29 June 2016

Kuih Raya Ketupat Raya

Assalamualaikum dan hai.

Lagi seminggu je ye nak raya. Kejap je rasa masa berlalu. Padan rasa tak bersemangat nak pegi Bazar Ramadhon. Kuikuikui. Semalam aku memang tak tahu nak beli apa. Alih2 beli sup sayur dengan ikan cencaru bakor. Tapi kuah asamnya basi pulakk. Nasib la cencaru tu bersumbat sambal. Ada la pedas-pedas sikit. Sejak kawen ngan orang nismilan ni memang tekak nak pedas. Cehh dan dan hahaha.

Harini masuk opis, tengok cc dah bawak dah semperit yang aku order sebelum puasa haritu.


Biskut samprit tu sebekas RM 15.00 je. Sedap. Aku sukaaaaa sangat.
Biskut bulan sabit tu biskut kelapa mak Kak Aida buat. Sebekas RM 15.00.
Opak ubi pedas tu sedap. Memang tak sedar habis sebekas. 
Ni pon cc opis jual RM 12.00.

Esok pula tunggu kerepek pisang. 
Belum sampai lagi.

Dan juga jangan dilupa ketupat.
Dah siap anyam dah siap gantung dah.

Tadaaaaaaaaaaaaaa

<









<







<








<







<










                                                                                                                                                                                                                       


Tu ha deme gantung kat lampu kalimantang opis hahaha.
Esok-esokle rebus makan ngan rendang kerang.
Perghhh. 

Siap ngan lampu kelip-kelip, siap dengan lampu pelita acah-acah guna letrik.
Terasa aura hari raya dan opis pon mulai suram. 

Hihihihihi.

Tataaaa




27 June 2016

Pindah

Assalamualaikum dan hai.

Pertama, nak share berita gembira. Alhamdulillah aku dapat tukar office baru. Dimana segala urusan akan bertukar menjadi lebih mudah dan kos dapat dijimatkan demi kerukunan rumah tangga. Wehh apa ayat skema sangat ni hahaha. 

Ni tengah mencari taska @ pengasuh untuk Adra. Ada yang dekat dengan opis ayahnya. Lagi senang. 

Semoga semuanya berjalan lancar. Ada dah short list cuma belum melawat kawasan lagi. Semoga semuanya dipermudahkan. 



Pertama kali baca surat pertukaran.
Ni Mek Yati la snap ni hahaha.
Kakak-kakak opis sama-sama teruja.
:)

Teruja dan dalam pada masa yang sama ada juga rasa sedih.
Lama juga berkhidmat di sini.
First time berkhidmat dalam gov servant di sini.
Mana boleh kulupa semuanya. 

Semoga semua berjalan lancar.
Aku nervous sebenarnya. 
Dimanakah akan aku diletakkan nanti.
Bagaimanakah environment di sana nanti.
Nak lunch dengan sapa. 
Patut ke aku suruh dak apple datang lunch ngan aku kahkahkahkah.

Macam-macam bermain di fikiran. 

Tapi tak apalah. Moga baik-baik je semua.
Nasibla memang ada kawan kat jabatan baru tu. 
Harapla diorang tak busy dan boleh ajar aku.

Tu je.

Heyyy lagi 4 hari je kerja. Tak sesabau nak cuti raya ni. 

:p

:p

Opis pun dah suram, biskut raya kerepek raya pon dah sampai ni. 






24 June 2016

Berbuka di Vivo Aeon Klebang

Assalamualaikum dan hai semua.

Semalam ada hal sikit dekat Ipoh, Aku pegi dengan opismet aku. Kemudian, terus berbuka puasa sekali. Masuk Aeon Klebang dah pukul 7 suku. Kelam kabut. Nak masuk Joni, penuh. Lupakan. Keni roges pon sama gak penuh. Ni kang mau lapar ni. Tengok Vivo. Eh tak ramai. Ni harus cepat hahaha. Maka masuk dalam Vivo lah.

First time berbuka kat luar tahun ni. First time jugak masuk Vivo. Nice and cosy.  Selalu tengok review orang je. Disebabkan dah nak berbuka. Dia bagi kami warm water dan kurma. 


Harap vivo boleh sediakan kurma yg lagi sedap dan lembut ye. Hehehe
Apa-apapun terima kasih hidangkan kurma . 
Aku sorang je makan kurma. Haha


Aku order jugak kek ni.
New York Caramel Cheese Cake.
Bagi tekak aku, rasa dia tak kena tekak aku.
Tapi Fira kata sedap. Dia yang banyak makan.
Cheese dia rich. 


Aku snap mana yang aku order jela ya hahaha.
 Tak dan nak snap kengkawan lain punya.
Lapar tahap gigil punya. 

Ni air aku order. Juicy Fresh ke apa tah namanya.
Tapi fav lah sebab campur oren, carrot dan tembikai.



Ni sedapp. Udang dia fresh. Banyak pulak tu.
Namanya NZ Mussels WIth Prawn.
Licin aku habiskan tapi bagila udang kat kak Ain.
Pastu mintak sikit kak ain punya Chicken Parmigiana.
Chicken Parmigiana dia pon sedap. Beza ngan sikret. 

Fira plak order Seafood Spagehetti Aglio Olio.
Pedas sampai kepala. Haha. Berair bijik mata budak tu makan.
Anak buah kak Ain makan Baked Chicken Chop with rice. 


Dapat sampul raya sorang satu. Tapi satu peket sorang je. Haha.


Alamak nape nampak gemuk plak aku dalam ni.
Tolonglaaaa baju ni buat aku nampak gemok plak hahahaha.

Ok tu je.

Nanti kita cerita lagi. 
Selamat berpuasa dan selamat berbuka.
Next time boleh la pegi Vivo lagi hehehe. 

babaiiiiiiiiiiiiiii.


20 June 2016

Berbuka Puasa 13 Ramadhan

Assalamualaikum dan hai.

Diam tak diam, harini dha hari ke 15 Ramadhan, lagi separuh aje kita nak raya dah. AKu jenis tak suka kira hari keberapa keberapa sebab nanti kang rasa lambat je waktu berjalan. Tengok-tengok dah 15 hari puasa dah.

Hari Sabtu haritu berbuka kat umah nenek aku. Meriah.

Bentang tikar, susun makanan secara memanjang, ha duduk reramai. Seronok sangat.

Menu fav pulak tu. Tapi ni yang aku ingat la. Ada lagi rasanya. Patin tempoyak, sambal bilis. Lagi, lupa. Kehkehkeh.


Roti jala dengan kuah doyan, agar-agar pandan.
Memang sedapla roti jala ni.
Kang nak beli kuah doyan kat Bazar Ramadhan. 
Ceh, dan dan :p


 Mee goreng,cempedak goreng, cucur udang. Fuhhh.
Mee goreng tu ucu aku buat. Walaupun simple tapi sedap gila,pedas. 

Adui teringat-teringat lagi ni. :p

Time berbuka la nenek aku paling sibuk.

'Tu, laki kamu tu dah ada ke pinggan mangkuknya?' , 
'Tu pak teh tu ada ke cawan dah?' ,
'Tu Danial ngan Akim tu cer dekat sikit, jauh beno' . 

Hahaha. Nenek, nenek.

Sangat concern dengan semua ahli-ahli rumah. 


3 orang ni bukan menu berbuka ye hahaha.
Adra, Ain. Ain ni pangkat makcik Adra n Zara.
Zara dah besar kan. Hehe.
Entah skateboard sapa ada kat umah nenek aku.
Dorang naik bertiga meronda satu umah.

Ehem tu jela nak cite harini.
Esok-esok aku up lagi. 

p/s: Tengah kemas-kemas barang kat opis. Dapat pindah yahuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!



Bucket Beg Dah Sampai

Assalamualaikum dan hai.

Takleh move on lagi la hahaha. Saje je nak cakap, bucket bag dah sampai haha.


Cantik kan. Simple je. 
Dulu aku ada dua tiga jenis gak beg camni tapi makin lama makin beso plak beg aku.
Tu yang shopper bag terus tu. :P
Tapi dah nampak port baru nak beli,beli lah untuk merasa.



Testing kejap. 
Shukaaaaaaaaaaa.

Tata.

p/s : Aku nak cerita kat korang, satu berita gembira. Hehe.
InshaAllah aku akan cerita bila aku dah sedia nanti.
Tapi bukan ngandong tauuuuuuuuuuuuu. 

Hep hep hep awal lagi.

:p



Nugget Ayam Home Made Untuk Adra

Edited : Berita baik untuk yang berminat nak beli food processor ni, ada free gift kalau sebut Belog Cik Eka. Baca sampai habis hehehe.

Assalamualaikum dan hai. 

Harini nak share kat korang resepi untuk bayi. Seperti yang sedia maklum, anak-anak umur bawah 2 tahun, tak sesuai lagi diberi garam dan gula. Maka, nugget ayam ni memang tak letak sebarang perisa. Sesuai untuk yang berumur 1 tahun ke atas, dah pass ayam, carrot,bawang holland dan mix herbs. Walaupun resepi ni takde garam, tapi sedapp. 

Senang je nak buatnya. Air tangan ibu untuk anak kan best hehe. Lagipun kena pelbagaikan menu untuk Adra ni bagi dia lebih suka makan. First time buat finger food ni. Lepasni nak cuba yang lain pulak. 

Okey, sebenarnya aku nak cuba Food Processor Autumz yang aku beli haritu. Lama dah dapat masa Adra 8 bulan. Punya lama baru nak try. Sedih nengok terperuk aje food processor. Aku main kutu masa tu. Harga RM 200 kot. Ahaaaaaa aku lupaaaa tolonggggg. 

Jom, cek resepi. 

Nugget Ayam Home Made
---------------------------------

3 keping dada ayam
1 batang carrot
1 biji bawang holland
sedikit mix herbs
sedikit tepung jagung

Okey kat bawah ni cara-cara membuatnya.


Bahan utama hehehe. Kita test benda baru hehehe. 
Senang je rupanya guna benda alah ni.


Ni dada ayam yang aku guna. 3 keping. 


1 biji bawang holland
1 batang carrot
Sedikit mix herbs


Mula-mula potong kecik-kecik daging ayam tu.
Kemudian masukkan kedalam food processor.



Pastu putar. Cara putarnya. Pusingkan button purple tu ke kiri.

Okey Food Processor ni boleh steam sekali tau. 
Kalau nak steam, hanya pusingkan button tu ke kanan. 
Mudahnyaaaaaa


NI rupa yang dah siap dikisar.


Pastu potong kecik-kecik bawang dan carrot.


Kisar gak bagi halus ke ada chunky2 ke.
Siap. Masukkan dalam ayam tadi.


Gaul-gaul rata. Sebati dah macamni.


Masukkan pulak mixed herbs ni. 
Tak yah banyak sangat sebab kang lain plak ghasenyer.
Dah siap tu, adunan macam lembik2 lagi.
Aku masukkan tepung jagung skit bagi bole bentuk camtu. 


Tadaa. Siap. Hehehe pastu aku siap frozenkan yang ni. 
Nak makan nanti, celup telur dan celup tepung gandum. 
Goreng.


Ni yang dah goreng. 
Sedappppp. Aku rasa sedap je walopon takda garam haha.
Tengok Adra makan banyak gak hehehe.

Lepasni nak try chicken ball, kuih keria plak.

Okey, bagi sesapa yang nak dapatkan food processor macam ni,
atau barangan kelengkapan bayi kita, boleh ke page ni.

BabyBoo Malaysia

Facebook : Babyboo Malaysia


Whatsapp : 0132248536

PROMOSI
____________

Berita baik, bagi yang nak beli Food Processor ni, 
Masa whatsapp tu bagitahu dari Belog Cik Eka dan anda akan dapat 

Free Food Storage 4 oz Autumz ! Bestnya !



Sekian, terima kasih dan selamat mencuba.



16 June 2016

Adra Jumpa Dentist

Assalamualaikum dan hai. Hari isnin hari tu ada check up Adra 1 tahun 3 bulan kat klinik. Alhamdulillah semua okey tapi tulah berat Adra dah masuk line kuning. Berat dia 7.4kg jer. Bulan depan kene repeat datang lagi.

Nak kata Adra tak makan, makan. Tapi aktif sangat kot sampai lemak pon tak melekat haha. Kata nurse, kalau umur macam dia, sekurang-kurangnya berat 8kg ke atas. Nampaknya Adra mewarisi jejak sepupu dia, Zara yang sama gak berat takuk tu. Tapi skarang dah masuk 2 tahun lebih, berat dah cantik.

Mungkin Adra lebih mewarisi genetik ayahnya yang kurus tinggi (tu dulu la sekarang dah gemok sikit).

Dah tumis bubur guna unsalted butter,Adra tak suka sangat bubur tumis. Unsalted butter, minyak kelapa kan bagus untuk naik berat, dan anak kita juga perlu fat. Tapi tulah, tak berapa suka pulak dia. Dia paaaaling suka bubur sayur letak ayam carik-carik. Laju je makan. Biskut pon makan. Pasrah jela anak. Semoga berat awak naik cantik lepasni. Makan banyak-banyak ya.

Lepas tu, jumpa dentist plak.



Banyak info aku dapat. Antaranya:-

1. Apabila anak dah mula tumbuh gigi, kita kena bersihkan gigi dia. Kalau tak guna berus, boleh guna napkin dan air suam untuk lap-lap gigi anak.

2. Ajar anak pegang berus gigi. Tanpa menggunakan ubat gigi sebab ubat gigi ada fluorida kan. Ubat gigi baby pulak boleh digunakan selepas 2 tahun keatas dan tanpa menelan ubat gigi tu. Jadinya ajar jela pegang, acah-acah je kan. Macam aku, aku selalu gosok gigi depan Adra. Pastu dia pon nak jugak gosok hihi. Nanti mama belikan awak berus gigi opkos pink kaler muahahaha. 

3. Macam biasa, jangan bagi anak makanan manis. Kawal pemakanan anak supaya tidak berlaku karies gigi. No chocolate, candy ke apa. Cheat day sesekali bleh ah, tu pon sikit je okey. Haha.

4. Antara kepentingan gigi ni macam biasalah untuk memudahkan proses makan secara normal, kunyah-kunyah kan. Dan juga untuk bertutur dengan jelas tanpa pelat.

5. Pentingnya gigi susu ni adalah gigi susu ni macam jadi induk atau penanda untuk pertumbuhan gigi kekal. Macam template lah bahasa mudahnya untuk gigi kekal tumbuh di posisi yang betul nanti. Jadi, jangan biar gigi susu tu rosak hitam-hitam atau reput, tapi biar gigi tu luruh / goyang sendiri apabila tiba waktunya. Takdelah gigi tu tumbuh tidak sekata.  

Aku pon oooooooooooooo jela masa dengar hehehe. Kalau ada dentist ke nurse gigi ke kat sini, meh la bagi info lagi hehehe.

Oh, aku ada tanya doktor, apakah antara sebab baby lambat tumbuh gigi. Doktor cakap ada sesetengah bayi tu seawal 5-6 bulan dah tumbuh gigi. Tapi ada sesetengah bayi yang badannya agak kecil, maka gigi tumbuh lambat juga. Saja je aku tanya sebab Adra kan lambat tumbuh gigi, 1 tahun 2 bulan. Agaknya badan Adra kecik, gigi lambat hihi. Tapi sekarang dah nak masuk 4 batang. Dua atas, dua bawah dan nampak macam nak tumbuh lagi tu.

Itu jelah sedikit sebanyak yang aku dapat masa check up tempoh hari. Tq doktor atas penerangan anda. Jelas dan saya faham hehe.

Sekian, terima kasih.

#hariniterasasangathausdanlaparaduicepatlahpukul430 hahahahaha





Battle Perfect Bucket Bag

Assalamualaikum dan hai. Rasa lama tak update sebab aku akan udapte kat opis jew haha. Harini baru masuk keje. Cuti + mc. Low back pain pulak. Memang kene terlentang jelah baru lega. Mak aku urut. Tah apa yang aku tak tahan makan, angin plak kat belakang. Tapi skang dah okey. 

Kebetulan masa aku mc, adik aku bersalin. Alhamdulillah baby dan ibu selamat. Baby boy. Addeen Zakheef namanya. Tu nantilah cerita. 

Ni nak cerita pasal bucket bag. Bucket Bag Niko-Niko  tu dari Sometime by Asian Designer. Haritu aku ada up entry pasal tu kat sini. Mereka akan keluarkan All Black Series untuk Niko-Niko Regular dan Niko-Niko Mini. 

Semua black cuma dalam dia jer berkaler-kaler.


So, dua hari sebelum launching kat web tu aku dah remind sesiap dah kat kalendar. Semalam masih mc, siapkan keje umah, Adra plak dah bangun awal. Bagi dia makan, main semua tup tup dah 10.30. Berdebar gitew kahkahkah nak battle pukul 11.00 am. 

Tiba 11.00 am terus klik refresh. Dahla guna phone je. Tengok-tengok yang baru available kaler ni. 

Black/amber

Aku nak black/pink atau black red. Tapi malas la plak nak undo kang tetiba dah sold out kang melepas. Jadinya amik jelah kaler ni sebab itam sama je pon hahahaha. Dalam bukan orang nampak sangat. 

Okey selesai. Suka. Hahahaha.

Aku suka jenis-jenis beg camni. Lagipun beg ni besar. Senang nak sumbat memacam. Aku pon bukan penggila beg branded mahal-mahal. Tak mampu dek non. Hihihi. Jadi asal nampak lawa,besar, harga pon okey. Tu pun dah cukup.

Korang, suka handbag macam mana?






07 June 2016

Puasa

Assalamualaikum dan hai. 
Harini baru masuk opis sebab semalam cuti yihuu. 

Alhamdulillah dapat menghabiskan puasa dengan jayanya walupun rasa haus yang teramat sangat. 

Mula-mula tu rasa macam alamak dapat ke aku menghabiskan puasa ni sebab haus sesangat. Lapar tu takde, tapi haus. 

Subuh semalam aku bangun pukul 3.45 am. Masa tu mak tengah siang udang, adik tengah basuh pinggan. Tugas aku cuma masak je hehe. Masak sambal udang, telur dadar,buncis tumis. Sedap plak rasanya. Takpe kot puji diri sendiri haha. Eh taklah, tengok dak apple, sume bertambah makan. Sedap la kot :p :p :p

Sambil-sambil tu aku minum nestum, makan kurma. Gusar jugakla hati ni sebab macam manalah puasa nanti sambil bf sikecik ni.

Tapi Alhamdulillah semuanya okey. Semalam berbuka beramai-ramai kat umah nenek aku. Best. Dan baru kutahu bagaimana berbuka dengan anak kecik. Ya Allah sibuk betul dia pon nak berbuka. Hahaha. Tunggang langgang pinggan aku letak bihun kosong dalam pinggan plastik. Dia pegi tuang air dalam mangkuk hahaha. Adoila anak.

Nah belanja satu gambar Adri eh Adra hahaha. Sibuk nak solat pakai kopiah atok.


Sanggup ke nak marah apabila dia senyum kerang macam gambar atas, kiri?

Tak kot.

:)







02 June 2016

Tester Kuih Raya & Songket Raya 2016

Assalamualaikum dan hai.

Tadi opismet aku bawak tester kuih raya. Banyak gak 8 jenis. Kenyang makan tester jelah harini dan semalam hahaha.


Ha pilih nak yang mana~

Sebenarnya ada jugak yang aku dah order. Semprit, kerepek-kerepek macam pisang, kerepek ubi @ opak ubi pedas. Untuk mak aku, mak mertua, nenek dan opah. 

CC begurau ngan aku haritu. Ni kalau eka pindah ni, order macam mana? Haha. Dont worry la cc, saya datang amik kuih-kuih yang saya order :p

Aku dalam proses nak pindah office ni. Harap semuanya berjalan lancar. Jika benar-benar jadi kenyataan, ia memang rezeki Ramadhan tahun ni. :)

Eh jap, nak meluah perasaan jap. Ni, ape cita songket aku ni. Tak dapat-dapat lagi. Ye tahu pre order.Katanya awal bulan Jun dapat. Nampak tak, tak penyabar aku ni haha. 
Haritu order dan bayar full payment masa awal Mei. 


Camnilah songket aku order tu. 
Opkosla pink kaler. 4 meter RM 75.00 termasuk postage

Aku bukan ape, risau tailor tak nak amik dah. Tapi takpa gak kalau dia tak dapat jahit untuk raya. Kain pasang selepas raya untuk baju bawak pi opis pon ada 3 pasang ni. Makcik aku bagi sepasang, opis bagi sepasang untuk pakaian batik berjemaah untuk hari Khamis. 

Tahun ni rasanya tema raya kebanyakannya tradisional dengan kebaya labuh @ kebarung, songket tabur yang kain kosong ade bunga-bunga tu, kurung saloma tangan kembang-kembang. Ha rasanya lah. Jadinya nanti beli siap je untuk raya yang ke 2,3,4,5,6,7 hahahahahahaha.

Babai. 





01 June 2016

Kerana Spider Itu...

Assalamualaikum dan hai semua.

Aku rasa semua mak pak macam ni. Asyik terngiang-ngiang je lagu yang diorang selalu dengar. Masa Adra kecik. Aku ada install lagu-lagu kat aps Fisher Price kat tab aku. Banyak lagu syiok-siok. Row-row your boat, animal fair, hickory dickory dock, dan macam-macam lagi. Termasuklah lagu Alif Ba Ta, Honey bunch sugar plum etc. 

Lepastu dah beso skit, melayan Didi & Friends jugak sampai semualah mak pak hafal. Hahahaha. BINGO, Semut berkawad, lompat si katak lompat, macam-macamlah. Sekarang ni je jarang dah. Lagi-lagi skang nak tengok Didi kene langgan Astro First. Bayor ye kome :P :P :P

Pastu kadang aku suka pasang nursery rhymes kat youtube. Kadang bila aku start je nyanyi 'your my honey bunch sugar plum pumpy umpy pumpkin' je, Adra terus amik phone aku  dan cakap ni ni. Hahahaha.

Aku tak suka sangat bagi dia gajet tapi sesekali tu boleh la. Macam dah bosan sangat dalam kete, dia dah merengek sebab perjalanan jauh, ha aku nyanyi la sekali la ngan dak apple. Aku ada sediakan buku, dengan pen sebab dia suka conteng-conteng. Buku-buku pon kalu dia dah bosan memang dicampaknya. 

Haritu aku bukak Baby Joy Joy nursery rhymes kat youtube. Lagu Itsy Bitsy Spider. Lagu spider kat baby joy joy ni paling best aku rasa berbanding versi-versi lain. Tengah-tengah lagu tu, tetiba Adra nangis. Aku macam eh kenapa Adra nangis. Pastu habis lagu dia diam. Pastu malam tu aku saje je test lagi, pasang semula lagu sama. Pon dia nangis siap cebik cebik. Aku pon syak, mesti sebab lagu ni. Aku repeat lagi sekali, rupanya Adra nangis sebab spider tu jatuh tak dapat nak climb water spout tu. Hahahahahahahahahaha dah la spider tu siap lap lap air mata dia. Maunya tak nangis anak aku. Pujuk-pujuk dia, ha ni dah dapat panjat dah ha, janganla nangis hehehehe.


Ni la spider yg buat Adra nangis. Cebik-cebik dia

Penyedih ropenyer Adra ni. 

Anak korang suka dengar lagu apa? Cer share.

Tata.