28 April 2016

Salah Handphone

Hai. 

Cerita tentang powerbank. 

Kami, masing-masing ada sebiji sorang powerbank. 

Kalau keluar kadang-kadang bawak satu. Tapi share. Malas bawak dua-dua sebab beratlah handbag aku. Hahaha. Kemudian, kami ada satu lagi powerbank. Powerbank yang satu ni bila dah tercherry baru pakai. Maknanya bila dua2 powerbank kitorang tu dah kong, baru guna yang ni. Powerbank kami ada LCD Screen. Nampakla percent. Tapi powerbank tercherry ni takda apa screen pon. Jadi nak tau dia kong, butang tengah dia kaler merah bila berkelip. Tu yang malas guna tu. Kot sesak sangat baru guna. Jadila naik sampai 50% hahaha.

Ni ha powerbank dia. Ringan. Sumbat pi lah dalam beg haha. Tapi seringan itu jugakla power dia. Hahaha.

Tadaaaa. Ni la powerbank kecemasan kami.


Eh powerbank ke iphone 6?

~






~





~





~






~





Powerbank daaaaaaaaaaaaaa. 


Hahaha.

Tu yang sampai tersilap dak apple tu.

Haritu handphone dia duduk kat sebelah powerbank ni.
Nak pegi keje, dia peginye amik powerbank hahahaha.

Dah sampai depan pintu, dia tekan apahal tak nyala.
Sekali baru prasan dia amik powerbank hahahahahahahahaha.

Bebel dia.
Lenkali janganla letak dekat2. 
Dak apple pakai iphone 6. 
Hah samalah dgn dia punya powerbank tu. Hahahaha

Tula sapa suruh beli powerbank camni.
Diri sendiri terkena kahkahkahkahkahkah.


Tataaaaaaa.

Selesema pulak dahhhh adoi.








26 April 2016

Kurma.. Cinta

Assalamualaikum dan hai.

Dalam kehidupan berkahwin. Kadang-kadang benda kecil pun bermakna. Tak perlu benda yang besar dan mahal untuk menghargai pasangan kita. Walaupun tengah makan roti yang sedap, tapi sebab teringat kat husband. Tinggal sikit bagi dia rasa. Holohhh sweet angat aih. :p :p :p

Aku selalu makan kurma. Jajan setiap hari lagi-lagi masih breastfeeding. Kurma ni kadang aku carik dan taruk dalam susu kambing. 

Setiap hari Jumaat, dak apple akan belikan aku sebungkus kurma kat tepi masjid semasa pegi Solat Jumaat. 

Balik je dah nampak plastik oren. 



Kurma yang penuh khasiat.
Untuk anak sekali.
 Carik-carikan kurma dan letak dalam botol air masak Adra.

Thanks sebab ingat ke saya. 

Sekian, entry pendek harini.

Takde mood menulis tapi mood blogwalking jewww 




21 April 2016

Sambal Sardin

Hai. Pasal makan pulak lah. Dah tengahari ni terasa-rasa pulak laparnya dah tu teringat sambal sardin semalam.

Semalam baca Blog Kak Wahida. Dia up entry pasal sardin. Terliur plak rasanya dengan sardin dia. Petang semalam hujan. Lauk sardin ni memang kena betul kalau waktu hujan. 

Ape lagi, pegi kedai beli sardin ayam brand. Balik keletung keletang masak.

Resepi alamak sama je senang.

Goreng kentang sebiji hiris-hiris.
Tumbuk cili merah, bawang putih bawang besar. Tumis2 masuk sardin,masuk kentang. Masuk kuah2 perah asam limau @ perahan asam jawa. Perasakan ngan garam. Buh bawang besar hiris. Siap. Daun bawang ada kat umah. Buh la sikit bagi ijo. 



Nyum2 3 kali tambah kalau camni hahaha.
Nak-nak ada petai. Pegh ulam petai ngan nasik panas renjis kicap.

Tapi semalam ada timun je. Pon sedap yakmattt peberet laki bini niii.

Kome suka sardin tak?



Family Goals


Perghh. :p :o

Apa perasaan korang bila orang tanya.

'ko makan perancang apa?'

Apakah peliks bila aku cakap tak makan apa2 lagi.

Anak dah setahun tak makan apa-apa?

Ya, tak.

Okey macamni. Mula-mula selepas sehari bersalin doc ada tanya, nak merancang jenis apa? Yelah baru lepas sehari bersalin, sakit lagi tak terfikir.

Aku pon tak tahu nak cakap perancang apa hahaha. Aku cakap jela tak tahu lagi doc. Natural kot. Spontan je. Terkekek doctor tu gelak.

Masa check up baby 1 bulan, barulah misi menerangkan tentang beberapa jenis @ kaedah merancang keluarga @ menjarakkan kehamilan.  Masa tu barulah tahu. Sebelum ni malu kot nak cerita tentang ni. Yelah lagipun tak tahu kan. Cuma tau la sikit-sikit sebab ada dalam kalangan family, kawan-kawan yang makan pil Yasmin / Noriday, jenis cucuk implan dan iucd. Tahu gitu-gitu jelah sebagai info.

Tapi disebabkan period teratur. Aku takdelah makan pil @ cucuk @ iucd. Apabila natural planning ni. Kerjasama antara dua pihak sangat penting. 

Bila orang cakap, Adra dah sesuai ada adik. Adra dah besar. Hahahahaha aku mampu gelak jelah. Bagi aku, aku serahkan semuanya pada ketentuan Allah swt dan Allah swt tahu bila waktu yang sesuai. Kalau diizinkan, aku nak bf Adra sampai 2 tahun. NI pun duk terfikir macam manalah nak wean off nanti. Arghh malas nak fikir. Sedih. 

Aku suka anak ramai. Dak apple pun. Adik beradik aku je sikit. 3. Dak apple 8. Mak aku 12. Ayah aku 6. 

Yang dah kahwin tu, cecite sikit. Apa yang korang guna untuk family planning? 

Info juga untuk yang bakal berkahwin dan bakal jadi ibu. 

Tataaaaaa







20 April 2016

Lucky Draw

Hai semua. Selamat petang. Sihat ke semua? Jaga kesihatan musim panas ni. Ulcer dah okey dah selepas mendapat mc satu hari. 

Pagi tadi opis aku buat AGM Kelab Sukan. Ada lucky draw. Aku pon takdela mengharap pon sebab jarang bertuah hahaha. Jadinya masa sesi lucky draw nak start, sibukla potpetpotpet nyembang ngan kengkawan sebelah. Sekali nombor aku first sekali naik. 

Tengah potpet dengar lah deme sebut nombor 102. Dua kali nombor kena panggil baru aku sedar haha. 

Kelam kabut la ke depan. 

Bertuah le weols harini sebab sebaris kitorang hampir semua dapat lucky draw hahaha. Sorang je tak dapat. Sorry kaka paghah.


Bertuahnya harini. 
Lepas testing2 lipstick Fame Matte masing-masing cantik je hihih.


Dapatla gelas ni. Thank you.
Kebanyakan hadiah lucky draw dari Ikea.
Jadila menambah koleksi sebab kat rumah pon ada dah Reko ni.
Goodies dapat towel kecik kat belakang tu.

Opkos mintak kat urusetia warna pink! Hikhikhikhik.

Sebut pasal Ikea, haritu dah pi Ikea Cheras.
Semata-mata nak makan meatball sebab lama tak makan.
Boleh cakap kat husband, ngidam ni.

Hahaha. Ngade. Ngidamla sangat.





11 April 2016

First Time!

Hai.

Haritu Adra 'mengemas' dalam bilik. Bukak laci la dia, tarik baju yang dah siap lipat sekali. Pergh bercinta mama ngan ayah nak melipat balik. Tangan laju. Normal sangat budak-budak ni dengki ngan kain baju siap lipat. Dengki sangat tau. Muahaha. Jadi biarlah nak ngemas pon, kang mama kemas balik hehe. 

Sesambil teman dia 'mengemas' tu. Bukak laci, ternampak album kahwin side husband kat Seremban. 

Rasa lama tak tengok mihmihmih. Tapi aku nak tunjuk kat dak kecik ni sebenonye. Dia tak pernah tengok gambo mama ayah kawen hehe. 


Bersungguh dia tengok album tu,
siap kiss mama kiss ayah cepat. 

Dia tenung gambar, usap-usap n tunjuk-tunjuk. 

Nasibla dia belom bercakap lagi.

Kalau dah bercakap. Maunyer dia tanya.

'Mama, mana Adra time nie????'

Jenuh mak nak jawab nakkkkkkkkk hahahaha
Sebab sepupu aku pernah tanya aku masa tengok gambo aku ngan adik pegi fun fair.
Dia boleh cakap, kenapa tak bawa Danial time ni??????????????

Hahahah


p/s : My biras preggy anak no 3. Wahh tahniah akak. Doakan kitew jugewww. Eeiuwww nyibukkk betul Hahahaha



Adra Kejang @ Sawan Tarik

Assalamualaikum semua.

Selamat pagi Isnin. Pagi ni hujan. Lebat pulak tu. Sejuk rasa.

Aku nak ceritakan pengalaman yang pertama berlaku dalam hidup aku apabila anak aku Adra, kejang @ sawan pada hari Rabu hari tu tanpa demam! Benda ni buat aku lebih hati-hati. Takut berulang lagi.

Ya, baru aku tahu kejang @ sawan ni boleh berlaku tanpa demam. Berjaga-jaga lah kita mak-mak dan apak-apak.

Pada petang Rabu, sedang aku di opis, aku dapat panggilan dari adik aku. Dia menangis. 

'Kaklong, mak ada call ko ke bagitahu apa-apa? '

Aku yang mula rasa tak sedap hati terus je cakap, '

'tak ada. Kenapa? sapa aku.

'Anak ko long, Adra kejang tadi. Dia tengah duduk main, tetiba pandang bawah terus kejang. Aku bawak dia dalam bilik air basahkan muka dia, basahkan badan dia. Tapi dia tak sedar. Bibir dia biru. Wafi suruh basuh dengan air beras, aku tepuk-tepuk dia, baru dia sedar. Pagi tadi dia cirit-birit. Merengek je. Minum air banyak tapi banyak jugak air keluar masa cirit. Ni abah bawa pegi hospital.

Aku rasa macam tersentak kejap. Aku hanya mampu cakap, anak aku kenapa? Aku balik skarang. Nak dail nombor dak apple pun aku rasa lupa. Aku pegang hp tapi aku blur. 

Takde fikir ape dah. Aku mintak izin dekat CC nak balik. Capai beg, capai beg pam. Zupp aku balik. Dak apple pun balik. On the way tu adik lelaki aku asyik call je. Adra nangis ni katanya. Tapi jangan risau. Adra okey dah. Tunggu blood test ni. 

Lega sikit hati tapi gundah gulana dia tu hanya Tuhan yang tahu.

Dapat pulak gambar ni dari pakcik aku kat whatsapp group. Lagi meruntun hati. Tapi mereka nak bagi aku bertenang. Hati-hati balik. Jangan terkejar-kejar.


Adra didukung paksu


Adra okey katanya, nangis ni ha marah masa nak ambik darah. 
Sedih rasa hati ni dengar.

Baru nak sampai umah, Adra dah boleh balik.
Result blood test semua okey. 
Doc bagi air garam, ubat demam jika dia demam.

Kesimpulannya Adra dehydrated
 sebab cirit-birit dan itulah punca dia kena sawan tarik.

Sampai je umah, dia terus nangis nampak aku.
Ayahnya tak sampai lagi.

Ape lagi, aku peluk dia. Dia pun macam penat, letih.
Rupanya lepas kena sawan tarik ni, badan dia penat.
Aku urut-urut dia. Susukan dia. 

Alhamdulillah malam tu dah okey dan aktif balik.
Cuma cherry berry dia tu ada lagi.
Bagi minum air garam, minum air masak. 

Air garam lah bercinta nak bagi sebab dia dah pandai rasa.
Air masak takde masalah sebab fav dia air masak isi dalam botol kartun dia tu.

Alhamdulillah sekarang semuanya dah kembali normal.
Semoga Allah swt melindungi anak aku.
Terima kasih buat keluarga aku yang cepat buat tindakan pantas.
Dahla time tu mak aku tak ada kat umah. 
Ada adik perempuan aku dan ayah aku je.
Nasibla adik perempuan aku baru je tengok budak kena sawan kat klinik.
Tu yang dia bertenang bawak pegi basahkan badan Adra.
Terima kasih buat doctor dan nurse yang merawat Adra. 

Terima kasih buat kawan-kawan yang bertanyakan khabar.
Aku harap semoga ini jadi yang pertama dan yang terakhir.
Sebelum ni dia demam pun tak penah kena sawan tarik ni.

Tapi itulah, kalau dah nak kena. Takde sapa boleh halang.
Ditambah dengan cuaca yang tak menentu sekarang ni.
Risau.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ini aku google.

Blog Nina Mirza. Tq Sis

APA ITU DEMAM SAWAN TARIK?
Demam yang berlaku apabila suhu melebihi 38c
Ianya berlaku pada hari pertama atau kedua demam
Umur antara 6bulan ke 6tahun berkemungkinan boleh mengalaminya.

PUNCA
Antara punca dan sebab musabab baby boleh kena demam sawan tarik. Ada banyak style bergantung pada individu. Antaranya
– demam suhu tinggi (ada kes demam tak tinggi juga boleh terjadi)
– ada jangkitan dibahagian atas saluran pernafasan atau telinga (otitis media)
– pernah terjatuh dan cedera dalaman terutama bahagian kepala. Mungkin berlakunya pendarahan dalaman.
– cirit birit berterusan sehingga baby dehydration ( kekurangan air, garam galian dalam tubuh badan)
– cuaca persekitaran yang panas melampau. Contohnya ruang bilik yang panas walaupun ada kipas tapi tiada udara keluar masuk – tingkap.
– kekurangan oksigen. Contohnya baby berada dalam kereta pada waktu yang lama walaupun air-cond on.
– kekurangan gula dalam badan. Baby tak mau makan, tak mau minum.
– menangis tanpa henti hingga kebiruan. 
– tercekik sesuatu dalam mulut
– genetik. Ada antara family yang punya sejarah pernah kena sawan tarik. 

TANDA
Antara tanda dan simptom baby kena demam sawan tarik. 
Ini adalah tanda dan kemungkinan salah satu simptom pun boleh diklafikasikan sebagai sawan tarik.
– kekejangan anggota badan samada kaki, tangan atau kedua-duanya atau juga sebelah anggota.
– mata putih ke atas atau pandangan satu arah tanpa sedar. 
– mulut kebiruan permukaan dan lebih parah jika kuku tangan dan kaki juga kebiruan.
– mulut mengeluarkan air liur
– ketap gigi, gigit lidah tanpa sedar
– badan mengigil
– badan/ tangan/ kaki sejuk
– kaki dan tangan mungkin bergongcang tanpa rangsangan
– mungkin terjatuh dengan sendirinya
– tidak dapat mengawal air kencing
– ketara baby tak sedarkan diri. Tertidur dan tidak sedar diri seketika. No respond bila nama dipanggil. Apabila terjaga, juga masih binggung seketika. Kemudian aktif semula
– meracau-racau

TINDAKAN
Tindakan yang perlu diambil
– bertenang jangan panik!
– bawa baby ke tempat yang luas. Jangan kerumun. Baby perlukan oksigen dan ruang udara yang secukupnya. 
– segera bukakan baju dan seluar atau longgar butang baju.
– segera mengiring kan baby. Sebaiknya ke sebelah Kiri.
– jirus baby dengan air paip (suhu normal) bermula dari kaki ke kepala. Atau tap-tap dengan towel basah.
– jangan goncangkan baby atau tepuk kuat-kuat. Cukup sekadar usapan dan panggilan namanya.
– jika dalam mulut baby ada apa-apa (makanan atau air liur) keluarkan. Jangan biarkan baby telan air liurnya. Kemungkinan mengakibatkan baby tercekik, tersedak, jangkitan paru-paru atau asthma) 
– segera bawa baby ke hospital atau klinik berhampiran
– selepas baby sedar, kemungkinan baby sangat mengantuk sebab penat. Biarkan baby tido seketika tapi kerap kejut untuk baby memberi respond. Takut baby terkena lagi semasa  tido. 


RAWATAN
– Setelah baby sedar, segera bawa baby ke klinik berhampiran atau terus ke emergency hospital
– pihak hospital akan periksa kondisi baby dan memberi rawatan sewajarnya
– mungkin baby akan tinggal dihospital untuk rawatan susulan dan andai ini merupakan kes pertama baby.
– ibubapa perlu persiapkan diri dengan pengetahuan tentang demam sawan tarik ini untuk penjagaan kemudian hari. 
** sentiasa pantau suhu baby
** pastikan baby punya ruang udara yang cukup.
** pastikan ubat-ubatan yang diberi pada baby mengikut dos
** periksa klinik berhampiran tempat tinggal samada mereka ada sediakan ubat untuk berhentikan sawan segera. Tak semua klinik ada. (Kalau tak de, akan melambatkan lagi sebab kena pula rujuk dan bawa baby ke hospital.) 
** latih ahli keluarga yang lain cara-cara dan tindakan yang perlu diambil bila kejadian berulang.



INFO LAIN YANG IBUBAPA PERLU TAHU

Soalan wajib yang pihak hospital perlu tahu semasa baby menerima rawatan
So, ibubapa siap sedai alert akan beberapa situasi semasa kejadian.
Bila terjadi – masa/suasana/tempat kejadian
Adakah baby demam semasa kejadian, dah berapa hari dan ada sakit lain (selsema, batuk atau sebagainya)
Berapa suhu baby semasa kejadian
Baby sedang buat apa
Berapa lama jangkamasa baby kena sawan tarik. Kurang 3minit  / lebih 5minit atau lebih lama lagi
Bagaimana keadaan sawan tarik yang baby alami. (kejang tangan atau kaki, biru atau sebagainya) – rujuk TANDA di atas
Berapa jangkamasa yang baby perlukan untuk sedar diri selepas atau sebelum rawatan
Apa rawatan atau tindakan yang telah diambil
Keadaan baby selepas sedar diri. (mengantuk /  terus aktif / binggung atau tidak bermaya langsung)


JANGAN Jangan Jangan
– masukkan benda asing (sudu / jari atau apa-apa sahaja) ke dalam mulut baby semasa baby terkena sawan tarik 
– tinggalkan baby bersendirian
– gongcangkan baby untuk sedarkan
– teruskan masukkan ubat demam kat mulut baby semasa baby belum sedar. (selepas baby sedar, baru beri ubat demam)
– JANGAN PANIK! tapi Nina lah yang panik semasa pertama kali baby Eilhan kena…..

Bolehkah ianya berulang?
YA! 30% demam sawan tarik ini boleh berulang. Ini kerana otak dan badan  baby dah sensitif  dan amat peka pada suhu dan juga keperluan oksigen ke otak.

Adakah ianya akan mengakibatkan kecacatan otak?
TIDAK!  — – – – KECUALI – – – —–
apabila sawan tarik ini berlaku melebihi 15minit. Sebab itu, harus ke Hospital sesegera utnuk rawatan selanjutnya

Adakah ia boleh mengakibatkan epilepsy?
Hanya segelintir kanak-kanak yang mendapat sawan demam berulang-ulang dan berpanjangan berkemungkinan mendapat epilepsy. 
Sentiasa rujuk pada pakar.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Semoga info ini memberi manfaat kepada semua. 





06 April 2016

Pipi Merah

Hai semua.

Korang dah lunch ke. Harini aku lunch ngan opismet, adoi memang tak terlalu rasanya nak makan sebab ulcer ni. Tapi rasa kurang la berbanding Isnin dan Selasa. Oral aid pon dah nak abih dah aku letak.

Musim panas ni kan. Kena lebih minum air.

Musim panas ni kalau kita orang dewasa ni panas sikit tu memang boleh je tahan lagi. Tapi paling kesian bebudak la especially baby. Tahun lepas bulan 3-4 aku masih dalam pantang, mak ai memang panas la citenye. Memang anak beranak kena ruam panas @ heat rash tu memang mengteip-ngetip. Letak tepung ubi, calamine lotion. Ditambah lak orang dalam umah minum air ais siap keleting-keleting bunyinya ais tu eii geram je rasa tapi buat pekak je la. Haha pastu mintak dak apple minum depan aku, aku nak tengok je pun jadila. Haha

Tapi tu tahun lepas, tahun ni lagi panas dek fenomena el nino ni.

Padang belakang opis aku dari hijau skang dah coklat dah.

Pagi-pagi tengah bersiap pegi keje pon berlaku perpeluhan. Sampai opis naik tangga plak tingkat 3, memang sampai atas je berpeluh la hahaha. Takpela senaman tu.

Haritu Adra kena merah-merah kat pipi. Mungkin cuaca terlalu panas. Sampai pipi dia jadi merah-merah macam omputeh kena sejuk.


Merah-merah pipimu anak.
Tapi dia tak nangis tak garu ke apa.

Elok je main. KItorang yang duk risau nape lak macam kena penampau pipi kamu ni Adra. Aku wasap mak aku. Mak aku cakap dia tak tahan panas tu.
Dah bukak baju, seluar tinggal diapers je baru la merah tu beransur hilang.
Macam heat rush jugak kata Doc Faiz.



Tediaaa aih. Panas-panas ni memang ni je dress up dalam umah.
hahahaha. 

Kadang-kadang sampai leher dia pon naik merah. 
Sian tengok. Kena pasang air cooler tu kekuat skit barula lega.

Sambil tu dia main, dia melukis conteng-conteng 
Nasibla dinding umah lepasni jadi pelukis macam mama kecik-kecik dulu.
Masih ada lagi almari yang mama conteng-conteng dolu. Hahaha.


Okey, sekian sahaja coretan hari ini.

Anak uols ada yang tak tahan panas begini? 




Skirt dan Bag Cantik!


Hai semuaaa. Salam pagi Isnin. 

Harini eka nak share ngan korang semua website shopping yang best untuk cari skirt, blouse dan aksesori cantik-cantik lagi-lagi fesyen muslimah. Korang pon mesti kaki shopping online cam eka kan hahaha. Kalau sapa kaki online tu sepp sikit hikhikhik. Kadang-kadang sampai lupa apa yang kita beli hihi.

Pantang la kalau tengok website baru, cantik, murah dan berkualiti, laju je klik add shopping bag kan. Hehehe.

Memang suka la camni. Lagipun memang sekarang banyak website shopping muslimah fesyen tapi nak cari yang betul-betul terbaik tu susah jugak kan. 

Ha ni dia, ZOLACE MALAYSIA. Mesti pernah dengar kan. 



Cantik-cantiknya dia punya tops, dia punya skirt, dia punya dress, handbag lagi. Arghhh buat cair hati ini dan gatalnya tangan nak beli semua. Hihihi. Harga pon not bad. 

Eka pon try lah ambil 2 items. Stop and Stereo Skirt in Dark Peach dan Any Time Any Day Bucket Bag in Brown

Sampai-sampai je waaa cantiknyeee. 


Cantik kan skirt Stop and Stereo Skirt Labuh ni.
Labuh dia just nice. Material dia sejuk je. 
Dan paling best, skirt ni menampakkan iols slim la haha. Kan kan. 
Walaupun pipi dah naik tu takpe sebab husband suka. Haha.

Skirt ni pakai dengan tops, memang sesuai.
Boleh bawa pegi office, boleh juga untuk santai-santai.
Yang penting sopan dan loose.

Handbag tu pon dari Zolace jugak
Cute dan comel je. Boleh buat gaya macamtu. 

Ataupun macamni. 




Ada banyak lagi warna. Ada black,cream dan fuschia.
Eka ambil brown sebab memang suka warna-warna handbag kaler macamni hehe.
Cute comel je nak bawa pegi shopping. 

Sekarang ni ada sale tau untuk handbag. 
Normal price dia RM 99.00 tapi sekarang RM 59.00.
Fuhh tak ke murah tu. hehe.

Kalau korang berkenan dengan skirt dan handbag macamni, 
boleh la cepat-cepat ke Zolace



Berita baik jugak untuk Pembelian Pertama.
Ada sale RM 10.00 off! 


Cepat-cepatlah register. 

Then, kalau korang beli dan share OOTD di Insta, 

Hashtag #zolaceootd 

dan pastikan insta korang tu public senang Zolace nak tengok.

Lepastu boleh guna credit tu untuk shopping di Zolace
Menarik betul.

Rasa macam nak beli lagi dan share OOTD lagi je ni hahahaha.

Untuk update terkini, boleh terus ke 

Insta Zolace    

Facebook Zolace 

  Website Zolace 



Happy shopping uols







05 April 2016

Blog 6 Tahun. Nak Give Away Tak?????

Hai hai hai.

Selamat pagi semua.

Rupanya dah 6 tahun blog ni ditubuhkan. Lupaaaa hahahaha. Tak perasan pulokk.


Kiranya aku start buat blog ni pada 1 April 2010. 

Entry pertama kedua ketiga yang very the hauk. Hahaha.

Tapi jangan risau, segala entry merepek meraban sampah sarap semua dah takde kahkahkah. 

Malu kot baca yang lelama eiuwwww.

Sebenarnya banyak cabaran dan dugaan sepanjang aku berbelog ni. Mula-mula rasa macam taknah ah taruk muka. Tapi tak bolehhhhh. sekurang-kurangnya korang kenal aku kan. 

Dulu punya zaman blog kan, menarik. Meriah. Tak caye tanye kak Tina, Kak fad (where are you now?), Kak Eza dan lain-lain. Rajin join GA, rajin buat kunjungan berbalas, tapi selepas beberapa tahun ianya mulai malap dan aku pernah membiarkan blog ini beberapa ketika sebab takde cite nak update.

Tapi entahlah, tak lama pun kendian aku mula aktif balik. Aku sedar aku hanyalah blogger picisan atau bahasa pasarnya blogger kecil-kecilan yang hanya menjadikan minat menulis sebagai tujuan asal aku berblog.

Aku mula berbelog dari zaman anak dara, bujang, sampailah dah ada anak sorang, masih ada lagi yang setia membaca blog aku. Aku terharu. Meh la pelukssss (pompuan aje hoccay!! ) 

Terima kasih semuaaaa. Terima kasih juga pada yang mempercayai saya untuk review produk anda. Jadi pendapatan sampingan untuk saya. 

Dan juga, kome nak ke join GA iols? Ada idea tak nak buat GA tentang apa?. Buntuuuuu. Hahahaha.




04 April 2016

Adoi, NIKO NIKO ni!

Hai.

Korang pernah tengok Niko-Niko Handbag? 

Yang ni. Dari SOMETIME 



Aku first time tengok kat IG Jihan Muse ngan Sharifah Sakinah. Yang tu regular Niko-Niko. Omg lawa kottt. Haihhh dah tu boss aku pon beli jugak. Apesal la aku lambat tahu pasal Niko-Niko ni. Hahaha bikin panas.

Asyik tote bag, shopper bag je. Sekali sekala tuko la bucket camni pulak.


Cantiknya. #saiatakuadawaaaaa

Aku nak semua ni boleh ke hahahahahahaha.

FITAMBANGUNBALIK

Hahahaha

Sekarang ni diorang buat preorder Niko-Niko Mini.


Cantiknyaaaaaa.

Tapi tapi tapi.

Aku taknak yang mini.
Nak yang regular.

Bila laaaa Sometime nak keluarkan semula ni.



Sepetang di Port Dickson

Hai.

Oleh kerana aku pon tak brapa nak bercakap harini disebabkan ulcer, makanya harini nak berblogging je. Oral aid lah penyelamat dikala sakit ni. Bengkak bibir. Weekend baru ni aku balik umah in law. Lama tak balik, lagipun minggu lepas in law takde, pi Singapore. So minggu ni baru balik sana.

Sampai-sampai je, alamak mil takde plak. Abang ipor aku bawak pi Petrosains. Fil pulak pergi mancing. Pandang muke ayah adra, adra pandang ayah, mama pandang adra. Jom, mandi laut. Wihuuu hahaha. Maka ke Port Dickson la kita. Tak jauh pun dari Seremban kan. Ayah Adra siap dah bawak baju, Adra punya baju pon. Aku je bijak sangat tak bawak baju seluar. Haha padan muka aku. Menung je tengok deme dua beranak mandi. 

Haish, lupa. 

Port fav tentunya kat Blue Lagoon. Last pegi sana masa pregnant Adra 4 ke 5 bulan tak hingat. Hoho. Klik Sini. Masa tu dak apple ada cakap, nanti nak bawak baby kita mandi kat sini. Tula menunaikan hajat dihatinya nak bawak anak kesayangan pi mandi laut. 

Sampai-sampai hari agak panas lagi. Takpela. Kita minum dolu. Agak tamak jugakla aku order air sampai 2 sebab panas. Haus.


Sedapnyaaa ayo nyor ni ha. Takpayah ais-ais. 
Minum begini je lagi banyak khasiatnya hehehe.
Dah setahun tak minum. Balas dendam aaa.


Kihkihkih muka masam nak turun. Nampak laut.
Yesaited betul la dak kecik ni. 
Asyik tunjuk tunjuk dan sebut waaaaaaa. 
Dah redup barulah kita main air. Yayyy.


Hihihi suka betul dia. Sengih kerang dia tu.
Gigi takde lagi, nampak gusi jela hehe.
Seronok betul dua beranak ni mandi.
Padan muka mama tak bawak baju salin.
Sluar aku memang basahla sampai ke lutut haha.
Nasib pakai jeans. Tak nampak sangat warna dark.
Jeles betul tengok berdua ni main pasir main air.
Grrrr

video

Siap merangkak dalam laut lagi kamu ye hehehe
Eh korang nampak ke video aku upload ni?
Sebab aku boleh upload je tapi tak boleh nak play.
Kene blocked hahahaha


Mama comel sangat tu sebab kene tempek dengan bunny hahaha. 
Biarlah nampak dagu jer. 
Seronok mandi kat sini. Kalau air cetek tu memang best bawak budak-budak.
Jangankan budak-budak je suka, bapak budak mak budak pon suka.
:p


Okey senja pon dah nak berlabuh. 
Jom kita balik.
Manja betul dengan ayah.
Mama dipandang sepi hiuhiuhiu


Hampir senja. 7.02 pm

Mama tak puas hati lagi sebenarnya ni tak dapat mandi laut.
Kahkahkah. 
Akal nak ajak ayah Adra pegi mandi laut lagi.
Tapi nak Pulau Perhentian. Hahahaha

Babaiiiii







01 April 2016

Happy Birthday Abah

Hai.

Harini 1 April merupakan ulang tahun kelahiran abah aku yang ke 55 tahun. Semoga abah sihat-sihat selalu, semoga abah panjang umur, dimurahkan rezeki. Sesungguhnya kaklong masih tidak puas membalas jasa-jasa abah buat kaklong dan adik beradik. Semoga mak abah bahagia hingga ke syurgaNya.

Setelah aku punya anak, barulah aku faham betapa kasihnya seorang ayah kepada anaknya itu tidak berbelah bahagi, buat apa sahaja demi anak-anaknya biar susah dan senang sekalipun. 

Aku, sulung yang manja.

Yang sulung, istimewa. Kerana cinta pada yang sulung adalah cinta yang pertama. Hihi

Abah, selalu memanjakan aku.

Terima kasih abah.


Mak abah ni LOVE BIRD

Masih berdua-duaan kemana-mana. 

Ada mak adalah abah.

Sayang mak dan abah.