak no 2 nanti siapkan mental dan fizikal. Hahahaha.

Nak baca pengalaman bersalin, Klik SINI.

Jom kita tengok gegambau yang aku belum share kat sini. Gambar ni masa selepas beberapa jam kelahiran. Dah siap masuk ward semula subuh tu.



Fresh from oven. 
Nyenyak tido ye. Hehehe.
Ingat dalam perut lagi kot. 


Kerutan dahi tu sampai skang suka sangat kerut dahi.


Hehehe baik je bedung. Lepastu tak sampai 5 minit tercabut semua.


Gerammmm mama ngan dak kecik ni.


Ni menyelit gak. Hidangan lunch aku. 
Spital skang pandai dah. Hidang lauk ikan bilis ngan lado hitam ha.


Adra dan Onyang Badar. Ni nenek sebelah mak aku. Hehe.
Teruja onyang datang walopon sakit lutut.
Ni cicit ke 3 onyang.


Ni pulak Onyang Nab. Ni Opah sebelah ayah aku.
Onyang Nab kebetulan check up kat hospital, maka terjumpa sekali.
Lambai-lambai Onyang nampak cicitnya. 
Ni pulak cicit ke 4 onyang.

Untuk anakku Adra Safiyya.

Selamat ulangtahun yang pertama.
Moga membesar menjadi anak yang solehah ya sayang.

Mama ayah sayang awak.
Cinta hati mama ayah. 









09 March 2016

Gerhana Matahari

Hai.

Pagi tadi keluar umah pukul 7 suku, ala-ala gelap lagi.

Dari office, tengok luar. Eh cantiknya langit harini. Sebelah ni masjid. Jadinya pagi ni sangat cantik. 

Langit warna biru, alunan ayat Al Quran diperdengarkan sambil banyak burung terbang berkicau. Serius tak pernah kot nampak dan rasa situasi macamni. Sayup-sayup je.

SubhanaAllah.


Snap sikit. No Filter.

Lepastu try tengok kat matahari. 


Sakit mata iols sebab tak dak negatif film nak tengok huhu.
Tapi nampakla sabit tu.

Officemate aku, Kak Eida kata.

' Eka, akak nampak. Macam biskut kelapa mak akak la bentuknya'

Hihi.

Melihat kebesaran Ilahi ini, terasa begitu kerdil dimataNya.

Lama lagi akan berjumpa gerhana ini.

Mungkin lagi 30 tahun

....................................








08 March 2016

Pecal Lele Mbak Aan, Teh Botol & Rabbit Ride

Hai, sambung balik cerita hari Sabtu. Biasanya weekend kitorang memang selalu jalan-jalan kalau tak balik ke umah mak aku atau umah mak mertua.

So hari tu ayah Adra teringin nak makan pecel lele. Aku kurang suka ikan lele @ ikan keli ni. Tapi ayah Adra kata, ada ayam penyet jugak kat situ. Okeylah kita try.

Kitorang pegi la Restoran Lakulanjaya dekat dengan Stesen Bas Kajang. Restoran ini dikenali jugak dengan nama Mbak Aan & Dila.

Not bad jugak restoran ni. Makanan sedap, harga pon berpatutan. Untuk set ayam penyet aku tu RM 6.50 je. pelayan okey, restoran okey.  Sambal dia sedappp. Pedas-pedas manja tapi sekali makan, ko nak makan lagi ha gituu.

Orang memang ramai. Kalau lunch tu penuh. Kene cop meja hehe.



Sedap uols. Kena la ngan sambal dia tu. Simple je camni ha. Tapi ayam rangup dan digoreng panas-panas.Pastu apa tah yang atas macam serbuk tu, rangupp sangat. Lupa la nak add on tempeh. Macam mana aku bole lupa nak add tempeh. Nampak meja depan order alamak ruginya dahla nampak garing dan halus. Takpa lepasni akan ku ajak ayah Adra datang lagi hehehe.

Ayah Adra makan Pecel Lele. Pun sedap. Lele dia garing dan panas-panas. 

Aku tambah jugak Roti Bakar Coklat Cheese. Roti tu disapu dengan kaya + peanut butter. Atas dia letak cheese parut dan coklat rice. Asalnya nak order pisang bakar coklat cheese tapi pisang takde. Not bad la rotinya. Rasa roti bako hehe.

Air plak order air Bandung Soda Gembira & Teh Botol. Air Alpukat takde la pulak. Ngidammm hehehe.  Sebut pasal Teh Botol Sosro ni, seriyesli aku mengidam dari ngandung Adra hehe tapi biasalah tak semua dapat masa tu. Ni memang aku cuba, sedapp.


Minum ni taruk ais. Tak manis sangat pun.

Bila minum begitu je, rasa air cincau pun ada.
Kalau ada jual, mesti aku nak beli laaaa. Sedap.



Wefie la kejap ngan anak dara ni.
Sibuk main tak berenti ye kamu ni.

Lepastu kitorang pegi IOI Putrajaya pulak.
Cari barang. Round-round nampak pulak la mak pak ngan anak naik haiwan bergerak.

Alamak mana diorang naik ni. Nak naik jugakk.
Mama yg lebih hahaha. 

Bila ada anak, otomatik kita pon akan jadi keanak-anakan jugak hahahah.
Pastu nampak la kiosk dia.

ZOOMOOV namanya.

Bleh pilih segala jenis binatang kat situ. 
Ada arnab, gajah, zirafah, kuda, panda,harimau dan macam-macam lagi.
Jangan risau, anak yang bawah 5 tahun, mak @ ayah boleh naik teman anak.
Boleh tampung berat sehingga 120 kg. 


Harga pulak

1 token 5 minit - RM 10.00

Kalau nak lama sikit amikla

3 token 15 minit - RM 20.00



Best wei naik benda ni hahaha.
Rugi lak amik sekejap.
Adra pon enjoy je naik sampai taknak turun kauuu.
Ronda area situ, Hihi ayah tukang record.


Hehehe token dah habis, dia takmau turun.
Takpala suruh ayah snap satu gambo dan lain kali kita pi lagi yee Adra.

Okey tuje ceritanya.

Tengah selongkar album handphone jap memikir nak update apa lepasni.

Tataaaaaaaaaaaa