31 May 2016

Menjelang Puasa

Assalamualaikum dan hai.

Lagi 5 hari je kita nak menyambut puasa. 

Tahun lepas, seronoknya aku still unpaid leave masa puasa. Best betui hahaha. Duduk rumah jadi full time house wife. Tunggu husband balik berbuka kalau takde kelas, ada anak menemani. Pastu kadang berbuka kat luar, kadang balik umah MIL, weekend balik umah mak ayah aku.

Masak lauk2 fav husband aku untuk berbuka n bersahur. Bersahur biasanya memang aku masak lauk baru. Kadang dengan lala masak sambal pon jadik hahaha bagi semangat sikit husband bersahur. Kalau tak mengantuk je aku tengok dia bersahur.

Time nak berbuka plak tekak ni macam-macam teringin. Buatla puding-puding, buah melaka, donut. Sambil-sambil berbalas pinggan ngan jiran depan umah. 
Kalau malas pon, beli sajerk la hehe. 

Untuk tahun ni, first puasa kat umah mak aku. Kitorang apply cuti siap-siap nak sambut puasa. Biasanya first puasa tu teruja dia lain sikit kan. Nak berkumpul ramai-ramai. Penat dia pon lain sikit. Tahun ni still berpuasa sambil breastfeeding. Nak pam lagi. Harap aku kuat dan tak jadi menggigil macam tahun lepas. Yela tahun lepas badan tak berapa kuat lagi. 

Minggu kedua puasa nanti inshaAllah balik umah mertua pulak. 

Nanti kita share jadual mengepam di bulan puasa bagi ibu-ibu yang mengepam. 

Okey tu je.

Selamat menjalani ibadan berpuasa dan selamat menyambut Ramadhan semua.







30 May 2016

Kenduri Di Teluk Kemang, Port Dickson

Hai semua. 

Selamat hari Isnin. 

Minggu baru ni, kitorang semua pegi Teluk Kemang menghadiri kenduri kahwin sepupu sebelah husband. Kenduri menyambut menantu. Masa kenduri sebelah perempuan, Kat Felda Bilut tu kitorang tak pegi. So, attend yang ini. Ingatkan selepas kenduri, kitorang nak stay kat PD, tapi lupa plak cuti skolah dah mula. Maklumla takde anak skolah, tak alert langsung cuti sekolah. Memang berangan jela nak stay kat PD sebab hotel semua full booked!

Jalan-jalan jelah kat sana. Pastu balik Seremban semula.

Jom tengok gambo jelah ya. Hehehe


Muka macam bosan je mama snap gambar dia. Hahaha.
Sebenarnya baru bangun tidur ni.
Rumah ni unik dengan warna cat dia. 


Anak dara kesayangan ayah. Ayah betul2kan baju dia, rambut dia.
Mama dapat ikat satu je pokok nyor atas kepala tu.
Tak berdiam.


Ni unik. First time aku tengok telor ni cucuk-cucuk kat batang pisang.
Tradisonal sangat hehe. 
Rupanya ramai je yang masih buat lagi amalan ni selain daripada beri goodies bag.


Lauk kenduri ada ayam masak merah, ikan sembilang berlado,
kari daging, kacang rendang samo hati,gulai lomak labu,
ulam-ulam, cencaluk, sambal belacan.


Ada makanan sampingan gak.
Kuih cakoi, kuih cakoi inti kacang merah, kentang pusing,kaya ball.
Maruku,aiskrim Malaysia, teh tarik.


Amboi kemaen lagi anak dara ni.
Ni dia tengah menjeling pakwe kat dalam rumah tu hahaha.


Ni ha pakwo tu. Adrian tak silap namanya.
Main ngan Adra. 


Selamat pengantin baru Zizi dan Leeya.
Semoga berbahagia hingga ke syurga. 

Balik dari situ, pi jalan plak. 
Singgah makan kat King Char Kuew Tiow.
Rasa so so jela hehehe gambo takda. Takdan snap.

Dah makan, pegi Pantai Cahaya. Kebetulan ada Pesta Laut.
Memang meriah kat situ.
Siap jumpa Projektor Band plak. Tengah practise untuk konsert pada waktu malam.

Tetibe.

Saiyangggggggggggggggg!!!
Aku kau lupa, aku kau luka tanpa kau sedar!!!!!!!!!!!!!!!!

Hahaha lagu yang sungguh popular dari kenduri kawen tadi sampailah kat pesta laut ni.


Hehehe seronok sangat anak dara ni.
Siap tunjuk-tunjuk. 
Walaupun kejap-kejap merengek
 sebab tak selesa gigi 3 batang nak tumbuh kat bawah tu. 
Letak oral aid baru dia okey.



Hehehe nak berjalan je kejenye test kaki.


Tu dia nampak, orang baru dapat kaki.
Kehulu kehillir dia berjalan. Terjelepok jap.
Bangun semula.


Kat Pesta Laut tu ada gerai-gerai jualan.
Sempat beli kasut Adra.
Comel plak. 

Kaki Adra saiz 14 tak silap.
Tapi tak ada saiz 14, amik saiz 16.

Bole pakai lama skit kan. 

Okey tu je untuk harini.
Esok update lain pulak.
Tata Titi Tutu








26 May 2016

Shinjuku Caramel Baked Secret Recipe

Assalamualaikum dan hai.

Pasal makan lagi lah ya. Hahaha. Seronoklah nak share makanan sedap kat kome.

Haritu pegi Secret Recipe. Kat depan opis aku ni ada Secret recipe, pizza hut, chatime dan juga Cafe-cafe Hispter. 

Kadang-kadang boring nak lunch, pegi la makan dessert jap.

Aku order Shinjuku Caramel Baked. Harga RM 12.80.

Sedapnyaaaa. 


Shinjuku Caramel Baked

Emmm Sedap.
Macam toast kot. Rangup kat atas, soft kat dalam.
Tapi kalau ikut menu tu katanya Lightly Buttered soft cake,
drizzled with caramel sauce,sprinkles of macadamia,
2 scoops vanilla ice cream, adn whipped cream.



Dap dap.
Nanti boleh order lagi.



Lepastu order spaghetti carbonara.
Licin aku belasah.

Crispy meat tu opismet aku habiskan sebab banyak sangat.
Hehehehe

Okey, tujelah.

Oh ya, masuk opis harini, geram je rasa.
Kadang kita ni dah habis humble dah, tak kacau orang, tak usik keje orang
 tapi ade je yang tak puas hati.

I dont know why.

So, kita buat derk je. 

Dari lubuk hatiku yang paling dalam,
aku malas la. Malas. 
Takde jiwa kot kat sini disebabkan segelintir orang-orang.

Nasibla masih ada yang memahami dan sehati sejiwa
Love uolsssssssss.

Arghh melalut.
Sambung keje. 




25 May 2016

Memasak Adalah Terapi

Assalamualaikum dan hai uols.

Kenyang rasa harini dah makan memacam.

Harini cite pasal masak memasak pulak.

Biasanya weekend memang aku masak je kat umah kalau tak keluar.

Hari Ahad je pegi pasar minggu.

Apakah rahsia saya dapat membeli ikan,udang,ayam dan sotong dengan hanya membawa RM 5?

Rahsianya saya bawak suami saya. 

Gitew hahahaha.

So, hari tu aku beli ayam. Dekat gerai ayam, ada bontot ayam @ tongkeng ayam. Sekilo RM 8.00 tapi beli setengah kilo RM 4.00. Tu pon lenguh gakla balik umah memprosesnya. :p

Kemudian, dak apple nampak plak pucuk paku. Dia tak cakap nak. Tapi dia akan cakap eh tu ada pucuk paku. Masak sambal sedap tu. 

Aku pon, eh masak sambal? selalu tumis la tak pun buat kerabu ke gulai lemak ke, rebus ke makan ngan kuah pecal. 

Dia kata mak dia masak sambal. Ooo okey.

Maka, terjadilah masakan-masakan ini :,


Ayam masak bali. Nampak macam masak sambal lak tapi rasanya serius lain.
Mungkin aku perlu lebihkan kicap. Rasanya osem sangat.
Dak apple cakap sedapppp.
Rasa macam rendang tapi tak. 
Bau serai dan daun kari sedap.

Resepi daripada blog Pak Cik Mat Gebu



Bont @ tongkeng ayam
Kene siang untuk buang salur kuning dia tu. 
Pastu aku gaul je ngan rempah serbaguna Norainis.
Sedap. Cicah sos takpun cicah ngan kuah ayam masak bali tu. Dap dap


Pucuk paku tumis ngan cili,bawang putih,bawang merah dan ikan bilis.
Tumbuk semua, tumis. 

Makan dengan nasik panas, tambah 3 kali.

Hahahahahahahaha

Bye, jumpa next entry. Pasal makan lagi. 


24 May 2016

Happy Birthday To Me~

Assalamualaikum dan hai.

Haritu 22 Mei, birthday aku yang ke 19. Uwekkkk muntah. 
#sembilanbelaslasangat #dahtua #sikitlagiumur30 


Alhamdulillah. Terima kasih atas doa-doa semuanya. Tak menyempat lagi nak balas segala ucapan kawan-kawan di FB.

DI usia ini, punya anak dan suami, punya keluarga kedua-dua belah yang menyayangi,punya kerjaya. Punya ramai kawan-kawan yang selalu ada. Allahuakbar. Nikmat mana lagi yang mahu kudustakan.

Takda sebarang kek. Tak teringin plak makan kek. Hihih. Tapi husband belanja kite makan shell out. Makan pon awal sehari. Tetiba je ajak keluar makan. Siapla mama, katanya. Aku je terhegeh-hegeh nak siap sebab main ngan Adra. Masa tu kat umah mak aku. Dak apple offer nak makan pape cakap jela. Yayy. Nak try lah makan shell out kat sini.

Dahla tak booking. Main terjah je.





Unexpected celebration
Kalaulah dak apple cakap awal-awal nak belanja kitorang makan.
Haih mau aku order yang set besar hahahahaha. 



Gambar blurrrrr.
Kitorang ambik yang set ni sebab adik aku tak makan ketam.
Nampak macam sikit je. Tapi banyak wei. Lala dia banyak.
Udang dia pon banyak.


Puas makan.
Dapat nasik putih dan air free. 

Mak ayah aku sampai lambat. Beli barang dolu.
Marah mak aku sebab gambar ni nape mulut mak senget long ko snap.
Hahaha sorry mommy. Mommy tetap beautiful.
Kemaen ya mak buyong tu.
Adik aku dah nak bersalin dah. EDD 2/7/2016 nanti.
Mohon dipermudahkan ya.

Okey tujelah cerita birthday.
Apelah agaknya hadiah aku dapat tahun ni.
Hahahahahahah.


Ok, babai.




Ear Pick Berlampu

Assalamualaikum dan hai semua. 

Okey harini nak cerita pasal satu benda baru. 

Tadaaaaaaaa


Flashlight Earpick
@
Pengorek Telinga Berlampu

Pertama kali aku tengok benda ni masa kat group FB, lupa apa namanya. Ramai yang nak beli kan. Senang nak korek telinga kekdahnya. 

Haritu masa pegi keda Eco RM 2.00 tu, nampak la pengorek telinga ni. Macam best je. Beli la satu. Balik rumah test, pergh senang gila nak buat kerja-kerja melombong hasil telinga. Memang nampak la segala habuk dan kedalaman telinga anda. 

Yelah telinga punya hasil tu kan banyak jenis. Ada yang berhabuk ada yang hard ada yang soft. Jadi senang la. Takdela nak tercucuk ke apa kan. Lagipun kalau guna cotton buds, nanti kang lagi termasuk ke dalam hasil-hasil lombongan tersebut. Ya Allah apa aku cerita ni.............................

Hahahahahaha

Yang jenis hard senang la guna ni. Yang soft tu kureng sikit haha.

Nak korek telinga anak pun senang, Adra diam je sambil pejam-pejam mata feeling kena cuci telinga dia tu. 

Kalau korang nak beli, boleh cari kat kedai Eco RM2 tu. Kat bahagian baby tak silap. 

Tempat lain pon ada kot. Cuba la korang try tengok-tengok.

Okey tu je sekian.

Entry lain akan menyusul jap lagi. Tengah tunggu dominos pizza bukak ni. Boss belanja hahahahaha. Ternak lemak hari-hari.

Dadadadadadada



23 May 2016

Dapat Kaki

Hai semuaaaa.

Selamat hari Isnin. Bersua lagi kita pada pagi ini.

Harini nak story pasal anak dara lagi. Yelah pasal dia jela banyak. Pasal mak ayah nak cite apa pun tak tahu hahaha. 

Adra dapat kaki masa umur 1 tahun 2 bulan sekali dengan pakej tumbuh gigi. 

Ni dia dah test kaki je, berlari je kejenye. Jenuh mama nak kejor. Seronok hihihi. Terkedek-kedek jalan. 

Kadang macam tak seimbang pon ada. Maca terhoyong hayang sebab nak ingat step. Takpa Adra, practise make perfect. Mama suka nak kejar awak supaya mama boleh slim dan kurus macam anak dara. Hahaha.


Lari Adra lariiiiii. Hihihi.

Tangan tu tetap terangkat hehehe.

Dengan kasut bunyi coit coit coit dia tu.

Seronok betul dia. Asyik testing nak jalan je. Zara lak suka menyakat.
Sekali lalu je. Adra lalu dengan jalan robotnya. Zara cuit skit, terjatuh Adra.
Hahaha sian anak aku. 

Okey tuje, jap lagi kita sambung entry lain plak ye.

Tatatata



18 May 2016

Kasut VINCCI ALL RM 15.00 Sale Di 11Street.my

Hai semua.

Ni berita baik harus di war-warkan.

Korang yang suka Vincci tu, Boleh la beli kasut sekarang ni kat 11street.my

Gila murah.

RM 15.00 jer

Aku memang suka beli kat vincci sebab kat situ je ada saiz aku hahahaha

Flash Sale

Sale start setiap hari pukul 11.00 am.
Bila stock habis, dia off sale tu.
Esok dia bukak balik.
Sampailah 22/5/2016 nanti.

Semalam aku dah beli hehehe.
Harini dah sampai.


Kaki godang saiz 9

:p


Okey ada lagi 20 minit. Siap sedia ya.
Nak grab flat shoes plak hehe ke wedges ke.


Jomm



17 May 2016

GIGI Ngeeee

Hai.

Salam hari Selasa. Semalam busy lah. Tak dan nak blogwalking etc. Buka kemain banyak new tab. Dahnak pukul 5 baru ada waktu senggang. Jadi closed la semua.

Saje je nak cite. Adra dah tumbuh gigi. Finally. Hahahaha. Nightmare is coming. Ah coming menda, memang dah kena pun :P :P :P

1 tahun 2 bulan baru tumbuh. Baru sebatang dan lain-lain nampaknya bakal menyusul. Sebab dah nampak bayang-bayang.

Walaupun Adra lambat tumbuh gigi, tapi dia cepat dari segi lain. Faham arahan, cepat je dia tangkap. Adra, ambik handphone mama, ni masukkan dalam kotak,handphone ayah mana,bedak,seluar baju. Salam, cium, senyum. Nak apa-apa dia akan tunjuk dengan jari tunjuk dia tu sambil sebut, niiiiiiiiiiiiii. Kalau taknak, geleng kepala.

Skang da pandai sebut ayah,mama,nak ni,azan dan juga bahasa jepun,jerman,spanish. Haha.

Bab berjalan plak,baru dapat step. Jauh jugak dah jalannya. Yang peliknya umah neneknya nak plak dia berjalan. Kalau umah kitorang adoyai jenuh suruh taktih dia taknak. Nak merangkak gak. Balik umah uwan atok pon taknak jalan nak merangkak je. Bertuah betui. 

Sekarang dia dah nak dengan orang. Dah makin besar kan. Dulu kalu, matilanakkk dia langsung taknak dengan orang melainkan dengan mama atau ayah. Kalau kat umah neneknya, dia nak ngan paksu dia, makngah dia. 

Kalau ada baby ke atau yang baya-baya dia ke, cepat je dia mesra. Cuit-cuit, senyum. Dan ajak main. 

Manja pulak tu dengan ayahnya. Tengah-tengah main, ayah datang terus peluk ayah. Ayah tengah baring, dia datang terus kiss ayah. Auwww so sweet. Melting terus ayah awak tu. Mama terpinga-pinga je dia cium ayah, tapi mama dia tak cium. Hahaha.


Cepatnya awak membesar saiyangggg.

Mama rindu awak kecik dulu.

Satu soklan yang aku tanya pada Adra.

Adra, Adra nak adik tak?????

Secara tiba-tiba dia geleng kepala laju-laju.

Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha






12 May 2016

Jom Try Hot Chicken Flavor Ramen

Hai.

Masalah betul la asal benda viral je mesti nak rasa.

^_* 

Hehehehe. 

Haritu penah kecoh sekejap pasal Mee Ramen ni tak halal kan. Masa tu semua duk viral non halal. 

Tapi Bahagian Hab Halal JAKIM sendiri dah mengesahkan Halal dan penah baca kenyataan mengenai pembuatan produk ni memang halal.


Sebelum sebar pastikan sahih dulu ya.

Jadi, mari kita makan chicken ramen ni.
Nyum nyum


Opismet aku beli online jer ni hahaha.
Abang pos laju datang, oo kome beli ramen ye hahaha.
Sebab kat parcel ada tulis.

Aku tumpang la sekaki beli sebungkus hihi.
Sebungkus kalu kira-kira RM 6.00 lebih ni :p


Tadi sampai je terus opismet aku rendam,
Kami letak separuh je perencah tu.

Bau dia sedapp.
Gaul-gaulkan perencah dia tu.

Licin gak kitorang makan tadi walopon pedaih.
Tapi sebab buh separuh, takde la pedaih beno.
Rasa sedap gak, mee dia beso-beso
dan saiz dia pn beso dari mee segera biasa.

Teringat video Aisyali @ Syasya Solero tu makan Chicken Ramen.
Kami makan sambil tengok video tu hahahaha.

Pedaih ngat ngat aihhhhh. 

Cukupla makan sekali haha bagi rasa.

Kome, dah penah try ke Chicken Ramen ni? 



10 May 2016

Khalish Susu Kambing - Promosi Pek Kombo Pra Ramadhan

Hai semua.

Ha ni nak share lagi pasal Khalish Susu Kambing. Aku masih minum lagi Susu Kambing Khalish ni. Kali ni minum koko kurma pulak hehe. Memang recommended. Rasa koko dia tu sedap. Lemak-lemak susu. Nyum nyum meme sedap.

Seperti yang kita tahu, susu kambing ni banyak khasiatnya. Daripada pepagi kita minum minuman 3 in 1, baik bertukar kepada susu kambing ni. 

  • Ibu mengandung pon bagus minum
  • Ibu menyusukan anak. (Banyak feedback kata susu maintan je minum susu ni) termasuk la diri sendiri hihihihi. 
  • Anak-anak yang berumur 1 tahun ke atas
  • dan takde bau kambing leeee. hehehehe. 
  • Lagi satu kalau minum susu kambing ni, hari-hari membuang. Berjalan lancar betul. Lega je perut. (Banyak feedback yang sembelit pon cakap benda yang sama)

Kalau yang tak berapa suka minum susu tu, boleh la cuba macam ni.

Khalish Susu Kambing perisa asli + kurma Ajwa. Sedapppp


Rasa susu dan kurma memang ngam.
Sedap dan berkhasiat. 

Kalau suka koko boleh cuba yang Koko Kurma.


Mengikut kata seller. Koko Kurma ni memang recommended.
Sekali beli sampai 4 kotak buat stok.
Laju je habis sebab seisi keluarga boleh minum.

Berita baiknya.

Untuk jualan Pra Ramadhan ni. Ada combo sale.
Bermula dari 6 Mei 2016 - 6 Jun 2016


2 kotak cuma RM 83.00 sahaja.
Boleh campur sama ada nak 1 perisa asli + 1 koko kurma.
Atau koko kurma x 2 kotak
atau asli x 2 kotak




Dan seller jugak bagitahu setiap belian 2 kotak akan dapat free gift.
Botol Shaker percuma!


Jom cepat dapatkan Khalish Susu Kambing sekarang.

Pm whatapps ke 012-6354874
Pm whatapps ke 012-6354874

Cod area Bangi,Kajang,Semenyih,Bandar Seri Putra,
Bukit Mahkota,Slim River dan area berdekatan

Like pages kami 👍








09 May 2016

Resepi Popia Goreng Bersira Mudah

Hai semua. Harini nak share resepi Popia Goreng Bersira. Haritu pegi pasar malam, dak apple beli popia goreng pedas tu. Balik rumah, dia tak lalu nak makan sebab terlalu keras. Dia gigit-gigit tapi memang ye keras sangat. Macam dah goreng banyak kali. Hmmm

Kata kat dia nantilah kita buat sendiri. 

Kebetulan ada plak lalu resepi kat facebook. Makanya kita cuba la buat. First time dalam hidupku membikin popia. Haha. Berdebar rasa macam mana lah rasanya ni. 

Okey jom cekidaut resepi.

Resepi Popia Goreng Bersira

1 Bungkus Kulit Popia. Saiz Besar tu
1 Batang Carrot - hiris halus
1/2 Kobis. Aku guna kobis manis - hiris halus
10 Ulas bawang putih
Sepeket udang kering
3 Sudu Perencah Pasti Sedap
Garam secukup rasa
5 Biji telur didadar - Hiris Halus
2 Sudu Tepung Gandum bancuh ngan air untuk gam

Mula-mula sekali, potong dadu bawang putih dan udang kering. 
Tumis dengan sedikit minyak. Dah garing masukkan carrot dan kubis. Masukkan garam dan perencah Pasti Sedap. Dah layu, angkat dan toskan bagi kering.

Lepastu dah boleh gulung. Gorengkan. 

Untuk Sambal Sira tu pulak, ni resepinya.

1 genggam cili kering direndam dan dikisar
3 ulas bawang putih - Kisar sekali ngan cili
3 sudu gula
3 sudu sos cili
Garam secukup rasa.

Tumis cili yang dikisar dengan bawang putih sampai garing. Masukkan gula dan sos. Bila dah masukkan gula dan sos , dia jadi pekat sebab gula dah caramelised. Takpa kacau je. Masukkan garam. Dah masak tutup api. Biar sejuk dan gaul ngan popia. Siap. 


Camni la rupanya bila dah layu dan ditoskan. 


Telur Dadar yang dihiris. Ni untuk masukkan sekali dalam inti popia.


First time gulung popia ni. Leceh gak ye. Hehe senget benget pon takpa la.
Banyak inti aku masukkan ha baru puas makan.
Letak kulit popia. 
Letak telur dadar, letak inti, 
gulung dan gamkan dengan tepung gandum yang dibancuh.

Gorengkan dia.


Dah goreng. Waaa nampak sedap je ni.
:p


Buat cili untuk sira. 


Terjunkan popia dah goreng tadi.
Siap.
Fuhh sedap rupanya. Hahaha.
Kebetulan sabtu hari tu kan hujan lebat.
Kemaen sedap lagi makan ngan teh o panas.
Boleh buat niaga kat Bazar Ramadhan la camni.
Kahkahkahkahkah.

Selamat mencuba uols. 





Baju Raya Ehhhhhhhhhhhh

Hai.

Kome dah siap tempah baju raya ke? 

Aku dah! Kahkahkahkah. Kemaen awal tahun ni. Excited nak nengok anak mama terkedek-kedek jalan pakai baju raya. Nanti mama belikan awak handbag tau hahaha. Adoi mama pon. 

Haritu dah siap-siap booking ngan tailor, aku nak hantar baju raya sepasang sorang. Tapi Tailor cakap last antar ujung bulan ni tau eka. Aku pon jadi kelam kabut la sebab aku tak dan nak pilih/beli kain pasang lagi. Gila lama aku tak membeli kain pasang sebab aku jenis beli baju dah siap. Tapi sejak tahun ni kot aku jadi selalu tempah kat akak tu yelah maklomlah kan baju kerja aku baju kurung semua tu dah old fashioned padahal dengan erti kata lain dah tak muat. Hahaha. 

Baju ready to wear pon nak jugak beli nanti tapi untuk raya first nak sedondon ngan Adra. Aku fikir kot nanti nak beli takde saiz badan Adra, tak dapat nak sedondon. Hukhuk. 

Sekarang selalu pegi office pakai blouse ngan kain, atau blouse ngan slack, atau baju kurung n kebaya. Tunggu la nak kumpul balik baju. Takdelah ulang tayang je sampai kadang-kadang tak tahu nak pakai baju apa. Pelik la pompuan ni. :p :p :p

Haritu pi Jakel. Cakap ngan dak apple. Tahun ni kita pakai emerald green nak? Kalau ikut aku, opkosla nak pink ke purple ke kan tapi dak apple cakap taun lepas kan purple. Okey taun ni emerald green. Suruh skali staff Jakel pilih kan kain yg match ngan emerald green. Taun ni macam banyak design songket tabur. 



Simple je tapi harap dah jadi baju dia jadi lawa. :p

Semalam pi hantar baju kat akak tailor tu. Adra menangis-nangis masa nak ukat hihihi. Adoyai anak oi bukan kak Ita tu nak cederakan awak pon. Pastu ayahnya kelam kabut masuk nape anak tu. Dah dia nampak ayahnya kelam kabut nak kat ayah. Nasibla dapat ukuran semua. Setel. 

Tunggu baju siap jelah. Hehehe. Tahun ni turn raya kat Seremban. Okeylepasni kita focus nak puasa plak dan CC kat office dah buka tempahan kuih raya tauuuuuuuuu. Hahahahahahaha. Siap dah makan tester iaitu berupa kuih samprit. 

Baju raya korang warna apa taun ni?



Happy Belated Birthday Husband!

Salam dan hai. 

Hari Ahad haritu birthday husband yang ke 20. 20 sangat. Hahaha. Amboi dah dekat sebulan baru nak wish hahahaha.

Dah tua dah dak apple tu. Dari dia umur 19 duk wish-wish sampaila dah nak dekat 30 ni. Tak jemu aih nak wish sepanjang hari. Kakakaka. 

Tahun ni boleh pulak terlepas pukul 12 nak wish sebab masing-masing ada dalam kereta sebab belum sampai umah lagi. Elok je sembang-sembang tak dan nak wish. Dah sampai umah, dekat pukul 1 am. Tengok tarikh, la 17 April birthday husband omg apesal lupa. Terus la wish hihihih. So sweet tengok dia senyum dan say thanks. Terus panggil Adra yang memang jenis tido lambat tu cium tangan ayah, cium ayah. Hehehe.

Kebetulan mak ayah n adik datang umah kitorang masa tu. Zara pegi wish beday paklong beday paklong sampai paklong masuk bilik air hahahahaha. Kelako kamu Zara. Asal nampak muka paklong je bday paklong siap nyanyi. 

Dikempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat hari lahir buatmu sayang. Semoga panjang umur, murah rezeki, diberkati Allah SWT. Terima kasih kerana menjadi suami yang baik, yang rajin membantu, yang memahami. Memang best friend la husband ni. Dan juga ayah yang best untuk anak kita dan bakal anak-anak kita hahahaha.

Kitorang pon ade gaduh-gaduh gak. Gile tak gaduh hahahaha. Tapi bila gaduh tula baru tau ape yang dia tak suka, dan dia pon tahu apa aku tak suka.


Tempek gambaq satu


We Love You, Ayah!






03 May 2016

Jalan-Jalan Zoo Melaka

Hai. Selamat pagi. 
Ingatkan hari ni hari Isnin rupanya Selasa dah. Hehe.

Cepatlah berlalu minggu ni kan.

Hari Jumaat aritu aku demam selsema. Dah kebah demam malam tu, dak apple kata esok nak jalan-jalan bawa Adra pergi Melaka larat ke?? Hah, larat leeee. Tetibe rasa sihat. Kohkohkoh. Lepas balik Melaka, boleh balik Seremban sekali hehe. 

Pagi esoknya bekal sandwich sardin siap-siap. Mash potato home made utk anak dara. Pukul 11 gerak dari umah. Jem. Jem kat Nilai sampai Pedas. Pastu jem sikit lagi masa dah nak sampai Ayer Keroh. 

Alhamdulillah sampai dah.


Tengok tu tangan siapa yang excited.
Sejak dia dah pandai menunjuk ni,
kalau excited atau nak sesuatu,
dia akan tunjuk dan mulut dia terus jadi ooooooooooooo


BFF Mama hehehe. Tak pandai jalan lagi.
Dapatlah selangkah 2, cuma dia suka nak berjalan kalau kita dukung dia.
Nak turun jugak walopon tak pandai jalan lepas tangan kita.
Janji kita pegang hehe.

Nampak tak monkey kat belakang tu. Bertuah betul. Menakutkan. Haha.
Dia berani turun bila nampak orang makan dan pegang makanan.


Tengok tu tunjuk lagi hehehe. 

Ni nama binatang dia Lemur. 
Macam kucing pon ado. 

Lepas tengok Lemur, tengok giraffe pulak.


3 ekor ke 4 semuanya tengah makan. 
Nyumnyummmm


Hehehe giraffe mana giraffe?
Tu tu tu sambil muncong hahaha. 


Hehehe mama pon nak bergambar ngan giraffe.
Lama dah tak masuk zoo.
Mama ngan ayah yang excited gak hahaha. 


Cubaan nak suruh dia pandang. Hehehe.


Leopard ngan harimau kumbang.
Harimau kumbang tu lek lek je berguling tido.
Leopard tu ade gakla jalan-jalan.

Tengok harimau belang pulak.


Hmmmm tido jugak. Hahahaha.
Deme semua tido. Termasuklah singa.

Kan time petang camni pukul 2 waktu tido. Memang tengok jela. :p


Bergambo ngan rimo ni pon jadila. Hehehe.


Nak nak nak. Nak ape la tu.


Tuko baju dah comel mama. Panas. Hehehe


Pegi taman kekura. Kekura nyorok.
Jumpa kekura batu pon jadi la kan Adra hehehe.


Ayah ajak Adra bergambo ngan kuda. Kuda padi. 
Takut ke apa tu hehehe.

Gajah je kami tak tengok sebab malas nak naik bukit.Semput. Hahaha.

Kesimpulan Zoo Melaka ni boleh lah. 

Makanan biasa ler. Pricey sikit.
Mee goreng mamak set dengan ayam goreng dan soft drink RM 15.00
Dah lapo, beli,bedal. Nasib bawa sandwich.
Sedap betul. Puji diri sendiri hahahaha. 

Kawasan zoo. Banyak yang macam nak dinaik taraf.
Not bad la. Lepasni nak pegi Zoo lain pulak. 
Lenguh gakla jalan. Hehe.

Balik tu. Tringin nak makan asam pedas. Sebab dah lapar.
 Kitorang menghala ke Banda Hilir.
Restoran Selera Kampong mesti dah nak tutup.
Makan kat Asam Pedas JR Dataran Pahlawan.


Sedap gak asam pedas dia.
Asam pedas ikan pari dalam RM 8 ke RM 9 tak ingat.
Kupang RM 12.00 sepiring. 
Nasi dia siap dengan telor masin dan timun
Air tembikai laici, carrot susu dan air suam.
Semua sekali dalam RM 24.00 ++ 

*giraffe tu hiasan. Adra pau ayah. Hahaha


Dak kecik ni dah pandai makan nasik butir.
Jadi bila makan, extra pinggan kosong + nasi butir. Sedap je dia makan.
Senang mama ayah mamam.
Dia nak nyamnyamnyam. 
Dia kalau nak makan, disebutnya nyamyamnyam


Tempekla gambo kekasih hatiku cayang ni makan. 
Tengok tu meratah kupang.


Okey tu je.

Zoo Melaka ni tiketnya dewasa RM 17.50 
Tambah RM 5.00 untuk naik tram.

Thank you. Jumpa next entry. Tido jap.