03 August 2016

Adra Pergi School @ Taska

Assalamualaikum dan hai semua.

Busy wei dah masuk office baru ni. banyak benda kena belajar. Lain sangat dengan opis lama aku dulu. Haha. Memang lain la. Nak makan kejap pon riso aku tercekik je ni.

Ni nak cerita pasal Adra dah pegi Taska. Selalu cakap ngan dia nak pegi school. Adra kene pegi school. Mama ngan ayah nak pergi kerja. Adra kawan ngan kawan-kawan kat school ye. 

Hari pertama hantar. Biasalah memang nangis. Tapi takdela nangis beria. Sebab dia kan dah biasa kena tinggal waktu kami PJJ dulu. Dah lama sikit dalam pukul 10 aku wasap teacher dia. Teacher bagitahu Adra nangis kejap je. Lepastu sibuk main ngan kengkawan. Siap teacher hantar gambar lagi dia tengah main. Hehe. Cuma teacher kata, setiap kali pintu terbukak je dia nak lari kluar. Maybe nampak playground kat depan. Haha. Adoi Adra.



Petang ayah dia ambik dia kat school. Teacher bagitahu lagi. Pukul 4.30 petang dah ada yang balik, eh dia pun tunjuk beg kat Teacher. Dia nak balik jugak sambil tunjuk beg dan pintu. Hahaha. Bertuah betul. Tahu pulak beg dia tu yang mana. 

Ayah sampai je terus nangis ayahhhhhhhhhhhhhhh ayahhhhhhhhhhhhhh ayahhhhhhhhhhhhhhh. Memang jenis nangis je panggil ayah. 

Yang lain-lain semua okey. Teacher kata dia suka makan. Selalu ikut Teacher pegi dapur. So, mama memang selalu kena bekalkan dia kudap-kudap. Roti, biskut. 

Okeylah. Dah dekat nak balik ghumah ni.

Nanti free aku update lagi ya.

Doakan semoga Adra baik-baik sahaja di sana dan semoga anak-anak kita dilindungi Allah SWT. AMIN.

Bye.