30 November 2016

Adra Gunting Rambut

Assalamualaikum dan hai.

Hari ahad haritu, kami pegi gunting rambut Adra. Rambut dia jenis curl kat bawah. tak tahula ikut sapa. Sebab aku rambut lurus, apak dia pon sama. Sekali tengok dah macam curly fries.


Geram je nengok curl dia tu


Ayah dia banyak kali dah cakap nak potong rambut dia, bagi kemas sikit. Kadang-kadang macam serabut aku tengok. Tu yang selalu ikat rambut dia. Jadila pokok kelapa. 

Kebetulan balik N9, Terus pegi salon rambut untuk gunting. Dulu nenek dia guntingkan. Aku takut nak gunting, kang senget-senget hahaha.Jadi rambut cendawan ke. Tak cantik dah.

Mula-mula macam takut je dia. Tapi kebetulan sebelum turn Adra ada budak lelaki cina tengoh gunting rambut. Kitorang pun cakap kat dia, ha tengok kawan tu tak nangis pun. Adra jangan nangis ye mama pegang. 


hihi macam-macam memek muka dia buat.
Lama-lama dia rasa selesa dan ok dah.

Auntie salon tu kata, Bagus kalau letak Argan Oil untuk rambut anak.
Setakat ni aku suka sapu minyak zaitun Safi.
Lembut je rasa. 

Korang, pakai apa untuk minyak rambut anak?
Aku suka bila sapu tu nampak kemas je. 
Lembut dan wangi

Sekianm update pendek petang ni.
Jom balik keje. 

Tataaaaaaaaaaa



25 November 2016

Tepuk Amai-Amai

Assalamualaikum dan hai.

Kali ini post pasal cerita sedih pulak. Haih boleh pulak mak touching.

Selalunya di dalam kereta atau dirumah, aku dengan Adra selalu menyanyi. Lagu tepuk amai-amailah, air pasang dalam lah. Ia mengingatkan aku sewaktu kecil, aku selalu menyanyi bersama emak aku di atas motor bersama adik aku. Kadangkala abah aku turut sama menyanyi. Kalini giliran aku pulak menyanyi bersama Adra.

Malam tadinya, sewaktu aku bernyanyi bersama-sama Adra:

Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu,
Tepuk Adra pandai malam upah susu,
Susu lemak manis santan kelapa muda,
Adra jangan nangis mama nak pergi, kerjaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Ulang-ulang sampai tukar part
Adra jangan nangis ayah nak pergi, kerjaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Entah kenapa malam tadi, aku rasa sayu. Sedang aku tepuk bernyanyi dengan riak muka Adra yang riang sambil goyang badan, aku tak dapat nak teruskan lagunya, aku teruskan sampai habis sehinggalah aku menangis teresak, sambil Adra memandang dengan penuh tanda tanya.

Aku katakan padanya,Adra dah besar nanti jangan lupa mama ya, Adra ingat tau, mama selalu nyanyi lagu ni dengan Adra. Aku peluk dia, Aku pegang muka dia, Sambil merenung, dia menangis sekali dengan aku yang memang dah tak tertahan sedang menangis.  

Ah, sedang menulis entry ini juga aku masih menangis. 

Tersedu-sedu aku. Dia perhati.

Lalu kuulang lagi bernyanyi, tapi Adra menangis lagi. 

Nyanyian terberhenti setakat itu. Tak mampu hendak menyanyi lagi. 

Sebenarnya aku tiba-tiba terkenang, cepat benar dia besar. Semalamnya aku terbaca nota karangan Dr Zubaidi mengenai pembukaan tadika di statusnya. 

Nota nombor 4. Bernyanyi bersama mereka. Dalam perjalanan yang jauh bersama keluarga kita boleh nyanyi bersama-sama,sama ada lagu kanak-kanak, lagu nasyid, atau lagu patriotik. Mereka pasti mengenangkan pengalaman ini apabila mereka dewasa.

Dalam pada kita mengharungi kehidupan ini, segalanya aku rasa berlalu begitu pantas. Anak makin membesar, makin bisa menjadi teman kita sehari-hari. Walaupun mereka masih tidak mampu menutur kata seperti dewasa, tapi mereka mampu memahami hati kita.

Wahai anakku, mama sangat sayang kamu.
Membesarlah kamu menjadi anak yang baik sayang. 
Semoga kamu sentiasa dilindungi olehNya. Mama memang begini, hati macam tisu. :p
Nasib baiklah dak apple tiada malam tadi, kalau tak malu pulak aku rasa nak nangis haha. 

Anak pertama, yang istimewa kerana cinta kali pertama sewaktu dia bertamu di dalam rahim mama.


Darling mama ayah


*entry nangis petang jemahat. :)






22 November 2016

Family Day Office

Assalamualaikum dan hai semua. 

Bertemu lagi. Kejap ada kejap tak ada je aku ni. Korang rindu aku tak? Stalker pulak bagaimana? Rindu aku ? kehkehkeh.

Baru-baru ni kitorang ke family day office ayah adra. Buat kat taman wetland putrajaya. Adra seronok kali ni sebab dia dah besar sikit. Dah pandai nak main, dah pandai nak berkawan.


Ada dua clown. 
Haritu kat taska adra ade buat majlis akhir tahun.
Melalak dia menangis takutkan clown tu haha.

Kali ini dia okey sikit.
Tak nangis nampak clown cuma dia cakap takut ma takut
Tapi amik jugak belon clown bagi.
Clown tu comel hahaha

Lagi satu clown tak comel sangat. Kahkahkah
Dia yang buat magic show. 
Sambil tengok magic show adra tertidur. 


Jumpa kawan baru. Anak kawan opis ayah. 
Lepastu ayah adra dapat cabutan bertuah.
Ingatkan bertuah la dapat tb nipis 55 inci ke, ipad mini ke,
air cooler ke. Tapi tak berapa nak bertuah hahahaha.

Dapatlah bekas-bekas ikea ni.
Jadila untuk buat bekal ayah adra pegi opis kihkih

Balik tu kami ronda kat dalam wetland tu.
Pergi ke Pusat Penghayatan Alam (NIC)
dengan taman flamingo. 


Lepak-lepak kat sana best jugak.
Tenang je. 
Adra suka. Dapat dia berlari2.



okey tuje. kang fikir jap nak update ape 
babai





01 November 2016

i'm back ~

Assalamualaikum dan hai.

Bertemu lagi kita. Waahh ayat pendahuluan tak boleh belah. Hahaha. Lama betul tak update. Sebulan kot. Sorry ye pembaca sekalian. Sibuk. Tak dan nak update. Banyak benda nak cerita. Sangat. Banyak.

Pasal makanan, pasal jalan, pasal adra,pasal kerja, pasal kehidupan seharian yang totally dah berubah sejak duduk bersama sebumbung.

Pasal Adra. Dia dah big girl sekarang. Kuat cemburu. Haha. Aku tak boleh usik ayah dia okey. Dia pappp tangan aku. Ayah dia pon tak boleh usik aku jugak. Pegang tangan aku pon dia tak bagi. Pappp sekali kat tangan ayah dia. Aku je kadang-kadang suka menyakat, pegang-pegang ayah dia. Melompat la Adra tak bagi usik ayah kesayangan dia tu. Bertuah. Menangis-nangis.  Kahkahkahkah.

Aku attachkan sekaligus jelah gegambo yang banyak tu. Senang cerita hehe



Koleksi gambar sewaktu ke Legoland Bulan September haritu.
Tiket free tebus dekat sinar harian. 
Gigihla apaknya beli sinar, kumpul dan ditebuskan oleh maksu ina.
Yeahh. Kalini pergi syiok sikit Adra dah besar.
berlari-lari dia dalam tu siap sunburn lagi masa mandi waterpark
Ajak keluar dari waterpark pon dia taknak. Dah gigil dah.
Aku risau dia selesema kalau mandi lama-lama. Hihi.


Waktu di Johor, kami menginap kat Hotel Nusa-Ct, Gelang Patah.
Senang dekat sikit dengan Legoland. 
Booking melalui booking.com.
3 hari 2 malam dalam RM 280.00 tak silap

Ok hotel dia. Cantik, bersih. Takdelah luas sangat
tapi okeylah untuk 3 beranak. 


ni pulak gambo raya aidiladha.
Mahap ye ayah adra. Gambo awak tak ready kihkihkih
Raya aidiladha haritu turn beraya rumah aku.
Jadi balik kg mak aku hehe.
Seronok adra dapat jalan-jalan tengok embuuu kene sembelih.


Ni pulak koleksi masakan aku.
Ceh kemaen koleksi hahaha.
Ade gambar untuk lunch, gambar untuk breakfast.
Ada gambar #bekalanhariini bawak pegi kerja
Husband suka bawak bekal pergi kerja.
Aku pun suka la masak. hehe


Koleksi gegambo cap ibu dan anak.
Dia suka bergambar. Kalau bagitahu senyum nampak gigi.
Ha memang nyerongen jelah dia. 


Oh ya, aku tak pernah letak lagi kan gambo anak buah terbaru aku.
Addeen Zakheef. 

Addeen Zakheef anak buah terbaru aku.Anak adik aku iaitu adik Zara.
Addeen lahir masa bulan puasa haritu. 
Tembam betul budak kecik ni.

Adakah tahun depan Addeen akan dapat sepupu baru?

ehhhhhhhhhhhh hahahahahahaha

Diletakkan jugak gambar terkini Zara.Makin petah dan bijak dia sekarang
Adra dan Zara macam bff. 
Tu aku suka belikan baju sama. 
nampak sweet. Macam aku dan mak zara masa kecik.
baju sama hehehe

okey itu aje coretan hari ini.

Esok ke lusa ke rajin aku update lagi.
kalau rajin ahhh. hahahahaha

okey babaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'